Semenjak petang semalam, saya berada di PNB Darby Park yang berada di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur untuk menghadiri Mesyuarat Panel Isu Semasa Wanita dan Islam dan Bengkel Pembugaran Isu Semasa Wanita dan Islam selama dua hari anjuran IKIM dan JAKIM. Mesyuarat dan Bengkel dipengerusikan oleh YB Prof Dato' Dr Zaleha Binti Kamaruddin, Timbalan Pengarah IKIM. Panel-panel termasuk PM Dr Datin Siti Zalikha, Dr Uthman El Muhammady, Dr Raihanah Abdullah, Dr Najibah Md Zin, Hj Zainul Rijal, Haji Mahamad Naser Disa, selaku panel yang dilantik, turut hadir. Saya juga dilantik sebagai salah seorang panel mewakili Majlis Agama Islam Negeri, manakala sahabat baik saya Fadhlina Siddiq dilantik sebagai wakil bagi NGO Islam.
Mesyuarat membincangkan mengenai hala tuju dan skop bidang kuasa PISWI untuk menasihati badan-badan yang bertanggungjawab terhadap wanita dengan mengenal pasti isu dan mencadangkan mekanisme penyelesaian. Banyak isu mengenai wanita yang dibincangkan dan dicadangkan penyelesaiannya termasuklah memberikan penjelasan mengenai hak-hak dan kewajipan wanita Islam menurut undang-undang.
Isu buang bayi, penzinaan, sebatan syariah, masalah wanita Islam Malaysia berkahwin dengan orang Syiah dan berkahwin secara mutaah, turut sama dibincangkan. Mesyuarat membuat beberapa resolusi dan cadangan tindakan untuk memulakan gerak kerja PISWI, melalui kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan swasta.
Mesyuarat kali ini juga turut mengesahkan pelantikan anggota mesyuarat dan cadangan untuk mengadakan seminar/ konvensyen pada mada akan datang, Apapun, saya berbesar hati kerana dapat sama-sama membantu memberikan pandangan dan idea-idea untuk PISWI . Semoga PISWI dapat dijadikan sebagai 'frontliner' untuk rujukan badan-badan kebajikan yang lain. Insyaallah.
Tak sabarnya nak landing..:D
View dari balkoni suite yang saya diami. Kelihatan Bangunan LUTH yang terletak betul-betul di hadapan PNB Darby Park.
View dari balkoni suite yang saya diami. Kelihatan Bangunan LUTH yang terletak betul-betul di hadapan PNB Darby Park.
Sebahagian panel yang dilantik : Dari kiri : Tuan Mahamad Naser Disa (JPN), Tuan Zainul Rijal (Peguambela Peguamcara), PM Datin Dr Siti Zalikha (UKM), Tuan Hj Razali (JAKIM) selaku Setiausaha Mesyuarat.
Prof Dr Datin Zaleha sedang mempengerusikan mesyuarat. Ustaz Dr Uthman El Muhammady dan Dr Najibah pun turut serta.
Bergambar beramai-ramai dengan Pengerusi dan ahli panel yang lain.
"Mengharap Redha Allah"
Nurhani
Shah Alam
Duduk di hadapan dari kiri : PM Datin Dr Siti Zalikha (UKM), Dr Uthman El Muhammady (ISTAC), Prof Dato' Dr Zaleha Kamaruddin (TP IKIM), Tn Hj Razali (TP R & D JAKIM ), PM Dr Raihanah Abdullah (UM). Baris belakang dari kiri : Wakil Bhgn Dakwah JAKIM, urusetia, Encik Idris (wakil mahasiswa Universiti), Tuan Naser Disa (JPN), Tuan Zainul (Peguam), Dr Najibah (UIAM), saya, Fadhlina (NGO), Fuziani (SENADA), Ustazah Fatimah (KPP R & D JAKIM), Taqwa (JAKIM), urusetia, urusetia.
"Mengharap Redha Allah"
Nurhani
Shah Alam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan