Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Sabtu, 4 Disember 2010

Diari : Demam....

Salam,

Malam tadi aku rasa tak sihat. Seram sejuk. Tekak rasa semacam. Perit. Nak telan air liur pun rasa perit. Pagi tadi, aku gi klinik. Aku bawak keta pun  rasa menggigil. Alhamdulillah selamat sampai. Dekat jer pun klinik tu dari rumah, tapi sebab badan rasa bisa-bisa, perjalanan ke klinik terasa lama.

Lama betul nak tunggu turn jumpa doktor. Badan aku makin panas. Dalam klinik pulak sejuk banget. Kaki aku rasa sakit bila menapak. Shawl yang aku bawa tak mampu nak hilangkan kesejukan yang aku rasa. 

Akhirnya, setelah 1 jam setengah menunggu, tiba giliran aku jumpa doktor. Doktor kata aku demam. Dia kasi aku ubat macam-macam. Aku tak larat nak bawak keta.  Aku kol adik aku suruh ambik. Dalam kereta, aku makan ubat dan terus tidur. Kepala sangat sakit, rasa nak pecah.

Sampai rumah, aku solat Zohor, dan terus-menerus buat siaran langsung, tidur dan tidur. Aku cuma sedar bila adik aku kejutkan aku suruh solat Asar. Rasa lega sikit daripada tadi. Rasa ringan sikit kepala. 

Aku redha dengan kesakitan ini. Maybe Allah nak kasi peluang aku bersihkan diri dan cuci dosa-dosa aku. Tapi aku doa semoga tak lama la aku sakit, sebab banyak komitmen menunggu. Maybe juga Allah nak beri aku rehat, sebab dah berminggu-minggu tidur lewat kerana buat kerja dan melayan blog, dan terlalu aktif bersukan. Semuanya untuk MAIS. (tetiba jer..:)

Betullah orang kata. Bila kita sakit ni, barulah kita teringat dan rindu saat-saat kita sihat. Time aku solat Zohor tadi, aku solat sendirian, kerana terpaksa solat duduk, sebab kepala aku memang berat sangat. So, aku teringat saat-saat aku solat semasa sihat. Biasa aku jemaah dengan mak dan adik, tapi tadi sebab aku tak larat, aku solat sendiri. Aku rasa rindu sangat nak solat macam biasa, dan berjemaah dengan emak. 

Insyaallah. Mudah-mudahan aku cepat sembuh. Nak solat jemaah dengan emak.

"Rindu Solat Jemaah"

Nurhani
Kg Raja
Kuala Selangor

14 ulasan:

ejaMaria berkata...

take care... akak pun baru kebah demam... :p

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum...

Moga cepat sihat dan banyakkan berihat..

..nOWa.. berkata...

semoga cepat sihat dengan lebih baik lagi dari sedia kala.. :)

Hunny berkata...

Kak maria,

Thanks. Pagi ni rasa ok sket, cuma kepala masih sakit lagi dan batuk masih agak teruk.

Hunny berkata...

Encik razak,

Thanx. Insyaallah, mudah-mudahan.

Hunny berkata...

Nowa,

Thanx. Mudah-mudahan..:)

ana berkata...

afi pun demam gak...musim kot.

Hunny berkata...

Ana,

Agaknya lah.. Moga Afi cepat sembuh..:)

Nia berkata...

Salam,
Semoga Hunny cepat sembuh ya. Sakit tanda Allah sayang pada kita kan.

Entri Terkini Nia:
Shawl & Blog Badge Percuma!

beautiful_rose berkata...

rindunya nak solat berjemaah dgn family.sejak dah keje ni x daptlah lg2 dok hostel.ayah lak skang dah dok kat t.intan jarg dpt jumpe..hurmm


take care dan jgn lupa mkn ubt okay.ini nasihat dari nurse =p

white rose berkata...

laaaa...siannyee...
xpe2, makan ubat ye...

minum air suam banyak2...
rehat2kan diri...

akak xtido dah brape hari pun...
pasni tido puas2...

semoga cepat2 sembuh ye...

Hunny berkata...

Nia,

Thanx..:)

Hunny berkata...

si Nurse yang cantik,

Berjemaah itu 27 kali ganda ganjarannya daripada solat sendirian. Sebab tu saya suka..:P

Hunny berkata...

White Rose,

Thanx..:)