Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Sabtu, 31 Julai 2010

Diari - Jogging n Dating??


Salam semua,

Dah lama saya tak menulis. Seminggu. Bagi blogger tegar seperti saya (perasan!!), seminggu adalah satu tempoh yang sangat lama untuk tidak menulis. Walhal, ke mana pergi pun, saya seboleh mungkin mengupdate blog saya. Sewajarnya alasan yang munasabah diberikan. Entah mengapa, saya sendiri pun tak pasti. Sehingga Raudah, kakitangan saya di pejabat bertanya saya,


"Kak Hani, kenapa lama tak update blog?"


Saya sendiri tak mampu menjawab. Akhirnya, saya berjanji pada Raudah, saya akan menulis dan mengupdate blog ini selepas tamat sesi riadah badminton kami pada hari Rabu. Tetapi, saya masih tak menulis juga. Adakah saya sudah kering idea? Eh! Mana mungkin!!!. Saya bukan baru berkecimpung dalam bidang penulisan blog. Berbeza dengan adik angkat saya Samsul yang sedang melanjutkan pelajaran di Mesir, yang baru sahaja menceburkan diri dalam dunia blogger ( baru 3 hari usia blog beliau, samsulyusoff.blogspot.com). Sepanjang malam tadi saya membantu Samsul mengedit artikel kedua beliau untuk dipostkan ke dalam blognya.

Cuma ada seperkara yang saya nak kongsikan dengan pembaca. Semalam, saya berjoging di Tasik Shah Alam dengan Shikin, seorang kakitangan MAIS. Actually, dah lewat pun kami berdua berjoging. 6.30 petang baru sampai di tasik.


"Orang dah balik, kita baru nak mula," seloroh saya pada Shikin.

"Takper. Daripada kita duduk-duduk ajer, tak buat apa-apa, baik kita joging, walaupun dah lambat," kata Shikin.

Kami memulakan larian kami (sebenarnya lebih banyak briskwalking) dari parking lot bersebelahan dengan Kedai Kopi. Rasa macam sekejap aje, tapi lebih kurang 3km jugak la kami berjalan cepat dan berlari. Sepanjang perjalanan, sempat juga mata kami menangkap beberapa pasangan yang berdua-duaan di sekitar kawasan tasik. Namun kami berdua tidak begitu mempedulikan 'aktiviti' pasangan-pasangan tersebut, kerana kelihatannya mereka 'baik-baik aje' dan 'masih sopan', so kami tak mengindahkan mereka sangat.

Semasa kami menghabiskan 1km yang terakhir, tiba-tiba Shikin berkata (dengan suara yang agak perlahan dan termengah-mengah kerana berlari) ,

"Kak, Kak. Cuba kak tengok tu," katanya sambil menjuihkan bibirnya ke satu pasangan yang sedang duduk berduaan di tepi tasik.

Astaghfirullahalazim.. Geramnya saya melihat gelagat pasangan uda dan dara berdarah Melayu yang asyik masyuk bermesra tanpa menghiraukan pengunjung taman yang lalu-lalang di trek joging berhampiran mereka. Tangan si lelaki nampaknya begitu 'sibuk' merayap-rayap di wajah dan tubuh si perempuan. Mulutnya pula dengan rakus mencumbui wajah si gadis (kalau masih gadis laaaa...). Paling menyedihkan, si gadis memakai tudung litup dan kelihatannya sangat sopan, namun merelakan perbuatan pasangannya terhadap dirinya dan nampak seronok dengan perlakuan tersebut.

Hati saya mendidih. Geram! Geram dan meluat dengan anak bangsa sendiri yang tidak segan silu mencemar maruah agama dan budaya. Saya memperlahankan larian saya dan terus menukar haluan ke kiri, ke tempat duduk pasangan berkenaan, dan tidak mempedulikan Shikin yang berlari terus ke arah hadapan. Walaupun saya sudah berdiri betul-betul di belakang mereka, namun 'drama songsang' mereka masih diteruskan. Tak pasti sama ada mereka tak perasan, atau buat-buat tak perasan.


"Assalamualaikum," saya menyapa.


Tak berjawab. Adegan cumbu-cumbuan masih berlangsung.


"Assalamualaikum. Ini dah kawin ke belum ni?" saya menguatkan pitching suara saya.


