Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Khamis, 23 April 2009

Berpesan-pesan - Perang Uhud

Salam semua,

Dah lama tak post entry sebab bz sangat dan keletihan travel ke Majlis Agama Islam Johor Bahru. Tetapi disebabkan 'kewajipan' sebagai blogger, saya nak post satu entry yang pendek. Saya nak kongsikan surah Ali-Imran yang saya baca pagi ini mengenai peperangan Uhud. Satu ayat yang menyentuh hati saya adalah ayat 173 surah tersebut, di mana orang Islam diuji dengan berita yang disampaikan oleh orang Muslim sendiri (golongan munafiq) bahawa bala tentera kuffar akan memerangi mereka, berita tersebut menambahkan keimanan mereka dan mereka (orang-orang mukmin) mengatakan :- "Cukuplah Allah untuk (menolong ) kami dan Dia aalah sebaik-baik Pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami)".

Terharu dan bersemangat membacanya, kerana terbayang para-para sahabat kita, yang bersemangat, walaupun ada pujukan-pujukan dan hasutan-hasutan menakut-nakutkan mereka, mereka bertambah keimanan dan meneruskan perjuangan. Bagaimana pula dengan kita? Mudah-mudahan, kita semua, walau di medan apa sekalipun, perjuangan tetap diteruskan, walau seteruk mana cubaan dan halangan dari orang-orang kuffar dan munafiq. Insyaallah.. La takhof wa la tahzan, innallaha ma'ana.. (Jangan takut, jangan gentar, sesungguhnya Allah bersama-sama kita..) Wallahua'lam.

4 ulasan:

Leenoh berkata...

Salam.
Pak Ngah sebenarnya sangat lemah dalam mengingat sejarah silam, baik apa sejarah sekalipun, cuma sejarah diri sendiri memang susah nak lupa, itupun sebahagianya Pak Ngah lupa juga, agaknya yang dimiliki hanya minda sederhana.
Berbalik kepada Peperangan Uhud kalau tidak salah pada mulanya Allah telah memberikan kepada kaum muslimin ketenangan dan fokus yang betul tetapi pada akhirnya mereka hilang fokus menyebabkan musuh membuat serangan balas.
Kerana tentera muslimin salah urus kejayaan.
Serangan kedua memberi kesan buruk kepada mereka.
Insya Allah ini menjadi satu pengajaran.

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) berkata...

Allah sebaik-baik tempat mengadu&mohon pertolongan

Hunny berkata...

salam Pak Ngah,

Kekalahan tentera islam semasa perang Uhud adalah disebabkan mereka ingkar arahan Nabi supaya tak tinggalkan Bukit Uhud. Bila nampak orang kafir dah berundur, mereka ingat orang Islam dah menang. tentera islam pun turun dari bukit Uhud. masa tulah tentera kafir di bawah pimpinan Khalid Al-Walid menyerang tentera yang berada di bawah bukit Uhud dari atas bukit. Moral or the story, jangan mengingkari arahan Nabi.

Hunny berkata...

Fatahiyyah,

setuju benar. Saya berharap pada Allah dapat jumpa Fatahiyyah di pesta buku esok :)