Salam semua,
Saat saya menulis entri ini, saya dan Ustazah Hafizah baru saja pulang dari membeli-belah di kawasan berhampiran Mustafa Center, gedung membeli-belah di Kota Singapura yang beroperasi selama 24 jam. Program yang sangat penuh, bermula jam 8.30 pagi hingga 10.30 malam menyebabkan kami tak sempat nak berjalan-jalan di sekitar Kota Singa. Esok jam 5.30 petang, kami akan berlepas dari Lapangan Terbang Changi. Jadi, selesai sahaja majlis makan malam bersama Tuan Hj Alami, Presiden MUIS, kami terus menahan teksi untuk ke kawasan membeli-belah utama di Singapura tersebut untuk membeli sedikit ole-ole untuk kawan-kawan di Malaysia.
Insyaallah, esok jam 5.30 petang, kami berdua akan bertolak pulang ke Malaysia menaiki pesawat MAS. Tiga hari kami di sini, rasa terlalu cepat masa berlalu. Program persidangan antarabangsa kami disusun dengan sebegitu penuh oleh urusetia MUIS Academy. Namun demikian, walaupun kami letih kerana mendengar terlalu banyak, dan menerima banyak input-input baru, namun, manfaat yang kami perolehi lebih banyak lagi. Terutamanya perkongsian dengan pembentang kertas kerja yang terdiri daripada cendekiawan-cendekiawan Islam dari seluruh pelusuk dunia.
Paling saya seronok, dapat bertemu dan beramah mesra dengan Prof Tariq Ramadhan, pensyarah terkemuka dari Oxford University. Memang tak sombong orang-orang hebat ni. Juga perkenalan dengan peserta-peserta beragama Islam dari negara luar, dan berkongsi pengalaman mereka di negara di mana mereka adalah rakyat minoriti di dalam negara mereka. Pertembungan dan pertelingkahan di kalangan penduduk Islam minoriti dan penduduk bukan islam majoriti di negara mereka adalah merupakan perkara yang paling mereka cuba untuk elakkan. Disebabkan itu, banyak usaha-usaha yang telah dibuat oleh golongan ini di negara masing-masing untuk mengelakkan pertelingkahan atau pertumpahan darah yang berterusan. waktu-waktu rehat, kami berdua akan bercampur dengan peserta-peserta yang hadir untuk berkongsi pengalaman. Paling seronok, apabila speakers yang dijemput semuanya berpengalaman luas dalam bidang berkaitan dan tak sombong. Alhamdulillah.. Mudah-mudahan pengalaman yang saya kutip di sini sepanjang persidangan berlangsung dapat saya cadangkan untuk dipraktikkan di Malaysia.

Di sini, saya letak gambar-gambar sepanjang program berlangsung.
Grand Hyatt, tempat program berlangsung.
"Berjalan, Melihat & Mentafsir"
Nurhani
Royal Plaza on Scotts
Scotts Road, Singapore
2 ulasan:
bestnya ....
teringin mendapat pengalaman seperti hanis ni.
boleh simpan kenangan, buat memoir satu hari nanti
terbaru dari saya : lalang
Alhamdulillah,
Benarlah kata orang, "Pengalaman adalah guru yang terbaik". Saya setuju sangat, sebabnya, cikgu yang mengajar walaupun berilmu dan layak untuk mengajar, namun belum tentu mengalami sendiri / mempunyai pengalaman yang dirasai sendiri. Insyaallah, masa untuk kl citizen akan tiba juga.
Catat Ulasan