Tersentak si lelaki dan serta-merta matanya tepat memandang ke arah saya. Tangannya yang dari tadi merayap, akhirnya terlerai dari tubuh si gadis.


"Ni dah kawin ke belum ni ?" saya mengulang soalan saya.


Perlahan beliau menjawab." Belum". Si gadis terus menundukkan kepalanya. Eleh!! Malu konon!!! Buat drama tadi tak malu!!!!


"Kenapa?" tanyanya pada saya, satu soalan yang pada saya sangat tak berpelajaran!!!


"Kalau belum, boleh tak bersopan sket?" kata saya. "Mintak tolong ye. Ini tempat awam."


"Ok." kata si lelaki.


"Terima kasih yer. Assalamualaikum." ucap saya sebelum saya bergerak pergi.


Astaghfirullahalazim.. Masyaallah.... Saya menarik nafas panjang. Zaman sekarang, orang kita sudah hilang malu. Mukadimah berzina perkara biasa. Mulanya cuma pegang tangan, bila dah biasa, nak pegang bahu, kemudian nak minta peluk, kemudian bila mula peluk, akhirnya minta seluruh badan! Bercumbuan di kawasan rekreasi dalam suasana terang benderang dan ramai orang, perkara biasa. Tak ada perasaan malu. Langsung!! Yang malu, bila 'hasil drama songsang' terhasil. Jadi, tak hairanlah banyak anak luar nikah dilahirkan. Tak hairan banyak bayi yang tak berdosa dibuang atau dibunuh untuk menutup malu.

Saya sering terfikir, kemungkinan Allah sengaja membiarkan perlakuan zina mereka berakhir dengan satu kelahiran, sebagai bukti penzinaan yang dilakukan. Walhal, banyak pasangan yang dah bertahun-tahun berumahtangga, sangat sukar mendapat zuriat. Hikmahnya, hanya Allah Yang Maha Mengetahui, namun saya, beranggapan, supaya akan terbit penyesalan dan perasaan malu untuk melakukan penzinaan, dan akhirnya mereka akan bertaubat.

Inilah sebesar-besar hikmah daripada hukuman had untuk pesalah zina, iaitu sebatan (bagi pasangan yang belum berkahwin) dan rejam (bagi pasangan yang telah berkahwin), yang syaratnya hendaklah dibuat di khalayak ramai, supaya dapat ditonton dan diteladani oleh semua, bahawa perlakuan zina ini, amat-amatlah dilarang, dan hukuman yang berat dikenakan.

Di saat media membangkitkan persoalan siapakah yang perlu bertanggungjawab dalam menangani masalah ini, saya ingin mengusulkan kepada semua saudara seislam saya, supaya bersama bertanggungjawab mendepani penyelesaian kepada masalah ini dengan menghidupkan semula roh Islam ' berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran". Tegurlah kesalahan dan kesilapan saudara seislam kita. Jangan dibiarkan syaitan dan nafsu terus-terusan menguasai mereka. Jika belum yakin untuk menegur orang yang tak dikenali di luar, mulakan dengan orang yang rapat dengan kita dan keluarga sendiri.

Ini selaras dengan hadis Rasullullah SAW bermaksud;

"Jika kamu melihat perbuatan mungkar, hendaklah kamu memperbetulkan dengan tanganmu, jika tak mampu dengan mulutmu, dan jika tak mampu dengan hatimu (berdoa) dan itu adalah selemah-lemah iman"

"Mengharap Redha Ilahi"

Nurhani

Shah Alam

Jumaat, 23 Julai 2010

Diari - Poligami lebih mudah? Resolusi Muzakarah Pindaan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003

Salam semua,

Mesti ramai suami yang tersenyum lebar bila membaca entri saya kali ini. Namun, ramai pula isteri akan jadi kelam -kabut. Mana taknya, permohonan berpoligami mungkin akan jadi lebih mudah di Selangor!

Selama dua hari bermula 22hb Julai hingga 23 hb Julai 2010, saya dijemput untuk menyertai Muzakarah Pindaan Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003. Saya juga diminta untuk membentangkan kertas kerja di dalam Muzakarah tersebut bertajuk "Poligami menurut Enakmen Undang- Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003. Kertas cadangan saya mengupas dua peruntukan berkaitan dengan poligami iaitu seksyen 23 dan seksyen 124 EUUKIS 2003. Seorang lagi pembentang, Puan Norlaili, Peguam Syarie dari Unit Guaman Syaries JAIS, membentangkan kertas kerja bertajuk Poligami Tanpa Kebenaran : Isu dan Masalah.

