Hari ini, terdapat dua kejutan berlaku kepada saya sempena meraikan Karnival Mesra MAIS, hari bertemu pelanggan di Kompleks PKNS Shah Alam. Keduanya saya terima dengan emosi dan penerimaan berbeza.. Pertamanya, Pak Ngah, rakan blogger saya di alamat blog http://www.leewantam.com/ atau kehidupan bersih, yang saya kenali di alam maya, telah hadir di karnival tersebut dan berjumpa dengan saya dan ustaz Juraish di booth klinik guaman syarie yang kami anjurkan. Terkejut juga bila pak Ngah kata dia mengenali kami berdua di alam maya. Saya teka sekali jer, tepat jawapan saya.. Pak Ngah rupanya.. Terima kasih Pak Ngah! Thanx atas sokongan. Tadi tak sempat belanja.. lain kali yer pak Ngah!! Andainya saya tahu lebih awal, tentu saya boleh datang awal sket dan belanja pak Ngah makan@ minum..
Saya terus mengajak dua orang sahabat saya menziarahi rumah allahyarhamah di Pulau Indah. Saya hanya pernah sekali ke rumah beliau semasa majlis perkahwinannya pada penghujung tahun 2006, tetapi alhamdulillah, tidak susah untuk mencari rumah arwah. Ayah arwah, pakcik Abdul Aziz yang menjemput kami masuk ke bahagian dapur. Alhamdulillah, keluarga beliau menerima berita kematian dengan tenang kecuali kakak arwah yang duduk bersebelahan dengan saya tak berhenti2 menangis sambil berzikir dan beristighfar tak henti2. Anak lelaki beliau yang berumur lebih kurang darjah 4, sibuk mengelap air mata ibunya. Lebih kurang 10 minit selepas kami tiba di sana, jenazah Allahyarhamah tiba. Kakak arwah yang duduk bersebelahan dengan saya terus menangis dan mengatakan bahawa, patutlah arwah beriya-iya minta si kakak menjaganya semasa arwah sakit (demam yang berpanjangan), rupa-rupanya nak tinggalkan kakaknya.. Sedih saya mendengar rintihan si kakak, tapi saya cuba bersikap tenang dan kontrol airmata yang nak gugur. Adik perempuan arwah yang memang mengenali saya, terus datang dan memeluk saya.. Terharu saya dibuatnya.. Sambil saya memujuk dan meminta diredhai pemergian arwah, saya membayangkan, bagaimana agaknya keadaan bila saya mati kelak? Adakah saya mati dalam keadaan yang sempurna? Adakah akan ditangisi, atau dicaci? Yang penting, adakah saya BERSEDIA? Adakah amal saya cukup? Solat saya, adakah diterima? Amalan saya, adakah diterima?taubat saya, adakah diterima? Dosa saya adakah terampun?
Lumrah alam.. mulanya pertemuan akhirnya perpisahan.. Mudah-mudahan Allah pisahkan saya dengan alam nyata apabila saya sudah betul2 bersedia.. Mudah-mudahan Allah ampunkan dosa saya, dan terima amalan saya.. Aminn..
Nasyid ini (yang saya dendangkan semasa pertandingan nasyid semasa Tingkatan 4) terngiang-ngiang di dalam otak saya:-
Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur di pembaringan
Seluruh tubuh akan menggigil
Sekujur badan nan kedinginan
Life is too short. We never know when we are going to die.. Just be prepared.. Do the best u can do in this life.. Do as many as good deeds.. Do what Allah wants us to do. Avoid the things He prohibits. Wallahua'lam.
'Mencari Redha Ilahi'
Nurhani Salwa Jamaluddin
Shah Alam
11 April 2009
5 ulasan:
Salam Hani.
Dalam sebok-sebok tu sempat juga awak menulis ye.
Inna lillahi wa inna ilaihi rajiuun.
Semoga Allahyarham ditempatkan bersama-sama orang-orang yang solih dan bertaqwa.
wassalam.
Salam...
Memang Arwah seorang yang baik. Semasa Hayatnya beliau sentiasa bertanya pendapat berkaitan motivasi kehidupan dan dekorasi. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkan beliau bersama orang-orang yang soleh. Amin.
Waalaikumsalam Pak Ngah,
Sampai umah, tak sempat mandi lagi lepas ziarah jenazah, saya terus capai laptop n terus taip.. Rasa nak menulis meronta2.. Rasa nak kongsikan sangat pengalaman tu.. Jumpa pak Ngah dan kematian sahabat.. Seolah2nya,patah tumbuh, hilang berganti.. Innalillahiwainnailaihi rajiun.. Mudah2an rohnya dicucuri rahmat.
Salam Tanpa nama,
Saya setuju dengan anda. Sememangnya arwah seorang yang baik. Sama-samalah kita berusaha supaya dapat membawa bekalan yang cukup dan meninggalkan jasa yang baik untuk diingati semasa 'masa' itu tiba nanti..
Catat Ulasan