Aku tengok dia dua tiga hari ni, semacam jerr.. Semalam.. Hari ni.. Muram jerr.. Tak ceria macam selalu..
Aku tau.. Dia kecewa, frust, bengang, menyampah, merajuk.. Tapi tak ada yang concern, apatah lagi nak memujuk. Aku?? Aku memang GAGAL bab pujuk rayu ni. Selalu terjadi, bila aku cuba PUJUK dan RAYU, makin tensen orang tu dibuatnya.
Pernah dulu masa kat sekolah menengah, aku cuba PUJUK seorang kawan aku yang marah-marah dalam surau dan tetiba menangis tak tentu pasal. Last-last HISTERIA kawan tu. Pastu, aku macam dah seriau nak PUJUK orang, takut ada yang HISTERIA. Ini serius..
Masa tu, aku budak-budak lagi. Mana ada basic ilmu pasal pujuk memujuk ni. Lagipun, kalau gaduh dengan kawan-kawan, kami masih boleh baik lagi. Tak perlu PUJUK-RAYU. Lagipun, aku tak suka, gaduh lama-lama. Hati aku tak tenang. Selalunya aku akan minta maaf, walaupun bukan semestinya aku yang bersalah 100%.
So, aku lebih suka beri MASA untuk COOL DOWN pada seseorang. Lepas tu, bila dia rasa agak tenang dan nak share dengan aku, aku akan jadi pendengar SETIA. Walaupun aku tak reti nak beri nasihat atau bantu selesaikan masalah dia, sekurang-kurangnya, aku dapat berkongsi kesedihan dia. Tapi, kalau kawan aku tu, beriya-iya nak aku dengar jugak, dan berkongsi airmata mereka, aku BERSEDIA untuk korbankan masa dan sponsor tisu untuk kesat air mata diorang.
Sebab, masa aku sedih, diorang jugak la yang sanggup dengar cerita aku dan bagi semangat pada aku...Diorang menyebabkan aku berkata pada diriku, "Bro, this is not the end of the world"..:P
Nora pernah bagitau aku, kalau kita tak maafkan kesilapan orang, sampai bila-bila pun jiwa kita akan kacau, sebab kita akan sentiasa ingat kesalahan orang itu pada kita. Masa hati tengah marah, aku abaikan aje pesanan Nora. Namun, akhirnya, selepas beberapa purnama, aku cuba buat jugak seperti nasihat Nora. Aku akhirnya maafkan kesilapannya. Sungguh benar apa Nora kata. Hati aku rasa lebih lega, lapang, tenang..
So, pada si dia, aku harap dia boleh COOL DOWN dan sentiasa berfikiran positif. sentiasa percaya bahawa kita memang sentiasa diuji. Stok tisu aku banyak lagi. FOC jerr.. Aku bersedia untuk menemanimu bila-bila masa diperlukan. Pengalaman silamku menjadikan aku memahami perasaanmu. Itulah empati (emphaty), sikap yang perlu ada pada seorang kaunselor. Lagipun, bila lagi mau mempraktikan ilmu yang dipelajari dalam kursus AKRAB kan? :D Kami di AKRAB sedia membantu. Yeahh!!!
"Teman Sejati Sukar Ditemui"
NurhaniShah Alam
16 ulasan:
Salam Hani. Bab memujuk ni pun bukan bidang kepakaran saya. Setuju sangat bab maaf memaafkan ni - easier said than done namun jika dilatih dan diamalkan...ahhhhh legaaaaa...
kekeke...
bab2 pujuk memujuk ni insya'Allah, sy bole buat...
slalu buat, mcm2 cara kena pandai...
yg pnting kena bijak berbicara...
bicara kita mesti ada fokusnya...jgn main hentam je...
sy minat kaunseling...tpi xde rezki nak kembangkan...insya'Allah, nak amik kaunseling la pulak...
sy xde org ckp tentang memaafkan org lain lebih tenang...
sy dah praktikkan benda ni sejak lama lagi...alhamdulillah, hidup tenang, xde serabut bila kita sentiasa memaafkan orang...
lgi 1, kalo kita selalu tergigit lidah, berniatlah dlm hati "YA ALLAH, sekirannya ada orang yg memperkatakan tentang diriku, aku bermohon kpd MU, ampunkanlah dosanya..."...
insya'Allah, dlm beberapa saat je rasa sakit tergigit lidah akan sembuh...
assalamualaikum...
Saya pun bukan pakar pujuk memujuk. Manusia ni tak sama, ada yang suka dipujuk dan ada juga yang tak perlu.
Bagi saya jika kita lebih suka dan rela memaafkan kesalahan orang yang merajuk pada kita ia amat berkesan kepadanya, dia mudah menerima dan memaafkan juga.
Dr Sam,
Betul lah tu.. Memang susah nak buat, tapi bila dah buat, lega...:)
WR,
Mesti biasa pujuk budak2 sekolah kan? Ada talent jadik kaunselor berjaya..:)
Encik razak,
Midah-mudahan semua orang pun begitu, jadi pemaaf. Aman dunia..:)
wah..histeria tu...haha..bkn slh kak hunny la..bnde2 histeria tu..
bnde biasa masa skolah mngh histeria2 ni..
mintak dijauhkan..
at least,akak ni good listener..
suka kata2 dlm entry ni..
kalau kita tak maafkan org lain,jiwa kita yang kacau kan..
reminder untuk diri sendiri..=)
sila praktikkan ilmu AKRAB anda!!!
Incik,
cubalah buat kalau nak rasa kelegaannya..:)
Ana,
Jom!!!
betul kata k.nora tu..itula yg saya alami sehingga sekarang..sungguh berat rasanya..entahla...
Azza,
Terus mencuba untuk memaafkan. Semoga berjaya..:)
so sweeettt.. :)
mak eh...pujuk orang, terus jadi histeria...tu pujuk ke atau hasut...haha =p
cukup bagus kalau menjadi pendengar yang setia..itu sudah cukup kali dari memberi nasihat tapi masih sukar memahami perasaan orang lain.ya kalau soal memujuk, hati makin gusar malah makin jelak kalau saja orang itu saja tambah mengeruhkan suasana...letih deh.
Nowa,
Of course..:P
Khairy,
Ahahahaha.. tu lah pasal.. tetiba dia histeria.. seriau weH!!
Biskut,
Cuba ajer dulu.. mana tau berhasil..:)
Catat Ulasan