Salam semua,
Dah lama saya tak menulis. Seminggu. Bagi blogger tegar seperti saya (perasan!!), seminggu adalah satu tempoh yang sangat lama untuk tidak menulis. Walhal, ke mana pergi pun, saya seboleh mungkin mengupdate blog saya. Sewajarnya alasan yang munasabah diberikan. Entah mengapa, saya sendiri pun tak pasti. Sehingga Raudah, kakitangan saya di pejabat bertanya saya,
"Kak Hani, kenapa lama tak update blog?"
Saya sendiri tak mampu menjawab. Akhirnya, saya berjanji pada Raudah, saya akan menulis dan mengupdate blog ini selepas tamat sesi riadah badminton kami pada hari Rabu. Tetapi, saya masih tak menulis juga. Adakah saya sudah kering idea? Eh! Mana mungkin!!!. Saya bukan baru berkecimpung dalam bidang penulisan blog. Berbeza dengan adik angkat saya Samsul yang sedang melanjutkan pelajaran di Mesir, yang baru sahaja menceburkan diri dalam dunia blogger ( baru 3 hari usia blog beliau, samsulyusoff.blogspot.com). Sepanjang malam tadi saya membantu Samsul mengedit artikel kedua beliau untuk dipostkan ke dalam blognya.
Cuma ada seperkara yang saya nak kongsikan dengan pembaca. Semalam, saya berjoging di Tasik Shah Alam dengan Shikin, seorang kakitangan MAIS. Actually, dah lewat pun kami berdua berjoging. 6.30 petang baru sampai di tasik.
"Orang dah balik, kita baru nak mula," seloroh saya pada Shikin.
"Takper. Daripada kita duduk-duduk ajer, tak buat apa-apa, baik kita joging, walaupun dah lambat," kata Shikin.
Kami memulakan larian kami (sebenarnya lebih banyak briskwalking) dari parking lot bersebelahan dengan Kedai Kopi. Rasa macam sekejap aje, tapi lebih kurang 3km jugak la kami berjalan cepat dan berlari. Sepanjang perjalanan, sempat juga mata kami menangkap beberapa pasangan yang berdua-duaan di sekitar kawasan tasik. Namun kami berdua tidak begitu mempedulikan 'aktiviti' pasangan-pasangan tersebut, kerana kelihatannya mereka 'baik-baik aje' dan 'masih sopan', so kami tak mengindahkan mereka sangat.
Semasa kami menghabiskan 1km yang terakhir, tiba-tiba Shikin berkata (dengan suara yang agak perlahan dan termengah-mengah kerana berlari) ,
"Kak, Kak. Cuba kak tengok tu," katanya sambil menjuihkan bibirnya ke satu pasangan yang sedang duduk berduaan di tepi tasik.
Astaghfirullahalazim.. Geramnya saya melihat gelagat pasangan uda dan dara berdarah Melayu yang asyik masyuk bermesra tanpa menghiraukan pengunjung taman yang lalu-lalang di trek joging berhampiran mereka. Tangan si lelaki nampaknya begitu 'sibuk' merayap-rayap di wajah dan tubuh si perempuan. Mulutnya pula dengan rakus mencumbui wajah si gadis (kalau masih gadis laaaa...). Paling menyedihkan, si gadis memakai tudung litup dan kelihatannya sangat sopan, namun merelakan perbuatan pasangannya terhadap dirinya dan nampak seronok dengan perlakuan tersebut.
Hati saya mendidih. Geram! Geram dan meluat dengan anak bangsa sendiri yang tidak segan silu mencemar maruah agama dan budaya. Saya memperlahankan larian saya dan terus menukar haluan ke kiri, ke tempat duduk pasangan berkenaan, dan tidak mempedulikan Shikin yang berlari terus ke arah hadapan. Walaupun saya sudah berdiri betul-betul di belakang mereka, namun 'drama songsang' mereka masih diteruskan. Tak pasti sama ada mereka tak perasan, atau buat-buat tak perasan.
"Assalamualaikum," saya menyapa.
Tak berjawab. Adegan cumbu-cumbuan masih berlangsung.
"Assalamualaikum. Ini dah kawin ke belum ni?" saya menguatkan pitching suara saya.
Tersentak si lelaki dan serta-merta matanya tepat memandang ke arah saya. Tangannya yang dari tadi merayap, akhirnya terlerai dari tubuh si gadis.
"Ni dah kawin ke belum ni ?" saya mengulang soalan saya.
Perlahan beliau menjawab." Belum". Si gadis terus menundukkan kepalanya. Eleh!! Malu konon!!! Buat drama tadi tak malu!!!!
"Kenapa?" tanyanya pada saya, satu soalan yang pada saya sangat tak berpelajaran!!!
"Kalau belum, boleh tak bersopan sket?" kata saya. "Mintak tolong ye. Ini tempat awam."
"Ok." kata si lelaki.
"Terima kasih yer. Assalamualaikum." ucap saya sebelum saya bergerak pergi.
Astaghfirullahalazim.. Masyaallah.... Saya menarik nafas panjang. Zaman sekarang, orang kita sudah hilang malu. Mukadimah berzina perkara biasa. Mulanya cuma pegang tangan, bila dah biasa, nak pegang bahu, kemudian nak minta peluk, kemudian bila mula peluk, akhirnya minta seluruh badan! Bercumbuan di kawasan rekreasi dalam suasana terang benderang dan ramai orang, perkara biasa. Tak ada perasaan malu. Langsung!! Yang malu, bila 'hasil drama songsang' terhasil. Jadi, tak hairanlah banyak anak luar nikah dilahirkan. Tak hairan banyak bayi yang tak berdosa dibuang atau dibunuh untuk menutup malu.
Saya sering terfikir, kemungkinan Allah sengaja membiarkan perlakuan zina mereka berakhir dengan satu kelahiran, sebagai bukti penzinaan yang dilakukan. Walhal, banyak pasangan yang dah bertahun-tahun berumahtangga, sangat sukar mendapat zuriat. Hikmahnya, hanya Allah Yang Maha Mengetahui, namun saya, beranggapan, supaya akan terbit penyesalan dan perasaan malu untuk melakukan penzinaan, dan akhirnya mereka akan bertaubat.
Inilah sebesar-besar hikmah daripada hukuman had untuk pesalah zina, iaitu sebatan (bagi pasangan yang belum berkahwin) dan rejam (bagi pasangan yang telah berkahwin), yang syaratnya hendaklah dibuat di khalayak ramai, supaya dapat ditonton dan diteladani oleh semua, bahawa perlakuan zina ini, amat-amatlah dilarang, dan hukuman yang berat dikenakan.
Di saat media membangkitkan persoalan siapakah yang perlu bertanggungjawab dalam menangani masalah ini, saya ingin mengusulkan kepada semua saudara seislam saya, supaya bersama bertanggungjawab mendepani penyelesaian kepada masalah ini dengan menghidupkan semula roh Islam ' berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran". Tegurlah kesalahan dan kesilapan saudara seislam kita. Jangan dibiarkan syaitan dan nafsu terus-terusan menguasai mereka. Jika belum yakin untuk menegur orang yang tak dikenali di luar, mulakan dengan orang yang rapat dengan kita dan keluarga sendiri.
Ini selaras dengan hadis Rasullullah SAW bermaksud;
"Jika kamu melihat perbuatan mungkar, hendaklah kamu memperbetulkan dengan tanganmu, jika tak mampu dengan mulutmu, dan jika tak mampu dengan hatimu (berdoa) dan itu adalah selemah-lemah iman"
"Mengharap Redha Ilahi"
Nurhani
Shah Alam
8 ulasan:
Salam Hani.
Pak Ngah selalu berjoging di Tasik Sek.7 di sini agak aman dari perkara tersebut.
Tanpa kuasa memikirkan hal ini fikiran jadi buntu, mungkin perkara ini berlaku berpunca dari kelemahan orang dewasa yang tali menali, kait mengait dan berjaringan sehingga terhasil perlakuan tersebut. Allahu aklam.
Salam Pak Ngah,
Mujur kat sana kurang aktiviti tu... Just imagine, kat tempat awam pun berani berkelakuan sumbang, kalau di tempat sunyi apatah lagi..
Seeloknye terus cekup dan tangkap khalwat..tak leh ke
Salam Tanpa nama,
Tangkapan khalwat apabila perlakuan sumbang itu berlaku di tempat yang sunyi. Ini tempat awam, tempat orang ramai lalu-lalang. Masyaallah..
Syabas diucapkan,nampaknya anda seorang tegas dan berani mencegah kemungkaran.Bukan semuanya berani bertindak demikian meskipun seorang lelaki.Amat tepat sekali anda Allah memilih anda sebagai Pengamal Undang2.Semoga diberikan kekuatan untuk memperjuangkan HUKUM ALLAH tertegak di bumi Allah terutama di Malaysia yang dianugerahkan kepada Umat Islam......
tahniah kak hani. zaman sekarang ni, tidak ramai yg berani hendak menegur perbuatan tak bermoral yg berlaku depan mata kerana lebih takut sesama manusia berbanding takut kepada Allah. Ini salah satu punca kenapa ramai orang tidak segan silu untuk berkelakuan tak sopan di tempat awam.
Salam Tanpa nama,
Alhamdulillah.. saya pun tak tau mana dapat kekuatan tu.. Allah Maha Mengetahui.. Cuma saya sentiasa ingat pesan seorang sahabat, kita menegur kesilapan orang lain sebab Allah yang suruh tegur.. Semoga kita semua diberi kekuatan dan terus istiqomah dalam membasmi kemungkaran yang dibuat..
Nowa,
Tapi rasanya belum lagi berani nak buat tangkapan khalwat macam Nora buat..:)
Catat Ulasan