Satu berita yang saya baca pada hari ini di suratkhabar Kosmo dan Berita Harian iaitu mengenai perhimpunan seramai 700 ulama di Indonesia menarik minat saya. Perhimpunan tersebut dijangka akan membahaskan beberapa isu termasuk sama ada orang islam boleh merokok, dan amalan yoga, yang baru2 ini diharamkan oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, Malaysia.Pada pendapat saya, perhimpunan dan perbincangan mengenai
hukum-hukum sesuatu perkara yang berlaku perlu sentiasa dianjurkan dan digalakkan, khususnya di kalangan cendekiawan dan ulamak Islam. Ini kerana, banyak perkara-perkara dan isu-isu terkini yang memerlukan kepada pandangan ulamak untuk menentukan hukum ke atas perkara tersebut dalam zaman serba moden ini. Ini untuk mengelakkan umat Islam mengamalkan atau menghukumkan sesuatu dengan hukum yang salah dan bertentangan dengan kehendak Islam.
Di dalam konteks penentuan Hukum dalam Islam, terdapat satu cabang ilmu Islam yang menceritakan mengenai kaedah-kaedah yang digunapakai oleh ulama-ulama Islam untuk menentukan Hukum bagi sesuatu isu, iaitu ilmu Usul Fiqh. Insyaallah, kalau ada kelapangan, akan saya jelaskan sedikit sebanyak mengenai kepentingan ilmu ini kepada pihak berkuasa agama dan pembuat dasar.

Dalam entri ini, saya hanya ingin berkongsi pandangan mengenai isu rokok. Pada saya, memang wajar untuk rokok ini diharamkan, sama ada jual belinya atau tindakan merokok itu sendiri. Ini kerana, pertamanya, merokok memang tidak ada manfaat. Ini adalah pembaziran. Jual beli barangan yang tidak bermanfaat dan membazir dilarang dalam Islam.
K
eduanya, merokok boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan perokok. Ini adalah satu
kemudharatan yang dilarang oleh Islam. Tidak pernah saya dengar merokok boleh memberi kesan positif terhadap perokok. Ketiganya, asap rokok juga mengganggu orang lain, dan menyebabkan rasa kurang selesa. Ini merupakan satu kacauganggu (walau bukan dalam bentuk yang ekstrem) terhadap orang di sekeliling. Bukankah tanggungjawab sesama Muslim itu menjaga hak Muslim yang lain?Saya kira, ketiga-tiga alasan saya sudah cukup untuk tidak mengharuskan orang Islam merokok, melainkan ada sahabat2 yang berpandangan sebaliknya, bolehlah dikongsikan di sini, sementara menunggu keputusan Muzakarah Ulama Indonesia.:)
Kepada sahabat2 yang merokok, ini hanya pendapat peribadi saya. Harap tidak ada yang berkecil hati:) Kepada ulamak dan mujtahid, bukan isu ini saja yang perlu dibahaskan. Banyak lagi isu global yang memerlukan fatwa dan ijtihad. Mudah-mudahan kita sentiasa dalam rahmat Allah.
























