Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Isnin, 12 Julai 2010

Diari - 10 dan 11 Julai 2010

Salam semua,

Semalam pada sebelah pagi, saya dan semua Ketua Jabatan di MAIS menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Organisasi di Carlton Holiday untuk membentangkan hasil bengkel yang dibuat pada awal bulan Jun untuk mendapatkan model pengurusan terbaik untuk MAIS. Semua Ketua Jabatan MAIS dibahagikan kepada 4 kumpulan, iaitu kod Etika MAIS, model pemantauan organisasi MAIS, Tadbir Urus Baik, dan model transformasi MAIS.Kumpulan saya yang diketuai oleh Encik Anuar dari Institut Integriti Malaysia diamanahkan untuk menyediakan model tadbir urus terbaik untuk MAIS. Kumpulan kami telah pun mengadakan perbincangan sebanyak 2 kali sebelum pembentangan. Seawal jam 8 pagi saya dan Puan Norraini sudah tiba di sana untuk berbincang dengan Ketua kumpulan kami, Encik Anuar dan Prof Dato' Dr Aziudin, Rektor KUIS.

Alhamdulillah, mesyuarat yang dipengerusikan oleh Dato' Aidit Ghazali, ahli MAIS berjalan dengan lancar, dan alhamdulillah, nampaknya beliau agak berpuas hati dengan hasil pembentangan setiap kumpulan. Pada akhir mesyuarat, beliau meminta 5 orang kakitangan untuk membantu menyusun dan memurnikan hasil pembentangan setiap kumpulan. Jam 1 tengahari, mesyuarat kami selesai.

Pada sebelah petangnya, saya berkesempatan menjengah ke Karnival Mesra MAIS di Kompleks PKNS Shah Alam. Karnival selama dua hari bermula 10 hingga 11 Julai memberi ruang kepada MAIS untuk memperkenalkan produk-produk MAIS seperti penyaluran wang syubhah, khidmat nasihat untuk pemelukan Islam, rumah perlindungan wanita, rumah pemulihan akidah, sumbangan saham wakaf, wasiat Islam, penjualan aset-aset MAIS, dll.

Saya turut berhasrat untuk menderma darah, kerana MAIS turut menjemput Hospital TAR Klang untuk bersama-sama menyertai Karnival MAIS, namun tak dapat nak menderma, kerana didapati saya kurang darah.. Tak ada rezeki.. Akhirnya, saya duduk di kerusi hadapan sekali mendengar tazkirah petang bertajuk, "Ayat-ayat cinta". Panel yang dijemput, Ustaz Hanafiah dari Rumah Kebajikan SIDIM dan Ustazah Hazlina, dari Rumah Kebajikan Mawar. Seronok mendengar pengisian yang disampaikan oleh kedua - dua orang panel ini yang sememangnya telah lama terlibat dalam memberi bimbingan dan penempatan kepada remaja dan orang Islam yang bermasalah.

Menurut Ustazah Hazlina, banyak permohonan untuk masuk ke rumah perlindungan beliau adalah daripada remaja yang mengandung akibat terlanjur bercinta, dan terpesona dengan ayat-ayat cinta oleh si lelaki. Setiap hari menurut beliau, sekurang-kurang nya, 8 permohonan beliau terima untuk masuk ke rumah perlindungan beliau bagi kes mengandung luar nikah. (Statistik yang sangat merbahaya..)

Menurut Ustaz Hanafiah pula, di rumah perlindungan beliau, terdapat remaja perempuan berumur 12 tahun sudah tidur dengan 20 orang lelaki! Ini amat memeranjatkan, dan beliau membayangkan apa akan jadi pada 10 tahun akan datang. Cuba bayangkan 10 tahun lagi. Tentu lebih teruk lagi jika masalah penzinaan tidak dibendung dari sekarang.

Kedua-dua panel turut menayangkan slaid-slaid yang menunjukkan gambar-gambar pembuangan bayi dan pengguguran bayi oleh remaja-remaja yang mengandung anak luar nikah. Selepas slot tazkirah selesai, saya menemani Ustazah Hazlina untuk minum petang. Kami berdua berbincang mengenai masalah sosial yang semakin teruk berlaku. Menurut Ustazah, beliau terpaksa membuat selection untuk permohonan masuk ke rumah beliau sekarang kerana terlalu banyak permohonan, terutamanya yang berkaitan dengan masalah seks, sumbang mahram, mengandung luar nikah. Saya beristighfar panjang mengingatkan ceritanya. Semuanya kesan daripada arus kemodenan dan globalisasi. Video lucah, artikel lucah yang boleh diperolehi dengan mudah sekarang. Hanya klik sahaja, semua benda-benda lucah kita boleh dapat. Satu sahaja yang dapat menghalang kita daripada semua perkara tersebut, iaitu iman yang sempurna.

Malamnya, walaupun terasa agak letih, tapi sebab dah berjanji dengan Raudah, saya menemaninya menonton perlawanan bola sepak Piala Malaysia Selangor vs Kelantan. Yang bestnya, perlawanan agak sengit dan menarik, sebab kedua-dua pasukan kelihatannya sama hebat. Penonton pasukan kelantan malam ini memang ramai sangat, melimpah ruah yang hadir memenuhi Stadium Shah Alam. Laungan sorakan dan semangat kedua-dua penonton bergema memenuhi ruang udara stadium. Walaupun hujan turun, penonton kedua-dua pasukan berduyun-duyun hadir. Cuma yang tak berapa best, Selangor hanya mampu seri 1-1 dengan Kelantan, walaupun bermain di gelanggang sendiri. Pasukan Selangor banyak mengasak pada separuh masa pertama dan mendahului dengan gol tunggal pada separuh masa kedua. Agaknya pasukan Kelantan tak mau peminat mereka yang datang dari jauh pulang dengan tangan kosong dan hati yang hampa, menghadiahkan penyokong mereka gol tunggal untuk pasukan Kelantan. Satu perkara lagi yang tak berapa best, perlawanan malam tadi dicemari dengan insiden pergaduhan di antara penyokong Kelantan dengan penyokong Selangor, sehingga terpaksa dileraikan oleh pasukan FRU. Ada jugak yang ambil kesempatan untuk melontar mercun sehingga suasana agak kelam kabut.

Anyway, tahniah kepada kedua-dua pasukan kerana sekurang-kurangnya, penyokong setia anda yang sanggup meredah hujan, berpuas hati dengan keputusan seri tersebut. Tambahan pula, penonton kedua-dua pasukan terpaksa menempuh traffic jam selama lebih kurang 1 jam untuk balik ke rumah di seksyen 3 yang sebenarnya hanya dalam lingkungan 5km sahaja dari stadium.. Huhuhu..

Petang tadi, berlangsung upacara perasmian penutup karnival mesra MAIS 2010 yang disempurnakan oleh YAD Dato' Setia Hj Mohamad Adzib Pengerusi MAIS. Alhamdulillah, akhirnya program Karnival Mesra MAIS 2010 tamat dengan jayanya. Tahniah kepada urusetia yang bertungkus-lumus menjayakan program, semoga penat lelah kalian berhasil membantu mempromosikan MAIS dan menambah dana untuk tabung anak yatim MAIS, sebagai salah satu kewajipan MAIS. Mudah-mudahan Allah membalas kebaikan yang kalian buat dengan kebaikan. Amin..

Antara perkhidmatan yang disediakan, menderma darah.

Perkhidmatan kaunter Zakat pun ada.

Gerai KUIS yang menawarkan kursus-kursus menarik dan bahan-bahan bacaan ilmiah.

YAD Dato' Setia Azib melawat dan bermesra dengan petugas-petugas di gerai KUIS.

Nora yang sangat suka menderma darah..:). kali ni, kecewa sebab tak dapat menderma..

Tazkirah menarik, "Ayat-ayat Cinta"

Gerai paling mendapat sambutan, gerai Jualan Amal MAIS.

Hasil jualan akan disalurkan ke Tabung Anak Yatim MAIS.

Perasmian penutup oleh YAD Dato' Pengerusi MAIS.

VIP yang hadir. Dari kiri : PM Dr Halim Tamuri (Ahli MAIS), Dato' Sarip Hamid, (ahli MAIS) Akhtar (PRO LZS), En Ezam (CEO LZS) dan En Shah Ruddin (PSU BPH MAIS)

Persembahan nasyeed oleh Kumpulan Areef.

Penyerahan cek kepada rumah-rumah kebajikan yang bernaung di bawah asnaf ar-riqab MAIS.

Penyerahan sumbangan wakaf sebanyak lebih kurang RM33,000 daripada YAD Dato' Setia Halim Rauf, Pengerusi JK Wakaf Selangor untuk Tabung wakaf MAIS.

Puan Norraini mewakili Bahagian Audit Dalam MAIS menerima hadiah Bahagian tercantik daripada YAD Pengerusi MAIS. Tahniah Bahagian Audit Dalam MAIS!! Jangan lupa open table ek? Hehee..

Jamuan di Tingkat 4. Makanannya memang harus dipuji. Marvellous!!

Bergambar kenangan bersama Ustazah Hajah Hazlina dan Ustazah Aisyah, pegawai faraid MAIS selepas slot tazkirah ayat-ayat cinta.

Penyokong pasukan kelantan. Ramai weh!

Sebahagian penyokong Selangor.

Malam ni,kami duduk sebelah bendera besar Selangor. 1st time dok kat sini, sebab situ ajer seat yang tak basah kena hujan...

Raudah seronok dapat tengok team Selangor main dan dapat kibar bendera!!!

Nurhani

Shah Alam

Tiada ulasan: