Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Sabtu, 13 Februari 2010

Diari - Kisah benar about KIM, the true story..

Salam semua,

Semalam di sebelah pagi, saya dan sahabat saya, Puan Noraini, meluangkan sedikit masa menziarahi Tuan Haji Ahmad Shahir bin Makhtar, Pengurus Besar LZS yang dimasukkan ke wad di Hospital SMC KPJ di seksyen 20 kerana muntah-muntah dan kurang selera makan. Setibanya kami di sana, tiada seorang pun pelawat yang ada, kemungkinan kerana masih awal pagi lagi. Beliau nampak agak lemah. Sebelum ini, beliau telah menjalani pembedahan di pankreas dan menjalani rawatan susulan selama lebih kurang sebulan.

"Kurus dah Encik Mat," tegur saya apabila melihat tubuhnya yang semakin susut.

"Allah nak bagi, redha ajer," jawabnya.

"Insyaallah, saya dah bacakan doa dan selawat syifa' untuk Encik Mat. Mudah-mudahan cepat sembuh. Aminn.., " balas saya. Saat itu, teringat saya bait-bait lagu Raihan:-

Ingat 5 perkara
Sebelum 5 perkara
Sihat sebelum sakit..
Muda sebelum tua
Kaya sebelum miskin

Lapang sebelum sempit..
Hidup sebelum mati..

Dalam hati saya tak henti-henti mengucapkan syukur kerana masih diberi nikmat kesihatan oleh Allah.

Lebih kurang setengah jam kami menghabiskan masa bersama beliau, kami meminta diri. Tambahan pula, ada beberapa orang pegawai kanan LZS yang baru tiba.

"Kak. Lapar laa. Belum sarapan. Kantin office tutup. Kita makan kat cafe bawah jap," saya mencadangkan kepada Noraini.

"Jomlah. Saya pun ada miting ni jap lagi." katanya bersetuju.

Sewaktu memilih makanan, saya ternampak Encik Rahman, seorang pegawai kanan di Hospital KPJ SMC. kami mengenalinya semasa beliau ditugaskan sebagai Pengurus besar Hospital Pusrawi SMC MAIS. Dia mengajak kami makan bersamanya. Bersamanya, seorang kenalan beliau yang juga PA kepada Dato' Fatah, dulu EXCO Selangor. Encik Rahman orangnya peramah dan lemah lembut. Teringat saya cerita beliau yang dibesarkan di Kg Baru KL. Katanya:-

"Saya ni, duduk di Kg Baru, tapi tak pernah pun gi mana-mana disko kat Kg Baru or KL. walhal, dekat jer.. Kalau nak ikutkan, saya ni la yang paling senang nak jadi kaki disko. Alhamdulillah, semua ni sebab abang saya yang sulung. Ayah saya meninggal masa umur saya 15 tahun. Jadi abang sulung yang jaga kami semua. Memang dia dah cakap dari awal, "Ko kena keluar dari Kg baru, jangan duduk Kg Baru,".

Puan Noraini, PA Dato' Fatah menyampuk, "Sama la. Saya pun sekolah menengah di Ampang. Sekolah tu memang selalu masuk berita, budak-budaknya nakal. Budak-budak sana selamba ajer tunjuk love bite masing-masing. Alhamdulillah. Tak tau pulak macam mana saya boleh tak terpengaruh."

"Ini kuat iman ni. Baguslah," saya melawak.

Moral of the story, pada saya, tak kira kita di mana, atau anak siapa bukan menjadi ukuran utama. Anak ustaz, anak tok Imam, pun boleh terlibat dengan maksiat, kalau iman tidak dijaga. Anak peminum arak dan kaki judi, kalau Allah berinya hidayah, dia tidak akan mengikut jejak langkah ayahnya. Sekali lagi, saya teringat bait-bait lagu Iman adalah Mutiara yang dipopularkan oleh Raihan ini:-

Iman tak dapat diwarisi, dari seorang ayah yang bertaqwa,
ia tak dapat dijual beli, ia tiada di tepian pantai,
walau apapun caranya jua,
engkau mendaki gunung yang tinggi,
engkau meredah lautan api,
namun tak tak dapat jua dimiliki,
jika tidak kembali pada Allah, jika tidak kembali pada Allah....


Sekali lagi saya bersyukur kerana Allah masih pelihara iman saya, Encik Rahman and both Noraini. Thanks Allah! Semoga Allah pelihara iman kita semua. Ihdinassirotol mustaqim.. Ya Allah.. Tunjukkanlah aku jalan yang lurus (yang Kau redhai)..

Sekembalinya ke pejabat, Rasyid, pegawai di Bahagian saya yang diamanahkan untuk menyiapkan power point dan dokumen-dokumen berkaitan dengan Majlis Rundingan sedang fokus dengan kerjanya semasa saya masuk ke pejabat.

"Cik Hani. Saya kena pergi awal sebab nak setting power point ni kat sana. Cik Hani pergi pukul berapa? Saya dah confirmkan pemandu. Indra akan bawa Cik Hani dengan Ustaz Suhaimi dan Ustaz Khairie, " jelasnya.

"Saya gerak dalam kol 12 or 12.15. Korang solat Jumaat kat sana kan?" saya bertanya.

"Solat kat sana, takut jem nak kuar dari sini," jawab Rasyid.

Saya kembali menyiapkan tugasan dan membuat persediaan akhir untuk Majlis rundingan bersama Lembaga Amanah Kolej Islam Malaya di JAKIM berkenaan harta wakaf kolej tersebut yang sepatutnya dikembalikan kepada pemegang amanah yang mutlak iaitu MAIS. Dari sudut sejarahnya, Kolej Islam Malaya ditubuhkan dengan hasrat untuk menawarkan pengajian peringkat menengah dan universiti kepada pelajar-pelajar Melayu di Tanah Melayu dengan pendekatan universiti wakaf dan silibus yang dibuat seperti di Universiti Al-Azhar, Mesir. Ini untuk menggalakkan pelajar-pelajar Islam yang kurang berkemampuan melanjutkan pengajian ke Mesir dengan menyambung pengajian yang sama di dalam negara. Pada tahun 1948, penubuhan Kolej Islam Malaya tersebut telah diasaskan oleh jawatankuasa penaja yang dilantik, bermula dengan kesudian DYMM Sultan Selangor pada waktu itu mewakafkan Istana Jemaah di Klang untuk dijadikan tapak awal Kolej Islam Malaya (KIM). Cadangan penubuhan tersebut turut di bawa ke Majlis Raja-Raja Melayu yang berkenan dengan cadangan tersebut. Pungutan derma untuk kos operasi Kolej tersebut dibuat sekitar tahun 1950-an. Pada tahun 1960-an, beberapa keping tanah turut diberimilik oleh Kerajaan Negeri Selangor pada waktu itu kepada Kolej Islam Malaya. Kemudian, KIM telah beroperasi di bawah seliaan UKM pada waktu itu. Pada sekitar tahun 1973, satu perintah Mahkamah Sivil telah diperolehi oleh dua orang pemegang amanah KIM sekarang untuk memindahkan semua aset dan harta KIM ke atas nama satu perbadanan yang diwujudkan untuk menguruskan harta-harta KIM. Pada tahun yang sama juga, KIM telah diiktiraf sebagai telah terbubar, tanpa dimaklumkan kepada Majlis Mesyuarat Raja-raja Melayu, dan semua aset KIM diserah kepada Lembaga berkenaan, termasuk kesemua harta-harta wakaf dan amanah KIM. Yang tinggal hanyalah Kolej Islam Klang di Klang, dan Masjid Kolej Islam Malaya di UIA Matriks di PJ. Universiti Kolej Islam Malaya yang dicadangkan tidak diteruskan operasinya, lenyap ditelan masa.

Susulan daripada titah DYMM Sultan Selangor dan Majlis Raja-Raja pada tahun 2009 supaya KIM diaktifkan semula, dan asetnya diserahkan kepada pihak pemegang amanah yang mutlak iaitu MAIS, satu Jawatankuasa Khas ditubuhkan di mana saya diamanahkan sebagai Setiausaha Jawatankuasa tersebut untuk mengkaji prasarana dan tindakan yang sesuai untuk melaksanakan titah tersebut. Pihak kami turut mendapatkan pandangan daripada Jawatankuasa Fatwa Negeri selangor yang memutuskan bahawa harta KIM dan juga kutipan untuk KIM adalah harta wakaf. Selain daripada memindahmilik semula 4 keping tanah yang telah diwakafkan oleh Almarhum Sultan Selangor, Sultan Salahudin, yang terletak di Klang ke atas nama MAIS, pihak kami turut bercadang untuk memfailkan tindakan undang-undang terhadap Lembaga berkenaan. Namun, sebelum tindakan dibuat, Jawatankuasa Khas telah mengadap DYMM Tuanku untuk mendapat perkenan atas tindakannnya.

Nampaknya DYMM Sultan kurang bersetuju untuk MAIS memfailkan tindakan di Mahkamah.

"Malu la orang tengok, orang Melayu bergaduh-gaduh berebut harta di Mahkamah. Press masuk dalam media, malu kita," titah Baginda. "Kita runding dulu," titahnya lagi.

Sejak itu, kami berusaha mendapatkan tarikh untuk rundingan yang ditetapkan semalam. Majlis dipengerusikan oleh Tan Sri Yusof Nor, Pengerusi Lembaga Pengajian dan Pendidikan Agama Islam Malaysia. Pihak JAKIM bertindak selaku urusetia dengan diketuai oleh Dato' Wan, KP JAKIM. Di pihak MAIS, seramai 14 orang hadir iaitu YAD Dato' Mohamad Adzib, Pengerusi MAIS, Sahibus Samahah Mufti Diraja, YAD Dato' Tengku Ramli (wakil istana), SS Dato' Khusrin (Pengarah JAIS), Dato' Salehuddin Saidin (Pengerusi Jawatankuasa Khas), Dato' Manaf (Alumni KIM), Tuan Hj Mahamad Naser Disa (Pengerusi PIBG KIK), Tuan Mohamed Fouzi Mokhtar ( Penolong Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor), Ustaz Abdul Halem Hapiz (Timb Setiausaha MAIS), saya, Ustaz Khairie Solehan (PSU MAL), Ustaz Suhaimi Ismail (PSU BPI), En Rasyid dan En Nasrun. Di pihak Lembaga pula diwakili oleh Tan Sri Abdullah Ayub, Dato' Sri Abdul Ghani Abdul Aziz dan Prof Dr Arifin Suhaimi.

Alhamdulilah, walaupun rundingan gagal mencapai keputusan yang dihajatkan, namun ia tetap berjalan dengan baik. Di pihak Lembaga, pada awalnya mereka meminta supaya semua tuntutan MAIS diselesaikan di Mahkamah. Namun akhirnya, mereka meminta tambahan masa untuk menjelaskan beberapa persoalan yang ditanya oleh pihak MAIS. Kemungkinan akan ada rundingan kali kedua selepas ini. Saya berkali-kali terpaksa berulang-alik dari belakang ke depan untuk memberi maklumat kepada Dato' Saleh. Ini kerana, selaku Setiausaha, semua dokumen ada dalam simpanan saya.

Selesai saja majlis rundingan, saya bergegas bertemu dengan Dato' Salehuddin.

"Dato'. Tadi masa depa kata nak settle kat court, saya macam nak sound jer.. Memang la we all nak pergi court, tapi Tuanku titah mintak runding, kami runding lerr.. kalau tak, dah lama kami see you guys in court. Nasib baik hormat orang tua, tak ada la saya nak cakap macam tu.." saya meluahkan perasaan tak puas hati kepada Dato' Salehuddin.

"Itulah orang muda namanya.. Darah muda," Dato' Salehuddin membalas sambil ketawa.

