Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Selasa, 31 Ogos 2010

Renung Sejenak : Satu Malam Yang Penuh Nikmat..




Salam semua,

Dalam surah al-Qadar ayat 3 dinyatakan bahawa malam Lailatulqadar adalah lebih baik dari 1000 bulan. Pernah tak anda terfikir bahawa 1000 bulan adalah bersamaan dengan 83 tahun 4 bulan!! Just imagine, kita pun belum tentu dapat hidup selama itu!! Rasulullah SAW yang amat dicintai kita juga tidak hidup selama itu. Pada usia beliau 63 tahun, Baginda telah wafat.

Bayangkan sesiapa yang dapat beribadah pada satu malam tersebut, seolah-olah dia telah menghabiskan masa selama 83 tahun 4 bulan lebih dalam keadaan beribadat! Subhanallah!! Maha Suci Allah! Sesungguhnya ini adalah satu nikmat yang sangat besar yang Allah Taala kurniakan kepada kita sebagai hambanya. Bagi mereka yang tahu menghargainya, Lailatulqadar adalah hadiah yang tak ternilai yang telah Allah kurniakan pada hambaNya. Semoga kita semua berjaya menemui Lailatulqadar. Amin..


"Mencari Laila"
Nurhani
Kg Raja
Kuala Selangor

Ahad, 29 Ogos 2010

Rileks Sekejap: Malam Al-Qadar

Salam semua,

Hari ini kita bakal memasuki fasa ke 3 bulan Ramadhan iaitu, fasa 10 malam terakhir, di mana Allah menjanjikan kepada umat Islam, satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Janji Allah ini terakam di dalam surah al-Qadar, yang mana ganjaran beramal pada malam tersebut adalah seolah-olah kita beramal selama 1000 bulan!! Bayangkan kalau kita bersolat pada malam itu dua rakaat sahaja, kalikan dengan pahala solat 2 rakaat untuk 1000 bulan,(kalau nak kira, kena dapatkan dulu bilangan solat kita buat selama sebulan.. ) Itu baru 2 rakaat. Bagaimana kalau kita bersolat 20 rakaat terawih, solat tahajud, witr, hajat, dan solat-solat nawafil yang lain.. Perghhhh... Memang tak cukup kalkulator nak kira.. Memang berbaloi-baloi!!

Tidak pernah ada mana-mana majikan, baik agensi swasta atau kerajaan, yang pernah memberi bonus selama 1000 bulan kepada kakitangan mereka. Kalau ada, memang rekod dunia (dan akhirat!! hehehe..) Dan konfem LHDN akan kejar majikan berkenaan suruh bayar cukai.. Ehehehe.. Sebab satu-satu Majikan yang memberi bonus 1000 bulan kepada hamba-hambaNya hanya Allah SWT sahaja. Nak ikutkan, Dia nak beri lebih daripada tu pun Dia boleh, Dia Maha Kuasa, tapi Dia nak manusia fikirkan sendiri hikmahnya, dan buat perbandingan. Itu pun dah banyak...

So, saya nak mengajak sahabat-sahabat semua untuk sama-sama mencari malam tersebut. Bagi full swing lah untuk 10 malam terakhir Ramadhan ni.. Kita pun tak tau bila malam al-Qadar ni. Cuma Rasulullah SAW pernah berpesan, carilah malam Qadar itu pada 10 malam terakhir. Mudah-mudahan kita semua berjaya mendapatkan malam tersebut. Sekurang-kurangnya, kalau kita berzikir 'alhamdulillah' sahaja pun, kalau diberi ganjaran amalan 1000 bulan, dah 1000 kali kita berzikir. Best kan? So apa lagi? Meh le ramai-ramai penuhi 10 malam terakhir Ramadhan ini dengan beribadah.

Di sini, saya ingin kongsikan penulisan seorang rakan blogger, al-Fathani mengenai malam al-Qadar untuk tatapan dan renungan bersama. Linknya di sini:_Dari Teratak Al Fathani: Mencari diri selepas "malam". Semoga kita semua berjaya menemui malam Al-Qadar dan mendapat kebaikan serta manfaat daripadanya.


"Ku Mengharapkan Ramadhan Kali Ini Penuh Makna"
Nurhani
Kg Raja
Kuala Selangor

Sabtu, 28 Ogos 2010

Diari- HAYSHAH FAMILY IFTOR 2010

Salam semua,

Semalam diadakan Majlis Berbuka Puasa keluarga HAYSHAH (Keluarga Allahyarham Hayroni dan Allahyarhamah Siti Aishah iaitu Datuk dan Nenda tercinta kami-alfatihah untuk mereka) untuk tahun 2010 yang diadakan di kediaman kami di Kuala Selangor. Memang menjadi kebiasaan setiap tahun keluarga besar Hayshah akan berkumpul untuk berbuka puasa bersama-sama.

