Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Khamis, 30 April 2009

Diari- Persidangan Penyelarasan Undang-Undang Sivil Syarak : Part II

Salam semua,

Hari ini hari terakhir persidangan. Semalam dan hari ini, selepas solat Subuh, saya terdengar suara orang mengaji. Saya menjangkakan kemungkinan pihak hotel memasang CD mengaji, tetapi bila saya amati, rupanya orang yang menginap di bilik sebelah saya yang mengaji. Alhamdulillah.. Rasa seronok mendengar, kerana tentunya telah menjadi tabiat dan kebiasaan beliau mengaji selepas solat Subuh. Plus, memang bacaannya bagus dengan taranum yang teratur. Saya menjangkakan beliau adalah salah seorang peserta program kami, tetapi saya tidak dapat mengesan siapa empunya suara itu. Ini pertama kali saya mendengar orang mengaji di bilik hotel, berkemungkinan kerana hotel tempat kami menginap tersebut menyediakan Tafsir Al-Quran versi Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris di dalam setiap bilik. Kebiasaannya, hotel-hotel lain menyediakan Holy Bible. Tahniah kepada pihak pengurusan hotel Crystal Crown PJ. Kepada ustaz yang mengaji, teruskan mengaji. Untunglah sapa jadi isterinya, sejuk hati, sebab pagi-pagi lagi dah dibacakan 'ayat-ayat cinta' yang mengasyikkan dan menenangkan siapa yang membaca dan mendengar.

Persidangan berlangsung tepat jam 8.30 pagi dan tamat pada jam 1 petang. Suka saya nak berkongsi bahawa peserta pada persidangan kali ini sangat-sangat menepati masa, terutamanya pengerusi persidangan iaitu Dato' Wan Mohamad, KetuaPengarah JAKIM dan Tan Sri Syeikh Ghazali. Kebanyakan Ahli-ahli Jawatankuasa Teknikal , dan juga peserta dari semua negeri di Malaysia walaupun sudah berumur, turut komited dalam menepati masa. Pada hari ini, ahli persidangan membincangkan mengenai isu keputusan kabinet menghalang supaya kanak-kanak yang di bawah umur 18 tahun mengikut agama ayah atau ibu atau penjaganya yang memeluk islam. Persidangan ini turut membincangkan mengenai isu-isu penjagaan dan dakwah terhadap muallaf. Beberapa resolusi dan keputusan telah dibuat di dalam persidangan kali ini, yang berkaitan dengan agama Islam dan isu-isu semasa perundangan yang perlu dijelaskan kepada umat Islam.

Pada sebelah malam, saya terpaksa masuk sebentar ke pejabat untuk mengambil cop untuk mengesahkan sijil-sijil milik sepupu saya yang ingin memohon pekerjaan. (Pegawai A boleh sahkan sijil-sijil). Sebelum ke pejabat, saya dimaklumkan oleh kakitangan di Bahagian saya bahawa fail-fail yang saya perlu lihat esok dah macam KLCC! Hehe.. Memang la seriau nak masuk ofis.. Baru 2 hari tinggal, dah macam KLCC. Kalau seminggu macam mana agaknya? Hmmm.. Lu pikirlah sendiri...


"Memartabat Undang-Undang Syariah"

Nurhani Salwa Jamaluddin
Shah Alam
29hb April 2009, 12.30 malam


Dewan persidangan.

Bergambar kenangan bersama Prof Datin Paduka Dr Zaleha Binti Kamaruddin, Dekan Kuliyyah Undang-Undang UIA, juga ahli Majlis Agama Islam Selangor. Datin Zaleha yang saya kenali memang tak sombong, peramah dan mesra dengan semua orang, dan minta kami panggil dia Kak Lee saje. Seronok bekerja dengan beliau, kerana beliau sangat komited dan bersungguh-sungguh dalam semua perkara yang dibuat.

Bersama Penolong Penasihat Undang-Undang Negeri Perak, Tuan Zulkarnain. Dulu pernah datang my office, tapi dia terlupa. Saya yang ingatkan dia. Biasalah manusia, mudah lupa..

Kerja-kerja yang menantiku di pejabat.. Huhuu.. Kalau ada sapa-sapa free, bolehlah tolong..

Selasa, 28 April 2009

Peguam Menulis - Persidangan Penyelarasan Undang-Undang Sivil/Syarak kali ke 19

Salam semua,

Semalam tak sempat nak update sebab dah terlalu letih dan dah lewat malam baru melayari internet. Semalam, pada sebelah paginya saya terlibat dengan perbincangan untuk menghidupkan semula Kolej Islam Malaya yang telah dicadangkan penubuhannya oleh Majlis Raja-Raja pada tahun 1949. (Zaman Jepun tuuu.., saya pun tak lahir lagi..). Selepas mesyuarat, rasa pening kepala dan nak muntah, sebab terlalu banyak instruction diterima! Just imagine, nak kena prepare opinion untuk kes zaman jepun, buat kajian menyeluruh, tubuh jawatankuasa khas, bentang di Mesyuarat Majlis Raja-Raja.. Itu untuk kes ini jer.. yang arahan-arahan lain dah berjela-jela.. Aarrrghhh!!! Membran-membran sel saya pun tak mampu nak terima arahan yang diberi.. Ibaratnya kalau laptop or komputer, tetiba jer 'hang'.. Pada sebelah petangnya, sepatutnya jam 3pm, saya sudah mendaftar di Mesyuarat Penyelarasan Sivil/Syarak kali ke 19 yang dianjurkan oleh JAKIM, di Crystal Crown PJ, tetapi disebabkan saya menyiapkan tugas2 pejabat yang masih berbaki dan memerlukan tindakan segera, saya menangguhkannya pada malam hari untuk mengelakkan kesesakan lalulintas.

Selepas Maghrib, saya menjalani training di Klang Parade untuk pertandingan bowling yang bakal diadakan pada pertengahan bulan Mei di Putrajaya. Sebab otak dah letih, points pun tak bagus.. Cuma dapat 125 jatuhan pin ajer.. :(

Jam 11.30 malam baru saya dapat check in di hotel, sebab tu tak sempat update apa-apa entry. Pagi tadi saya join mesyuarat tersebut, seawal jam 8.30 pagi hingga ke jam 4.30 petang.. Kepentingan Mesyuarat ini adalah untuk mengumpulkan wakil negeri-negeri seluruh Malaysia untuk membuat penyelarasan ke atas undang-undang Islam di setiap negeri. Banyak points menarik yang dikumpul, khususnya mengenai penguatkuasaan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan dan Pengembangan Terhadap Orang Islam) setiap negeri. Satu kertas kerja berkaitan dengan penguatkuasaan enakmen ini telah dibentangkan oleh Tuan Hj Mahamad Naser Disa, Timbalan Ketua Bahagian Penyelidikan (Syariah) Jabatan Peguam Negara. Antara lain, kertas tersebut mengupas mengenai permasalahan dan kepentingan dalam menguatkuasakan enakmen tersebut. Enakmen tersebut diwujudkan demi untuk menjaga akidah umat Islam yang menjadi agama rasmi dan agama Persekutuan Tanah Melayu daripada dakyah/doktrin selain Islam. Ini kerana, enakmen tersebut memperuntukkan kesalahan-kesalahan jenayah yang boleh didakwa kepada mana-mana orang yang cuba menyebarkan agama selain Islam kepada orang Islam.