Entah mengapa, saya merasakan semacam ada aura 'srikandi' pulak bila nak menghadiri sesi rundingan ini. Ini kerana, saya berpandangan, sekiranya rundingan ini berjaya, satu universiti yang terbina dengan hasil wakaf berjaya diwujudkan di Tanah Melayu. Ini sejarah yang besar, hasrat yang besar dan usaha yang besar. Dah la saya seorang jer wakil wanita dari delegasi MAIS. Terasa macam Tun Fatimah pun ada..

Apapun, saya mengharapkan usaha dan kerjasama MAIS, JAKIM, LEPAI, ALUMNI KIM dan kesediaan Lembaga tersebut untuk menyelesaikan isu wakaf KIM ini dipermudahkan Allah. Bukan harta itu yang kami mahu, tetapi objektif penubuhan KIM itu yang kami mahu. Harta itu, walau 100 juta sekalipun, bukan milik kami, tetapi milik Allah untuk diberi kepada KIM. Harta itu, wakaf kepada KIM. Semoga Allah memberi hidayah kepada pihak Lembaga untuk menyelesaikan isu ini. Amin..


Majlis rundingan dipengerusikan oleh Tan Sri Yusof Nor, Pengerusi LEPAI

Delegasi dari MAIS. Dari kanan: SS Dato' Mufti, Dato Tengku Ramli, Dato' Azib,
Dato' Salehuddin, Dato Khusrin, Dato' Manaf, Tuan Naser Disa, Tuan Fouzi, saya, Ustaz Halem, ustaz Khairie dan ustaz Suhaimi.


Dari kiri : Dato' Wan Muhamad (JAKIM) Tan Sri Abdullah Ayub, Prof Dr Ariffin Suhaimi, Dato Sri Abdul Ghani Abdul Aziz.

Rundingan dibuat di Dewan Syura JAKIM yang canggih. Saya sempat berbisik dengan TSU MAIS untuk membuat bilik mesyuarat berkonsep yang sama di MAIS kerana mempunyai kapasiti lebih besar dan lebih selesa.

Pegawai JAKIM yang terlibat sebagai urusetia.

Dato' Azib dan Dato' Salehuddin yang asyik membuat signal kepada saya untuk memberikan jawapan / dokumen. Letih kaki den! Berbaju kuning, En Rasyid, yang bertungkus lumus menyiapkan power point untuk majlis rundingan ini.

Serius membincangkan hala tuju KIM.

Sesudah Majlis selesai. Masing-masing mengutarakan pandangan yang 'tak formal'. Harapan saya, semoga rundingan tak berakhir di sini. Perjuangan kami belum selesai.


Mudah-mudahan Allah permudahkan urusan kami. Amin.

"Mengharap Redha Ilahi"
Nurhani

Seksyen 3

Shah Alam

9 ulasan:

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) berkata...

wah...hebt tul k.hanini..cayok2

ibnu_maulub berkata...

kak kek tu sy tak sempat nak beli... pasal kedai tu jauh dari rumah sy.. lg pon sy tak lame kat sane.. tapi dun wory... ole-ole untuk akak tetap ade.. siap boleh makan dengan nasi lagi... tp bile kite boleh jumpe..hu..hu...hu....

a kl citizen berkata...

assalammualaikum

setuju betul ngan titah baginda sultan

Hunny berkata...

salam Ayong,

Yang hebat Allah jua.. Perjuangan kami belum selesai. Doakan semoga ianya dipermudahkan. :)

Hunny berkata...

salam aliff,

Alif punya pasal anytime.. :)thanx ingat jugak nak beli ole2 untuk Kak Hani.. :)

Hunny berkata...

Salam KL Citizen,

Harap2nya berhasil lah rundingan...

Tanpa Nama berkata...

By us at the moment to buy more knowledge and facts anyway Come to see us contemporary to grasp more facts and facts at all events [url=http://select.compare.com.pl]Kurs pedicure[/url]

Tanpa Nama berkata...

top [url=http://www.001casino.com/]casino online[/url] check the latest [url=http://www.casinolasvegass.com/]casino bonus[/url] autonomous no deposit perk at the foremost [url=http://www.baywatchcasino.com/]baywatchcasino.com
[/url].

alumni KISAS berkata...

ada update ke kes KIM ni?