Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Rabu, 29 Disember 2010

Diari : Tawa Dalam Tangis

Assalam semua,

Sepanjang hari ini aku dan beberapa orang pegawai kanan di jabatan kami berkampung di Hotel Carlton Shah Alam untuk sesi bengkel transformasi MAIS. Bagi aku, bengkel seumpama ini betul-betul mengajak kita berfikir dan berbrainstorming. Penat dowh!! 

Lebih kurang jam 10 pagi, aku menerima satu mesej dari Nurul, peguam panel MAIS:-


"Doakan Devano. He is now in hospital admitted kerana heart attack. Dr kata, cuma ada 10% untuk dia hidup. Please pray for my friend!"

Terperanjat aku menerima sms berkenaan. Devano juga peguam panel MAIS. Kali terakhir aku bertemu dia sewaktu mesyuarat mengenai kes MAIS yang dikendalikan olehnya. Aku mendoakan semoga Allah melindunginya. Namun perkhabaran yang aku terima lewat petang tadi, menyebabkan aku dan kakitangan MAIS yang mengenalinya terpaksa pasrah dan redha dengan taqdir Allah. Allah lebih menyayangi saudara seislamku Devano. Dia disahkan meninggal dunia pada jam 7.30 pm di Hospital Serdang kerana serangan jantung. Al fatihah untuk alllahyarham Devano.

Aku sampai di rumah lebih kurang kol 8.30 malam. Aku rasa betul-betul letih. Adik aku ajak menonton filem JANIN pun aku tak interested.

"Letih la Cik Ya. Cik Ya gi dengan adik jer lah," balasku.

Akhirnya, aku melepak dengan emak dan anak-anak saudaraku menonton perlawanan bola sepak peringkat akhir Piala Suzuki, Malaysia menentang Indonesia. Best! Walaupun Indonesia menang, 2-1, namun kerana mata Malaysia mengatasi Indonesia, Malaysia dinobatkan sebagai juara. Tahniah kepada pasukan Malaysia dan jurulatih pasukan.

Gilerrr.. Indonesia upah otromen rupanya...

Moral of the story, sewaktu sebahagian daripada kita sedang bergembira meraikan kejayaan atau kemenangan, sebahagian daripada kita pula sedang bersedih  atas kehilangan/ kematian/ kerosakan perkara yang disayangi. That's the cycyle of life. Kadang-kadang kita tertawa. kadang-kadang kita menangis. Kadang-kadang kita diuji dengan kesenangan, kadang-kadang dengan kesusahan. Hadapi setiap ujian dan redhalah dengan apa musibah yang berlaku, serta bersyukurlah atas nikmat yang diperoleh. Insyaallah, ketenangan abadi akan menjadi milik kita.

Kematian itu, tak menunggu walau sesaat pun. Jika Allah telah tetapkan waktunya, walaupun kita merasa kita masih MUDA BELIA lagi, Dia tak akan melambatkan walau sesaat. Bersediakah kita menghadapinya?
Hari ini aku tertawa dan menangis.. 


Tertawa kerana Malaysia menang.. 


Menangis kerana kehilangan seorang sahabat seperjuangan..


Allahyarham Devano Hasbi dalam kenangan... Al-Fatihah..

"Tawa Dalam Tangis"
Nurhani
Seksyen 19

Shah Alam

6 ulasan:

..nOWa.. berkata...

So sudden kan kak hani..semoga segala usahanya dalam menegakkan keadilan demi agama mendapat ganjaran daripada Allah SWT..

white rose berkata...

Al Fatihah buat arwah...
semoga rohnya dicucuri rahmat...

tahniah juga buat Malaysia...

disebalik kegembiraan terselit kesedihan...

sahromnasrudin berkata...

al-fatihah utk arwah..

ejaMaria berkata...

al-fatihah utk arwah...
takziah juga kerana kehilangan sahabat...

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum...

Moga Allah menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang berbahagia di sana...

Leenoh berkata...

Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun...semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang solih.

Berusaha dan bekerjalah kerana kita akan hidup lama lagi dan beribadatlah kerana kematian itu boleh datang pada bila-bila masa sahaja.Kenyataan ini perlu disederhana dan diserasikan.