Sebelah petangnya pula, kami membincangkan mengenai cadangan pindaan terhadap undang-undang jenayah syariah (dikenali sebagai Enakmen Jenayah Syariah Negeri-Negeri) untuk menambahbaik undang-undang sedia ada yang sudah lapuk kerana terlalu lama (kebanyakkannya tidak dipinda sejak 1995). Banyak pengisian yang diperolehi daripada kedua-dua sesi perbincangan ini.

Insyaallah, malam ini dan esok perbincangan akan bersambung lagi.. Dalam membuat/menggubal/meminda sesuatu undang-undang, banyak perkara perlu dilihat, khususnya kesesuaian undang-undang kepada masyarakat setempat, dan objektif undang-undang diadakan. Jika sesuatu undang-undang yang digubal tidak memberi kebaikan/maslahah, undang-undang tersebut perlu dikaji dan dipinda/dimansuhkan. Inilah undang-undang manusia, banyak cacat dan kekurangan. Hanya Undang-Undang Allah tetap unggul, tidak boleh dipinda, dan terpakai untuk setiap zaman dan tempat. Wallahua'lam.

"Memartabat Undang-Undang Syariah"

Nurhani Salwa
Crystal Crown
Petaling Jaya
28hb April 2009, 7.00pm

Wakil-wakil dari Sabah, antaranya Ketua Pendakwa Syarie dan SS Mufti Negeri Sabah.

Dewan Persidangan Penyelarasan Undang-Undang Sivil/ Syarak kali ke 19.

Wakil-wakil dari Sarawak. Oleh kerana mereka negeri yang tidak mempunyai Raja, YDPA adalah Ketua Agama Islam di negeri mereka.

Sebahagian lagi peserta yang hadir. Kelihatan wakil-wakil dari negeri Melaka.

Backdrop persidangan. Kelihatan Ahli-Ahli Jawatankuasa teknikal Undang-Undang termasuklah Tan Sri Dato' Syeikh Ghazali, selaku penasihat Undang-Undang Syariah, Jabatan Peguam Negara dan mantan Pengarah JKSM, Datin Paduka Prof Dr Zaleha Kamaruddin, (Dekan Fakulti Undang-Undang UIA), Datin Prof Dr Siti Zalikha (Pensyarah UKM).

Align Center
Bilik penginapanku.. Duduk sorang jer, tapi bilik punyalah besarr.. Siap ada dua katil lagi..

Tempat kerjaku dan selama tiga hari dua malam. Ok la tuh!

Ahad, 26 April 2009

Cintai Islam - Awak sudi jadi isteri kedua saya?

Salam semua,

Seharian tadi saya menghabiskan masa dengan menziarahi kakak saya di seksyen 19. Sambil tu, saya surf internet dan ziarah blog kawan-kawan. Jumpa artikel ni. Best untuk dikongsi dengan rakan-rakan lain. Tak percaya? Bacalah..

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tegas dan yakin.

Tiba-tiba mata Fat
imah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.
"Tak sangka awak sudah
beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fatimah dengan suara tersekat-sekat.

Mata Fikri liar melihat kir
i kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fatimah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fatimah langsung tidak selari dengan penampilannya. "Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya… Fatimah mula sebak.
"Tak. Maksud saya…"

"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" poton
g Fatimah dengan kasar.
"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" su
ara Fatimah semakin tinggi, setinggi egonya. Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fatimah' di sebalik Fatimah yang dia kenal selama ini.
Fatimah bergegas dari situ sambil mengelap air mata de
ngan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu.
Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

"Ada hikmah," bisik hati kecil Fikri, sekecil pandanganny
a terhadap Fatimah.

Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan
jadual Fikri sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yangmembawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak.


Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon
suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fatimah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri. Bagi Fatimah, Fikri seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.


Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fatimah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik denganFatimah, namun sikap Fatimah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fatimah, Fikri tak ubah seperti lelaki lain.

Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seper
ti biasa. Siangnya ke hulu kehilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnyasibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya.
Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri – sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri.


S
uatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikri sekali lagi gus
ar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fatimah atau tidak?

Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut.

Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa s
ahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fatimah.

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tanpa segan silu.

"Sudi," jawab Nusaibah ringkas.
"Er, betul ke ni?" tergagap Fikri menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.

Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh
Fikri.

"Kenapa saya?" tanya Fikri ingin tahu.

"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.
"Baiklah," jawab Fikri tersenyum.

Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak ke
rja dakwahnya selama ini.

Setelah seminggu me
ndirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawaNusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya.


Kadang-kala letih
menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.


"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kere
ta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.

"Ye sayang?" jawab Fikri sambil memandu.

"Abang tak pernah p
un bawa saya jumpa isteri pertama abang,"luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.
"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.
"Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.

Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Fikri yan
g banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini.
"Kita dah sampai," Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya.
Fikri berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.

"Itu isteri pertama abang," Fikri menuding jari ke arah khemah terseb
ut

"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fo
kusnya mencari arah jari Fikri.

"Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.

"Siapa nama isteri pertama abang?" Nusai
bah sangat berdebar.
Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.

"PERJUANGAN, " jawab Fikri.
SEDARLAH SEMUA… KALIAN AKAN DIMADUKAN!


JIKA DIRIMU BAKAL SEORANG ISTERI…
TERIMALAH KENYATAAN BAHAWA ANDA AKAN DIMADUKAN, BAHKAN ANDA BUKAN ISTERI PERTAMA YANG BAKAL DIKAHWINI TETAPI ANDA ADALAH BAKAL ISTERI KEDUA!!! KERANA ISTERI PERTAMA BAGI SUAMIMU IALAH PERJUANGAN ISLAM!!!PERKAHWINAN INI TELAH LAMA DILANGSUNGKAN… KEHADIRAN DIRIMU ADALAH UNTUK BERSAMA BERGANDING BAHU MEMPERJUANG KAN ISLAM BUKAN MENJADI BATU PENGHALANG PERJUANGAN SUAMIMU
JANGANLAH JADIKAN DIRIMU SEBAGAI PUNCA SERTA MERENDAHKAN HARGA DIRI MU DENGAN TERJADINYA PERCERAIAN SUAMIMU DENGAN ISTERINYA YANG PERTAMA IAITU PERJUANGAN ISLAM!



JIKA DIRIMU BAKAL SEORANG SUAMI…
TERIMALAH BAHAWA ANDA BUKANLAH SUAMI YANG PERTAMA YANG BAKAL DINIKAHINYA ATAU INSAN YANG PERTAMA YANG DICINTAI DAN DISAYANGI OLEH BAKAL ISTERIMU!!! BAHKAN DIRIMU ADALAH INSAN YANG KEDUA YANG DICINTAINYA….
KERANA SUAMI YANG PERTAMA BAGINYA IALAH PERJUANGAN ISLAM DAN MEMARTABATKANNYA…
DIA MENCINTAIMU KERANA DIRIMU MENCINTAI ISLAM DAN MEMPERJUANGKAN ISLAM. JIKA DIRIMU TIDAK SEDEMIKIAN… SEKELUMIT CINTA PUN TIDAK AKAN LAHIR DALAM SANUBARI ISTERIMU…BANTULAH ISTERIMU DAN KUATKANLAH DIA UNTUK TERUSKAN PERJUANGAN !! TAKBIR ! ALLAHUAKBAR!




Psst!:Article ni saya ambil dr blog http://ibnuahmad149.blogspot.com/. Moga sama2 kita ambil manfaatnya. Mencintai perjuangan demi Allah & Rasulnya melebihi segala-galanya.. Agak2 lah, ada lagi tak lelaki macam dalam cerita ni? Dan ada tak agaknya wanita macam dalam cerita ni? Atau yang mencuba jadi seperti lelaki dan wanita di dalam cerita ini ? Alangkah indahnya dan kuatnya ISLAM kalau semua umatnya macam watak dalam cerita ini..Hmmm.. Kalau ada, lelaki macam ni, bolehlah masuk ranking 1st dalam senarai calon saya.. hehehe.. Kita pun tak macam Sayyidatina Fatimah, berangan jer nak teman seperjuangan yang macam Sayyidina Ali.. Tapi, tak kisahlah!! Yang penting kita cuba jadi sebaik Fatimah & Ummuhatul Mukminin yang lain. Berbalik pada soalan tadi.. Ada ke lelaki macam ni? Kalau ada, bagitau.. ;P


"Mencari Redha Ilahi"

Nurhani Salwa Jamaluddin

Seksyen 19, Shah Alam

26 April, 5.40pm


Sabtu, 25 April 2009

Diari - Sehari di Pesta Buku Antarabangsa 2009

Salam semua,

Hari ini saya mengajak dua orang sahabat serta adik perempuan saya dan seorang kawannya ke Pesta Buku Antarabangsa 2009. Tahun lepas, saya ke Pesta yang sama bersama dua orang sahabat baik selepas habis kelas di UIA. Dah jadi program wajib tahunan nampaknya. Kami sampai lebih kurang jam 11.30 pagi. Saya mengambil adik saya dan rakan perempuannya di UTM Jalan Semarak, kemudian baru meneruskan perjalanan ke PWTC. Memang susah nak cari parking. Sudahnya, kami parking di The Mall. Parking RM10. Maklumlah, dalam suratkhabar semalam diberitahu bahawa lebih kurang sejuta orang hadir ke Pesta Buku sepanjang dibuat. Memang jumlah yang banyak. Tahniah kepada penganjur. Mula-mula saya dan yang lain isi perut dulu di food court di Tingkat 4.

Booth pertama yang saya pergi adalah booth Jabatan Mufti Brunei untuk membeli set koleksi fatwa oleh Jabatan Mufti Brunei dari tahun 1995 hingga 2006. Kemudiannya saya dan rakan-rakan ke Pelangi Publications untuk membeli buku kanak-kanak yang dikirim oleh kakak saya. Memang murah & berbaloi membeli time ni. Seterusnya saya ke booth Jemari Seni, bertemu dengan rakan blogger yang sebelum ini hanya bertemu di alam maya, sekarang bertemu di alam nyata. Fatahiyyah, itulah nama gadis genit kecil molek yang saya jumpa. Chomel jer orangnya. Sempat beli sebuah buku dari booth beliau.. Sokong rakan2..

Lepas tu, ternampak pulak kartunis kat booth fatahiyyah tu.. apalagi.. saya pun mintak la mamat kartunis tu lukis muka saya.. hehe.. kiut jugak bila saya ni di'kartun'kan.. Terima kasih la kat mamat yang muka macam Faizal Tahir tu.. Kami sambung perjalanan. Memang happening sebab booth-booth dihias menarik, pengunjung tak putus-putus. Sempat saya singgah di beberapa booth lain termasuk PTS Milenia, Aniqah, Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia, Kementerian Dalam Negeri, Yayasan Dakwah Islamiyyah (YADIM), Al-Hidayah, Karangkraf.. macam-macam lah.. Banyak sangat booth, sampaikan tak nampak booth yang menjual buku undang-undang @ Akta untuk saya beli buat rujukan.

Apapun, saya berpandangan, Pesta Buku 2009 ini berjaya menarik lebih ramai pengunjung dari tahun sebelumnya. Ini menunjukkan orang Malaysia telah mempunyai kesedaran yang lebih untuk membaca. Alhamdulillah.. Mudah-mudahan matlamat wahyu pertama diturunkan (iqra') dapat diteruskan melalui program-program seumpama ini.

Sampai di The Mall dah jam 11.30. Cari parking jer dah setengah jam. Turun je kereta, masing-masing lapar. Kami cari food court, punyala susah, sebab signage kat sini memang teruk.. Banyak renovation tapi tak dimaklumkan kepada pengunjung. Kami dari parking naik tangga ke tingkat 3, tengok2 tak ada akses ke pasaraya. Penat kami berjalan. Yang kesian apabila ada family yang ada anak kecil dah penat-penat naik tangga dengan anak-anak, kena la turun balik Mungkin pihak pengurusan The Mall kena lihat dan perbaiki perkara ini.

Kami makan kat kedai ni. Masuk je kat pintu gerbang tu, terus nampak kedai ni. Kelebihan kedai ini adalah kerana ianya terletak betul2 kat pintu masuk food court. Kekurangan kedai ini adalah, makanannya dan minumannya memang tak sedapp..

Team yang ceria, walaupun penat berjalan cari tangga nak ke pasaraya.

Booth pertama yang dikunjungi, booth milik Jabatan Mufti Brunei.

Kami singgah di gerai KDN yang mempamerkan barangan-barangan. Contoh Al-Quran yang diluluskan oleh KDN. Quran yang diluluskan mesti telah disemak dan ditashih oleh mempunyai cop KDN

Contoh-contoh Al-Quran yang tidak diluluskan oleh KDN.

Penerbitan yang dilarang oleh KDN. Yang terkini adalah Majalah The Herald Weekly, yang dilarang menggunakan perkataan Allah dalam penerbitannya.

First time saya tengok buku ini. Ia dipamerkan di gerai KDN.

Bertemu dengan rakan blogger, Ayong Fatahiyyah di booth milik bekas majikan Ayong. Kacil molek ajer Ayong ni. Itupun nak diet.. lainla Kak Hani ni.. Kalau nak tahu, Ayong ni memang kreatif dan suka sangat warna pink. Banner kat tepi tu adalah hasil karya beliau. Cantik kan?

Brader OlyKhairi yang melakar karikatur saya. Sangat kreatif. Tak sampai 5 minit dah siap. Saya tanya, nama dia Oly jer ke? Atau nama penuh dia Olympus ker? Dengan selamba dia jawab, bukan Olympus, tapi Olimpik. hahaha.. Kelakau mamat ni.. Cuba korang tengok muka dia.. Macam Faizal Tahir tak?

Di pentas utama, pelancaran SOX (School of X) oleh syarikat Telekomunikasi CELCOM.

