Salam semua,
Rasa begitu stress kerana tak dapat nak hap date blog sejak Isnin. Sesungguhnya aku begitu poyo nak menulis, tetapi apakan daya, masa tak mengizinkan. Arghhh!! Tensen tengok blogger lain yang rajin giler hapdate blog memasing. Dua hari dua malam aku menghadap latop Nowa, (kerana lappy ku masih dengan Cik Mellankolia) menyiapkan power point presentation untuk Kursus Induksi MAIS. Dua hari dua malam jugak aku tido lewat (2-3 pagi) sebab siapkan menda tu. Thanx to Nora yang sudi korbankan lappynya untuk aku..:)
Alhamdulillah.. Semalam aku dah selamat ke ILDAS dan dah present pun...:) Harap-harap seramai 50 peserta induksi MAIS dapat memahami serba sedikit mengenai Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2002 selepas mendengar penjelasan daripada aku selama 2 jam. Kalau tak faham keseluruhan, 20% pun aku dah syukur sangat. Berbaloilah usaha aku selama 3 hari 2 malam untuk sediakan dan menempuh 2 jam perjalanan untuk berkongsi dengan peserta mengenai kandungan dan intipati Enakmen tersebut.
Maaflah. Entri kali ni ntah hapa-hapa. Aku cuma nak lepas gian menulis ajer.. So, aku menulislah time rehat 1 jam ni. Ini pun dah diskaun sebab ada program kat masjid tadi. tinggal 40 minit. Kol 2.30 ada meeting. Nak tau dapat bonus 10 bulan ke tak. Haish!! Berangan memang best. Tapi, kalau dapat best jugak! Konfem tahun depan aku gi haji..:) Tak kisahlah dapat ker tak! Doa ajer banyak-banyak..:) Insyaallah, doa yang baik, akan makbul jugak, cuma tak tau bila..:) Aminnn!!
"Ntah hapa-hapa"
Nurhani
Shah Alam
12 ulasan:
ngeh,ngeh,ngeh...
dapat gak akak lepaskan gian kan...
nak best, pegi lepaskan gian kat giant...
miahahaha...
semoga berjaya ya kak...
kekadang gian nak menulis tapi idea x mari2..huhu..
10 bulan? err,.... ada keje kosong di MAIS dok? ... :D
bonus 10 bulan... ade jawatan utk teknikal tak ?... ;p
WR,
Nak lepas gian pergi giant.. Haruskah? ahahaha...:DD
Suria,
Idea banyak tu, kena galii lagii..
Mazwandi dan Eja Maria,
Itu angan2 namanya..:)Takkan dapat punya.. Hahaha...
huhuhu aku pon gian gak nak update.baru hari ni dapat hadap pc...huhuhu =p
Beautiful Rose,
Moh le sama2 hap date..:)
aSSalaMulaikum...
Moga sdri sihat hendaknya serta sentiasa dalam rahmat~Nya..
Ermmm, saya pun hanya update blog 2 kali seminggu..
sempat lagi tu...
Encik Razak,
saya punya KPI uodate hari2..:P
Ana,
Sempatttt..siap!!
Catat Ulasan