Sejak pulang dari Pulau Pangkor hari Ahad lepas untuk Program Tautan Ukhuwah selama 3 hari sempena Bulan Kualiti MAIS 2010, I felt really really exhausted and tired. Kami sampai di rumah lebih kurang jam 11 malam. Perut masing-masing lapar dan berkeroncong kerana kami tak singgah untuk makan malam. Masing-masing dah tak sabar nak balik ke rumah.
Malamnya, alhamdulillah, saya dan Nora dapat makan makanan yang sedap lagi lazat. Rupanya adik ipar saya Razak yang suka memasak membekalkan makanan untuk kami di Shah Alam. Lauk ikan bagok masak sambal memang sedap sangat! Alhamdulillah.. Sebab lapar, saya langgar pantang makan nasi pada sebelah malam. Sedap sangat lauknyerr.. tak boleh tahan.. Hahahaha..
Sebelum tidur juga sempat juga saya mengupdate status di dalam FB sebelum melelapkan mata. Tak tahu mungkinkan disebabkan angin perubahan di Pulau Pangkor, semangat yang berkobar-kobar untuk menulis dan mengupdate blog hari-hari macam hilang ditelan ombak Pulau Pangkor. Hehehe.. Sebab tu 5 hari tak menulis..
Anyway, walaupun penat dan banyak akitiviti, I really enjoy the moments I spent with all MAIS's staff in Pangkor. Jungle tracking, sports n games, snorkeling, boating, swimming, 'black out', kena gigit pacat(hiiii.. geli!), grouping, presentation, persembahan kumpulan, dll.. membangkitkan rasa happy dalam hati saya dan teman-teman yang hadir. Pantainya cantik dan airnya jernih. Rasa tenang sangat hati ni.. Best! Rasa nak datang lagi :D
Got to pen off now.. nak solat maghrib dan buat kerja sket. Alhamdulillah, semoga kebahagian dan ketenangan yang Allah kurniakan kepada kita semua bukan bersifat sementara, tapi kekal selamanya. Aminn.. :)
Dalam hutan simpan, program jungle tracking.
Training ku naik tangga bertingkat2 selama 2 bulan betul-betul membantu..:)
Training ku naik tangga bertingkat2 selama 2 bulan betul-betul membantu..:)
Ikan-ikan sumer lari, bila tentera merah datang.. akhirnya cuma nampak kaki orang ajer.. anyway, kami teruskan dengan berenang gaya bebas.. :D
Berjalan Melihat Mentafsir
Nurhani
Shah Alam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan