Salam semua,
Sepagi tadi saya menghadiri mesyuarat yang dianjurkan oleh Unit Sewaan, Bahagian Pembangunan Hartanah MAIS untuk membincangkan mengenai sewaan hartanah MAIS. Selesai mesyuarat, sepatutnya saya ke D Palma Inn Shah Alam untuk bengkel garis panduan rumah kebajikan ar-riqab MAIS. Namun hasrat saya terbatal apabila membaca satu mesej yang sampai di telefon bimbit saya;
"Assalamualaikum tuan-tuan dan puan-puan. Ustaz Amin, PTA Daerah Kuala Langat sekarang di wad kecemasan di Hospital Serdang. Doakan semoga beliau selamat dan sembuh. Sila sebarkan". Suhaimi BPI.
Serta-merta saya terbayang wajah Ustaz Amin. Beliau adalah Pegawai Tadbir Agama Islam Daerah atau kadhi yang termuda di JAIS. Berusia 38 tahun. Jujurnya saya terperanjat menerima berita tersebut. Saya mengenali beliau setelah beberapa kali bertemu dalam Bengkel Peraturan-Peraturan Masjid dan Jawatankuasa Kariah yang dianjurkan oleh Bahagian saya atau Bahagian Pengurusan Masjid JAIS. Ustaz Amin seorang yang aktif, peramah, suka memberi pandangan dan ceria.
"Innalillah," bisik saya.
Saya mengajak teman-teman yang berada di dalam mesyuarat untuk menziarahi Ustaz Amin, tetapi masing-masing mempunyai komitmen mesyuarat pada sebelah petang. Entah mengapa, hati saya merasa berat untuk pergi menziarahinya. Panggilan telefon daripada Ustaz Raman Siva, pegawai muallaf daerah sepang menguatkan hasrat saya untuk pergi.
"Salam Cik Hani. Ni nak maklumkan, Ustaz Amin sekarang dalam keadaan 50-50, di hospital Serdang, masih koma, urat saraf dia pecah, dan ada pendarahan di otak. Minta tolong sampaikan kepada yang lain, Dato' Pengarah dan Dato' Azib." bait-bait ayat Ustaz Raman memecah gegendang telinga saya.
"Masyaallah. Yer ker Ustaz? Macam mana keadaan dia sekarang?" tanya saya.
"Saya dimaklumkan, doktor tak boleh nak buat operation, memang peluang tipis. Doktor benarkan sahabat-sahabat dan keluarga ziarah untuk penghormatan terakhir," jawab Ustaz Raman, dengan nada tersekat-sekat.
"Ok Ustaz. Terima kasih maklumkan. Insyaallah, saya cuba datang." kata saya.
Saya terus menghubungi Bahagian Pentadbiran MAIS untuk mendapatkan kenderaan. Namun di waktu tengahari, lebih-lebih lagi waktu rehat, agak sukar untuk mendapatkan kenderaan, kerana pemandu dan kenderaan kebiasaannya telah keluar bertugas di awal pagi. Alhamdulillah, Puan Zaini, yang in charge untuk kenderaan berjanji untuk membantu saya mendapatkan kenderaan ke sana.
Jam 1.15 tengahari, satu mesej sampai ke telefon saya,
"Cik Hani. Gerak jam 1.30. Tunggu di lobby. Dengan Ustaz Halem," Nizam Driver.
Alhamdulillah. Ada kenderaan. Saya menghubungi Nizam dan mengesahkan saya akan pergi. Saya menunaikan solat Zohor sebelum turun ke lobby. Lebih kurang 1.40, Ustaz Halem sampai.
"Macam mana yer? Saya ada 3 miting ni. Kol 2.30, kol 3.30, kol 4. Sempat ke?" tanyanya pada kami.
"Insyaallah Ustaz. Ustaz minta tangguh yang 2.30 ke 3.30, dan seterusnya," cadang saya.
"Ermmm.. Tak per lah. Yang 2.30, saya minta Ustaz Khairie jalan dulu. Saya datang yang 3.30," katanya setelah berfikir beberapa ketika.
Kami meneruskan perjalanan ke Hospital Serdang. Sepanjang perjalanan, saya berpeluang untuk berkongsi pandangan dan pengalaman saya dengan Ustaz Halem mengenai kemajuan organisasi MAIS dan tanggungjawab MAIS kepada masyarakat.
Tepat jam 2.30 petang, kami sampai di sana. Hujan turun dengan lebat. Kami dapati, terdapat beberapa orang pegawai JAIS dan MAIS yang berada di perkarangan lobi hospital. Masing-masing bersalaman dengan Ustaz Halem.
"Tak boleh masuk la Ustaz. Dia sampai pukul 2 aje. Nanti pukul 4.30 baru boleh masuk balik," kata seorang pegawai.
"Laaa.. yer ker? takkan tak boleh.. kita datang jauh-jauh ni. Meeting pun kami potpone. Cuba tanya kat kaunter." saya mengusulkan.
"Dah tanya, tapi tak boleh. Ada guard yang jaga lif," balasnya.
Saya tak puas hati. Mesti ada cara. Larangan dan sekatan, manusia yang tentukan. Kalau Allah kata boleh, mesti boleh, walaupun manusia halang. Saya terus ke kaunter pertanyaan. Ada seorang pegawai penyelaras masjid yang berdiri di kaunter.
"Kalau boleh bercakap dengan Pengarah Hospital ni kan bagus," cadang saya padanya.
"Puan cubalah, kalau boleh," jawabnya, seolah memerli saya.
Walaupun saya agak terasa, tapi saya tidak ambil pusing. Saya bertanya kepada petugas di kaunter, yang nampak marah-marah, mungkin sebab letih melayan kerenah pelawat-pelawat yang masih mahu melawat, walaupun waktu melawat sudah habis.
"Assalamualaikum, saya ni nak ziarah sahabat saya di wad 7, tapi tak boleh nak masuk sebab waktu dah tamat. Ada tak cara macam mana saya dan kawan-kawan saya boleh masuk? Kami ramai ni," tanya saya sesopan mungkin (berlakon kot!), kerana mahu menjaga hatinya. Muda betul petugas itu, dalam lingkungan belasan tahun sahaja.
"Kena tanya doktor lah. Kami tak boleh beri kebenaran. Kalau ramai lagi susah nak masuk. Kena telefon doktor,"jawabnya acuh tak acuh, dengan wajah yang agak tension.
"Oh ok. Macam mana nak hubungi doktor tu?" tanya saya lagi.
"Itu haaa nombornya.." katanya sambil menunjuk kepada kain rentang yang tertera di belakang kaunter.
"Ok. Sapa yang saya nak hubungi? Sapa doctor in charge?" tanya saya lagi
"Saya tak tau la. Kena kol aje nombor tu. Cakap nak sambung ke wad," jawabnya acuh tak acuh.
"Haa.. teleponlah!' tiba-tiba pegawai penyelaras masjid menyampuk.
Lorrr.. macam tu kerr.. Saya terus mendail nombor yang tertera. Panggilan saya disambut dan saya minta disambungkan ke wad 7.
Lama panggilan saya tidak bersambut. "Ya Allah. Aku dan saudara-saudaraku hadir untuk menziarahi saudaraku, permudahkanlah Ya Allah," doaku dalam hati. Sejurus kemudian, panggilan saya dijawab.
"Hello. Assalamualaikum. Nak bercakap dengan siapa?" tanya pegawai di sana ramah.
"Waalaikum salam. Saya Nurhani, Pegawai Undang-Undang dari MAIS. Saya dan pegawai-pegawai MAIS dan JAIS ada di bawah ni, kami nak ziarah Ustaz Amin, ada tak nama patient tu kat sini?" saya memperkenalkan diri.
"Sekejap yer Puan, saya semak." "Ada puan, katil nombor 17," jawabnya beberapa ketika kemudian.
"Ok. Sekarang ni kami ramai di bawah, boleh ke kami nak ziarah dia?" tanya saya lagi.
"Oh! Boleh. Berapa orang tu?" tanyanya lagi.
"Ermmm.. dalam 10 orang," jawab saya, sambil mengira bilangan pegawai yang ada di ruang legar hospital.
"Oh ramai tu... Ermm.. Boleh masuk, tapi 5 orang 5 orang. Kena bergilir yer?" katanya lagi.
"Alhamdulillah.. tak ada masalah. Macam mana saya nak bagitau kat kaunter Puan benarkan saya masuk? boleh tak saya pass hp saya pada petugas kaunter, dan puan maklumkan pada dia, saya dapat kebenaran?" tanya saya lagi.
"Ok, boleh," jawabnya.
Saya terus menyerahkan telefon saya kepada petugas kaunter yang sedang sibuk bersembang dengan rakan beliau. Saya melihat beliau mengangguk-nganggukkan kepalanya sambil berkata "ok". Beliau menulis sesuatu di atas sekeping kertas dan menyerahkannya kepada saya.
"Ok. Ini bagi kat pengawal. Boleh masuk, sekali masuk 5 orang," katanya. Dalam hati saya tak putus-putus mengucapkan alhamdulillah. Saya mengucapkan terima kasih kepada petugas tersebut dan terus mengajak Ustaz Halem dan yang lain menuju ke lif untuk naik ke tingkat 7.
"Jom!" ajak saya.
"Eh! Boleh masuk ke?" tanya Ustaz Duraibi.
"Boleh insyaallah," jawab saya tersenyum. "Tapi 5 orang sekali masuk," terang saya.
"Ini yang best jalan dengan LA ni, terus dapat masuk," kata Ustaz Duraibi, yang menyebabkan saya rasa nak tergelak. Semua kuasa Allah, kata hati saya. Di pintu lif, seorang pegawai hospital menyapa Ustaz Halem.
"Hani, ini dulu praktikal kat Klang masa saya jadi kadi, sekarang kerja di sini," Ustaz Halem memperkenalkan pegawai tersebut kepada saya.
"Oh ye ke? Napa tak bagitau, senang nak naik tadi, "balas saya sambil tersenyum. Saya berjalan beriringan dengan beliau. Tanpa disuruh, pegawai berkenaan terus membawa kami menuju ke wad 7C katil nombor 17. Saya berselisih dengan beberapa orang wanita yang keluar dari wad tersebut.
"Itu isteri Ustaz Amin," terang pegawai berkenaan. Saya terus bersalaman dan memeluk erat isterinya.
"Assalamualaikum kak.. Insyaallah, kita sama-sama doakan dia yer," ucap saya. Sedu-sedangnya masih kedengaran semasa saya memeluknya. Ya Allah. Tabahkanlah hatinya.. doa saya.
Kami meneruskan perjalanan ke katil No.17. Sayu saya melihat sekujur tubuh Ustaz Amin yang dipenuhi dengan peralatan hospital. Terdapat beberapa kakitangan JAIS yang telah tiba. Saya membacakan fatihah beberapa kali dan mensedekahkan kepadanya. Saya meminta ustaz-Halem untuk membacakan doa selamat untuknya. Kami semua menadah tangan dan mengaminkan doa ustaz Halem. Suasana sepi dan hening seketika.
"Ya Allah, Kau ampunkanlah dia, Kau peliharalah dia, Kau lindungilah dia," doaku dalam hati. Saya turut membacakan selawat syifa' kepadanya, dengan harapan, mudah-mudahan dia segera sembuh. Saya turut berdoa semoga 'kepulangan' saya kelak saya akan bersama dengan orang-orang yang saya sayangi. Saya perasan beberapa orang lain yang baru sampai semasa kami mengaminkan doa.
"Aminnnn.." saya mengusap wajah dengan tangan saya.
Saya berpaling ke sebelah kiri saya. Baru saya perasan, Dato' Khusrin telah tiba bersama pegawai-pegawai kanan JAIS. Saya memberi ruang kepada pelawat yang baru sampai untuk berdiri berhampiran dengan katil Ustaz Amin.
Saya sempat berbual dengan seorang staff nurse untuk bertanya mengenai keadaan ustaz Amin. Menurutnya, harapan untuk Ustaz Amin sembuh memang sangat tipis, kerana telah berlaku pendarahan di otak. Hanya sekiranya Ustaz Amin bersemangat kuat, kemungkinan beliau dapat menahan kesakitan yang dialami.
Sebak saya mendengarkannya, namun apakan daya, ajal, maut di tangan Allah. Jika Allah dah taqdirkan, kun fa takun.. Jadi, maka jadilah! Pulang dari Hospital, saya menyebarkan berita mengenai Ustaz Amin kepada teman-teman sepejabat, minta didoakan supaya segera sembuh.
Lebih kurang jam 9 malam, satu mesej dari Ustaz Raman Siva sampai ke telefon saya memaklumkan mengenai kematian Ustaz Amin. Innalillahi wa inna ilaihi rajiun.... Perasaan sebak menyelubungi saya, apatah lagi bila mendapat makluman bahawa isterinya sedang berbadan dua. Anak kembar pulak tu. Allah Akbar! Saya menghadiahkan surah al-fatihah sebanyak-banyaknya pada beliau. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang soleh. Semoga kepulangannya diredhai. Al-Fatihah.

"Mengharap Redha Ilahi"
Nurhani
Shah Alam
2 ulasan:
Tuhan memanggil tanpa mengira umur, sempadan hidup dan mati setipis garis masa, untunglah mereka yang husnul khatimah, persoalannya adakah kita sudah bersedia?, Arwah mati meninggalkan isteri dan anak-anak untuk memulakan kehidupan baru, untung dia ada anak yang akan mendoakannya... cik hani.. tinggalkan ilmu yang munafaat dan sedeqah jariah
Salam Abu Razeen,
Mudah-mudahan impian terlaksana untuk melengkapkan 3 perkara yang di bawa selepas mati..Aminn..:)
Catat Ulasan