Biasa lah bila berkumpul sesama keluarga BESAR kami memang seronok. Menu utama berbuka, tak lain dan tak bukan, NASI AMBENG!!! Selalu mak saya yang akan buat nasi ambeng TERBAEK beliau..memang terbaek, sebab beliau memang pandai masak, SERUNDING beliau memang MANTOPP!!!! Tambahan pula, beliau dibantu pulak oleh anak-anak beliau yang HEBAT-HEBAT belaka, (ehehehee..) tetapi kali ni, kami order jerr, tak mampu nak buat sendiri. Sebab nak kena sediakan lebih kurang 180 bungkus nasi ambeng tambahan untuk diagihkan ke setiap rumah di kampung kami. Angkat tangan teruss!!! Tak larat weh!!

Time buka, saya makan sebiji anggur (itu yang paling dekat nak capai) dan segelas air mangga sejuk (alhamdulillah.. nikmat sungguh!) Pastu, time orang lain sibuk bukak posa, saya sibuk ambik gambar sedara-mara makan. Jiwa meronta-ronta nak makan NaSik AmBeng, tetapi berjaya kontrol emosi diri sendiri.. Sembahyang Maghrib dulu beb!

Pastu, korang tau-tau je lah kan, bila aku dah dapat makan NasiK Ambeng tu.. Burp!! Ehehehe..Best!!




Tuan Rumah berbuka dengan tetamu. Tamar dan air teh tarik jerr.. pastu ke masjid..

Alhamdulillah.. Syukur dapat berbuka bersama..:) Berserban adalah Farid (seorang muallaf) anak angkat pakcik saya.

Abang dan pakcik-pakcik yang datang dari Shah Alam dan Klang.

Crowded sikit section ni.. hehehe.. Ni pun separuh jer dapat masuk gambar..

Kurma yang belum dipack.

Menu utama : Nasi ambeng.. Nyum nyum!

Nasi ambeng dan kurma yang sedia dipackkan untuk diagih di setiap rumah di kampung. Alhamdulillah..:) Thanx pada pakcik dan makcik yang sponsor..:)

Signature kitchen mak ku.. Getuk keladi cicah sambal tumis ikan bilis.. pergghhh... kecur air liur! Tepung pelita Iin pun ada.. tepung pelita ni sangat popular di Shah Alam. Sanggup adik aku Uda gi ke sana untuk beli tepung pelita ni aje.. Dahsyat penangan tepung pelita ni..

Tuan rumah sibuk layan tetamu semasa sesi moreh selepas solat terawih.

Time berkumpul beginilah masa untuk beramah mesra sesama keluarga dan saudara mara yang jarang jumpa sebab masing-masing bz..

Peace No War..:D

Bertolak pulang selepas majlis selesai.

Hati-hati yer!! Biar lambat asal selamat..:)

Tuan Rumah melambai kepada tetamu yang pulang. Bye!!! Insyaallah, jumpa lagi raya kedua nanti!!

"I Love My Family"
Hunny

Kuala Selangor

Rabu, 25 Ogos 2010

Diari : "Kalau dah jodoh.."

Salam,

Semalam aku dan emak singgah umah pakcik aku di Jalan Gobek, Seksyen 11 untuk punggah buah durian. Rezeki bulan puasa. Alhamdulillah...:) Menjadi nampaknya dusun durian beliau di Janda Baik, Pahang. Syukurlah. Sebab, kami pun dapat merasa sama..:) Sepupu-sepapat aku (anak-anak beliau) pun ada sama. Apalagi.. syok la kami bersembang sebab lama tak jumpa. Sampai lewat malam kami kat sana.

Sembang punya sembang punya sembang, keluar la citer pasal jodoh (part paling maleh aku nak ghoyak..:).. Tu dia.. Macam-macam cadangan diorang kasik kat aku, supaya aku berusaha untuk bertemu dengan jodoh aku.. siap suruh aku masuk marathon lagi, supaya dapat bertemu jodoh dengan atlit.. hahahaha :D.. Sah-sah aku tertinggal kat belakang!

Bila bercerita pasal jodoh, teringat cerita kawan-kawan.. Macam mana mereka boleh bertemu jodoh dengan pasangan masing-masing.

Ada sorang kawan aku, bertemu jodoh dengan suaminya dalam kapal terbang nak ke Jordan. Masa tu, dia nak sambung belajar kat sana. Kebetulan suaminya nak solat, tau ajelah dalam kapal terbang, ruangan untuk solat very limited. Last-last, suaminya solat betul-betul kat ujung kaki tempat kawan aku ni duduk. Kawan aku ni pakai purdah. Time tu dia tengah terlelap. Dia tersedar suami dia ni tengah solat, tak ada sejadah atau lapik. Dia pun ambil la sehelai kain or selimut ke apa ntah, dan hamparkan di tempat sujud suami dia. Agaknya, time tu suami dia betul-betul terpesona dengan tindakan kawan aku tu.. Apalagi.. Kuch kuch ho ta hey lah!! Itulah saat-saat mula-mula diorang bertemu. Sekarang mereka bahagia dengan 4 orang cahayamata.

Sorang lagi kawan aku, bertemu jodoh masa berebut ikan bakar dengan suami dia kat pasar Ramadhan. Agaknya berkat bulan puasa. Berebut ikan bakar pun boleh jadi punca.. hehehe.. Sekarang bahagia dengan 3 orang anak.

Ada sorang lagi member aku ni, tukar-tukar tape syarahan dan debat dengan suaminya. masa sekolah menengah. Cinta pertama katanya. Sekarang bahagia dengan 4 orang cahayamata. :) Alhamdulillah..:) Ada jugak yang jumpa dekat tempat training.. Time berpeluh-peluh berkawad pun ada jugak.. Hahaha..

Yang peguam syarie pulak, ada yang bertemu jodoh dengan klien sendiri. Spesis ni, banyak jugak aku dengar.. :) Baru ni, ada sorang klien aku muallaf wanita, dah berkahwin dengan lelaki Melayu, tapi malangnya, suaminya tak bertanggungjawab. Mujur wanita muallaf ini masih kuat pegangan Islamnya, tak ada nak menukar agama. Ditakdirkan Allah, dia bercerai dengan suaminya, dan bertemu jodoh dengan seorang lelaki Myanmar yang kuat pegangan agamanya.

Ada jugak yang bercinta bagai nak rak, bertahun-tahun.. Last-last, kawin dengan orang lain jugak. Tapi kebanyakkan kawan aku bertemu jodoh masing-masing kat universiti. Jumpa masa belajar atau buat program sama-sama. Ada juga yang kawin dengan orang sekampung, atau berkahwin dengan kawan baik sejak kecil.

Anyway, banyak perkara yang menjadi punca menemukan kita dengan jodoh kita, tapi itu semuanya penyebab aje. Jodoh kita sebenarnya Allah dah tentukan sejak awal. Lambat dan cepat ajer bezanya. Hikmah di sebaliknya, Allah saja yang tahu, sebab hanya Dia yang tahu rahsia bilakah masa yang terbaik dan siapa yang terbaik sebagai jodoh kita.

Kalau dah jodoh aku, durian pun boleh jadi penyebabnya..:) Heeeeee..:)

Psstt... Korang macam mana pulak?? :D


"Sajer-sajer"
Hani

Shah Alam

Selasa, 24 Ogos 2010

Diari - "Malay to English.." (Manglish??)




Salam semua,

Lewat petang semalam, saya menerima mesej dari Ustaz Halem, Timbalan Setiausaha MAIS berkenaan dengan status pewartaan perintah penubuhan perbadanan wakaf Selangor untuk dikemukakan kepada pihak istana bagi mendapatkan perkenan DYMM Sultan. Saya berjanji untuk menyiapkannya hari ini. Jadi, sejak awal pagi lagi, saya, Zurinah, Shakirah dan Rosmah bergabung tenaga untuk menyiapkan kertas memohon perkenan, draf perintah versi bahasa kebangsaan dan versi bahasa Inggeris.

Paling menyesakkan jiwa adalah part membuat terjemahan perintah tersebut dari bahasa Melayu ke bahasa Inggeris.. Argggghh!! Memang menguji minda dan kesabaran, kerana sudah lama kami tak menggunakan bahasa Inggeris baik dalam penulisan atau percakapan. Tambahan pula, masa yang diperuntukkan sangat singkat, iaitu, lebih kurang 5 jam.. Walaupun cuma terdapat 7 mukasurat sahaja, namun, penyediaan teks atau dokumen perundangan sebenarnya memerlukan masa yang lama bagi penyedia untuk meneliti dan memastikan tidak ada perkataan yang tersalah tafsir.

Sebenarnya pihak kami telah pun mendapatkan khidmat Institut Terjemahan Negara untuk menterjemahkan draf perintah tersebut, namun disebabkan institut tersebut tidak dapat menyiapkannya dalam tempoh yang kami tetapkan, kami terpaksa juga menyinsing lengan baju masing-masing untuk menterjemahkannya. Harap-harap terjemahan yang kami buat diterima oleh Seksyen Pewartaan, Kamar Penasihat Undang-undang Negeri untuk tujuan pewartaan sebagai undang-undang yang mengikat.

Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat dalam misi terjemahan tersebut. Walaupun sangat mentensenkan, akhirnya kita berjaya jugak! Lepas ni, korang pakat-pakat lah ambik English Course yerr.. mantapkan penggunaan Bahasa Inggeris masing-masing, sebab, banyak lagi undang-undang lain perlu diterjemah. Untuk staff MAIS yang lain pun, perlu juga dipertingkatkan penggunaan bahasa kedua seperti bahasa Inggeris, China atau Tamil. Ini kerana, pelanggan kita bukannya sumer Melayu atau pandai berbahasa Melayu. Ramai juga yang berbangsa lain dan dari golongan muallaf atau tidak pandai berbahasa Melayu. Maybe dah tiba masa untuk Unit Latihan MAIS menyediakan kursus-kursus bahasa kedua. Semoga MAIS terus maju dan lebih berdaya saing dengan kelebihan yang ada pada staff MAIS, iaitu kebolehan menguasai bahasa kedua.


"Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad"
Nurhani
Shah Alam

Isnin, 23 Ogos 2010

Diari - Rumah Kebajikan Ar-Riqab

Salam semua,

Hari ini saya dilantik sebagai moderator untuk sidang bengkel mengenai Rumah Kebajikan Ar-Riqab MAIS yang dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Ar-Riqab MAIS. Tujuan bengkel diadakan adalah untuk membincangkan mengenai garis panduan pendaftaran rumah-rumah kebajikan di bawah asnaf ar-riqab MAIS. Antara jemputan yang hadir termasuklah Puan Ziton (Jabatan Kebajikan Masyarakat) Puan Salmah (Jabatan Kesihatan Negeri Selangor), dan wakil-wakil dari JAIS, MAIS dan Jabatan Mufti Selangor.

Rumah Kebajikan Ar-Riqab MAIS ialah rumah kebajikan yang berdaftar dengan MAIS dan mendapat bantuan atau sumbangan daripada pihak MAIS melalui peruntukan asnaf Ar-Riqab, Lembaga Zakat Selangor. Setakat ini, seingat saya, terdapat melebihi 25 buah pertubuhan yang berdaftar di bawah MAIS yang dikategorikan sebagai ar-riqab serta layak mendapat bantuan daripada asnaf ar-riqab MAIS. Antara rumah yang mendapat bantuan asnaf termasuklah rumah perlindungan HIV muslim,rumah untuk penagih dadah Muslim, rumah perlindungan dan kebajikan untuk wanita Muslim, dll. Saya turut dimaklumkan, terdapat banyak lagi rumah kebajikan yang sedang memohon untuk mendapatkan bantuan peruntukan asnaf ar-riqab. Oleh kerana itu, satu garis panduan atau peraturan yang khusus perlu diwujudkan untuk membantu Bahagian Pengurusan Ar-Riqab melaksanakan tugasan mereka dengan lebih sempurna.

Bahagian Undang-Undang MAIS diminta untuk menyemak garis panduan yang telah pun dibengkelkan beberapa kali sebelum ini. Banyak juga komen dan pembetulan yang kami buat ke atas garis panduan tersebut. Namun, akhirnya, kami berjaya juga menyelesaikan bengkel tersebut dalam tempoh yang singkat. Walaupun kami sedang berpuasa, alhamdullah, nampaknya Allah permudahkan urusan kami.

Walaupun saya dan kakitangan di Bahagian saya tidak terlibat secara langsung dalam operasi rumah-rumah kebajikan ini, berbanding dengan penyelia rumah atau sukarelawan yang berkorban masa, tenaga dan seluruh kehidupan mereka, memerah keringat untuk membantu saudara-saudara semuslim kami yang perlu dibantu, (semoga Allah memberkati mereka), saya berdoa, semoga penglibatan kami yang sangat sedikit dalam usaha membantu golongan ar-riqab ini akan menyebabkan kami semua turut termasuk dalam golongan yang membantu golongan ar-riqab ini sebagaimana maksud hadis:-

"Barang siapa yang membantu golongan riqab ini, Allah akan membebaskan setiap sendinya dari api neraka."

Apa lagi perkara yang sangat-sangat diinginkan oleh seseorang muslim di akhirat kelak, selain pembebasan dari api neraka dan dimasukkan ke syurga? Allah A'lam. Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pengusaha rumah-rumah kebajikan yang bersungguh-sungguh membantu golongan ini. Semoga Allah merahmati kamu semua. Saya percaya, pihak MAIS sentiasa menyokong kesungguhan dan usaha para pengusaha rumah kebajikan dan sukarelawan ini di atas dasar tanggungjawab dan kewajipan terhadap sesama muslim. Semoga Allah bersama kita..:)

Istana Budi, antara rumah kebajikan yang menerima sumbangan daripada asnaf ar-riqab MAIS.

Darul Ukhuwah, Yayasan Al-Ijabah, yang menyediakan penempatan alternatif untuk pesakit HIV beragama Islam, turut menerima sumbangan peruntukan asnaf ar-riqab MAIS. Semoga Allah memberkati usaha kalian.


"Mengharap Redha Ilahi"
Nurhani
Shah Alam

Jumaat, 20 Ogos 2010

Sajer : Bulan Puasa..

Salam semua,

Aku tak ada menda nak tulis. Aku cuma nak share dengan korang, aku suka sangat bulan puasa..:)

Kenapa yer?

Aku rasa, feel nya lain.. tenang semacam.. buat ibadah rasa syok sangat.. sebab syaitan kena ikat kott.. kalau tak, masing-masing berkawan baik dengan syaitan.. termasuk la aku.. ehehehe..

