Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Selasa, 7 April 2009

Diari - Hari Ini Dalam Sejarah

Salam semua,

Sepatutnya dari jam 6 tadi saya dah post entry ni.. Tapi ntah apa pasal, asyik2 terdelete ajer entry asal. Check dalam draft dah tak ada.. Naik bengang nak menaip balik semula cerita.. Anyway, cuma nak kongsikan detik2 bersejarah semasa ditauliahkan sebagai Peguam Syarie Negeri Selangor pagi tadi di Dewan 3, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam. Pesanan Hakim Syarie, Yang Arif Tuan Muhammad Khalid Bin Shaii, mengenai tanggungjawab Peguam Syarie untuk membantu mahkamah dalam membuat keputusan yang adil dalam semua kes-kes syariah masih terngiang-ngiang di kepala. Peguam Syarie perlu jujur dan sentiasa adil serta amanah dalam beramal. Beliau turut mengingatkan mengenai rezeki yang diperolehi dengan berkat.

Insyaallah, saya akan memulakan amalan guaman syarie saya dengan menyertai Klinik Guaman Syarie anjuran MAIS yang diadakan sempena Bulan Kualiti MAIS 2009. Klinik ini diadakan bertujuan untuk memberi nasihat guaman syarie percuma kepada masyarakat Islam seluruh negeri Selangor. Program Klinik Guaman syarie ini akan berlangsung selama dua hari , iaitu pada 11 dan 12 April 2009, bermula jam 10 pagi hingga 6 petang pada hari Sabtu dan bermula jam 10pagi hingga 5 petang pada hari ahad. Program tersebut akan diadakan di Ruang Legar, Kompleks PKNS Shah Alam. Semua dijemput hadir. Datang ramai2 ek!! Banyak acara menarik diadakan. Ada jumbo sale, ceramah motivasi, dll. Masuk free ajer.. Datang yerr..


My name.. case number 12th on the list..

Suasana dalam Mahkamah sebelum majlis bermula..

Bersama mover yang bercakap bagi pihak saya di dalam mahkamah, Puan Fadhlina. Yang Arif Hakim menegur beliau kerana bercakap terlalu laju. Sambil berseloroh, Yang Arif berkata, "sesak nafas saya nak menulis, boleh kiok macam ni.." Hehehe..

Mengabadikan kenangan bersama orang-orang tersayang yang turut hadir sama. My mom, my dad and my uncle, Dato' Samsudin. Terima kasih atas doa dan sokongan kalian semua.

Antara rakan-rakan setia yang turut hadir sama memeriahkan Majlis. Thanks gurls! I really appreciate your presence!! Tapi kalau ada present, lagi best!! Hahaha..

Bergambar bersama kakitangan Bahagian Undang-Undang MAIS dan seorang sahabat yang turut sama ditauliah sebagai Peguam Syarie Selangor, Ustaz Muhamad Abdullah.

9 ulasan:

leenoh berkata...

Salam Hani,
Syabas dan Tahniah di atas kejayaan tersebut.Semoga diberkati Allah dan terus maju jaya. Insya Allah.

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) berkata...

tahniah k.hani..k.hani x sgka kan dunia kecik je kan sy kenal ustaz muhammad Abdullah..sekolah yg sy keje ni pun under keluarga dia..tekezut y tgok..td..hmm.. xsgka kan..dunia ni kecik sgt kan..pimai2 org yg sama jgk kt jumpa..huhuhu

Tanpa Nama berkata...

Salam

kak Hani...tahniah...tapi mcm ada kurang mana gambar yang tukang ambik gambar...takda pun...:-(

Hunny berkata...

To Pak Ngah,

Terima Kasih atas sokongan anda :)

Hunny berkata...

Salam Fatahiyyah,

Yer ker? Kak Hani tau sekolahnyer.. Dah pernah datang pun.. Betullah.. keciknya dunia.. So, bila nak main boling sama? Haha.. Sekarang kerja situ lagi ker?

Hunny berkata...

Salam Tanpa nama,

Kalau dah tukang ambik gambar, memang la gambar dia tak ada.. hehehe.. jangan mare.. :)

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) berkata...

aah akk...kt kerja kt situ lagi.hehe bl2 je..tp kt x terror la kak..heeheheh akak mesti expert kan?

Hunny berkata...

Fatahiyyah,

Tak la expert.. suka main jer.. Bila boleh mengeteh sama?

..nOWa.. berkata...

bravo! bravo! bravo! zuluuuuu....
semoga kak hani dapat menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan jaya demi agama Islam yang tercinta..