Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Selasa, 16 Februari 2010

Diari - Majlis Maulid Sempena Hari Lahir Emak yang ke 64

Salam semua,

Alhamdulillah, sempena hari lahir emak saya yang ke-64 pada 14 Februari 2010 yang lalu, kami sekeluarga telah mengadakan majlis bacaan maulid yang dipimpin oleh Ustaz Muhamad Abdullah Al-Amin. Turut hadir bersama beliau adalah beberapa orang anak yatim Rumah Ijabah Anak Yatim dan Hafiz yang tidak pulang ke kampung semasa cuti Tahun Baru China. Kaum keluarga dan sanak saudara terdekat kami juga turut hadir memeriahkan majlis. Memang seronok bermaulid beramai-ramai. Terasa kemeriahan sambutan maulidurrasul yang semakin hampir. Saya turut menerima response yang baik daripada sanak-saudara yang turut berminat untuk menganjurkan majlis maulid di kediaman mereka.

"Best lah Ustaz tu kak," komen Anne, sepupu saya yang duduk di Sri Andalas Klang.

"Nanti boleh lah Cik Djah ajak dia buat program di Ulu Yam. Boleh ajak anak-anak yatim dia sekali," makcik saya yang mempunyai chalet di Ulu Yam mengemukakan cadangan kepada saya.

"Agak-agak berapa kena yer kalau nak jemput Ustaz tu? Biasa kalau ustaz-ustaz glamer ni, mahal nak booking dia," pakcik saya yang duduk di Pekan Kapar bertanya.

"Eh! Tak ada bayaran la.. sepanjang yang saya kenal, Ustaz ni tak ambil bayaran pun.." jawab saya.

"Boleh call terus dia atau PA dia. Atau pun, gi kat website dia, Ustazamin.com. Ada nombor untuk dihubungi," jelas saya.

"Kalau tak pun, call saya jer.. nanti saya tanyakan, boleh jugak," saya mengesyorkan.

"Kira pengurus la ni," makcik saya yang duduk di Shah Alam bergurau.

"Isk. Tak adalah Cik. Orang nak buat benda baik, apa salahnya saya tolong," balas saya.

Mungkin pada pandangan sebilangan besar orang kita, kalau orang dah glamer, agak sukar untuk didekati, dan kos untuk menjemput golongan ini biasanya tinggi. Saya pernah mendengar cerita mengenai beberapa orang penceramah terkenal yang menetapkan bayaran untuk setiap sesi ceramah yang dijemput. Beberapa orang penceramah yang lain pula melantik pengurus peribadi untuk menguruskan jadual-jadual ceramah mereka, kerana mereka terlalu sibuk dengan tugasan harian dan persediaan untuk memberi ceramah, tetapi ada pula pengurus peribadi yang mengambil peluang menetapkan kadar-kadar tertentu yang perlu dibayar, sedangkan tuan penceramah tidak tahu menahu. Akibatnya, nama baik penceramah dan ustaz-ustaz yang tercemar. Ini berbeza dengan Ustaz Amin. Bukan saya ingin memuji, cuma cukuplah saya mendoakan semoga Allah terus merahmatinya dan memberikannya keberkatan serta mempermudah semua urusannya.

Berbalik kepada majlis maulid, yang tak berapa seronoknya ialah, disebabkan terlalu sibuk menguruskan persiapan untuk majlis (makanan dan minuman), saya tak sempat mengambil gambar semasa majlis berlangsung. Saya terlupa berpesan kepada adik saya Faisal untuk mengambil gambar. Hanya ada beberapa keping yang sempat diambil oleh sepupu saya Nina, untuk saya kongsikan di dalam blog ini. Itupun sebab dia malu-malu nak ke depan, jadi, gambar yang diambil pun terhad.

Anyway, yang lebih penting adalah kami dapat berhimpun seisi keluarga untuk sama-sama mengingati Nabi Muhamad SAW dan berselawat beramai-ramai.

Allah berfirman;

"Dan jagalah dirimu dan keluargamu dari azab api neraka."

Mudah-mudahan ibadah yang sedikit ini Allah terima. Dan mudah-mudahan aktiviti seumpama ini dapat diteruskan, demi mendapat syafaat Nabi kita di akhirat kelak, untuk membantu kita dari dihumban ke neraka. Amin...

Majlis Maulid bermula.

Gambar diambil dari angle yang sama, sebab camera woman malu nak keluar.. Hehehe..

Nora dan keluarga pun ada.

Biasakan kanak-kanak dengan selawat supaya hati mereka lembut dan mudah dibentuk. Nak tidurkan kanak-kanak pun mudah.. hehehe..

Antara anak- anak ijabah yang hadir. Dari hadapan kanan : Shafawi (baju hitam), Azim ( baju biru) dan Samsul Firdaus (baju purple).

Sebahagian lagi warga Ijabah yang hadir.

Terima kasih Ustaz. Lain kali boleh kami jemput lagi.. :)

The buzzday girl!!

Keredhaan Allah adalah keredhaan ibu bapa. Bahagiakan mereka, carilah redha mereka sementara masih diberi kesempatan.

Cupcakes special untuk mak tersayang. Adik saya Faisal dan Raihana bersusah payah mendapatkannya di Bandar Tasik Selatan, demi untuk mak tercinta.

Family potrait. Mak bergambar bersama adik-adiknya. Dari kiri : Cik Sarah, Wak Awi, Wak Din, mak, abah, Cik Rahmah, Cik Djah, Cik Uda dan Paman Idol.

Bergambar kenangan bersama keluarga pakcik (adik abah) yang datang dari Maran, Pahang dan Along dari Kapar, Klang. Dari kiri: Along, saya, abah, mak, Ajim(belakang), Mak Usu, Safrah, Ain, Nurul, Wana, Pak Ucu.


" I luv my family"
Hunny

Kg Raja
Kuala Selangor

4 ulasan:

a kl citizen berkata...

assalammualaikum hani

saya pun beranggapan yang sama kalau nak menjemput ustaz yang glamour2,
alhamdulillah ada ustaz yang tidak sebegitu

..nOWa.. berkata...

panjang umur buat mak dan semoga sentiasa dalam lindungan allah..sedap tak kek yg i buat?hehehhhh

Hunny berkata...

Salam Kl Citizen,

Yup... Tapi masih ada yang betul2 ikhlas..

Hunny berkata...

Nowa,

Tak sempat rasa kek awak. Dah habis.. tentu betul2 sedap!!