"Assalamualaikum kak," lembut suara Aziah, PA Dato' Azib sewaktu menghubungi saya pagi tadi.
"Waalaikumsalam," jawab saya.
"Nak maklumkan, Dato' nak jumpa akak jam 8.30 ni yer," kata Aziah.
"Yer ker? Awalnya.. Baru nak bersarapan ni," jawab saya. Saya baru saja mencedok bubur ke dalam mangkuk di restoran Masjid Negeri Shah Alam.
"Dia sms Dila tadi, kata nak jumpa akak 8.30," katanya lagi.
"Ok, baiklah, thanks," balas saya.
Jam 8.30 saya sudah berada di hadapan bilik Pengerusi MAIS.
"Mana Dato?" tanya saya.
"Belum sampai lagi kak. Sabar yer," Dilla, PA Dato' Azib menjelaskan.
"Tadi kata 8.30. Poyo jer Kak Hani makan, macam nak tercekik sebab kejar masa," balas saya sambil bergurau.
Lebih kurang jam 8.50 pagi, Dato' Azib sampai di pejabat. Seorang demi seorang pegawai datang berjumpa dengan beliau, sehinggalah turn saya.
"Mana statement MAIS?"tanya Dato' pada saya.
"Kejap lagi saya buat Dato'. Hari ini jugak siap. Dato' ada kan hari ni?" tanya saya.
"Saya ada meeting kol 9.30,tapi saya masuk ofis balik," jelas Dato'.
"Ok. By that time, saya siapkan," janji saya pada Dato'. Saya mengangkat punggung untuk bangun.
"Eh! Nanti dulu. Ada banyak lagi perkara ni," Dato' menahan saya. Saya duduk semula. Selepas satu isu, satu isu lagi ditanya, dari perjanjian seksyen 14, kes saman ADUN Ulu Kelang, report polis terhadap P Gunasegaram, mesyuarat susulan bersama YB Dato' Hassan Ali, sehinggalah saya ingin bangun untuk kali keduanya, Dato' meminta saya supaya duduk kembali.
"Saya ada terima aduan ni, pasal pegawai di LZS. Betul ke memang pegawai nye kasar? Sapa namanya? Bagitau saya, dan bahagian mana," tanyanya sambil menunjukkan salinan entri bertajuk "Didiklah diri wahai saudara" yang dipostkan di blog sahabat saya, Ustaz Amin.
Walaupun agak terperanjat, saya bertanya Dato,"Mana Dato' dapat salinan entri tu? Sapa bagi?" tanya saya.
"Adalah saya dapat." jawabnya.
"Emmm.. Pendapat saya, memang pegawai tu agak kasar Dato'. Pada saya, tak kisahlah sapa pelanggan yang kita jumpa, VIP ke tak, tapi bila dah jadi pelanggan kita, kena la layan baik-baik. Dah la LZS tu memang banyak orang datang minta bantuan." terang saya satu persatu.
"Memanglah," sampuk Dato'. "Jadi, dia memang ada cakap la pasal jabar, Ijabah ni, dia kata dia tak tau walaupun duduk kat area tu?" tanya Dato' lagi.
"Memang dia ada sebut, dan yang tak best bila dia tanya saya, saya dapat komisyen tak tolong ustaz tu. Mungkin dia cuba berlawak, tapi kurang sesuai." terang saya sambil menyebutkan nama pegawai terbabit.
"Ni ustaz mana ni?" tanya Dato' lagi.
"Ustaz Muhamad, yang buat Darul Ukhuwah, Yayasan Ijabah tu." jawab saya.
"U buat surat direct pada HR Manager dia, biar saya yang sign. Minta aduan ini diambil tindakan." arahnya pada saya.
"Ok Dato'. Tapi biar saya buat press statement dan report polis dulu yer," jawab saya memberi keutamaan dalam setiap arahan yang diberi.
Lebih kurang jam 9.30, saya kembali ke pejabat dengan misi menyiapkan tugasan-tugasan yang diberi. Jam 11.30, saya berjaya menyiapkan draf kenyaaan akhbar MAIS dan kertas kerja untuk dirafak sembah ke DYMM Sultan Selangor. Pada sebelah petangnya, terasa kepala saya agak pening dan badan saya kurang selesa. Saya meminta Rasyid, pembantu saya untuk membantu menyediakan draf report polis yang selesai disemak oleh saya pada jam 4.30 pm., itupun saya semak dalam mesyuarat yang dihadiri. Selepas mesyuarat, saya terlibat dengan perbincangan singkat bersama Dato' Pengarah JAIS mengenai komen seorang ahli MAIS berkenaan sikap beberapa orang pegawai di MAIS dan JAIS.
Jam 6.30 petang, baru saya melangkah pulang dari pejabat. Saya dihubungi oleh Azim dan Shu dari Ijabah yang menjemput saya untuk menghadiri mesyuarat esok petang jam 3 di pejabat mereka di seksyen 9 Shah Alam. Saya memaklumkan kesudian saya untuk hadir jika saya bercuti esok.
Sesampai di rumah, saya menghidupkan riger streamyx saya untuk menghantar kertas kerja yang saya bentang di dalam Mesyuarat MAIS semalam kepada seorang pegawai R & D JAIS. Sempat juga saya melayari beberapa blog yang saya minat dan menyemak satu kertas kerja untuk Muzakarah Pakar di IKIM pada 2 Mac 2010 ini sebelum berhenti untuk solat maghrib dan isyak dan bersedia untuk bermain badminton pada jam 9 malam.
"Letihnya.." keluh saya, setibanya sampai di Dewan MBSA Seksyen 7. Baru terasa badan letih dan rasa nak berehat. Tapi sebab dah sampai, lagipun hanya 4 orang termasuk saya yang turun pada hari ini, jadi kami semua terpaksa bermain. Jam 11 malam, kami berhenti bermain dan minum di restoran berhampiran. Jam 12 malam, baru kami semua beredar dan bersurai. Setibanya di rumah, saya terus membuat aktiviti kegemaran saya iaitu blogging.
Sekejap betul masa berlalu. Dah sehari suntuk bekerja dan bermain, dan melakukan aktiviti yang disukai. Tak perasan waktu berlalu begitu saja. Bermula detik 6 pagi sehingga 12 tengah malam, rasa sekejap sangat. Lebih-lebih lagi apabila kita sibuk, rasa terisi semua waktu dengan aktiviti dan tugasan, tak sedar masa berlalu. Harapnya, semoga baki usia kita dapat digunakan untuk perkara yang bermanfaat dan diredhai Allah demi menambah tabung amalan kita kelak. Amin.
"Mengharap Redha Ilahi"
Nurhani
Shah Alam

6 ulasan:
Salam Hani.
Selamat menyambut sempena maulidurrasul dan bercuti buat beberapa hari.
Salam pak Ngah,
Selamat menyambut maulidurrasul. Semoga bertambah cinta kepada Rasulullah SAW.
Salam Hunny....saya ada membaca komen Ust Amin di blognya tentang pegawai yg berbahasa kasar...sedih terkena pada Ust Amin...Saya dihubungi oleh Azim dan Shu dari Ijabah...Azim tu anak saya kalau tak silap.
salam hunny..
dah kecoh pasal ni kat ofis...
sian kwn tu...mgkn emosi dia x stabil kot...
x pasai2 ada yg kena buang keje kan...
kalu salah dia salah...
tp ada baiknya buat aduan dalam jer...
wira...
Salam Hj Arshad,
Hakikatnya, semua orang pun buat silap, semua orang ada kelemahan. Saya tak menafikan, kadang2 saya pun lemah juga menahan perasaan,teremosi jugak,yang mana pelanggan yang menilai saya kasar atau tidak, cuma mungkin tak ada aduan. Terpulang kepada pelanggan yang menilai. Saya mohon maaf bagi pihak pegawai tersebut. Saya yakin pegawai tersebut akan memperbaiki kelemahan daripada respond yang diterima.Dia pun sebahagian dari kita, saudara seagama kita. Berilah peluang kepada dia untuk memperbaiki kelemahan.
Salam Wira,
Saya mohon maaf kalau mengganggu emosi mana-mana pihak. LZS adalah part of MAIS, and part of me. Teguran kepada LZS tempiasnya kena pada MAIS. Cubit peha kanan, peha kiri terasa. Tak semestinya dia kena buang kerja. LZS tentu bijak mengendali isu ini. Dia pun orang berpengalaman, takkan nak dibuang. Pada saya,yang terbaik adalah nasihat yang baik kepadanya. Saya percaya kejadian ini ada hikmahnya, demi kebaikan LZS dan MAIS.
Catat Ulasan