Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Sabtu, 20 Februari 2010

Diari - Al-fatihah


Salam semua,

Al fatihah kepada saudara-saudara seislam kita di Maghribi yang meninggal dunia semasa menunaikan solat Jumaat. Semoga roh mereka dirahmati Allah. Di sini saya lampirkan keratan akhbar Berita Harian hari ini 20 Januari 2010 untuk rujukan semua.

RABAT (Maghribi): Sekurang-kurangnya 36 terbunuh manakala 71 yang lain cedera selepas menara masjid kurun ke-18 di tengah ibu kota Maghribi runtuh.

Kementerian Dalam Negeri Maghribi berkata, ia berlaku ketika jemaah masjid itu sedang menunaikan solat Jumaat. kata

Pihak berkuasa tempatan berkata, angka kematian daripada kejadian itu dijangka bertambah.


"Cintai Allah, Cintai Islam, Cintai Saudara Seislam"

Nurhani

Shah Alam

2 ulasan:

Leenoh berkata...

Salam Hani.

Mati serentak beramai-ramai kerana kemalangan, kini telah menjadi lumrah dan semakin terhakis rasa terkejut dan terperanjat.
Kiamat kecil ini berjaya mengingatkan kita kepada kiamat besar dan Hari Kebangkitan. Kebenaran al.Quran semakin terserlah dan menjadi kenyataan. Wallahu aklam.

Hunny berkata...

Salam Pak Ngah,

Semoga kita semua mati dalam keadaan beriman kepada Allah..