Insyaallah, esok saya dan beberapa orang pegawai dan kakitangan MAIS akan menjelajah ke 3 negeri di utara Semenanjung, Kelantan Terengganu dan Pahang untuk lawatan kerja ke Majlis Agama dan Jabatan Agama Negeri-negeri tersebut selama 3 hari 2 malam. Kami akan bermalam di Kota Bharu, Kelantan pada malam pertama dan di Kuantan, Pahang pada malam kedua.Kami ke sana untuk mendapatkan maklumat mengenai pengurusan masjid dan pengurusan ar-riqab di negeri-negeri tersebut di samping bertukar-tukar pandangan dan maklumat mengenai pentadbiran agama islam negeri-negeri.
Walaupun esok baru bergerak ke sana (kol 6.30 dah kena ada di parking bas!!) namun aku dah boleh rasa kesannya perjalanan menaiki bas ke 3 negeri tersebut. Phew!! Tentu sakit pinggang kan? Kan seronok naik flight.. Huhu.. Lagi syok kalau kompeni sponsor rawatan urutan di SPA? (Haish!!Berangan!!)
Lebih menakutkan lagi, boss aku mintak aku yang lead rombongan ke Jabatan Hal Ehwal Terengganu, sebab beliau terlibat dengan mesyuarat penting pada pagi Rabu. Oh no!! Terpaksa lah berlatih cakap slang Terengganu.
"Sudah makang?"
"Ikang haruang"
"Jom jom jom.. Ke laukkkkk!!!"
Erkk!!Serasa pinggang dah sakit. Ada tukang urut best tak?
"Berjalan, Melihat & Mentafsir"
Nurhani
Shah Alam
Bangunan MAIK.
Kartika Sari Dewi Sukarno, yang hukuman sebatannya ke atasnya kerana kesalahan minum arak oleh pihak berkuasa agama negeri Pahang menimbulkan pertikaian seantero dunia.
8 ulasan:
Salam Hani.
Jangan mandi laut tau...musim ni bahaya tau...alunan ombak tinggi...dia akan tarik masuk ke dasar laut...bahaya tu...ya...betoi-betoi.
Assalamualaikum...
Baik-baik jalan tu...kalau makang kopok lekor tu jangan lupa kita orang..
bestnye gi jalang-jalang!
haha..
akak take care eh..
btw..nanti boleh borong kain.tudung banyak2..;)
Pak Ngah,
tak sempat nak mandi pun..:P
En Razak,
Makang ikang di kuala kemamang,
Petang2 buat kopok ghete..
Incik,
Tudung? menarik jugak tu...
take care dik...
❤
Thanx yani..:)
waahh...
mau jalan2 yee...
buat lawatan sambil membeli belah...
hati2 ye kak...
WR,
Ok sis. U take care too..:)
Catat Ulasan