Adik-adik perempuan dari Sekolah Sri Bintang ini membuat persembahan cheerleading. 1st time saya tengok secara 'live'. Cantik-cantik semuanya. Memang salute dengan keaktifan dan kelincahan diorang. Tapi part diorang buat aksi yang over lincah tu, membuatkan saya beristighfar dan hati saya terdetik, patutlah remaja sekarang sukakan hiburan, mereka didedahkan dengan hiburan dan glamour sejak di bangku sekolah lagi.. Apa nak jadi?


Toilet pun penuhh.. kena berbaris..

Orang ramai yang membanjiri PWTC.

Semua gerai penuh dengan orang ramai yang berpusu-pusu mencari dan memilih buku-buku yang dihajati.

Tingkat bawah pun penuhhh..

Di pondok wakaf MAPIM (Majlis Penulisan Ilmiah Malaysia). Di dalam gambar adalah Prof Madya Dr Ghafarullahuddin Haji Din, penulis buku Koleksi Kisah Ceria dari Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU) UITM.

Saya yang membeli sebuah buku beliau sempat bersembang bersama beliau dan mendapatkan autograf.

Masa sampai, nak parking jem, masa nak balik pun jem.. Aarggghh!! Tapi puas hati sebab dapat buku-buku yang dihajati.

Saat saya menulis perenggan terakhir ini, pasukan bolasepak Selangor baru saja mengalahkan pasukan Kelantan untuk menjuarai Piala FA tahun 2009 melalui sepakan penalti 4-1. Tahniah kepada pasukan Selangor. Hidup Selangor!! Jangan lupa sujud syukur dan solat Isyak. Kepada pasukan Kelantan, jangan putus asa, cuba lagi tahun akan datang. Kaylah.. mata pun dah ngantuk ni.. Insyaallah, nanti saya tulis entri lain pulak. Lagipun, banyak buku dan kitab nak dibaca ni.. Wassalam.

"Berjalan, Melihat & Mentafsir"

Nurhani Salwa Bt Jamaluddin
Shah Alam
25hb April 2009
10.00pm

Peguam Menulis - Keputusan kabinet berhubung pemelukan Islam kanak-kanak

Salam semua,

Semalam, sewaktu menonton Buletin Utama, saya dikejutkan dengan keputusan daripada kabinet yang menetapkan kanak-kanak bawah umur kekal menganut agama asal ketika ibu bapanya berkahwin walaupun selepas salah seorang pasangan itu menukar agama. Kabinet turut membuat keputusan bahawa mana-mana pasangan yang memeluk Islam harus menyelesaikan isu berkaitan perceraian dan penjagaan anak-anak di mahkamah sivil dan bukannya Mahkamah Syariah.

Sesungguhnya saya tidak bersetuju dengan keputusan tersebut disebabkan ianya tidak konsisten dengan kaedah fiqh yang membenarkan ibu bapa yang memeluk Islam untuk mengislamkan anak-anak mereka mengikut agama yang dianuti oleh ibu dan bapa mereka. Tambahan pula, Kabinet tidak mempunyai bidang kuasa untuk memutuskan sebarang isu berkaitan agama Islam, memandangkan kuasa tersebut secara ekslusif terletak di bawah bidang kuasa negeri-negeri, iaitu DYMM Sultan Negeri-negeri @ YDPA. Dalam hati saya berkata, "What is this?" sambil tak henti-henti mengutuk keputusan kabinet tersebut. "Suka hati depa jer nak buat keputusan".. gerutu saya.

Selepas mendengar berita tersebut saya terus menghubungi mantan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Tuan Hj Zainul Rijal (sekarang Setiausaha Agong Persatuan Peguam Pembela Islam) untuk mendapatkan pandangan beliau yang turut menentang keputusan tersebut. Beliau turut memaklumkan kepada saya bahawa NGO-NGO Islam akan membuat sidang akhbar keesokan harinya untuk menyatakan bantahan terhadap isu tersebut.

Isunya, mengapa kami membantah?

1) Kerana keputusan tersebut dibuat oleh badan yang tidak mempunyai kuasa untuk memutuskannya. Bidang kuasa untuk memutuskan isu berkaitan pentadbiran agama adalah DYMM Sultan Negeri-negeri @ YDPA @ Majlis Agama Islam negeri, manakala berhubung dengan Hukum Syarak adalah Mufti negeri-negeri.

2) Kerana keputusan tersebut bertentangan dengan Hukum Syarak yang memperuntukkan mana-mana bapa atau ibu bukan Islam memeluk Islam, anak mereka dengan sendirinya menganut Islam kecuali jika anak itu berumur lebih 15 tahun. (Mufti Perak).

3) Kerana keputusan tersebut menyalahi hak pemelukan Islam oleh kanak-kanak di bawah Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa agama seseorang di bawah umur 18 tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu atau bapanya atau penjaganya. Berdasarkan pada peruntukan ini, persetujuan salah satu pihak sahaja adalah memadai dalam penentuan agama seorang kanak-kanak. Ini kerana perkataan yang digunakan dalam Perkara 12(4) adalah 'parent or guardian' bukannya 'parents or guardian' yang mana ia bermaksud ibu atau bapa atau penjaga.

4) Kerana keputusan tersebut menyalahi peruntukkan Enakmen Negeri-Negeri yang memperuntukkan bahawa seseorang kanak-kanak yang belum mencapai umur 18 tahun boleh memeluk Islam jika ibu atau bapa mengizinkannya.

5) Kerana keputusan Jemaah Menteri tersebut bertentangan dengan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 2007 yang memberikan hak kepada Muhammad Shafi Saravanan Abdullah untuk mengislamkan kedua-dua anaknya tanpa pengetahuan atau mendapat persetujuan isterinya, R. Subashini yang masih beragama Hindu.

Untuk akhirnya, saya ingin memetik kata-kata Mufti Perak Dato' Dr Harussani yang berkata, agama Islam tidak seharusnya dikorbankan hanya kerana mahu memuaskan kehendak pihak-pihak tertentu.''Jangan korbankan agama, akidah dan kepercayaan kita untuk hanya melayan atau menyenangkan orang lain dalam perkara ini." Mohon supaya artikel ini di'link'kan dalam blog masing-masing, untuk menyebarkan perkara ini. Bersama mempertahankan Islam, dan membela muallaf.


"Mempertahankan Islam, Tanggungjawab Ummah"

Nurhani Salwa Jamaluddin

Shah Alam, Selangor

25hb April 2009, 9.15am

Diari - Hari yang seronok..

Salam semua,

Sebenarnya banyak benda nak saya ceritakan, tapi idea tak keluar. Jadi saya membuat keputusan untuk menulis mengenai aktiviti saya hari ini. Hari ini, entah kenapa, rasa seronok sangat buat kerja, sampaikan pukul 10 baru breakfast. Sebabnya saya sibuk menyiapkan satu notis arahan dan amaran daripada MAIS untuk ditandatangani oleh Setiausaha MAIS (yang juga Pengarah JAIS) terhadap seorang pemimpin ajaran Qadiani di Gombak. (Ada kesempatan nanti saya ceritakan mengenai ajaran Ahamdiyyah Qadiani yang telah difatwakan sebagai terkeluar dari Islam oleh Mufti seluruh dunia). Mujurlah pagi tadi sebelum ke pejabat sempat minum kopi MANGGODA (manggis + habbatussauda'), jadi kuranglah rasa lapar. Itupun malas nak pi breakfast, tapi kesian kat member yang dok tunggu dari jam 8.30pagi.

