Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Ahad, 28 Februari 2010

Diari - Reunion Law Grads 1997-2001

Salam semua,

Pada 26hb Februari 2010n hingga 28hb Februari 2010 yang lalu, saya berkesempatan menyertai program Reunion untuk graduan sarjana muda undang-undang UIAM tahun 2001 di Teluk Batik Lumut. Pada awalnya, saya memang tidak mahu hadir, tetapi atas desakan teman-teman dan mengingatkan bila lagi nak berjumpa dengan kawan-kawan lama, saya pergi juga akhirnya. Itupun keputusan dibuat di saat-saat akhir, setelah sahabat saya Liza, sudi menemankan saya. Saya hanya mem'pack' barangan saya hari Jumaat pagi dan bergerak pada jam 11 pagi. Seingat saya, kali terakhir kami menghadiri reunion ini adalah pada tahun 2008 di Swiss Garden Kuantan, Pahang.

Alhamdulillah, program berjalan lancar dan memang seronok dapat berjumpa teman-teman lama. Seramai 34 orang teman dan keluarga masing-masing hadir. Masing-masing nampak semakin selesa dengan kerjaya masing-masing. Daripada penelitian saya, nampaknya teman-teman yang hadir masing-masing berjaya dalam bidang masing-masing. Kebanyakkannya masih berkhidmat sebagai peguam sivil, sebahagian lagi sebagai peguam syarie, sebahagian sebagai penasihat undang-undang, sebahagian lagi sebagai penjawat awam di jabatan-jabatan kerajaan. Kesemuanya telah berkeluarga melainkan

Apa saja bidang yang mereka ceburi, saya membayangkan satu hari nanti, kamil inilah yang akan menjadi sebahagian daripada pelapis-pelapis untuk membantu negara dan ummah dan mempertahankan undang-undang syariah khususnya, daripada dicabuli. Semoga Allah mempermudah urusan kami, dan semoga jalinan ukhuwah di antara kami kekal selamanya. Amin.


"Syoknya cuti"

Nurhani
Shah Alam


Majlis perasmian dimulakan dengan bacaan tahlil untuk sahabat yang telah meninggal dunia.


Saudara Hasnizam (Gibok), Penasihat Undang-Undang Majlis Perbandaran Manjung, yang menjadi penganjur dalam reunion kali ini.

Banyak yang nak diceritakan dan dikongsi. Almaklumlah, dah dua tahun tak berjumpa.

Siti Saliah, peguam di firma guaman di KL bersama anak-anaknya.


Gibok dan anak bongsunya, Aliff Haikal.

Dinner time.

Berdiri dari kiri: Lizard (peguam), Zurina (senior manager SC), Awin (peguam), bertudung merah, Zuraidah (peguam), Yus (peguam Syarie), Kyun (peguam), Irda (peguam). Duduk dari kiri : Saya, Liza (guru) dan Saliah (peguam).


Amrul (peguam) dan isterinya Rini yang sarat mengandung, tetapi masih komited untuk hadir. Cayalah!

Gaya santai Nik Yo (peguam) dan isteri, sambil memerhati anak-anak mereka bermain air.


Sembang ibu. Dari kiri Saliah dan Sema (dulu peguam tetapi memilih kerjaya sebagai pendidik kerana memikirkan anak-anak dan suami)

Saya dan Zurina, teman rapat semasa di UIAM. Gambar kenangan semasa bermain di Marina Water Park.

Lunch time sponsored by Zukri, peguam yang beramal di Pahang.


Gibok dan Putera (peguam di Johor).

Sebelah petang, kami berjalan ke Lumut.


Shopping time! Di sebuah kedai di Lumut.

Letih berjalan, kami singgah minum petang di sini, tapi memang tak sedap.




Tempat membeli keropok, ikan bilis dan ole-ole.Bertudung biru, owner kedai, Puan Jamilah.


Teluk Batik Resort, tempat kami menginap.

Aktiviti malam kedua, BBQ. Sebelah kiri, baju biru Azmel (Penasihat Undang-Undang), Shaharizal (Peguam), Shakirin (Peguam). Sebelah kanan : Bob (peguam), Amirul (Peguam).

Detik-detik sebelum berpisah. Dari kiri: Marini, saya, Kyun, Liza, Zureena, Yus, Sema, Emi,


Bergambar di kolam renang sebelum pulang.


Terjun time!! Syioknya!!

Zukri, penaja makan tengahari hari kedua. Dengar-dengar perniagaan beliau berkembang maju dan semakin berharta. Tahniah dan semoga kejayaan berterusan. Saya sempat mengucapkan terima kasih kepadanya kerana menaja makan tengahari. "Mudah-mudahan Allah membalas kemurahan hati kamu dengan 10 kali lipat," kata saya padanya.

Rozaimi, sahabat kami yang paling advantureous dan sukakan outdoor activities. Dari sejak di UIAM sampai sekarang dah anak dua, masih lagi aktif. Datang ke teluk Batik pun bawa basikal. Sempat dia tour sekeliling Teluk Batik dengan keluarganya naik basikal.

Zufaidi, rakan kongsi firma bersama Zukri, melayan anaknya. Sekarang dah bawak kompressor... Hebat hebat..

Saudara Gibok yang keletihan selepas majlis selesai. Sian kau Gibok. Di hadapannya Mar, isterinya dan anak-anaknya.

Bergambar beramai-ramai sebelum bertolak pulang. Time ni dah ramai yang balik.


Sebelum bertolak balik, Shu (kakitangan ALC) belanja kami makan di kedai ini.

Gambar sebelum.

Gambar selepas.

Penaja tersenyum gembira kerana kami sgt berpuas dengan nasi ayam di restoran ini. Sedappppp sangat! Lain kali belanja lagi ek!

Bergambar kenangan dengan Shu sebelum bertolak pulang.


Tiada ulasan: