Akhirnya, tercapai impian aku nak tengok Rapunzel. Best giler dowh! Thanks to my sista Mell yang sanggup temankan kakak kesayangan dia ni untuk nengok citer tu.
Cerita ini mengisahkan seorang puteri raja Rapunzel yang mempunyai rambut sakti yang berupaya menyembuhkan sebarang penyakit termasuk penyakit tua. Rapunzel telah diculik oleh Mother Gothel yang mahu menggunakan kuasa daripada rambut Rapunzel untuk membolehkan beliau sentiasa muda. Mother Gothel menyembunyikan Rapunzel di dalam sebuah menara yang terpencil di dalam hutan. Rapunzel dilarang keluar dari menara itu, dan hanya Mother Gothel sahaja yang mengetahui mengenai menara tersebut.
Satu hari, seorang pencuri, Flynn Rider yang mahu mencari tempat bersembunyi setelah dikejar oleh tentera-tentera berkuda Maharaja, telah menemui menara tersebut. Dengan bantuan Flynn, Rapunzel berjaya keluar dari menara tersebut. Bermulalah pengembaraan Rapunzel dengan Flynn.Walaupun cuma cerita dongeng dan animasi, namun, banyak yang dapat diteladani dari citer ni. Tu pasal, aku bagi ...
5 BINTANG!!! Pheww!! :D
Anyway, antara MORAL OF THE STORY yang aku nak kongsikan dalam citer ni:-
1) Kita perlu BERANI untuk capai IMPIAN kita. Jangan TAKUT dengan KEGAGALAN, jangan TAKUT untuk MENCUBA.
2) USAHA yang bersungguh-sungguh dan SOKONGAN dari orang yang TERSAYANG dan DIPERCAYAI amat penting dalam mencapai KEJAYAAN.
3) Bukan MUDAH nak BERJAYA dan bukan SUSAH nak GAGAL.
4) Setiap dari kita ADA KELEBIHAN tersendiri, walaupun hanya seekor SUMPAH-SUMPAH.
6) Sentiasa CERMIN diri kita, dan MUHASABAH diri dan PERBAIKI peribadi.
5) HATI perlu sentiasa BAIK, supaya setiap inci DIRI kita, jadi BAIK.
6) Tak semestinya WANITA yang baik, akan dapat LELAKI yang baik (ahahaha!!), tetapi SI CANTIK biasanya akan dapat SI KACAK, walaupun SI KACAK tu tak semestinya baik (haruskah??)
So, sapa-sapa yang belum tengok, boleh lah tengok citer ni. Nowa, I don't mind for a second time!!
"Masa Lapangku"
Nurhani
Shah ALam
16 ulasan:
Assalamualaikum,
Anak2 mama pun sibuk ajak nengok Rapunzel. Ok gak, Rabu ni cuti mama nak pi tengok lah kat Pavillion KL.
Pergi mama, jangan lupa.. Best!!
i don't mind too! :P
Ana,
dah pergi ek? Best kan?? :D D
assalamualaikum...
Bolehlah layan juga nih..:)
haha.."i dont mind 4 2nd time lagik"
btw..saya minat gak citer2 gini..
shrek.
ice age.
n kartun2 lain lah.rasa macam banyak moral value english punye cartoon(bukan cartoon,,tapi ape ek..xtau nak sebut ape..haha)
nanti nak tengok jugaklah..=)
sesumpah ke sumpah2?
ramai gak kawan2 sy kata cite ni besh...
urm, xdapek den nak tengok...
mak den xbole ditinggalkan...
sian kan...
xpela, tggu DVD kuar le jawabnyee...
Wah! Encik razak pun layan Rapunzel jugak! Hehehe..:)
Incik,
tengok jangan tak tengok.. Rugi tak tengok.. lagu2 nya pun best..:)
White Rose,
Besar jasa mu..:)
Nak! Nak! Dan iya perempuan yang comel mungkin untuk lelaki yang sangat kacak. Kacak luar kacak dalam..bla bla (terus nyanyi) Hehehhh..
sy jatuh hati dgn maximus jaa!! awww...sgt2 poyo+berlagak+ngade tp terhibur!!^_^
rapunzel punya pasal 2x pon takper ek.okay,2nd round!
jarang ada yang dapat aplikasi dari citer animasi macam nih,tapi hunny kira mantaplah dapat amik aper yg tersirat.nih yang baru betul2 dikatakan mampu menhayati filem walaupun sekadar hiburan jer.
(aku tak dapat tengok lagi lah....)
Nowa,
I balik dari Kelantan kita tengok yerr..:)
Roxy,
Maximus tu kelakar dowh!
Biskut,
Sajer suka2 bubuh apa yang tersirat..:) Maybe orang lain pandangannya berbeza..
Catat Ulasan