Dah la ada bonus berganda-ganda 10 malam terakhir.. Then, boleh loose weight lagi..

Suke.. suke..:D

Aku harap bulan puasa ni boleh dipanjangkan tempohnya.. Tapi, tak mungkin la kann?? Rasa cepat aje bulan puasa ni.. Pejam celik dah 10 hari pun..

Harapnya, Allah terima amalan aku sepanjang posa ni..

Dan, harapnya, lepas bulan puasa ni, aku jadi hamba lebih baik..:)

Ramadhan, I LOVE U FULL!!


"Ku Mengharapkan Ramadhan Kali ini Penuh Makna"

Hani

Shah Alam

Rabu, 18 Ogos 2010

Diari - Yayasan Waqaf Malaysia

Salam semua,

Hari ini, pada sebelah pagi, saya menyertai lawatan ke Yayasan Waqaf Malaysia yang dianjurkan oleh Unit Waqaf, Bahagian MAL, MAIS. Yayasan Waqaf Nasional (YWN) adalah satu agensi swasta yang ditubuhkan oleh kerajaan persekutuan bertujuan untuk membantu dalam pembangunan harta-harta waqaf di negeri-negeri di seluruh Malaysia, termasuk kutipan waqaf tunai.

Rombongan kami diketuai oleh YBhg Tuan Hj Abdul Halem Hapiz bin Salihin, Timbalan Setiausaha MAIS. Tujuan lawatan kami ke sana adalah untuk mengadakan perbincangan mengenai kutipan waqaf tunai kakitangan kerajaan persekutuan melalui potongan gaji. Ini kerana, pihak YWN telah memperolehi kod potongan gaji dari Jabatan Perakaunan Negara yang memudahkan proses pemotongan gaji kakitangan kerajaan persekutuan dilaksanakan. Turut hadir bersama adalah wakil-wakil daripada Bahagian Baitulmal MAIS dan Bahagian Perancang Ekonomi MAIS.

Perbincangan dimulakan dengan pembentangan pelaksanaan potongan gaji yang dibuat oleh YMN disusuli dengan perkongsian maklumat di pihak MAIS. Purata kutipan waqaf tunai yang diperolehi oleh pihak MAIS dalam tempoh sebulan lebih kurang RM70,000-00. Alhamdulillah, sesi perbincangan di antara kedua pihak berjalan dengan lancar. Usai mesyuarat, persefahaman dan persepakatan dicapai. Pihak YWN bersetuju bekerjasama dengan pihak MAIS demi mempertingkatkan kutipan wakaf tunai dengan menggunakan kod potongan gaji YWN. Kedua pihak turut bersetuju supaya satu MOU dimeterai di antara kedua pihak bagi memastikan usaha murni itu tercapai. Perbincangan ditamatkan dengan pemberian cenderahati kenang-kenangan oleh kedua pihak.

"Alhamdulillah.. Allah mudahkan," kata Ustaz Halem sewaktu kami menuruni tangga keluar dari bangunan YWN.

"Berkat bulan Ramadhan Ustaz. Buat apa pun Allah mudahkan," jawab saya, mengiyakan kata-kata Ustaz Halem.

Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat. Saya memang rasa Allah permudahkan hasrat kami hari ini. Semuanya untuk menambahkan dana waqaf Selangor untuk disalurkan kepada program pembangunan harta waqaf di negeri Selangor, contohnya pembinaan masjid Kelana Jaya (RM8 juta), pembinaan SRA Pulau Indah (RM2 juta), pembelian rumah kedai di Puchong (RM1.2 juta), pembinaan masjid Bukit Jelutong (RM20 juta) dan pembinaan Perpustakaan Waqaf Selangor (RM350 ribu). Semoga sedikit usaha yang kami buat dapat menggalakkan umat Islam di Selangor untuk terus berwaqaf dan menggandakan kutipan waqaf Selangor untuk kemajuan ummah. Allah bersama kita. Amin..:)

Sesi perbincangan.

Ustaz Abdul Halem Hapiz, Timbalan Setiausaha MAIS, ketua delegasi menerima cenderamata dari Encik Amin Arifin, Pengurus Kanan, Jabatan Pembangunan dan Pemasaran, Yayasan Waqaf Nasional.

Bergambar kenangan bersama kakitangan Yayasan Waqaf Malaysia.

Sempat lagi nak posing sebelum bertolak pulang.
Dari kiri : Ali, Zurinah, saya dan Khairie.


"Mengharap Redha Ilahi"



Nurhani


Shah Alam

Selasa, 17 Ogos 2010

Diari - Mesyuarat Penempatan Pegawai Ar-riqab di Hospital

Salam semua,

Saya baru sahaja pulang dari menghadiri Mesyuarat Penempatan Pegawai Ar-Riqab di Hospital yang dipengerusikan oleh Timbalan Setiausaha MAIS. Turut hadir adalah wakil-wakil Pengarah Hospital di seluruh negeri Selangor. Saya diminta turut serta untuk memberi ulasan dan membantu dalam penyediaan Memorandum Persefahaman yang bakal ditandatangani di antara pihak hospital dan MAIS.

