Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Sabtu, 30 April 2011

Diari : Pelik Tetapi Benar (Banda Aceh - Part 2)

Assalam semua,

Usai berseminar dan berbengkel di hari pertama, pada hari kedua program, kami dibawa melawat ke kawasan bekas-bekas tsunami yang berlaku di Banda Aceh pada tahun 2004 yang mengorbankan beratus-ratus nyawa penduduknya. Yang menariknya, semasa berbengkel di hari pertama program, kami terpaksa berbengkel di dalam suasana panas kerana bekalan elektrik terputus. Berpeluh-peluh kami dibuatnya. Kami diberitahu blackout memang sering berlaku di Banda Aceh. Kadang-kadang 4-5 kali sehari. Mereka terpaksa mendapatkan bekalan elektrik dari Medan disebabkan mereka tidak mempunyai janakuasa mereka sendiri. Pelik, tetapi benar. Syukur banyak-banyak, di Malaysia kita jarang keputusan bekalan elektrik.

Tempat pertama yang kami lawati adalah Muzium Tsunami yang menempatkan replika dan sejarah tsunami yang berlaku di Aceh. Sebenarnya muzium ini belum dibuka kepada pengunjung, tetapi dengan kebenaran Bapak Wali Kota (di sini Datuk Bandar) dapatlah kami masuk. Banyak info dan gambar-gambar yang kami dapat lihat mengenai tsunami termasuk bagaimana kejadian gempa bumi dan tsunami boleh berlaku. Perpustakaan pun ada. Paling best adalah tayangan filem 4D mengenai tsunami. Menjerit-jerit aku tengok. Hehehe.. macam real, especially part burung menjunam ke dalam gaung. Ngeri!! 

Then, kami dibawa menziarahi kubur MASAL (mangsa tsunami). Kemudian kami dibawa ke tempat kapal laut yang terdampar di tengah-tengah Banda Aceh yang menghempap dua buah rumah. Aku masih boleh nampak kesan-kesan rumah yang kena hempap itu. Bayangkan kalau ada orang dalam rumah tu?? Kami juga dibawa ke dua buah masjid yang agung di Aceh iaitu Baiturrahman( masjid raya) dan Baiturrahim. Syukur, aku dapat solat di kedua-dua masjid agung ini.

Aku bersyukur dapat peluang ke Banda Aceh. Bila berada di sana, tak habis-habis aku rasa syukur, kerana di Malaysia kita tidak berhadapan dengan situasi sebegini. Semuanya serba cukup. Alhamdulillah..

Korang tengok jer lah gambar-gambar yang sempat kami ambil di sana.

Bergambar bersama penganjur dan urusetia UTM.

Bangunan Muzium Tsunami.  

Muziumnya canggih. Info dalam bentuk digital.

Merasai gempa olok-olok dalam rumah gempa pada skala richter 5.0.

Alat mengukur gempa.

Tayangan filem 4D.

Penerangan oleh petugas Muzium.   
Dalam muzium. Bendera-bendera di atas bumbung adalah bendera negara-negara yang membantu semasa Aceh dilanda tsunami.      









Info mengenai Aceh, sebelum dan selepas tsunami.
Di atas bumbung muzium. Tempat ini akan berfungsi sebagai tempat berlindung sekiranya Aceh dilanda tsunami lagi, kerana lokasinya agak tinggi. Dari sini, kita boleh melihat seluruh Aceh.

Pemandangan Aceh dari atas muzium. Di Aceh, bangunan paling tinggi hanya 5 tingkat sahaja.
Layan air kelapa dulu... panas sangat! Sini banyak gerai menjual kelapa.

Di atas kapal LTD Apung, yang dibawa arus ke tengah-tengah kawasan perkampungan di Aceh.

Allah Maha Besar. Bayangkan macam mana kapal sebesar ini boleh dibawa arus beberapa kilometer dari tengah laut?

Di Tanah Perkuburan mangsa tsunami.

Indah tempat ini. Tak macam tanah perkuburan. Jujurnya, saya rasa tenang di sini..:)

Ustaz Khairul,wakil JAIS yang hadir bersama rombongan kami.

Masjid Baiturrahim, yang tak musnah dilanda tsunami, sedangkan bangunan yang lain musnah dan ranap sama sekali. Allah Akbar! Alhamdulillah. Dapat solat Zohor di sini.

Satu lagi tanah perkuburan MASAL (Mangsa Tsunami). Di sini tertanamnya 45,000 mangsa tsunami.
Ustaz Basori KPP dan Ustaz Khairul, wakil dari JAIS.

My favorite signboard.:D
Malaysian delegates for the seminar. Dari kiri : Me, Kak Pah, Pn Zaihan, Pn Nomi, Pn Fauziah, Ustaz Basori, Ustaz Khairul.

Dalam flight pulang ke Malaysia. Alhamdulillah, ilmu dapat, pengalaman dapat, syukur kepada Allah atas nikmat yang diberi selama ini. Aminnn..
 "Catatan pengembaraan"
Nurhani
Shah Alam

2 ulasan:

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum...

Selamat kembali ke tanah air

azidee berkata...

waaa bestnya dah sampai ke situ ek :)