Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Selasa, 28 April 2009

Peguam Menulis - Persidangan Penyelarasan Undang-Undang Sivil/Syarak kali ke 19

Salam semua,

Semalam tak sempat nak update sebab dah terlalu letih dan dah lewat malam baru melayari internet. Semalam, pada sebelah paginya saya terlibat dengan perbincangan untuk menghidupkan semula Kolej Islam Malaya yang telah dicadangkan penubuhannya oleh Majlis Raja-Raja pada tahun 1949. (Zaman Jepun tuuu.., saya pun tak lahir lagi..). Selepas mesyuarat, rasa pening kepala dan nak muntah, sebab terlalu banyak instruction diterima! Just imagine, nak kena prepare opinion untuk kes zaman jepun, buat kajian menyeluruh, tubuh jawatankuasa khas, bentang di Mesyuarat Majlis Raja-Raja.. Itu untuk kes ini jer.. yang arahan-arahan lain dah berjela-jela.. Aarrrghhh!!! Membran-membran sel saya pun tak mampu nak terima arahan yang diberi.. Ibaratnya kalau laptop or komputer, tetiba jer 'hang'.. Pada sebelah petangnya, sepatutnya jam 3pm, saya sudah mendaftar di Mesyuarat Penyelarasan Sivil/Syarak kali ke 19 yang dianjurkan oleh JAKIM, di Crystal Crown PJ, tetapi disebabkan saya menyiapkan tugas2 pejabat yang masih berbaki dan memerlukan tindakan segera, saya menangguhkannya pada malam hari untuk mengelakkan kesesakan lalulintas.

Selepas Maghrib, saya menjalani training di Klang Parade untuk pertandingan bowling yang bakal diadakan pada pertengahan bulan Mei di Putrajaya. Sebab otak dah letih, points pun tak bagus.. Cuma dapat 125 jatuhan pin ajer.. :(

Jam 11.30 malam baru saya dapat check in di hotel, sebab tu tak sempat update apa-apa entry. Pagi tadi saya join mesyuarat tersebut, seawal jam 8.30 pagi hingga ke jam 4.30 petang.. Kepentingan Mesyuarat ini adalah untuk mengumpulkan wakil negeri-negeri seluruh Malaysia untuk membuat penyelarasan ke atas undang-undang Islam di setiap negeri. Banyak points menarik yang dikumpul, khususnya mengenai penguatkuasaan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan dan Pengembangan Terhadap Orang Islam) setiap negeri. Satu kertas kerja berkaitan dengan penguatkuasaan enakmen ini telah dibentangkan oleh Tuan Hj Mahamad Naser Disa, Timbalan Ketua Bahagian Penyelidikan (Syariah) Jabatan Peguam Negara. Antara lain, kertas tersebut mengupas mengenai permasalahan dan kepentingan dalam menguatkuasakan enakmen tersebut. Enakmen tersebut diwujudkan demi untuk menjaga akidah umat Islam yang menjadi agama rasmi dan agama Persekutuan Tanah Melayu daripada dakyah/doktrin selain Islam. Ini kerana, enakmen tersebut memperuntukkan kesalahan-kesalahan jenayah yang boleh didakwa kepada mana-mana orang yang cuba menyebarkan agama selain Islam kepada orang Islam.

Sebelah petangnya pula, kami membincangkan mengenai cadangan pindaan terhadap undang-undang jenayah syariah (dikenali sebagai Enakmen Jenayah Syariah Negeri-Negeri) untuk menambahbaik undang-undang sedia ada yang sudah lapuk kerana terlalu lama (kebanyakkannya tidak dipinda sejak 1995). Banyak pengisian yang diperolehi daripada kedua-dua sesi perbincangan ini.

Insyaallah, malam ini dan esok perbincangan akan bersambung lagi.. Dalam membuat/menggubal/meminda sesuatu undang-undang, banyak perkara perlu dilihat, khususnya kesesuaian undang-undang kepada masyarakat setempat, dan objektif undang-undang diadakan. Jika sesuatu undang-undang yang digubal tidak memberi kebaikan/maslahah, undang-undang tersebut perlu dikaji dan dipinda/dimansuhkan. Inilah undang-undang manusia, banyak cacat dan kekurangan. Hanya Undang-Undang Allah tetap unggul, tidak boleh dipinda, dan terpakai untuk setiap zaman dan tempat. Wallahua'lam.

"Memartabat Undang-Undang Syariah"

Nurhani Salwa
Crystal Crown
Petaling Jaya
28hb April 2009, 7.00pm

Wakil-wakil dari Sabah, antaranya Ketua Pendakwa Syarie dan SS Mufti Negeri Sabah.

Dewan Persidangan Penyelarasan Undang-Undang Sivil/ Syarak kali ke 19.

Wakil-wakil dari Sarawak. Oleh kerana mereka negeri yang tidak mempunyai Raja, YDPA adalah Ketua Agama Islam di negeri mereka.

Sebahagian lagi peserta yang hadir. Kelihatan wakil-wakil dari negeri Melaka.

Backdrop persidangan. Kelihatan Ahli-Ahli Jawatankuasa teknikal Undang-Undang termasuklah Tan Sri Dato' Syeikh Ghazali, selaku penasihat Undang-Undang Syariah, Jabatan Peguam Negara dan mantan Pengarah JKSM, Datin Paduka Prof Dr Zaleha Kamaruddin, (Dekan Fakulti Undang-Undang UIA), Datin Prof Dr Siti Zalikha (Pensyarah UKM).

Align Center
Bilik penginapanku.. Duduk sorang jer, tapi bilik punyalah besarr.. Siap ada dua katil lagi..

Tempat kerjaku dan selama tiga hari dua malam. Ok la tuh!

2 ulasan:

Leenoh berkata...

Salam Hani.
Entri panjang dan banyak ceritanya, Pak Ngah hanya nak sentuh pasal penubuhan kolej Islam Malaya tu.
Sangat bersetuju dengan cadangan penubuhan tersebut, semoga menjadi kenyataan dan realiti. Insya Allah.

Hunny berkata...

Salam pak Ngah,

Doakanlah kami berjaya.. kami tengah struggle nih.. Insyaallah.. Mudah-mudahan berkat doa semua termasuk pak Ngah, impian dan hasrat murni ini jadi kenayataan.