Program penempatan pegawai-pegawai MAIS di hospital-hospital seluruh negeri Selangor bermula dengan projek perintis pada tahun 2005, di mana MAIS menghantar seorang pegawai agama (Ustaz Helmi Nuri - S41) di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang atas permintaan Pengarah HTAR pada waktu itu, Dr Yahya Baba. Tujuan penempatan pegawai agama tersebut adalah sebagai satu cara membantu umat Islam yang sakit di hospital dari sudut agama dan spiritual. Antara tugas utama pegawai agama Islam yang dihantar adalah memberi bimbingan dan penjelasan mengenai ibadah yang dilaksanakan semasa sakit, persoalan hukum-hakam agama dan akidah, ceramah dan aktiviti agama Islam kepada kakitangan beragama Islam HTAR, pengurusan jenazah yang tidak dituntut, mengadakan kelas-kelas pengajian agama dan menyediakan dan menyebarkan risalah-risalah mengenai Islam kepada pesakit dan kakitangan HTAR.

Alhamdulillah.. Kesemua wakil Pengarah Hospital yang hadir,(Selayang, Serdang, Klang, Sungai Buluh) rata-rata memberikan komen yang sangat positif di atas penempatan pegawai agama Islam di hospital-hospital. Masing-masing mengharapkan supaya pihak MAIS mengekalkan penempatan pegawai MAIS di hospital kerana memang ada keperluan dan kehendak untuk memberi penjelasan mengenai Islam dan bantuan kepada orang-orang Islam yang sedang menjalani rawatan di Hospital.

Paling saya tak dapat lupakan adalah kata-kata dari wakil Pengarah Hospital Selayang yang sangat menyentuh hati saya,

"Tugas Pegawai Hal Ehwal Islam (HEI) MAIS di hospital-hospital sama penting seperti tugas seorang doktor. Bezanya, doktor merawat fizikal pesakit, tetapi Pegawai HEI MAIS ini merawat spiritual pesakit, iaitu penyakit Iman yang letaknya di hati... Jika rosak IMANnya, maka rosaklah keseluruhan anggota pesakit itu.."

Sungguh! Saya benar-benar terharu dan tersentuh mendengar kata-katanya. Pengiktirafan yang sangat tinggi, untuk pegawai-pegawai Ar-Riqab MAIS, sebuah unit di bawah MAIS yang baru bertatih. Tahniah saya ucapkan kepada pegawai-pegawai HEI Ar-riqab MAIS di hospital yang dapat menjalankan tanggungjawab yang diberikan kepada mereka dengan penuh dedikasi, sehingga mendapat pengiktirafan daripada pengarah-pengarah hospital. Juga kepada kakitangan MAIS yang lain, tingkatkan prestasi dan usaha, kemudian bertawakkal atas usaha kita. Semoga kecemerlangan dan komitmen masing-masing dikekalkan dan dipertingkatkan. Semoga Allah bersama kita..:)

PSU Bahagian Ar-Riqab MAIS, Ustaz Anuar Hamzah tohar, menyampaikan hamper sumbangan MAIS kepada pesakit di HTAR.

Bahagian Pengurusan Ar-Riqab MAIS bersama kakitangan HTAR.


"Mengharap Redha Ilahi"
Nurhani
Shah Alam

Isnin, 16 Ogos 2010

Diari - "Bacalah.."


"Cik An.. nak Quran,"

Anak buahku, Ika dan Najah (9 tahun) meminta Quran dari aku, usai kami bersolat subuh berjemaah bersama-sama 5 Ramadhan 1431. Tadi kedua-dua mereka bersolat berimamkan aku. Selepas bersahur dan bersolat, aku terus membaca al-Quran. Nak capai KPI diri sendiri tahun ni, nak habiskan 30 juzuk dalam bulan Ramadhan sahaja. Bulan-bulan lain sekali lagi khatam. Maknanya, setahun dua kali.

"Sekurang-kurangnya setahun 2 kali," Abah memberitahu kami semasa sesi taklim dalam bab fadhilat Quran semasa aku bertanya beliau berapa kali kita perlu khatam al-quran setahun.

Tahun-tahun yang lalu, sama juga KPI aku, tapi tak berjaya. Agaknya sebab usaha aku masih kurang. Pada aku kesibukan bekerja bukan penghalang. Sekarang, bila-bila masa kita boleh membaca Al-Quran. Semuanya di hujung jari. Banyak software al-quran yang dijual di pasaran atau secara online. Hanya dengan satu click saja, kita dah boleh download macam-macam versi bacaan al-quran.

Tetapi saya masih suka cara lama. Membacanya dalam bentuk fizikal. Ambil wudhuk, tutup aurat dan aku bacanya, dengan menjaga tajwid dan lenggok bacaan aku yang tersendiri. Itu yang anak-anak buahku nampak. Dan itu juga yang mereka tiru. Mereka nak buat apa yang aku buat walaupun aku tak ajak pun mereka sama-sama baca al-Quran. Alhamdulillah, Allah bukakan hati mereka dan hidayahkan mereka untuk sama-sama membaca al-quran apabila mereka nampak aku baca.

"Cik An. Kita nak Quran jugak," giliran Fawwaz dan Ikram (7 dan 9 tahun) meminta Al-Quran dari aku.

"Ok. Gi ngaji kat atas yer," kata aku sewaktu menghulurkan masing-masing senaskah al-quran yang aku ambil dari almari di ruang tamu.

Aku menyambung kembali bacaanku. Beberapa minit kemudian, aku mendengar riuh suara anak-anak buahku, masing-masing membaca Al-Quran. Aku tersenyum. Dalam hatiku, aku berdoa, semoga Allah terus memberikan petunjuk dan hidayahNya kepada anak-anak ini. Mereka darah dagingku, yang akan menyambung perjuangan generasi kami kelak. Pada ketika mereka dewasa, ujian dan dugaan mereka tentu lebih hebat lagi. Semoga Allah mengisi jiwa-jiwa mereka dengan Kalam Nya yang penuh mukjizat dan ilmu agama yang mantap sebagai petunjuk dan pendinding diri mereka dari maksiat dan tipu daya syaitan.

Tinggal 1 mukasurat lagi aku nak menghabiskan satu juzuk bacaan aku, tiba-tiba,"

"Cik An. Kita pun nak Quran," Iman (7 tahun), meminta Quran dari aku.

"Iman dan pandai baca Quran ke?" tanya aku, menduga.

"Dahh.. kita cari kat atas tak jumpa," katanya.

"Kejap. Cik An dah nak habis ni. Nanti Iman guna Quran Cik An yer?" kataku.

Iman menganggukkan kepalanya. Aku meneruskan bacaan terakhirku dengan tartil. Aku tersenyum. Dalam hati aku berbunga riang!

"Ku Mengharapkan Ramadhan Kali Ini Penuh Makna"
Nurhani

Shah Alam

Sabtu, 14 Ogos 2010

Diari -Jom Sama-Sama Hayati Ramadhan.. :)

Salam semua,

Seronok sungguh puasa ni..:) Rasa tenang dan nyaman sangat. Program tak banyak, so tak terkejar-kejar nak miting. Banyak urusan dan kerja-kerja dapat selesai. Paling best, bila Ustaz Hasal Ketua Biro Kerohanian, KSK MAIS, menjemput penceramah-penceramah agama sepanjang Ramadhan ini. Setiap hari Jumaat, jam 8.30 pagi hingga jam 10 pagi, ada slot ceramah agama di pejabat. Semalam, giliran Ustaz Azman, seorang pendakwah bebas untuk memberi ceramah bertajuk "Penghayatan Ramadhan".

Ini 1st time saya dengar ceramah dia. Memang best sangat ceramah beliau dan meninggalkan kesan yang sangat dalam. Sebab, berdas-das kami terkena tembakan laser kata-kata nasihat dan pesanan beliau yang sangat menusuk kalbu. Memandangkan beliau adalah bekas pegawai di Pejabat Agama, jadi boleh dikatakan beliau sangat memahami cara bekerja pegawai-pegawai di pejabat agama. Banyak teguran yang beliau beri kepada kami. Bermula dengan menjaga aurat, rokok, tangkapan penceramah tanpa tauliah, senyuman dan layanan mesra kepada tetamu. Part paling 'bisa' bila dia kata, kami kakitangan wanita di MAIS berpakaian 'bungkus' bukan 'tutup'. Kalau 'bungkus' nampak bentuk badan, tapi kalau 'tutup' tak nampak.. Waduh!! Mujur pakai jubah time tu, tapi still terasa, so, terkena sedas!!

"Jabatan agama tak jabatan agama, MAIS tak MAIS, aku nak tutuh (taruh) aku tutuh ajer. Pas ni korang tak nak jemput aku, aku tak kisah," katanya disambut dengan gelak ketawa kami yang mendengar.

Seronok, menghiburkan dan sangat terkesan pada saya. Walaupun beliau agak lantang, tetapi penuh dengan mesej dan nasihat. Itulah kesimpulan yang saya dapat buat selepas mendengar ceramah beliau. Orang lain, saya tak pasti. Pas ni, boleh Ustaz Hasal jemput lagi..:)

Pesannya, nak mendapatkan 'taqwa' selepas berakhir Ramadhan, perlulah memahami tujuan puasa. Puasa tujuannya adalah untuk mengekang nafsu, termasuklah nafsu untuk makan berlebih-lebihan. Namun menurut beliau, apa yang kita lihat, sewaktu berbuka puasa, orang kita makan tak beringat. Lepas tu, sebab makan banyak, sembahyang pun lewat. Nak dekat Isyak baru solat Maghrib. Sepatutnya berbukalah dengan kurma dan air kosong, kemudian solat maghrib dahulu, kemudian barulah sambung dengan memakan makanan berat.

