Hari ini aku rasa begitu membosankan di pejabat. Ramai kakitangan yang bercuti, kerana musim cuti sekolah, termasuk teman rapatku, Puan Nomi. Selepas habis program bacaan Al-Quran beramai-ramai yang diadakan setiap hari Jumaat, baru aku perasan ada missed calls di telefon bimbitku. Rupanya adikku, Mel menelefonku beberapa kali. Akhirnya, sebab aku tak angkat, dia menghantar SMS,
"Kak An. Mana letak kunci kereta?"
"Alamak! Terlupa la. Nanti check. Rasanya ada dalam beg kot," balas ku.
Aku bergegas keluar dari Bilik Mesyuarat. Beg tanganku ku capai. Sah! Memang kunci kereta ada dalam beg. Cepat-cepat aku menghubungi adikku. Hari ini, aku menaiki kereta Nora yang bercuti ke Terengganu mencandat sotong. Adikku membawa kereta lain. Nak tak nak, terpaksa la aku memecut kereta ke seksyen 3 untuk menyerahkan kunci kepadanya. Kalau tak, macam mana dia nak pergi kerja.
Sekembalinya ke pejabat, aku berbincang dengan Zurinah, kakitangan di Bahagianku mengenai terma-terma perjanjian yang bakal dimasuki oleh MAIS.Sejak pagi aku meminta kakitangan bahagianku untuk memasukkan fail-fail yang perlu disemak ke dalam bilikku.
"Cepat laa.. Dah boring ni.. tak ada fail masuk. Tak ada kerja nak disemak. Baik saya cuti jerr," kataku kepada Shakirah dan Rasyid yang sedang menyiapkan tugasan masing-masing.
Lebih kurang jam 10pagi, saya menghadiri taklimat mengenai Palestin oleh Puan Hasyimah, seorang ahli Lembaga Pengarah AMAN PALESTIN BERHAD. Terharu, sayu, sedih, marah, benci... itulah yang boleh saya rasai tatkala mendengar dan melihat slaid-slaid kekejaman bangsa Yahudi terhadap umat Islam di Palestin. Hampir menitik air mata bila mendengar cerita yang disampaikan oleh kak Shima mengenai seorang ibu palestin yang mempunyai 3 orang anak lelaki. Semua anak lelakinya dikorbankan sebagai pejuang berani mati yang meletupkan diri sendiri untuk membunuh Yahudi. Sehingga ke tahap tu mereka terpaksa menggadai nyawa untuk menyelamatkan bumi Palestin yang suci. Ya Allah! Selamatkan saudaraku di Palestin.
Kerana seronok mendengar cerita yang disampaikan, tak sedar dah dua jam berlalu. Begitulah apabila kita seronok dan berminat mendengar sesuatu cerita benar yang disampaikan dari hati orang yang menyampaikan. Bila disampaikan dengan hati, yang mendengar akan menerima dengan hati.
Di sini, kita merasa aman tenteram dengan nikmat yang Allah beri. Di sana, sahabat kita bertempur setiap hari dengan tentera Yahudi. Di sini, kita membazir makanan, di sana, ibu-ibu Palestin memberi anak-anak mereka makan rumput atau makanan burung yang direbus. Di sini, anak-anak kita ke sekolah dengan selesa, tanpa halangan. Di sana, anak-anak Palestin terpaksa berjalan sejauh 16km sebelum bergaduh dengan tentera Yahudi untuk melalui sempadan. Masyaallah.. Beratnya penderitaan yang ditanggung oleh saudara seislam kita di sana. Tak ada keamanan. Pertempuran dan tragedi sahaja. Apapun, sebagai saudara seagama, sekurang-kurangnya, kita mendoakan mereka..
Penjelasan dan penceritaan beliau berdasarkan pengalaman sendiri benar-benar meruntun jiwa.
"Mengharap Redha Ilahi"
Shah Alam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan