Assalam semua,
Sedari pagi lagi aku dah sibuk bagi arahan pada kakitangan untuk menyediakan folder bagi mengadap DYMM Tuanku Sultan Selangor pada jam 2 petang. Awalnya, cuma aku, Puan Zurinah, pegawai di Bahagian aku, YAD Dato' Setia Pengerusi, Pengerusi dan CEO Zakat sahaja yang mengadap, tetapi setelah menerima panggilan telefon jam 8 pagi dari YAD Dato' Pengerusi, beliau meminta aku menghubungi YAD Dato' Setia Mufti untuk turut hadir.
"Nanti kalau Tuanku tanya pasal Hukum Syarak, takkan saya nak explain. Dato' Mufti jer yang layak untuk explain," kata Dato' Azib.
Aku bersetuju dengan kata-kata Dato' Azib, kerana menurut seksyen 6 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003, bidangkuasa Majlis adalah untuk menasihati Tuanku dari sudut pentadbiran, manakala bidangkuasa Mufti adalah untuk menasihati Baginda dalam perkara Hukum Syarak.
Aku langsung menghubungi Dato' Mufti yang dalam perjalanan ke JAKIM untuk Muzakarah Fatwa Kebangsaan. Alhamdulillah, walaupun last minute call, beliau sudi menghadirkan diri setelah aku maklumkan terdapat beberapa fatwa yang perlu mendapat perkenan Tuanku sebelum diwartakan.
Aku sempat berbincang dengan YAD Dato' Setia Pengerusi mengenai kertas-kertas mohon perkenan yang akan kami bawa. Semuanya berjumlah 14 kertas. 3 daripadanya adalah peraturan-peraturan yang telah digubal dan selebihnya fatwa yang perlu diwartakan. Sebelum ini, jika mengadap, aku jarang bersuara, tetapi kali ini, apabila Tuanku bertanya, siapa yang akan membentang, pantas saja Dato Azib menjawab,
"Cik Hani yang bentang."
Aku sebenarnya gugup jugak. Tak pernah bentang paper depan Tuanku. Tapi, aku terpaksa kontrol macho. Aku bentang la jugak.. Paper first, aku menggelabah jugak, then, bila dah bersoal-jawab dengan Tuanku untuk paper tu, lama-lama ok. Semua paper melibatkan peraturan, aku bentang. Paper fatwa, Dato' Mufti yang bentang. Aku menyampuk sikit-sikit ajer.
Cuma, aku rasa, ada improvement pada diri aku kali ni, sebab aku lebih berprotokol, guna ganti nama diri, "patik", bukan "i" macam first time dulu..:P
Jam 2 pm till 4 pm, baru sesi perbincangan selesai. Alhamdulillah.. Selepas ni, Bahagian aku akan meneruskan dengan proses pewartaan perkara-perkara tersebut. Insyaallah, kalau berjaya, maka lengkaplah SKT Unit Gubalan Bahagian aku tahun ni iaitu sekurang-kurangnya 2 undang-undang dan 2 fatwa perlu diwartakan. :) Kena mintak bonus 3 bulan ni..:P
K lah guys. Aku tak leh memblog lama-lama. Nak semak paper, maklum balas dan minit mesyuarat MAIS esok. Lagipun, sekarang tak leh memblog lama-lama. Komitmen banyak. Doakan aku ek? :P
Aku dan Zurinah bergambar kenangan bersama DYMM Tuanku Sultan Idris Shah selepas majlis mengadap. |
"Pengalaman, guru terbaik"
Nurhani
Shah Alam
11 ulasan:
Tahniah Oan...YB Dato Mufti tu bekas guru besar kita di SAMT KKB la kan...mesti dia bangga dgn awk..:)
amboiii...
السلم عليكم ورحمة الله
Sempat juga berposing erk! Apapun moga Allah permudahkan segala urusan..
teringin jugak nak bergambar dgn tuanku...
assalamualaikum..
sempat bergambar konvo je dengan DYMM canselor UPM nie..yg lain, memang takde lah huhuhuhhhh
Pak Ngah nak ngusik...hehe...kalam akhirnya tentulah berbunyi " Junjung kasih Tuanku"...
Amboyai ..lama tak hapdet sekali masuk gambo dengan Tuanku ye.. ko nak suruh aku doakan yang mana satu ... pasal kerje ke .. atau misi ekhem ekhem! dengan Tuanku.. akhirnya akan ada sahabat aku yang mnenempuh jalan Puan Aishah..
Abu Razeen,
Hek eleh!!
Apa pun tak mengapa asalkan bahagia...insya Allah.
Pak Ngah,
Kelakar juga Pak Ngah ni..:P
sempoinyer tuanku....
ahaks!!
Catat Ulasan