Muzakarah ini diadakan untuk mengupas isu dan masalah serta membentangkan penyelesaian kepada masalah poligami tanpa kebenaran Mahkamah di negeri Selangor. Antara panel-panel yang dijemput termasuklah SS Dato' Mufti, wakil-wakil dari Kamar Penasihat Undang-Undang Negeri, wakil pendaftar Mahkamah Syariah, Pegawai Tadbir Agama Islam Daerah (Kadhi), dan ketua-ketua jabatan di JAIS.

Setelah dua hari bermuzakarah, alhamdulillah, beberapa resolusi muzakarah berjaya dicapai yang diharap dapat menyelesaikan peningkatan kes poligami tanpa kebenaran. Persepakatan dan penyelarasan tindakan antara jabatan-jabatan yang terlibat juga dilihat sebagai satu kaedah bagi mengatasi masalah tersebut. Nampaknya, selepas ini, suami tak perlu bersusah payah membawa bakal isteri masing-masing ke sempadan untuk bernikah, kerana urusan untuk perikahan poligami, walaupun masih perlu mendapatkan kebenaran Mahkamah, nyata telah dipermudah.



Kertas kerja saya untuk Muzakarah ini.

Ironinya, dua-dua pembentang adalah wanita..:)

Dato' Pengarah JAIS mempengerusikan Muzakarah.

Diskusi selepas sesi pembentangan selesai.

Saya dan Hamidah dua orang wakil MAIS yang hadir.

Sebahagian lagi PTA yang hadir.

Peguam Syarie dan Pegawai JAIS yang turut serta. Dari kiri : Puan Hazura, Puan Norlaili (pembentang pertama) dan Ustazah Siti Khadijah

Muka letih sebab kol 4 pagi baru tidur siapkan paper work.

Sebab paper work baru siapkan jam 4 pagi, jadi kelam kabut staff-staff wanita di Bahagian saya membantu sejak awal pagi untuk membuat salinan untuk diberi kepada semua peserta Muzakarah. Tapi tak leh nak cepat sebab mesin fotostatnyer lembap!!

Antara Tuan-Tuan Kadhi daerah yang hadir.

Tuan Fouzi membentangkan resolusi kumpulan kami.

Perasmian Penutupan Muzakarah.

Ustaz Alwi Parman, KPP Bahagian Undang-Undang Keluarga JAIS memberikan ucapan alu-aluan.

Ucapan Penutupan Muzakarah oleh SS Dato' Pengarah JAIS.

Syabas kepada semua urusetia yang komited.

"Memartabat Undang-Undang Syariah"
Nurhani
De Palma Hotel

Shah Alam

Selasa, 20 Julai 2010

Diari - Kursus Gubalan Undang-Undang (Asas) Pelbagai Jabatan

Salam semua,

Setelah lama tidak berkursus, bermula 19hb hingga 22hb Julai 2010 saya dan dua orang kakitangan di Bahagian Undang-Undang MAIS, Rasyid dan Shakirah. Ini kali pertama kami bertiga attend kursus ini. Sebelum ini banyak kali kami merayu untuk masuk, tapi tak dapat. Ini pertama kali berkursus, walhal dah banyak undang-undang dan peraturan yang kami gubal.

Alhamdulillah, pada hari pertama sebelah paginya, kami diberikan penjelasan oleh penceramah jemputan, Encik Afizi mengenai jenis undang-undang yang melalui proses penggubalan. Semasa beliau menyampaikan ceramahnya beliau ada menyebut, beliau dulu belajar di UIA.

"Padanlah macam kenal aje rupanya ex-UIA," bisik hati saya.

Usai pembentangan beliau, saya bertemu Encik Afizi, dan bertanya, beliau graduate tahun bila.

"2001." jawabnya.

"Lerr patutlah macam kenal, satu batch rupanya," kata saya.

"Iye? Sori saya tak perasan. Macam ne boleh tak kenal ni ek?Ini mesti sebab ada perubahan nii," ujarnya tergelak-gelak. (Haish!! Mengata aku la tu!!)

"Hahahaa.. Size does matter," jawab saya.

"U geng budak baik-baik kan? Saya geng budak-budak nakal, memang la tak ngam masa kat UIA," sambung saya disambut ketawa besar Encik Afizi.

