Semalam, selepas saja solat Subuh, aku dah masuk ke dapur teman mak masak. Perut aku berkeroncong minta diisi .Lapar dowh!! Mak aku sedang menggoreng keladi untuk sarapan.
"Keladi ni, nak makan dengan apa mak?" soalku pada emak.
"Makan macam tu aje lah. Nak makan dengan apa pulak?" balas emak, agak pelik dengan soalanku.
"Aisey. Biasakan ada sambal tumis, baru lah layan," aku pulak membalas. Kecur air liur mengingatkan sambal tumis emak.
"Kalau nak buat sambal, lama nak masak," kata emak.
"Takpe. Biar orang yang masak. Nak belajar," aku mengoffer diri sambil tersengih-sengih.
Dengan bantuan emak tersayang, aku menyediakan bahan-bahan untuk sambal tumis jawa iaitu:-
2 genggam ikan bilis yang sudah disiang dan dibersihkan.
5 ulas bawang putih
3 biji bawang besar
Segenggam cili api
Sekeping asam keping
(Maaf kami menggunakan sukatan orang Kampung Raja..:P)
Kesemua bahan tadi dikisar dan digoreng sehingga masak. Pastikan ianya betul-betul masak ok? Then, bila dah betul-betul masak, barulah letak 3 sudu gula dan sedikit garam. Rasa dulu sebelum angkat. Bila dah konfem sedap, baru angkat. Siappp!!!
So, inilah hasilnya. Adik aku kata, sama macam mak masak..:P
Mak kata, minyak kena banyak, untuk pastikan cili betul-betul masak. Jadi, sambal ni sangat TAK SESUAI untuk orang yang sedang berdiet..:P. Masak pun kena lama. Sambal ni memang sesuai makan dengan lempeng, ubi atau keladi rebus. Makan dengan nasi panas-panas lauk ulam dan telur goreng pun sedap.
Juadah tengahari anak dara tak reti masak..:P
"Main Masak-Masak"
Hani
Kg Raja
Kuala Selangor
8 ulasan:
kehkehkeh...
kira tere laa masak tu...
cayalah kak hunny...
bole kawin dah...
miaahahaha...
Assalamualaikum...
Kiranya dah masak ni dah baiklah demamnya ya!
Awalnya dah masak utk lunch..
eh,..ape pulak tak reti masak. kira ok la tu yang!
White Rose,
Perli ek??
En Razak,
Ini cerita semalam punya kisah..:)Demam alhamdulillah dah kebah, tapi masih batuk lagi.
Nia,
Ye ker (dengan malu2)..:DD
mane de perli...betul tuh...
nampak tangan sy tengah angkat ni!!!
WR,
yer lah tu!!!
Catat Ulasan