Assalam semua,
Pagi semalam aku, Nora, Rasyid dan Fahimi berada di Masjid Kuning, Kota Damansara untuk memberikan penghormatan terakhir kepada allahyarham Devano Hasbi. Sampai di sana, sudah ramai teman-teman dan saudara mara allahyarham tiba, termasuk beberapa orang teman-teman peguam yang aku kenali. Cuaca mendung dan rintik-rintik gerimis menambahkan rasa kesayuan di hati masing-masing.
Aku dan Nora bersalaman dengan isteri allahyarham, Tini. Wajahnya cuba dimaniskan saat bersalaman dengan tetamu yang hadir, namun aku tahu, jiwanya berperang dengan EMOSI yang maha hebat. Suami yang dipinjamkan Allah buat seketika, akhirnya kembali semula ke pangkuan Penciptanya. Dia terpaksa merelakan. Suaminya, milik Allah, Tuannya. Tuannya hanya pinjamkan seketika, bukan selamanya.
Sewaktu kami tiba, jenazah sedang dimandikan. Untuk mengisi masa, aku mengajak Nora membacakan Yasin dan Tahlil ke atas jenazah. Aku turut sama solat jenazah untuk allahyarham. Semoga Allah merahmati rohnya.
Saat jenazah allahyarham diangkat untuk dibawa ke kubur, tiba-tiba, aku rasa sayu sangat. Aku terbayang saat kematianku. Macam mana agaknya. Dimandikan, dikafankan, dikuburkan. Aku beristighfar. Mudah-mudahan baik pengakhirannya untuk aku.
Zaman sekarang orang berlumba-lumba kereta siapa lebih hebat, rumah siapa lebih besar, pakaian siapa lebih cantik. Tapi semua tu tak berguna bila kita mati. Kereta kita semua sama. Van jenazah, cuma jenama ajer berbeza. Rumah kita pun sama, tujuh hasta ke dalam tanah, iaitu kubur tempat persinggahan sebelum penentuan syurga dan neraka. Yang berbeza mungkin lokasinya sahaja. Pakaian pun sama. Kain kapan, yang bersaiz sama, cuma kualiti mungkin berbeza.
Saat dikafankan...
Aku pun suka kereta hebat, rumah besar dan pakaian cantik. Sapa tak suka kan?Islam tak larang kita untuk memiliki semua itu, asalkan kita mampu dan kita mendapatkannya dengan cara yang halal. Cuma, seandainya kita memiliki rumah yang besar, alangkah baiknya jika rumah itu dijadikan alat untuk kita masuk syurga. Buat perkara-perkara yang dituntut syarak di dalamnya. SOLAT BERJEMAAH, MAJLIS ILMU, BACAAN AL-QURAN, dll. Bila kita ada kereta hebat, kereta itu digunakan untuk perkara-perkara yang baik. Kita bawa kereta kita ke tempat-tempat yang baik, seperti MASJID, surau, mendengar ceramah agama, menjalankan program-program dakwah. dll, bukan pergi DATING atau buat perkara tak senonoh dalam kereta. Pakaian yang cantik yang kita ada pula kegunaannya adalah untuk menutup aurat kita menurut landasan syarak. Bukan macam pakaian artis-artis semasa program-program anugerah zaman sekarang. Cantik, tapi, tak cukup kain, tak cukup benang. Sakit mata menengoknya..:( Semoga Allah beri hidayah kepada mereka untuk berubah.
Antara segelintir artis Malaysia yang cantik dan sopan. Cuma kalau Dato' CT labuhkan sket tudung dan pakai dengan sempurna, tentu lebih cantik..:)
Sesungguhnya aku AMAT TAHU, alangkah cantiknya Islam itu, tetapi penganutnya yang menyebabkan Islam nampak hodoh dan tidak dipandang tinggi. Fikir-fikirkan. Tahun baru Islam dah berlalu, tahun baru Masihi menjelma. Adakah perubahan sudah dibuat?
Mohon maaf kalau entry ni ada menyentuh hati mana-mana pihak. Aku hanya meninggalkan pesanan ini kerana itu PERINTAH ALLAH. Serulah kepada kebaikan dan cegahlah kemungkaran.
Malam ini, insyaallah, aku dan beberapa orang teman seagama akan bersama-sama dalam operasi bersama JAIS, ABIM Selangor dan beberapa NGO lain untuk membanteras aktiviti jenayah syariah dan maksiat di seluruh negeri Selangor. Menurut track record, tangkapan khalwat dan zina yang dibuat oleh penguatkuasa agama tinggi semasa PEAK SEASON, iaitu semasa sambutan TAHUN BARU dan VALENTINE's Day. Menurut seorang aktivis NGO Islam yang mengusahakan rumah perlindungan untuk gadis-gadis terlanjur, kebiasaannya pada bulan 8 -9 - 10 setiap tahun, beliau menerima terlalu banyak permohonan untuk masuk ke rumah perlindungan beliau oleh ibu-bapa gadis-gadis yang terlanjur.
Dear all PARENTS, PLEASE.. JAGA ANAK ANDA dengan SEBAIKNYA. PASTIKAN ANDA TAHU DENGAN SIAPA DIA BERKAWAN dan KELUAR. Tengok pakaian mereka. Kalau terlalu SEKSI, tegur dan ubah. MEREKA ANUGERAH ALLAH yang diamanahkan kepada kita UNTUK KITA JAGA DAN LINDUNGI. Apa nak jawab pada ALlah nanti? JANGAN kelak kita MENYESAL KEMUDIAN HARI.
"Katakan TIDAK kepada maksiat!"
NurhaniShah Alam
5 ulasan:
wah, kak hunny...
bagus laa keje kak hunny ni...
sy berminat tau keje2 mcm ni...
tapi masih blm berkesempatan nak join...
apa2 pun terima kasih diatas peringatan & ILMU yg dicoretkan...
WR,
nak folo tak? sempat lagi. malam ni..jumpa masjid negeri jam 9 malam. Ada bran?
Assalamualaikum...
Kekayaan bukanlah banyaknya harta tetapi kekayaan sejati adalah kekayaan jiwa...
Ustaz Razak,
Semoga kita semua kaya jiwa...
jauh la kak...
sy kan duk perak...
mane nak dtg sana secara tiba2...
len laa mmg sy duk sana...
Catat Ulasan