Pada sebelah tengahari, penceramah seterusnya, Puan Juanita, juga ex-UIA, tapi my super senior dari Bahagian Gubalan, Jabatan Peguam Negara menerangkan kepada kami mengenai 6 prinsip penggubalan, yang diringkaskan menjadi 6C; antaranya setiap undang-undagn yang digubal mestilah comprehensive, consice, clear, (lagi 3 tak ingat!)

Pada sebelah petangnya, Puan Juanita membuat latih amal untuk semua peserta. Kami dibahagikan kepada 4 grup dan perlu menjawab semua soalan yang dikemukakan. Saya termasuk dalam Kumpulan 4. Masa nak present, ahli kumpulan saya meminta saya yang present. Alhamdulillah, sebab dah biasa present paper dan bagi ceramah di ILDAS, tak ada masalah bagi saya. Betullah, practice makes perfect. Dulu masa belajar punya la kecut perut bila time nak present.. menggigil kepala lutut.. :D

Insyaallah, walaupun gubalan undang-undang ini its a very dry subject, namun saya berharap 4 hari di sini kami yang hadir dapat menambah ilmu untuk memperbaiki teknik gubalan undang-undang di Bahagian Undang-Undang MAIS, untuk menggubal undang-undang yang adil untuk dikuatkuasakan di Selangor.


Bergambar kenangan dengan kawan lama, Encik Afizi, satu batch 2001 di UIAM, yang juga penceramah sesi pagi,

Lawanyerr.. ngeeee..:D

Puan Juanita, penceramah sesi tengahari dan petang.

Bergambar kenangan bersama Puan Juanita.

Sesi pembentangan.

:)

"Menuntut Ilmu Sampai dari Buaian hingga ke Liang Lahat"
Nurhani
ILKAP

Jumaat, 16 Julai 2010

Catatan Perjalanan - International Conference on Muslims in Multicultural Society

Salam semua,

Saat saya menulis entri ini, saya dan Ustazah Hafizah baru saja pulang dari membeli-belah di kawasan berhampiran Mustafa Center, gedung membeli-belah di Kota Singapura yang beroperasi selama 24 jam. Program yang sangat penuh, bermula jam 8.30 pagi hingga 10.30 malam menyebabkan kami tak sempat nak berjalan-jalan di sekitar Kota Singa. Esok jam 5.30 petang, kami akan berlepas dari Lapangan Terbang Changi. Jadi, selesai sahaja majlis makan malam bersama Tuan Hj Alami, Presiden MUIS, kami terus menahan teksi untuk ke kawasan membeli-belah utama di Singapura tersebut untuk membeli sedikit ole-ole untuk kawan-kawan di Malaysia.

Insyaallah, esok jam 5.30 petang, kami berdua akan bertolak pulang ke Malaysia menaiki pesawat MAS. Tiga hari kami di sini, rasa terlalu cepat masa berlalu. Program persidangan antarabangsa kami disusun dengan sebegitu penuh oleh urusetia MUIS Academy. Namun demikian, walaupun kami letih kerana mendengar terlalu banyak, dan menerima banyak input-input baru, namun, manfaat yang kami perolehi lebih banyak lagi. Terutamanya perkongsian dengan pembentang kertas kerja yang terdiri daripada cendekiawan-cendekiawan Islam dari seluruh pelusuk dunia.

Paling saya seronok, dapat bertemu dan beramah mesra dengan Prof Tariq Ramadhan, pensyarah terkemuka dari Oxford University. Memang tak sombong orang-orang hebat ni. Juga perkenalan dengan peserta-peserta beragama Islam dari negara luar, dan berkongsi pengalaman mereka di negara di mana mereka adalah rakyat minoriti di dalam negara mereka. Pertembungan dan pertelingkahan di kalangan penduduk Islam minoriti dan penduduk bukan islam majoriti di negara mereka adalah merupakan perkara yang paling mereka cuba untuk elakkan. Disebabkan itu, banyak usaha-usaha yang telah dibuat oleh golongan ini di negara masing-masing untuk mengelakkan pertelingkahan atau pertumpahan darah yang berterusan. waktu-waktu rehat, kami berdua akan bercampur dengan peserta-peserta yang hadir untuk berkongsi pengalaman. Paling seronok, apabila speakers yang dijemput semuanya berpengalaman luas dalam bidang berkaitan dan tak sombong. Alhamdulillah.. Mudah-mudahan pengalaman yang saya kutip di sini sepanjang persidangan berlangsung dapat saya cadangkan untuk dipraktikkan di Malaysia.

