Salam semua,
Awal-awal pagi lagi saya sudah menghubungi Aziah, PA Dato' Pengerusi MAIS.
"Assalamualaikum. Pejabat Pengerusi MAIS," lembut kedengaran suaranya mengangkat telefon.
"Waalaikumsalam. Pejabat Undang-Undang," saya membalas. "Dato Azib masuk tak hari ni? Dia dah balik kan dari Ho Chi Minh?" tanya saya.
"Dahh.. tapi entah la kak. Tak tau pulak saya. Dia tak cakap pulak nak masuk ofis ke tak hari ni," jawabnya.
"Takperlah. Nanti kalau dia masuk, mintak call handset saya ye.. Saya ada perkara nak bincang dengan Dato'," jelas saya pada Aziah.
"Ok kak. Nanti saya call," janjinya. Saya menyambung beberapa tugasan dan membancuh kopi.
Telefon di atas meja saya berdering. Saya mengangkat gagang.
"Bahagian Undang-Undang MAIS. Assalamualaikum," ucapan biasa kakitangan di Bahagian Undang-Undang MAIS setiap kali telefon berbunyi.
"Waalaikumsalam, kak. Ni Aziah. Dato' Adzib nak jumpa akak sekarang," Aziah memaklumkan.
"Ok," jawab saya.
Saya mengajak Rohaida, PSU di Bahagian Pembangunan Hartanah untuk turut sama bertemu dengan Dato Azib. Kami berbincang beberapa isu berkaitan hartanah MAIS yang memerlukan persetujuan Dato'. Rohaida meminta diri awal untuk ke bengkel di Menara Selatan. saya menyambung perbincangan bersama Dato' Azib sehingga selesai.
"Ok la Dato'. Ada apa-apa lagi pesanan penaja?" tanya saya pada Dato' Azib.
"Tak ada dahh..," jawabnya.
"Ok. Nanti saya email final presentation tu pada Dato'. Assalamualaikum," kata saya sambil melangkah keluar dari pejabat Dato' Azib.
Ada beberapa orang tetamu sedang menunggu di luar termasuk Ustaz Malek, pegawai kanan di Lembaga Zakat Selangor. Saya menyapanya,
"Assalamualaikum Ustaz. Maaf la ambil lama sket masa nak bincang dengan Dato'. Sekarang dah pukul berapa yer?" tanya saya.
"Waalaikumsalam. Nak dekat kol 11 dahh.. Takper.. Orang besar-besar memang lama kalau jumpa Dato'," jawabnya sambil tersenyum.
"Isk! Tak ada lah. (Besar saiz adalah!) Saya ni kuli jerrr..." jawab saya.
Setelah berbincang beberapa ketika, saya meminta diri untuk ke bengkel peraturan anak syarikat di Menara Selatan. Beberapa orang Ketua Bahagian MAIS telah pun berada di sana sejak pagi dan sedang berbincang mengenai klausa-klausa berkaitan. Perbincangan agak menyeronokkan kerana semua Ketua Bahagian yang hadir masing-masing cuba memberikan pandangan dan idea yang bernas. Lebih kurang jam 12.30 kami berhenti rehat dan bersambung di sebelah petang. Saya memaklumkan ketiadaan saya dan Rohaida pada sebelah petang kepada Encik Hamidon, penganjur program bengkel, kerana menghadiri mesyuarat di SUK.
Walaupun meeting dijadualkan pada jam 4 pm, tepat jam 3.15 petang, kami berdua sudah sampai di SUK. Kami terus ke Pejabat Pegawai Kewangan Negeri Selangor di Tingkat 12 SUK untuk bertemu dengan PWN, Dato' Arif. kami dimaklumkan Dato' Arif sedang bermesyuarat. Kami berdua menghabiskan masa dengan membaca surat khabar dan berbincang mengenai points-points yang akan dikemukakan di dalam perjumpaan dengan Dato' Arif.
"Puan. Dato' minta berjumpa di Tingkat 8," seorang kakitangan di Pejabat Perbendaharaan Negeri memaklumkan kepada kami.
"Ok." jawab kami berdua, hampir serentak.
"Jadi apa yang saya nak masukkan dalam surat tu?" Dato' Arif bertanya kepada kami.
Setelah berbincang lebih kurang 30 minit dengan Dato', kami membuat beberapa kesimpulan sebelum mengakhiri pertemuan kami. Sesampainya di pejabat, lebih kurang jam 4.50 pm, kami berdua terus ke bilik bengkel.
"Dah gelap jer Ida. Dah habis kot," kata saya setibanya di Tingkat 6.
"Ntah. Tengok la dulu," jawab Rohaida.
Betul tekaan saya. Bengkel telah selesai. Semua pegawai yang terlibat dengan Bengkel sudah pulang ke pejabat. Kami berdua meneruskan langkah ke pejabat.
Setibanya di pejabat, saya mengucapkan syukur kepada Allah. Alhamdulillah.. Syukur... Allah masih beri saya nikmat akal fikiran supaya saya boleh berkongsi pandangan kepada Dato' Azib, berkongsi idea dengan pegawai-pegawai MAIS, bertukar-tukar pandangan dengan Dato' Arif dan bercerita dengan sahabat-sahabat. Sesungguhnya, nikmat akal fikiran ini sememangnya nikmat yang tidak ternilai.. Kalau Allah tarik, (nauzubillah) macam mana agaknya? Ya Allah.. Sesungguhnya aku sangat-sangat bersyukur... Terima kasih Allah.. Alhamdulillah.. Syukur.. :)
"Mengharap redha Ilahi"
Nurhani
Seksyen 3
Shah Alam

2 ulasan:
salam hani.
macam baca cerpen je bila lihat dialog-dialog dia atas tu, hehe.
terima kasih berkongsi kisah kerjaya hani dengan gambar-gambar sekali, dapatlah kakchik tau serba sedikit tentang MAIS dan staf-stafnya.
Waalaikumsalam Kak Chik,
Itulah kerja-kerja part time kami, selain daripada melakukan tugas2 harian pejabat.. Semoga Allah terus permudahkan perjalanan kami dan Kak Chik juga!!:)
Catat Ulasan