Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Khamis, 16 Disember 2010

Diari : Journey to The East (Part 1)

Salam semua,

Hari ini saya dan beberapa orang kakitangan jabatan telah berkumpul di pejabat sekitar jam 7.15 pagi untuk bertolak ke Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu. Jam 7.30 pagi, kami dah bertolak menaiki coaster Baitul Ehsan. Rombongan kami turut disertai oleh dua orang Penyelaras masjid dari daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam. Perjalanan hari ini teramatlah meletihkan. Pertemuan JHEAT yang ditetapkan pada jam 2.30  terpaksa ditangguhkan ke jam 4.00 petang, kerana kami lewat tiba. Walaupun kami dah mencuba untuk sampai lebih awal sehingga terpaksa berkorban untuk skip makan Jtengahari semata-mata nak kejar masa dan sampai tepat pada masanya, namun kami terpaksa pasrah dengan ketentuan Allah. 8 jam setengah kami mengambil masa untuk sampai di Terengganu. Kami hanya berhenti untuk sarapan pagi selama 15 minit, mengisi minyak sekali, dan 3 kali untuk ke tandas. Bayangkan perjalanan yang sangat lama, cuma berhenti lebih kurang 30-45 minit sahaja. Memang memenatkan! Sehinggakan ada peserta rombongan yang diserang gastrik kerana makan tak ikut waktu.

Perjalanan kami diselang selikan dengan mendengar CD ceramah agama Ustaz Kazim dan menonton video.Seronok mendengar ceramah ustaz Kazim bertajuk "CINTA" dan juga "alam roh". Banyak yang dapat diteladani daripada ceramah beliau.

Alhamdulillah, akhirnya kami selamat juga sampai ke destinasi yang dirancang, walaupun lewat 1 jam setengah daripada jadual asal. Rombongan kami disambut oleh Timbalan Pesuruhjaya Operasi JHEAT Tuan Hj Omar bin Musa. Kami terus dibawa ke bilik mesyuarat dan perbincangan berlangsung lebih kurang 1 jam setengah. Banyak yang sempat dikongsikan mengenai pengurusan masjid di Terengganu termasuklah peruntukan kewangan, pelantikan kakitangan dan jawatankuasa kariah, undang-undang dan kes-kes berkaitan masjid, wakaf, tanah kubur, dll. Berbeza dengan di Selangor, pelantikan Imam di sini dibuat oleh Tuanku, jawatan Bilal dilantik oleh Majlis, manakala Jawatankuasa Kariah dilantik oleh Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama. Di Selangor, semua pelantikan pegawai masjid (imam, bilal, siak) dilantik oleh Majlis.

Jam 5.30 petang, perbincangan selesai. Kami solat jamak dahulu sebelum bertolak ke Kelantan. kerana esok kami akan membuat lawatan kerja ke Majlis Agama Islam Kelantan pula pada jam 9 pagi. Rasa sungguh tension kerana perut sebu (makan tak tentu) dan terlambung-lambung di dalam bas kerana keadaan jalan raya yang tidak rata. Hanya pada jam 9 malam kami singgah untuk makan malam (sebenarnya lunch!) sebelum meneruskan perjalanan ke Kelantan. Akhirnya kami sampai pada jam 10.15 malam di hotel.

Penat weh! Tapi penat-penat, sempat juga kami berjalan ke Wakaf Che Yeh. :D Insyaallah, esok pengembaraan kami akan bersambung di MAIK. Insyaallah, semoga pertemuan di antara dua jabatan dari negeri yang berbeza ini memberi manfaat kepada kedua pihak, terutamanya MAIS yang sedang menjalankan kajian terhadap keberkesanan pengurusan masjid negeri Selangor.

K la. Letih sungguh. Mau tidor. Sok kena bangun pagi. Kenapakah aku terlalu gigih sangat menahan mata kerana mau memblog juger? Aku pun tak faham dengan diriku...

"Berjalan, Melihat & Mentafsir"
Nurhani
Crystal Lodge
Kota Bharu
Kelantan

8 ulasan:

Leenoh berkata...

Biar cepat asal selamat...he3.

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum...

Moga kepenatan semalam dah hilang pada pagi yang mulia ini..

Moga perjalanan seterusnya dalam pemeliharaan~NYA...

white rose berkata...

makan tak kopek leko yg fresh kat waqaf che yeh tu?
pastu ade 1 gerai sup yg sedap bangat...

ha, malam nti pegi lagi ye...

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) berkata...

akak..bawak la blik kepok lekor

beautiful_rose berkata...

kirim kopok lekor buleh? =p

Hunny berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
mamawana berkata...

Assalam Hunny

Jom join GA...anda di tag.

Hunny berkata...

Mamawana,

Insyaallah..:)