Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Jumaat, 4 Jun 2010

Diari - Hectic life, healthy life..

Salam semua,

Pagi ini, jam 8.30 pagi lagi saya dah berada di bilik Mesyuarat yang terletak di Tingkat 10 Bangunan MAIS. Bersungguh-sungguh saya nak booking tempat duduk paling depan, sebab nak duduk dekat dengan penceramah. Hari ini, Jumaat, 4hb Jun 2010, Kelab Sukan MAIS menganjurkan program ceramah agama dengan menjemput Ustaz Haslin, bekas Imam Kuala Selangor untuk menyampaikan ceramah bertajuk hak-hak muslim. Dah lama rasanya tak menghadiri ceramah agama disebabkan kesibukan bekerja dan komitmen lain. Banyak yang disampaikan oleh Ustaz Haslin, antaranya beliau mengingatkan tanggungjawab seorang Islam kepada Allah, orang lain dan diri sendiri. Antara pesanan beliau adalah supaya menjaga solat fardhu, kerana itu adalah hak Allah terhadap kita, dan perkara pertama yang akan dinilai di akhirat. Beliau mengupas sebuah hadis yang bermaksud,

"Dimuliakan seseorang mukmin itu disebabkan agamanya, ilmunya dan akhlaknya."

Menurut beliau, jika kita menjaga solat, akan terjagalah akhlak kita. Contohnya sebagai seorang wanita, batas-batas aurat akan terjaga sebagaimana kita menjaga aurat kita semasa solat. Beliau turut mengingatkan supaya kita menjaga hak kita dengan suami, isteri, keluarga dan masyarakat. Insyaallah, semoga pesanannya dapat saya ingati dan amalkan.

Sedang seronok mendengar ceramah, saya diminta untuk bertemu dengan YAD Dato' Pengerusi. Mujur sekejap saje, sebab tak nak terlepas bab-bab yang penting. Jam 10 pagi, mesyuarat saya dengan panel peguam untuk kes perbicaraan pada minggu hadapan di mana saya diminta untuk menjadi saksi di dalam kes tersebut. Pergghhh.. sangat lama mesyuaratnya, kerana melibatkan 4 orang saksi, termasuk saya. Satu demi satu saksi disoal oleh peguam kami untuk mendapatkan jawapan yang tepat. Saksi-saksi lelaki dilepaskan pada jam 1 untuk solat Zohor. Sedang sibuk bersoal jawab, Pengarah JAIS menelefon saya.

"Kamu datang mesyuarat di KUIS yer petang ni," arahnya.


"Haaa?? Mesyuarat apa Dato? Kenapa baru bagitau?" tanya saya tak puas hati.


"Ada mesyuarat urgent di KUIS. Nak minta kamu hadir sama untuk beri pandangan," jawapnya ringkas.


"Hmmmm.. Kenapa la Dato baru bagitau," hati saya berbisik.


Hanya pada jam 1.30 barulah saya selesai berbincang dengan peguam. Saya sempat menemui beberapa sahabat yang hadir ke pejabat untuk bertemu saya dan menimbang berat badan terkini saya. ALhamdulillah.. turun 5.5kg.. :) Yessss!! Rasa sihat dan ceria bila tahu keputusan tu.. Hehehe.. sebelum menunaikan solat Zohor dan bergegas ke KUIS. Saya menumpang kereta sahabat saya, Puan Norraini. Di dalam kereta kami berbincang mengenai perkara yang akan ditimbulkan di dalam mesyuarat.

Jam 3.15 petang kami sampai. Sempat juga kami menjamah beberapa suap makanan yang disediakan sebelum isusyuarat bermula. Pergghhh... dalam keadaan kurang bersedia kerana baru dimaklumkan, saya terpaksa memberikan pandangan untuk isu-isu yang ditimbulkan. Memang agak menggelabah, tetapi alhamdulillah, kerana pernah ada pengalaman di dalam perkara yang ditimbulkan, saya dapat juga memberikan pandangan undang-undang saya. Semoga dapat membantu.

Paling kelakar, apabila saya diminta untuk mencatat minit.

"Aitt!! Dah la kena beri pandangan, kena catat minit pulak. "Hati saya menggumam tak puas hati. Astaghfirullahh... cepat-cepat saya beristighfar. Pantas betul syaitan menggoda.

Sesungguhnya memang agak sukar untuk mencatat minit, dan dalam masa yang sama kita perlu memberi pandangan. Jujurnya, saya banyak kami bertanya minit apakah yang hendak ditulis. Beberapa kali saya diperli oleh anggota mesyuarat kerana tak pandai ambil minit. Hahahahaha.. Tapi saya tak ambil hati. Sebab saya yakin saya dah berusaha yang terbaik walaupun di saat-saat akhir saya diminta membantu di dalam mesyuarat tersebut.

Ini mesyuarat saya yang pertama bersama Rektor KUIS yang baru, Prof Dr Aziudin. Pertama kali saya bertemu dengan beliau di dalam Mesyuarat MAIS yang lalu, tetapi tak berpeluang untuk berbincang dengan beliau. Rupanya, beliau seorang yang sangat humble dan low profile, sedangkan beliau merupakan seorang pakar dalam bidang fizik dan menjadi rujukan untuk beberapa institusi tersohor negara. Jam 5.30 mesyuarat tamat. Saya dan Puan Norraini solat Asar dahulu dan pada jam 6.30 saya bergerak pulang dari KUIS.


Allah.. I guess, my life is soo hectic, but I do hope I can maintain my healthy life..:)


"I love myself"

Nurhani

Shah Alam

Tiada ulasan: