Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Isnin, 20 Disember 2010

Diari : Menang Lagi!

Salam semua,

Balik jer dari 3 negeri, dengan pinggang rasa nak patah kerana long journey, aku terus diuji. Selepas tragedi keropok lekor, akhirnya aku terpaksa mencuci dapur pada malam itu jugak, disebabkan percikan minyak di lantai dapur. Perghhh!! Kepenatan tahap maksima dowh! Selesai tugasan 'tak ada kerja carik kerja' tu, aku solat Isyak dan terus lena. Tak ku hirau telefon yang berbunyi-bunyi minta diangkat. Tak larat!
Esok paginya jam 9.30 pagi, aku dah berada di medan pertempuran di Tingkat 2 Pasaraya Ole-Ole Shah Alam untuk pertandingan bowling anjuran BAKAJASA (Badan Kebajikan Jabatan Agama Islam Selangor). Aku yang tak training langsung dilantik sebagai Kapten Pasukan aku, yang turut dianggotai oleh 3 orang kakitangan MAIS, Ina, Susan dan Nurul. Letih-letih pun aku layan jugak game tu, sebab komited la konon! Hehe. Aku lontar jugak la bola bowling tu setakat yang aku mampu.

Tapi seyes. Kalau dah letih, memang tak leh nak dipaksa main. Memang hampeh aku main. Nasib baik ahli pasukan aku power-power, boleh cover mata kami sepasukan. Disebabkan diorang la kami dapat NAIB JOHAN!! Yieehaaaa!! Alhamdulilah!:D

Ini hadiah aku dapat. Kira ok la daripada tak dapat hadiah. Hadiahnyer macam PERLI aku soh belajar masak...:P





"My Hobbies"
Nurhani
Shah Alam

4 ulasan:

beautiful_rose berkata...

hahahahha apa lagi,pergilah masak test periuk tuh =p

Leenoh berkata...

Jaga-jaga bola bowling juga bulat...seriau dia jatuh longkang sebelum sampai sasaran.
Orang di sini hanya pandai tengok ja...tak pandai main...he3.

Hunny berkata...

Beautiful Rose,

Boleh. Jangan soh goreng kepok lekor sudah!!

Hunny berkata...

Pak Ngah,

belum cuba belum tau..:P