Bismillahirrahmanirrahim dan assalam semua,
"Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya sentiasa mengucap tasbih kepada Allah. Tidak sesuatu pun melainkan bertasbih memuji-Nya. Tetapi kamu tidak memahami tasbih mereka. Sesungguhnya Dialah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun."
Surah Al-Isra : ayat 44
Biasanya, pagi-pagi sebelum mula kerja, aku akan baca Quran dulu. Satu muka surat pun cukup. Bagi feel nak kerja KERANA ALLAH. dan bagi TERANG HATI aku yang banyak titik-titik noda. Hari ni dapat baca dari ayat 26 - 45 surah Al-Isra'. Masa aku baca surah tu, aku jumpa ayat ni. Aku suka sangat ayat ni. Betul-betul menginsafkan aku. Sebab semua makhluk termasuk haiwan, tumbuh-tumbuhan, pokok-pokok, seisi alam, semuanya SENTIASA BERTASBIH memuji Allah, walhal makhluk lain tak kena hisab pun di akhirat kelak. Subhanallah!! Berbeza dengan aku yang nak dihisab ni, asyik leka dengan DUNIA. Apa ntah nak jadi. Astaghfirullahal azim..
Harap- harap, tahun Hijrah ni, tabung amal aku bertambah masyukkk.. Kalau lah kita tau berapa ganjaran atas ibadah dan kebaikan yang kita buat sepanjang tahun, mesti dah boleh set KPI kan? Cuma Allah sengaja sembunyikan, untuk pastikan kita ikhlas dalam setiap perkara yang kita buat. Moga Allah hidayahkan aku dan semua saudara seIslam yang lain untuk sentiasa mengingati Allah, tak kira dalam keadaan senang atau susah. Amin.
"Mengharap Redha Ilahi"
Nurhani
Shah Alam
15 ulasan:
Amin.
suke baca apa yg Hunny share... sbb akak rasa diri akak banyak kekurangan lagi...
Assalamualaikum...
Allah sembunyikan agar kita tak tunjuk pada orang apa yang kita dah perolehi...
Salam Hani,
Sengaja letak naskhah al-quran dekat meja kerja, namun jarang sangat berupaya membelek apatah lagi membacanya. Ingatan pada diri sendiri. Terimakasih di atas entri insaf ini.
kak Eja,
Saya pun masih banyak yang kurang.. Kurang kurus pun iyer jugak..:P Hehehe..
En Razak,
Betullah... Kalau nampak, mesti manusia berebut2 nak buat amal kebaikan kan?
Dr Sam,
Saya start letak naskhah al-quran atas meja selepas dengar ceramah sorang Doktor perubatan pakar sakit puan. Dia selalu on call. Tapi bila ada masa, dia akan baca quran, yang dia letakkan atas meja, untuk hilangkan stress. maklumlah.. doktor kan stress, berjam2 dalam bilik bedah..
betul tu kak hunny...
kalo terang2, dah tentu ramai cuba membandingkan antara 1 sama lain...
"eh, amal kau sikit la, tak macam aku banyak...ha, tengok tu...kau tak hebat..."
lebih kurang mcm tu laaa...
WR,
betul jugak tu..:)
lepas baca
tunduk
tunduk
renung siling kabin
bagaimana dengan aku...?
alhamdulillah..sy jadi pengikut awak ke 100..
pertama kali ke blog ini..tahniah!!! blog ini hebat dan penuh info..teruskan ya
Allah Maha Mengetahui...
Assalamualaikum.
Al-Quran sebagai perlembagaan umat Islam perlu dibaca dan dihayati serta diamalkan setiap hari.
Selamat maju jaya.
TQ
Biskut,
Saya pun sama.. Sama-sama kita baiki mana yang kurang ek? :D
Shahrom,
Fullamak! Patut bagi hadiah ni..:P Thanx sudi jengah blog n follow saya..
Ana dan Admin P@P,
Betul, betul, betul.:)
Catat Ulasan