Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Rabu, 15 April 2009

Berpesan-pesan - Surah Al-Mulk

Salam semua,

Malam tadi, kerana terlalu letih, saya telah buat siaran langsung terus - menerus (tido) dari jam 9 malam sampai 1 pagi. Bangun sekejap, sebab ada panggilan telefon, then sambung balik.. Akibatnya, tak sempat tulis apa-apa entry pun. Tapi bila bangun rasa fresh sangat, dan rasa nak tulis semua benda.. hehehehe.

Tetapi disebabkan rasa 'bertanggungjawab ' untuk tulis entry(actually, I am really addicted to write!!), saya cuma nak kongsikan satu hadith berkenaan Surah Al- Mulk yang saya baca pagi ini dalam buku amalan surah-surah pilihan , fadhilat dan khasiatnya, tulisan Haji Johari Haji Alias:-

Daripada Abi Hurairah r.a, dari pada Rasulullah s.a.w., beliau bersabda:

"Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada tiga puluh ayat memberi syafaat kepada pembacanya hingga diberi keampunan untuknya iaitu surah Al-Mulk "(Tabarakallazi)." Hadith riwayat Ibn Kathir

Di dalam satu hadith yang lain, surah ini dipanggil Munjiah (yang iaitu yang menyelamatkan). Insyaallah, sama-samalah kita amalkan. Mudah-mudahan fadhilat mengamalkan surah ini dapat menyelamatkan kita daripada azab kubur dan neraka. Aminn..

8 ulasan:

Ibnurashidi berkata...

Salam...

Jemput ke wajah baru saya:)

http://www.faridrashidi.com

Leenoh berkata...

Salam,
Surah ini menjadi kenangan Pak Ngah di Karnival Mesra MAIS, sebab Pak Ngah membacanya di klinik Al.Quran, dapat cendera hati pula tu, hehehe, memang elok dibaca setiap hari.

Hunny berkata...

Salam Bro Rashidi,

Saya dah menjengah ke blogmu, dan tinggalkan jejak.. Banyak entry yang bermanfaat.. Taeruskan menulis.. Jangan lupa, rajin2 lah singgah blog saya.. :)

Hunny berkata...

Salam Pak Ngah,

Memanglah surah ni elok dibaca :) kat dunia lagi Allah dah tunjuk kesannya pada Pak Ngah :) hehhee

..nOWa.. berkata...

yer lah..siaran terus menerus tersebut mmg menarik sebab ada sound efek sekali..hahaaa!!

Hunny berkata...

Salam Nowa,

Itulah kelebihan saya...:) hehehe

Fadhli-Fadhilah berkata...

masa zaman2 dok asrama dulu selalu baca surah nii sebelum tido. InsyaAllah, istiqomah atas perkara yg baik. Ketenangan diperolehi dari istiqomah, moga sentiasa ikhlas. Amin

Hunny berkata...

Salam Fadhy,

Insyaallah. Moga hidupmu dilimpahi ketenangan sentiasa..