Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Khamis, 16 April 2009

Berpesan-pesan - Apa yang penting? (Kerjasama!)

Salam semua,

Alhamdulillah, siang tadi, Jawatankuasa Undang-undang MAIS telah bersidang buat kali pertama untuk tahun ini. Perghhh.. Lega betul lepas mesyuarat.. Mana taknya, saya dilantik sebagai Setiausaha Mesyuarat, manakala kakitangan Bahagian Undang-Undang MAIS sebagai urusetia. Kami yang perlu sediakan folder mesyuarat, buat salinan ikut jumlah kehadiran, keluarkan surat jemputan membentang kertas kerja, kumpulkan dan dapatkan kertas kerja dari bahagian/ jabatan lain, keluarkan surat jemputan, confirmkan kehadiran, booking makanan, kena catat minit, buat minit, dapatkan pengesahan dalam mesyuarat akan datang.. Fuyoh! Seawal jam 9.30 kami mula mesyuarat, jam 2 petang baru habis.. Punyalah letih rasanya.. nak membentang paper dan mendengar pandangan ahli jawatankuasa sebelum keputusan dibuat. Ada 6 kertas kerja yang dibentangkan dengan pelbagai isu dan masalah undang-undang yang memerlukan pandangan dan keputusan Jawatankuasa. Satu paper berkenaan isu zakat, satu paper isu wakaf, satu paper berkaitan isu penguatkuasaan undang-undang halal, satu paper saman malu, satu paper cadangan untuk pindaan undang-undang, dan satu lagi mengenai sasaran kerja tahunan Bahagian Undang-Undang MAIS.

Alhamdulillah, disebabkan kakitangan Bahagian saya yang memang terlatih untuk melaksanakan kerja-kerja persediaan mesyuarat, semuanya disiapkan dengan mudah, cekap dan segera. Sejak Ahad yang lepas, saya dan seorang kakitangan terpaksa masuk ke pejabat untuk menyiapkan maklum balas mesyuarat. Pada hari Isnin, seorang kakitangan bahagian ditugaskan untuk mengumpulkan kertas-kertas cadangan untuk dibentangkan. Seorang kakitangan menyiapkan surat jemputan, seorang membuat fotokopi dan seorang membantu untuk menyusun folder. Pada sebelah petang, semua folder mesyuarat telah disiapkan sebanyak 17 salinan. Pada hari Selasa pagi, folder-folder tersebut telah dikemukakan kepada ahli-ahli mesyuarat beserta dengan surat jemputan. Pada hari Rabu petang, saya dan seorang pegawai LZS bertemu dengan Pengerusi Mesyuarat sebagai persediaan sebelum mesyuarat.

Apa yang saya nak kongsikan di sini sebenarnya bukanlah mengenai proses sesuatu mesyuarat dibuat, tetapi perancangan dan sistem sesuatu tugasan dilaksanakan. Dalam bab mengurus meyuarat, memang banyak checklistnya, especially bila involve VIP. Kalau nak harapkan buat sendiri, memang la tak sempat nak siapkan folder dalam masa sehari. Kalau boleh pun, mesti rasa stress, sebab buat sorang2.. Semuanya hasil kerjasama dan team work antara semua kakitangan bahagian. Tak lah kita rasa kita buat sorang-sorang. Penat pun hilang bila buat sama-sama. Seperkara lagi adalah, tidak mudah untuk membuat keputusan bila berada dalam jemaah. Persefahaman dan tolak ansur amat perlu dalam memutuskan sesuatu perkara secara syura.

Sama juga halnya dalam perkara lain, termasuklah perjuangan Islam. Apabila kerjasama dan networking wujud dalam ummah, perkara yang berat pun jadi ringan. Jihad pun lebih mudah. Buat kerja pun seronok, sebab tak rasa kita buat sorang-sorang. Kerana itu, pembahagian tugas mengikut peranan dan keupayaan dan bidang masing-masing amat perlu dalam pengembangan dakwah Islam dan mempertahankan Islam. Pendakwah komited dengan dakwahnya, polis menjaga keamanan, peguam syarie mempertahankan hak Islam, jurutera mencipta ciptaan yang bermanfaat untuk Islam, pentadbir agama menguruskan hal ehwal pentadbiran Islam. Insyaallah. Keputusan umat Islam yang dibuat bersesama dan berjemaah, walaupun sukar diperoleh, dengan mudahnya dapat menyangkal laungan persamaan hak dan kebebasan beragama yang dilaung-laungkan oleh bangsa lain. Jika ini terlaksana, kita bukan setakat melihat realiti gagasan 'SATU MALAYSIA" terlaksana, seperti dilaungkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang baru, bahkan yang lebih penting adalah SATU UMMAH!! Malaysia boleh!! ISLAM BOLEH!!

To my staffs, u all are really precious and cannot be valued. Terima kasih banyak2 atas kerjasama yang diberikan. Wonderpet - Apa yang penting? KERJASAMA! To all muslims, be united, in the name of Allah, not the parties or races. Wallahua'lam.

"Kita Berkongsi Langit yang sama"

Nurhani Salwa
Shah Alam
16 April 11.30 pm

2 ulasan:

Leenoh berkata...

Salam.
Dah dua kali baca tapi tak tahu apa nak komen, cuma nak tanya sikit dalam sebok-sebok itupun masih boleh tulis entri panjang-panjang lagi.
He3 bergurau ye.

Hunny berkata...

Salam Pak Ngah,

Bukan apa, sejak saya terjun ke dunia blogger ni, saya rasa macam satu kewajipan nak update entry setiap hari.. kalau tak update, rasa bersalah.. tapi bab memanjangkan karangan tu, memang tak perasan.. bila ada idea,panjangla ceritanya.. bila tak ada, pendek la.. hehe")