Lebih kurang setengah jam lepas tu, saya sambung lagi buat kerja. Alhamdulillah.. banyak tugasan yang dapat diselesaikan. Inilah seronoknya bila tak ada meeting, kerja dapat dibuat, hati pun senang. Tambahan pula, saya memang bernekad untuk menyiapkan semua kerja kerana minggu hadapan, selama 3 hari, saya akan berada di Persidangan Penyelarasan Undang-Undang Sivil/Syarak peringkat kebangsaan anjuran JAKIM di Petaling Jaya. Sepanjang tempoh itu, saya akan menginap di sana, kerana program sampai malam.

Waktu rehat yang panjang saya dan sahabat membuat aktiviti yang paling disukai oleh golongan wanita iaitu 'melontar dan bersedekah kepada para peniaga" di Stadium Melawati Shah Alam sempena jualan gudang METROJAYA. Banyak juga RM yang saya sedekahkan tadi untuk membeli beberapa barangan termasuk hadiah-hadiah untuk kenduri kahwin dan sambutan hari lahir yang bakal saya hadiri. Memang murah.. Nasib bawa duit sikit ajer, kalau tak, lagi banyak saya dermakan.. hehehe.. Walau duit habis, banyak sedekah, tapi hati seronok, sebab dapat barang yang kita suka..

Sebelah petang tadi, bermula jam 3pm, saya menghadiri mesyuarat pemantauan projek yang dibuat sebulan sekali untuk memantau projek-projek pembangunan MAIS. Habis meeting jam 5.45pm. Sejurus selepas mesyuarat tamat, saya bergegas pulang. Sebelah malamnya, saya sempat menjenguk blog sahabat2 sebelum saya menulis entri ini. Sambil menonton TV, saya berjaya menyiapkan modul untuk bengkel yang bakal Bahagian saya anjurkan pada bulan 5 nanti. Memang seronok buat kerja, kat umah pun nak buat juga..

Lepas tu, saya minum kopi MANGGODA lagi..sebab tu tak tido2 lagi.. hehhee.. seronok betul!! Alhamdulillah.. Terima kasih Allah, atas keseronokan dan kenikmatan yang diberi.


"Mencari Redha Ilahi"

Nurhani Salwa
Shah Alam
24 April 2009
2.00am

Khamis, 23 April 2009

Berpesan-pesan - Perang Uhud

Salam semua,

Dah lama tak post entry sebab bz sangat dan keletihan travel ke Majlis Agama Islam Johor Bahru. Tetapi disebabkan 'kewajipan' sebagai blogger, saya nak post satu entry yang pendek. Saya nak kongsikan surah Ali-Imran yang saya baca pagi ini mengenai peperangan Uhud. Satu ayat yang menyentuh hati saya adalah ayat 173 surah tersebut, di mana orang Islam diuji dengan berita yang disampaikan oleh orang Muslim sendiri (golongan munafiq) bahawa bala tentera kuffar akan memerangi mereka, berita tersebut menambahkan keimanan mereka dan mereka (orang-orang mukmin) mengatakan :- "Cukuplah Allah untuk (menolong ) kami dan Dia aalah sebaik-baik Pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami)".

Terharu dan bersemangat membacanya, kerana terbayang para-para sahabat kita, yang bersemangat, walaupun ada pujukan-pujukan dan hasutan-hasutan menakut-nakutkan mereka, mereka bertambah keimanan dan meneruskan perjuangan. Bagaimana pula dengan kita? Mudah-mudahan, kita semua, walau di medan apa sekalipun, perjuangan tetap diteruskan, walau seteruk mana cubaan dan halangan dari orang-orang kuffar dan munafiq. Insyaallah.. La takhof wa la tahzan, innallaha ma'ana.. (Jangan takut, jangan gentar, sesungguhnya Allah bersama-sama kita..) Wallahua'lam.

Isnin, 20 April 2009

Diari - Selamat Datang Ke Johor Bahru

Salam semua,

Saat kalian membaca entri ini, saya dalam perjalanan ke Johor Bahru untuk program lawatan ilmiah ke Majlis Agama Islam Johor. Insyaallah. Saya kira, ini entri terpendek saya setakat ini. Saya akan kongsikan kemudian pengalaman saya sepanjang berada di sana.

"Berjalan, Melihat dan Mentafsir"

Nurhani Salwa Bt Jamaluddin
Bangunan Sultan Idris Shah
Shah Alam
20hb April 2009 1.58pm

Ahad, 19 April 2009

Renung Sejenak 11 - Dah 7 tahun..

Salam semua,

Saat entry ini ditulis, saya di kampung menghabiskan cuti hujung minggu bersama keluarga. Tambahan pula, esok kami sekeluarga dan sanak saudara yang lain bercadang untuk mengadakan 'surprise' sambutan hari lahir pakcik ku di kebun beliau di Batang Kali.

Sebentar tadi, sempat saya dan emak menonton program Akademi Fantasia di siaran ASTRO RIA. Sempat tengok seorang peserta terakhir menyanyi, kerana kami baru pulang mencari kasut untuk adik saya yang perlu menghadiri kursus selama 2 bulan setengah di bawah kelolaan Khazanah Nasional. Emak saya tiba-tiba bersuara " Dah 7 tahun ye AF ni? Tak perasan pun dah tahun yang ketujuh"kata emak. Saya mengiyakan kata-kata emak sambil menganggukkan kepala.

Saat emak mengatakan tak perasan tempoh 7 tahun telah berlalu, saya termenung. Betullah! Getus hati saya. Memang tak perasan 7 tahun dah berlalu. Cepat betul masa berlalu. Rasa baru jer grad, rasa baru jer kerja (in fact dah 7 tahun kerja).. Terfikir saya apa yang dah dibuat dalam tempoh 7 tahun yang berlalu ini, especially untuk Islam. Bila pemikiran seumpama ini datang, rasa macam diri ini tak adil, sebab macam2 buat untuk diri sendiri, tapi untuk Islam?

Banyak perkara perlu dilakukan, perlu disusun, strategi perlu diperbaiki, diupgrade, ditambah. Islam itu adalah cara hidup. Transformasi dan usaha yang konsisten perlu dibuat untuk merealisasikan Islam sebagai cara hidup. Semuanya memerlukan idea dan strategi yang mantap, tenaga kerja dan teamwork yang komited, dan komitmen yang besar. Proses Islamisasi dalam semua aspek kehidupan. Transformasi perlu bermula dari diri sendiri, kemudian keluarga, kemudian masyarakat, seterusnya negara dan akhirnya ummah sejagat. Mulakan transformasi saat membaca entri ini, untuk menjadi Muslim yang mencintai ALlah dan Rasul. Selepas cinta bersemi dan semakin kuat cinta itu, segala-galanya akan dilakukan demi cinta, demi mempertahankan cinta. Semakin kuat cinta itu, semakin bersemangat kita untuk menjadikan orang lain turut sama mencintai Allah, Rasul dan Islam. Insyaallah. Mudah-mudahan harapan untuk mengulangi kegemilangan Islam semasa zaman Rasulullah dan sahabat akan menjadi kenyataan. Amin.


"Aku mencintaimu kerana Allah"

Nurhani Salwa Jamaluddin
Kg Raja Musa, Kuala Selangor
18hb April 2009, 11.30 pm.

Jumaat, 17 April 2009

Berpesan-pesan - Luka di badan nampak berdarah, luka di hati tak siapa tahu..

Salam semua,

Pagi tadi, saya menerima panggilan telefon berkenaan dengan seorang remaja Islam yang baru memeluk Islam) yang berhasrat untuk duduk bersama ayahnya yang bukan Islam di Johor. Penat juga memikirkan cara terbaik untuk menyelesaikan isu tersebut, kerana remaja tersebut memberontak dan asyik melarikan diri. Ini kerana, pihak kami bertanggungjawab untuk mempertahankan akidah dan memastikan remaja tersebut mendapat pendidikan dan bimbingan serta jagaan sempurna sebagai saudara baru. Alhamdulillah, saya dimaklumkan bahawa Majlis Agama Islam Johor bersedia untuk membantu. Saya akhirnya menasihatkan remaja tersebut ditempatkan di pusat latihan berhampiran dengan kediaman ayahnya, dan meminta ayah beliau menziarahinya jika lapang. Ini untuk mengelakkan kesan phsycology kepada remaja tersebut yang terus memberontak kerana dihalang daripada bertemu dengan ayahnya dan kebimbangan sekiranya remaja tersebut tidak dapat menunaikan tanggungjawab beliau sebagai seorang Islam dengan baik, sekiranya tinggal bersama ayahnya yang berlainan agama.

Waktu rehat yang panjang, saya gunakan untuk menziarahi seorang kakitangan wanita MAIS yang baru menjalani pembedahan minor di kaki beliau yang cedera kerana bermain futsal. Walaupun ceria wajah beliau menerima kedatangan kami, namun di wajahnya terpancar juga kesakitan di kaki yang cuba ditahan. Sakitnyer!! Getus hati saya, kerana saya dimaklumkan bahawa tulang di pergelangan kaki beliau telah 'haus' dan terdapat tulang yang tumbuh melebihi sepatutnya yang menyebabkan tulang di kaki beliau seolah-olah tersepit dan akan sakit bila dipijak/ditekan. Ouch! Sakitnyer!! Saya melihat tumit dan pergelangan kaki beliau yang berbalut. Didoakan pegawai wanita ini cepat sembuh.

Sepanjang petang tadi pula, saya menerima panggilan telefon mengenai satu kes seorang wanita Islam yang berhasrat untuk keluar dari Islam, kerana telah berkahwin secara adat dengan seorang lelaki bukan Islam. Saya meminta pemanggil tersebut supaya membuat aduan ke Bahagian Penguatkuasaan JAIS untuk diambil tindakan. Alhamdulillah, sebentar tadi saya dimaklumkan oleh Pengarah JAIS, bahawa tindakan telah diambil oleh Penguatkuasaan dan wanita tersebut bersetuju untuk hadir ke rundingcara yang dibuat oleh Bahagian Penguatkuasaan JAIS.

Apa yang saya nak sampaikan adalah, virus-virus cinta yang memberi kesan kepada akidah seseorang. Orang sanggup murtad kerana agama. Sanggup menggadai agama kerana cinta.. Betullah cinta itu buta. Kebutaan cinta menyebabkannya hidup terasa indah bila bersama kekasih hati.. rasa dunia kita yang punya .. Segala-galanya kita yang punya.. Jiwa rasa terisi dengan kehadiran sang kesuma hati, hingga tak sanggup berpisah melainkan mati.. Sudahnya, kita tak perasan saat hati kita dipenuhi dengan virus-virus itu yang menyerang terus-menerus tanpa henti.. Melukai dan mencedera hati tanpa disedari.. Akhirnya, kerana kecedaraan yang terlalu parah, hati kita mati.. mati dari memohon petunjuk dan HidayahNya...Mati dari mengingatiNya..

Orang-orang yang tahu perkara ini pula, masing2 buat2 tak tahu jer.. sebab tak nak jadi saksi.. Pada saya, sepatutnya sesiapa yang mengetahui, dan menyaksi, perlu lah proaktif, dan membuat aduan ke pejabat agama, majlis agama atau pegawai masjid yang berhampiran supaya tindakan diambil. Ini kerana, kalau di dunia kita lepas, di akhirat, kita tentu akan ditanya apa yang kita buat untuk membantu menyelamatkan akidah saudara-saudara seislam kita.

Cuma, terkadang, saya terfikir juga. Soal akidah, kepercayaan, adalah soal hati, yang mana tak semua dapat membaca dan mengesan apa yang ada di dalam hati seseorang. Ini yang dikatakan, luka di badan nampak berdarah, seperti luka pada kaki sahabat wanita saya, tetapi luka di hati tak siapa tahu.. Apapun, pesanan saya, sekiranya ada sesiapa yang mengetahui ada kes-kes seperti saya ceritakan di atas berlaku, sila buat aduan ke Bahagian Penguatkuasaan JAIS di talian hotline 1-800-88-2424 supaya tindakan lanjut boleh diambil.

Seperkara lagi, aduan di Balai Polis berhampiran juga hendaklah dibuat terhadap pasangan yang bukan beragama Islam kerana menyebarkan agama dan kepercayaan bukan Islam terhadap pasangannya yang beragama Islam. Penyebaran agama bukan Islam kepada orang Islam adalah satu kesalahan jenayah di bawah Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan dan Pengembangan terhadap Orang Islam) 1988. Bantuan dan kerjasama semua pihak untuk menangani dan membasmi luka-luka kesan virus-virus terhadap akidah yang sukar ditemui ubatnya amat-amat perlu.

"Bersama membasmi kemungkaran untuk generasi Islam yang gemilang."

Nurhani Salwa
Shah Alam
17 April 2009, 11.30 p.m

Khamis, 16 April 2009

Berpesan-pesan - Apa yang penting? (Kerjasama!)

Salam semua,

Alhamdulillah, siang tadi, Jawatankuasa Undang-undang MAIS telah bersidang buat kali pertama untuk tahun ini. Perghhh.. Lega betul lepas mesyuarat.. Mana taknya, saya dilantik sebagai Setiausaha Mesyuarat, manakala kakitangan Bahagian Undang-Undang MAIS sebagai urusetia. Kami yang perlu sediakan folder mesyuarat, buat salinan ikut jumlah kehadiran, keluarkan surat jemputan membentang kertas kerja, kumpulkan dan dapatkan kertas kerja dari bahagian/ jabatan lain, keluarkan surat jemputan, confirmkan kehadiran, booking makanan, kena catat minit, buat minit, dapatkan pengesahan dalam mesyuarat akan datang.. Fuyoh! Seawal jam 9.30 kami mula mesyuarat, jam 2 petang baru habis.. Punyalah letih rasanya.. nak membentang paper dan mendengar pandangan ahli jawatankuasa sebelum keputusan dibuat. Ada 6 kertas kerja yang dibentangkan dengan pelbagai isu dan masalah undang-undang yang memerlukan pandangan dan keputusan Jawatankuasa. Satu paper berkenaan isu zakat, satu paper isu wakaf, satu paper berkaitan isu penguatkuasaan undang-undang halal, satu paper saman malu, satu paper cadangan untuk pindaan undang-undang, dan satu lagi mengenai sasaran kerja tahunan Bahagian Undang-Undang MAIS.

Alhamdulillah, disebabkan kakitangan Bahagian saya yang memang terlatih untuk melaksanakan kerja-kerja persediaan mesyuarat, semuanya disiapkan dengan mudah, cekap dan segera. Sejak Ahad yang lepas, saya dan seorang kakitangan terpaksa masuk ke pejabat untuk menyiapkan maklum balas mesyuarat. Pada hari Isnin, seorang kakitangan bahagian ditugaskan untuk mengumpulkan kertas-kertas cadangan untuk dibentangkan. Seorang kakitangan menyiapkan surat jemputan, seorang membuat fotokopi dan seorang membantu untuk menyusun folder. Pada sebelah petang, semua folder mesyuarat telah disiapkan sebanyak 17 salinan. Pada hari Selasa pagi, folder-folder tersebut telah dikemukakan kepada ahli-ahli mesyuarat beserta dengan surat jemputan. Pada hari Rabu petang, saya dan seorang pegawai LZS bertemu dengan Pengerusi Mesyuarat sebagai persediaan sebelum mesyuarat.

Apa yang saya nak kongsikan di sini sebenarnya bukanlah mengenai proses sesuatu mesyuarat dibuat, tetapi perancangan dan sistem sesuatu tugasan dilaksanakan. Dalam bab mengurus meyuarat, memang banyak checklistnya, especially bila involve VIP. Kalau nak harapkan buat sendiri, memang la tak sempat nak siapkan folder dalam masa sehari. Kalau boleh pun, mesti rasa stress, sebab buat sorang2.. Semuanya hasil kerjasama dan team work antara semua kakitangan bahagian. Tak lah kita rasa kita buat sorang-sorang. Penat pun hilang bila buat sama-sama. Seperkara lagi adalah, tidak mudah untuk membuat keputusan bila berada dalam jemaah. Persefahaman dan tolak ansur amat perlu dalam memutuskan sesuatu perkara secara syura.

Sama juga halnya dalam perkara lain, termasuklah perjuangan Islam. Apabila kerjasama dan networking wujud dalam ummah, perkara yang berat pun jadi ringan. Jihad pun lebih mudah. Buat kerja pun seronok, sebab tak rasa kita buat sorang-sorang. Kerana itu, pembahagian tugas mengikut peranan dan keupayaan dan bidang masing-masing amat perlu dalam pengembangan dakwah Islam dan mempertahankan Islam. Pendakwah komited dengan dakwahnya, polis menjaga keamanan, peguam syarie mempertahankan hak Islam, jurutera mencipta ciptaan yang bermanfaat untuk Islam, pentadbir agama menguruskan hal ehwal pentadbiran Islam. Insyaallah. Keputusan umat Islam yang dibuat bersesama dan berjemaah, walaupun sukar diperoleh, dengan mudahnya dapat menyangkal laungan persamaan hak dan kebebasan beragama yang dilaung-laungkan oleh bangsa lain. Jika ini terlaksana, kita bukan setakat melihat realiti gagasan 'SATU MALAYSIA" terlaksana, seperti dilaungkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang baru, bahkan yang lebih penting adalah SATU UMMAH!! Malaysia boleh!! ISLAM BOLEH!!

To my staffs, u all are really precious and cannot be valued. Terima kasih banyak2 atas kerjasama yang diberikan. Wonderpet - Apa yang penting? KERJASAMA! To all muslims, be united, in the name of Allah, not the parties or races. Wallahua'lam.

"Kita Berkongsi Langit yang sama"

Nurhani Salwa
Shah Alam
16 April 11.30 pm

Rabu, 15 April 2009

Diari - Semangat yang hilang..

Salam semua,

Hari ini, Allah uji saya dengan ujian 'temperature'. Akibatnya, rasa macam nak marah kat semua orang. Termasuk la ustaz yang saya hormati selama ni, pun kena 'hangin' dengan saya. Kalau ustaz tu terbaca tulisan saya malam ni, saya mohon maaf la ustaz. Ana tak berniat pun nak kecikkan hati ustaz, tapi tadi syaitan tu berjaya goda saya.. Ditiupkan rasa marah dan disimbah ana dengan petrol.. Memang lah marak apinya.. Ampun dan maaf banyak2 la ustaz..

Kebetulan sebelah pagi tadi, saya sibuk menyiapkan tugasan dan persediaan untuk mesyuarat Jawatankuasa Undang-Undang esok. Telefon pulak tak berhenti2 bunyi dan arahan-arahan lanjut yang diterima. Yang menyebabkan saya rasa macam nak menangis, bila rasa macam tak sempat nak buat semua benda.. Rasa macam nak berenti kerja n mintak kerja lain jer, sebab rasa tak leh nak pikul tanggungjawab.. hari demi hari makin berat.. makin banyak nak kena jawab dan buat.. Tu yang rasa 'temperature' naik hari ni.. Maaf banyak2 la ustaz..

Sebelah petangnya pula, saya berjumpa dengan Pengerusi Jawatankuasa Undang-Undang iaitu YB Penasihat Undang-Undang Negeri untuk brief beliau mengenai mesyuarat esok pagi. Jam 3.10pm saya dan seorang pegawai dari LZS dah terpacak di hadapan pejabat beliau di Tingkat 4 Bangunan SUK Selangor. Disebabkan panggilan telefon dan beberapa pegawai yang ingin bertemu dengan YB, pertemuan kami berlanjutan hingga jam 7.30 malam! Aduss!! Memang la stress!! Esok nak miting lagi!!

Bila balik, rasa hilang semangat nak buat kerja, sebab dah penat and dah buat salah kat orang kan? Mesti ustaz tu kecik hati dengan saya, sedangkan dia bersemangat minta saya tolong, dan ingatkan saya supaya bantu dengan niat untuk Islam.. Aduhai.. Malu nak telefon and minta maaf.. Cuma terkadang, terdetik di hati, mengapa saya yang dipilih? Terkadang terdetik di hati, mengapa Allah tak beri ilham kat ustaz tu untuk minta bantuan orang lain? Paling selalu terdetik di hati, kenapa aku jer yang kena buat and bantu, orang lain tak? Bila soalan last tu terdetik, biasanya memang hilang semangat nak buat kebaikan.. Astaghfirullah..

Selalu persoalan tu berlegar2, tapi tak terjawab. Hanya boleh sedapkan hati, Allah pilih sebab Dia tahu saya mampu selesaikan.. Betul ker? harap2 betullah telahan ku itu... Ya Allah! Ihdinassirotolmustaqim.. Tunjukkanlah aku jalan yang benar.. Amin..

Macammana agaknya rakan2 blogger yang lain? Pernah tak rasa macam yang saya rasa? Apa u all buat? Bolehlah kongsikan..:)

"Mencari Redha Ilahi"
Nurhani Salwa
Shah Alam
15 April 2009
11.35 pm

Berpesan-pesan - Surah Al-Mulk

Salam semua,

Malam tadi, kerana terlalu letih, saya telah buat siaran langsung terus - menerus (tido) dari jam 9 malam sampai 1 pagi. Bangun sekejap, sebab ada panggilan telefon, then sambung balik.. Akibatnya, tak sempat tulis apa-apa entry pun. Tapi bila bangun rasa fresh sangat, dan rasa nak tulis semua benda.. hehehehe.

Tetapi disebabkan rasa 'bertanggungjawab ' untuk tulis entry(actually, I am really addicted to write!!), saya cuma nak kongsikan satu hadith berkenaan Surah Al- Mulk yang saya baca pagi ini dalam buku amalan surah-surah pilihan , fadhilat dan khasiatnya, tulisan Haji Johari Haji Alias:-

Daripada Abi Hurairah r.a, dari pada Rasulullah s.a.w., beliau bersabda:

"Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada tiga puluh ayat memberi syafaat kepada pembacanya hingga diberi keampunan untuknya iaitu surah Al-Mulk "(Tabarakallazi)." Hadith riwayat Ibn Kathir

Di dalam satu hadith yang lain, surah ini dipanggil Munjiah (yang iaitu yang menyelamatkan). Insyaallah, sama-samalah kita amalkan. Mudah-mudahan fadhilat mengamalkan surah ini dapat menyelamatkan kita daripada azab kubur dan neraka. Aminn..

Isnin, 13 April 2009

Diari - Dua hari di Hari Mesra Pelanggan MAIS

Salam semua,

Sepanjang Sabtu dan Ahad lepas, selama dua hari ini, saya terlibat dalam program Karnival Mesra MAIS menguruskan Klinik Guaman Syarie. Selain dari pertemuan dengan pak Ngah, rakan blogger saya, banyak aktiviti menarik yang disediakan oleh penganjur sepanjang dua hari program berlangsung. Di sini saya attachkan gambar2 menarik untuk tatapan pengunjung blog ini.

Timbalan Setiausaha MAIS memberi ucapan alu-aluan semasa Majlis Perasmian Program hari Mesra MAIS 2009.

YAD Dato' Setia Pengerusi MAIS memberikan ucapan perasmian program.

Sebahagian kakitangan MAIS dan pengunjung yang hadir semasa program perasmian.

Wakil NGO Muslim Care, berkongsi pengalaman detik-detik mereka menghantar bantuan ke Gaza. Menurut beliau Muslim Care adalah NGO pertama yang berjaya menghantar terus bantuan ke Gaza dan menemui pemimpin HAMAS. Mereka turut mendedahkan mengenai adanya NGO bukan Islam yang menggunakan nama Islam untuk mengaburi penderma.

Taklimat bahagian-bahagian di dalam MAIS. Tak sampai 5 minit saya sampai di lokasi program, saya diminta memberi taklimat mengenai Bahagian Undang-Undang MAIS dan perkhidmatan yang dianjurkan. Kalau diberi tahu lebih awal, boleh la prepare dengan power point ker.. jadi disebabkan tak ada apa2 accesories, saya goreng jer lah..

Ustaz Juraish sedang melayan soalan daripada Pak Ngah, blogger yang hadir di Klinik Guaman Syarie kami.

Kaunter Lembaga Zakat Selangor.

Kaunter Lembaga Zakat Selangor yang mempamerkan barangan kraftangan asnaf MAIS.

Antara NGO yang turut mengambil bahagian, persatuan tahfiz dan MACMA.

Booth milik Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) yang menawarkan pengajian tinggi dalam pelbagai bidang.

Booth paling ceria, dengan muslimah-muslimah jelita yang menjual barangan terpakai dengan harga murah. Sumbangan daripada hasil jualan akan dimasukkan ke dalam Tabung Amanah Anak Yatim MAIS.
Booth milik Kumpulan MAIS Corporation yang merupakan anak syarikat MAIS.

Berjalan sambil menderma. Tak dapat derma duit, derma darah pun boleh. Jururawat dari Hospital Banting diimport untuk menguruskan kempen derma darah.

Mari!Mari! Mari! Murah giler! 3 majalah cuma seringgit! Mari!Mari! Sementara stok masih ada.

Jualan unit-unit rumah di USJ 17, salah satu projek perumahan MAIS. Kelihatan kakitangan MAIS sedang memberi penerangan kepada pelanggan yang singgah.

Cik abang kita ni mencuba bakat menulis kaligrafi Cina. Ada bakat menconteng la bang!! Haha.. Faham ker apa yang ditulis?

Cantik!Produk-produk hasil tangan asnaf-asnaf fakir miskin yang menerima bantuan dari Lembaga Zakat Selangor.

Saudara Daniel Hakim Boey, dari MACMA, yang memberi penerangan semasa demonstrasi membuat mi oleh seorang Imam dari China.

Tetamu VIP dan pengunjung program sedang tekun menyaksikan mi buatan sendiri yang dihasilkan oleh seorang Imam dari negara China yang kini sedang menjalani latihan sebagai kader dakwah di MACMA. Seronok saya tengok.. macam kungfu pun ada. tak payah guna mesin, tapi mi yang dihasilkan sangatt lembut..

Pembuat mi meminta tetamu yang hadir merasa kelembutan mi yang dihasilkan. Memang lembut sangat. menurut saudara Daniel Hakim, mi yang dihasilkan ini lebih cepat dimasak, kerana lebih lembut dari mi maggi.

Sesi kuis kenali MAIS bersama penonton.

Persembahan nasyid daripada murid-murid Sekolah Menengah Agama Hishamuddin Kg Jawa Kelang.
Pandai adik-adik ni berbongo dan main percussion nasyid. Teringat zaman muda-muda i dulu... Suka masuk pertandingan nasyid.. dah tua-tua ni pun, masih suka lagi.. huhu..

Pelajar-pelajar dari Sekolah Agama Menengah Sungai Bertih, Klang, juara pertandingan nasyid antara sekolah peringkat negeri. harapnya kekallah u alls melagukan nasyid2 da lagu2 keagamaan.. jangan bila dah besar, sebab ada bakat nyanyi, masuk AF plak..

Disebabkan tak ada orang nak sampaikan hadiah, saya jadi bidan terjun untuk beri hadiah dan pernghargaan kepada penasyid-penasyid muda kita.

Bergambar kenangan bersama ahli persatuan MACMA (Malaysian Chinese Muslim Association) dengan adik saya serta isteri dan anak-anak.

Ini adalah kali pertama pihak MAIS mengadakan program Hari Mesra MAIS bersama anak syarikat, dan besar kemungkinan akan diadakan program susulan selepas ini, dengan penyertaan yang lebih ramai. Insyaallah. Mudah-mudahan hasrat kami terlaksana. Amin.


"Kebajikan - bekalan menuju akhirat"

Nurhani Salwa
Shah Alam
13 April 2009
10.30 pm