Salam semua,
Saat entry ini ditulis, saya di kampung menghabiskan cuti hujung minggu bersama keluarga. Tambahan pula, esok kami sekeluarga dan sanak saudara yang lain bercadang untuk mengadakan 'surprise' sambutan hari lahir pakcik ku di kebun beliau di Batang Kali.
Sebentar tadi, sempat saya dan emak menonton program Akademi Fantasia di siaran ASTRO RIA. Sempat tengok seorang peserta terakhir menyanyi, kerana kami baru pulang mencari kasut untuk adik saya yang perlu menghadiri kursus selama 2 bulan setengah di bawah kelolaan Khazanah Nasional. Emak saya tiba-tiba bersuara " Dah 7 tahun ye AF ni? Tak perasan pun dah tahun yang ketujuh"kata emak. Saya mengiyakan kata-kata emak sambil menganggukkan kepala.
Saat emak mengatakan tak perasan tempoh 7 tahun telah berlalu, saya termenung. Betullah! Getus hati saya. Memang tak perasan 7 tahun dah berlalu. Cepat betul masa berlalu. Rasa baru jer grad, rasa baru jer kerja (in fact dah 7 tahun kerja).. Terfikir saya apa yang dah dibuat dalam tempoh 7 tahun yang berlalu ini, especially untuk Islam. Bila pemikiran seumpama ini datang, rasa macam diri ini tak adil, sebab macam2 buat untuk diri sendiri, tapi untuk Islam?
Banyak perkara perlu dilakukan, perlu disusun, strategi perlu diperbaiki, diupgrade, ditambah. Islam itu adalah cara hidup. Transformasi dan usaha yang konsisten perlu dibuat untuk merealisasikan Islam sebagai cara hidup. Semuanya memerlukan idea dan strategi yang mantap, tenaga kerja dan teamwork yang komited, dan komitmen yang besar. Proses Islamisasi dalam semua aspek kehidupan. Transformasi perlu bermula dari diri sendiri, kemudian keluarga, kemudian masyarakat, seterusnya negara dan akhirnya ummah sejagat. Mulakan transformasi saat membaca entri ini, untuk menjadi Muslim yang mencintai ALlah dan Rasul. Selepas cinta bersemi dan semakin kuat cinta itu, segala-galanya akan dilakukan demi cinta, demi mempertahankan cinta. Semakin kuat cinta itu, semakin bersemangat kita untuk menjadikan orang lain turut sama mencintai Allah, Rasul dan Islam. Insyaallah. Mudah-mudahan harapan untuk mengulangi kegemilangan Islam semasa zaman Rasulullah dan sahabat akan menjadi kenyataan. Amin.
"Aku mencintaimu kerana Allah"Saat entry ini ditulis, saya di kampung menghabiskan cuti hujung minggu bersama keluarga. Tambahan pula, esok kami sekeluarga dan sanak saudara yang lain bercadang untuk mengadakan 'surprise' sambutan hari lahir pakcik ku di kebun beliau di Batang Kali.
Sebentar tadi, sempat saya dan emak menonton program Akademi Fantasia di siaran ASTRO RIA. Sempat tengok seorang peserta terakhir menyanyi, kerana kami baru pulang mencari kasut untuk adik saya yang perlu menghadiri kursus selama 2 bulan setengah di bawah kelolaan Khazanah Nasional. Emak saya tiba-tiba bersuara " Dah 7 tahun ye AF ni? Tak perasan pun dah tahun yang ketujuh"kata emak. Saya mengiyakan kata-kata emak sambil menganggukkan kepala.
Saat emak mengatakan tak perasan tempoh 7 tahun telah berlalu, saya termenung. Betullah! Getus hati saya. Memang tak perasan 7 tahun dah berlalu. Cepat betul masa berlalu. Rasa baru jer grad, rasa baru jer kerja (in fact dah 7 tahun kerja).. Terfikir saya apa yang dah dibuat dalam tempoh 7 tahun yang berlalu ini, especially untuk Islam. Bila pemikiran seumpama ini datang, rasa macam diri ini tak adil, sebab macam2 buat untuk diri sendiri, tapi untuk Islam?
Banyak perkara perlu dilakukan, perlu disusun, strategi perlu diperbaiki, diupgrade, ditambah. Islam itu adalah cara hidup. Transformasi dan usaha yang konsisten perlu dibuat untuk merealisasikan Islam sebagai cara hidup. Semuanya memerlukan idea dan strategi yang mantap, tenaga kerja dan teamwork yang komited, dan komitmen yang besar. Proses Islamisasi dalam semua aspek kehidupan. Transformasi perlu bermula dari diri sendiri, kemudian keluarga, kemudian masyarakat, seterusnya negara dan akhirnya ummah sejagat. Mulakan transformasi saat membaca entri ini, untuk menjadi Muslim yang mencintai ALlah dan Rasul. Selepas cinta bersemi dan semakin kuat cinta itu, segala-galanya akan dilakukan demi cinta, demi mempertahankan cinta. Semakin kuat cinta itu, semakin bersemangat kita untuk menjadikan orang lain turut sama mencintai Allah, Rasul dan Islam. Insyaallah. Mudah-mudahan harapan untuk mengulangi kegemilangan Islam semasa zaman Rasulullah dan sahabat akan menjadi kenyataan. Amin.
Nurhani Salwa Jamaluddin
Kg Raja Musa, Kuala Selangor
18hb April 2009, 11.30 pm.
2 ulasan:
Salam.
Hani dan Semua.
Ya, memang benar kata ibu Hani, masa berjalan dan terus berjalan dan berjalan tanpa berhenti sejak ianya diciptakan Allah, masa tidak pernah mungkir janji.
Nasib baik talian hayat kita menjadi rahsia Allah, jika talian hayat diketahui tentulah setiap hari dan saat kita akan menghitungnya sambil merasai gerun dan takut kerana masa ketibaannya semakin dekat dan hampir.
Allah Maha Bijaksana menyimpan rahsia tersebut tetapi manusia diingatkan supaya sentiasa mengingatkan bahawa masanya tetap akan tiba dan jangan lalai dengan keindahan alam ini.lihatlah keindahan alam dengan rasa kesyukuran kepada Allah.
Insya Allah kita tidak akan lalai dan semoga Allah memberi kekuatan kepada kita.
Pak Ngah,
Terma talian hayat, cukup menginsafkan...
Catat Ulasan