Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Ahad, 27 Jun 2010

Diari - Pembentangan Kertas Kerja "“KESALAHAN KES AJARAN SALAH DI BAWAH PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG DI NEGERI SELANGOR”

Salam semua,

Semenjak kebelakangan ni, entah mengapa, saya kerap dijemput untuk memberi ceramah dan penerangan undang-undang, termasuk yang baru selesai tadi, saya diminta memberikan penjelasan mengenai kesalahan kes ajaran salah menurut undang-undang di Negeri Selangor kepada lebih kurang 32 orang pelajar universiti dan kolej, termasuk KUIS, MMU dan Telekom Malaysia.

Selesai ceramah tadi lebih kurang pada jam 4.30pm, Puan Rohaiza, urusetia program menjemput saya sekali untuk mengisi slot ceramah yang sama pada 20hb Julai 2010, tetapi saya terpaksa menolak, kerana clash dengan kursus gubalan yang saya perlu hadiri di ILKAP bermula 19-22 Julai 2010. Insyaallah, 5 Julai ini, saya diminta untuk memberikan ceramah berkenaan dengan pindaan terhadap Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Antara isi penting yang saya kupas tadi adalah mengenai peruntukan undang-undang yang berkaitan dengan ajaran salah. Terdapat 4 undang-undang yang boleh dirujuk iaitu Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, fatwa ajaran-ajaran salah yang telah diwartakan (jika belum diwartakan, belum menjadi undang-undang, dan tidak mengikat umat Islam untuk mematuhinya), Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan & Perkembangan terhadap orang Islam) 1988, dan Kanun Kesiksaan.

Di dalam Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995,terdapat beberapa seksyen yang memperuntukkan mengenai kesalahan ajaran sesat, termasuk memuja binatang atau manusia, membuat upacara salah yang bertentangan dengan Hukum Syarak, doktrin yang bertentangan dengan Hukum Syarak / fatwa, mengaku Nabi atau Rasul.

Terdapat juga ajaran-ajaran salah yang telah difatwakan dan diwartakan sebagai sesat oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor, di mana, sesiapa yang mengingkari fatwa tersebut adalah melakukan kesalahan di bawah seksyen 12 (c) EJJS 1995.

Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan & Perkembangan terhadap orang Islam) 1988 dan Kanun Kesiksaan adalah undang-undang yang dikuatkuasakan terhadap orang Islam dan Bukan Islam. Jika terdapat orang bukan Islam yang menyebarkan agama bukan Islam terhadap orang Islam, ianya adalah satu kesalahan di bawah EUBI dan boleh didakwa di Mahkamah Majistret. Manakala Kanun Kesiksaan memeperuntukkkan kesalahan kepada pihak-pihak yang menyebabkan berlakunya perpecahan kaum disebabkan oleh agama.

Walaupun ceramah saya singkat sahaja iaitu selama dua jam, saya berharap semoga semua peserta yang hadir dapat memahami sedikit sebanyak berkenaan dengan peruntukan ajaran salah menurut undang-undang.

Waktu balik, saya dan adik singgah sebentar di Bagan Nakhoda Omar (BNO) untuk makan nasi goreng udang dan mi udang. Sangat sedap yerr.. Tambahan pula kami berdua memang sangat lapar sebab tak sempat makan tengahari. Memang sedap! Boleh lah datang cuba.. :)

Diinterview oleh MC, Mimi, sebelum ceramah bermula.

Saya suka berjalan-jalan kalau beri ceramah, sambil tanya soalan. So peserta tak mengantuk sangat.

Tajuk ceramah kali ini, kesalahan kes ajaran salah menurut peruntukan undang-undang
di negeri Selangor.

Senarai nama peserta yang disalin oleh adik saya, Raihana, selaku fasilitator terjun.

Untuk memastikan adik-adik ni faham, saya bagi soalan untuk dijawab oleh adik-adik ini. Gambar semasa sesi pembentangan jawapan.

Yummy! Sedapnyerr!!

Makan sambil menikmati pemandangan pantai Sabak yang indah.

Biasa lah.. kalau makanan sedap, memang penuh lah kedainya.. sama jugak macam kat kedai BNO ni.. bolehlah datang cuba sendiri..:D

"Mengharap Redha Ilahi"
Nurhani
Shah Alam

Tiada ulasan: