Bila melihat gambar-gambar yang saya ambil semasa alumni UIAM LAW GRADS 2001, saya tersenyum sendiri. Kerana, insan-insan yang saya rakamkan fotonya dahulu pelajar-pelajar yang masih kurang matang, suka mengusik dan nakal-nakal belaka.
Kini, yang saya temui, amat-amat berbeza. Mereka semua sudah berkeluarga, semakin matang dan paling penting, semakin penyayang. Yang mana sudah menjadi ayah, sentiasa mengelek anak, mendodoi anak, nampak macam dah biasa, tak perlu disuruh-suruh. Yang ada anak kecil, makan pun ikut turn, suami dulu atau isteri dulu, sebab nak kena takes turn untuk pegang baby. sedangkan dulu, jangan haraplah! Masing2 nak kontrol macho.. Mudah-mudahan kasih sayang antara mereka semua berkekalan, dan anak mereka semuanya dapat menjadi anak soleh dan solehah dan menjadi sehebat mereka juga.
Great parents produce great kids. Amin.
"Sayangi keluarga anda"
Nurhani
Shah Alam
Saliah dan anak-anaknya.
Yang Arif Syahmi, sekarang Hakim Mahkamah Syariah di Kedah bergilir mendukung anaknya.
2 ulasan:
Salam Oan,
Apa hal lah ko dok letak gambar anak2 kawe2 ni..Mung bila lagi he..he..he
Waalaikum salam Ina,
Insyaallah, masa aku akan tiba juga.. hhehehhe.. sama-sama doakan.. :)
Catat Ulasan