Di sini, saya letak gambar-gambar sepanjang program berlangsung.

Bersama Aisyah, urusetia program yang banyak bersusah-payah membantu kami di Singapore.

Bersama Timbalan Mufti Singapore, Ustaz Fatris Bakaran.

Bersama Tuan Hj Alami Musa, Presiden MUIS dan Dr Albakri Ahmad, Dekan MUIS Academy.

Bersama peserta dari Singapura dan Brunei.

Bersama Amjad, Cordoba Institute, UK.

Bersama Eugene Tan, pensyarah di Singapore Management University, dan pembentang kertas kerja.

Bersama Imam Dr Feisal, Pengerusi, Cordoba Initiative, USA., salah seorang pembentang. Terkejut saya bila dengar Imam ni boleh bercakap Bahasa Melayu. "Saya 10 tahun di Kelantan, makan budu!" Hehehe..

Peserta-peserta lelaki dari Sri Lanka bergambar dengan Prof Tariq Ramadhan.

Seronok sangat dapat ambik gambar dengan Prof Tariq Ramadhan, daripada Universiti of Oxford, one of the most outstanding contemporary muslims scholars in a present day. Beliau banyak menulis mengenai Islam di zaman moden.

Saya bersama dua orang pembentang kertas kerja dari India, Dr Yoginder Sikand, India University dan Ms Nigal.

Ustazah hafizah bersama speakers Dr Yoginder dan Mrs Nigal dari India.

Bersama Imam Senaid Kobinica dari Norway, yang juga adalah salah seorang pembentang kertas kerja.

Imam Yahya Sergio Yahe Pallavanici, pembentang kertas kerja dari Itali.

Bersama Imam Yahya Pallavicini dari Itali dan Encik Ihsaan Gardee, dari Canada. Kedua-duanya adalah pembentang kertas kerja.

Sesi pembentangan pada sebelah petang hari kedua.

Bersama Prof Heidi, dari USA, salah seorang speaker, dan Encik David Khoo, seorang pengajar kitab Bible di Malaysia.

Sesi pembentangan pada hari kedua.

Bersama Ustazah Siti Rahmah peserta dari Singapura. Di sini, beliau medapat jolokan sebagai Dr Mashitah Singapura kerana kemantapan beliau menyampaikan ceramah agama.

Sesi pembentangan pertama pada hari kedua.

Bersama Prof Hj Bashir Kim Dae Yong, dan Hj Shafiq Abdullah, dari RISEAP, KL. Pertama kali berjumpa Hj Basyir semasa International Wakaf Conference di Singapura pada tahun 2008. Disebabkan itu, dia akan memperkenalkan saya kepada orang lain dengan kata-kata begini," She is my sister, please take care of her.." :)

Bersama Muhamad, seorang lagi peserta Sri Lanka, tetapi menetap di Melbourne, Australia.

Bersama Muhamad Zuhair peserta dari Sri Lanka mewakili Discover Islam Centre.

Bersama Mufti Hong Kong, Muhammad Arsyad.

Majlis perasmian oleh Senior Minister of Singapore, Mr Goh Chok Tong.

Happy nampak Ustazah!!

Bersama SS Mufti Singapura yang sangat peramah dan mesra. Banyak persoalan mengenai asnaf riqab yang kami kongsikan bersama dengan beliau.

Sesi pertama.

Bergambar kenangan bersama Ustazah Hafizah.

Kenangan bersama student-student Universiti di Singapura yang turut hadir.

Antara peserta yang hadir mewakili negara masing-masing.

Grand Hyatt, tempat program berlangsung.

Sesi kedua.

Orang JAKIM pun ada..:) Berbaju biru, Ustaz Razali, KPP Bahagian Penyelidikan JAKIM.

Bergambar dengan Farah Bahagian Pendidikan (MUIS) dan Rosmawati (Bahagian Korporat MUIS).

Berbual dengan Prof Reuven Firestone, seorang professor berbangsa Yahudi dari Jewish Institute of Religion, USA.

Ustazah hafizah bersama Eugene Tan.

"Berjalan, Melihat & Mentafsir"
Nurhani
Royal Plaza on Scotts
Scotts Road, Singapore