Menurut beliau, Ramadhan sepatutnya diisi dengan ibadah-ibadah untuk mencapai tujuan berpuasa iaitu mudah-mudahan kita menjadi orang yang bertaqwa. Antaranya :- 1) menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa 2) bangun malam untuk qiyamullail 3) bertadarus dan memahami bacaan Al-Quran yang dibaca (disertakan dengan terjemahan) supaya kita dapat mengambil iktibar dari bacaan Al Quran tersebut, 4) melakukan perkara-perkara sunat contohnya solat terawih) dan 5) memperbanyakkan berzikir , berdoa dan bersedekah.

Ustaz Azman.

Tazkirahnya padat dengan nasihat dan terkesan di hati.

Sebelah petangnya, aku dan adikku Kamil bergegas pulang ke kampung. Pukul 6.30 bertolak dari Shah Alam. Hujan turun renyai-renyai di Shah Alam, tetapi semakin lebat apabila kami melalui kawasan Puncak Alam. Disebabkan Kamil memandu, saya mengisi masa terluang dengan membaca Al-Quran. Alhamdulillah.. sempat khatamkan 1 juzuk. Sewaktu azan Maghrib bergema di corong radio kereta, kami baru sampai di Ijok. Kami berbuka dengan kurma dan air kosong sejuk yang saya bawa dari rumah.

"Kita Maghrib kat Petronas Ijok dulu. Tak la terkejar-kejar nak balik," cadang saya pada Kamil, walaupun sebenarnya jarak perjalanan kami tinggal lebih kurang 20 minit untuk sampai ke rumah.
Kamil bersetuju. "Ok," jawabnya.

Sampai di rumah, jam menunjukkan pukul 8 malam. Kami berdua terus ke dapur dan berbuka pula dengan juadah yang disediakan emak. Alhamdulillah.. 1st class betul masakan emak..:) Malamnya, seperti biasa, saya berjemaah dengan emak untuk solat Isyak dan terawih. Saya jadi imam, emak makmum. Jam 10.30, mata saya dah mengantuk. Langsung saya ambil wudhuk, buat adab tidur dan berdoa moga Allah beri saya kekuatan dan mempermudahkan saya untuk dapat bangun malam. Amin.. :)

"Ku Mengharapkan Ramadhan Kali Ini Penuh Makna"
Nurhani

Kg Raja

Kuala Selangor

Khamis, 12 Ogos 2010

Diari - Syukur ada Abe...:)

Salam semua,

Hari ini, time nak balik dari ofis, aku diuji. Kad parking aku rosak, jadi kereta sport Initial D aku tak boleh nak keluar dari basement. Hajat di hati nak berbaris untuk dapatkan bubur lambuk masjid negeri yang sedap tersadai bersama kereta aku di basement. Mujur Nora belum balik, jadi aku menumpang Nora. Hampir-hampir sahaja aku terlupa yang Shikin menumpang aku pagi tadi. Nasib baik dia sempat menghubungi aku sebelum aku balik. Kalau tak, tak pasal-pasal dia terpaksa bukak posa kat pejabat sorang-sorang.. Ahahaha.. Sori Ceceng!! Jangan marah yerr..:)

On the way balik, kami berbincang mengenai juadah untuk berbuka. Aku teringin nak meninjau makanan semurah RM2 yang dijual di Restoran Malaysia Negaraku di seksyen 7, jadi aku mencadangkan supaya kami membeli juadah berbuka di sana.

Nora :"Kak Hani, ada orang kata, makanan tu untuk orang susah laaa.. kita ni bukannya susah sangat.."
Aku : "Yer ker? Takkan tak boleh.. Kita gi jer lah.."

Shikin : Student boleh jer.. Kiter dah bawak mykad."

(Sangat jujur yerrr jawapan Shikin itu, walaupun aku rasa, semua orang memang bawak Mykad ke mana-mana.. ahahahaha..)

Nora mencadangkan kami ke Bazaar Ramadhan Seksyen 7. Aku dan Shikin kurang bersetuju dengan cadangan tersebut sebab membayangkan keadaan bazaar yang penuh sesak dan susah mau parking. Akhirnya aku mencadangkan supaya kami ke Restoren Abe di seksyen 7 kerana teringatkan tomyamnya yang memang marvellous.

Aroma tomyam Abe menusuk-nusuk ke hidung kami bertiga. Namun kami hanya dapat makan tomyam tersebut semasa berbuka. Suapan pertama.. Subhanallah!! Sedap giler... walaupun berpuasa, tetapi Abe masih mampu menyediakan tempahan kami dengan cepat dan rasanya tetap hebat dan mantopp!!! Bersyukur sangat-sangat sebab Allah beri kami rezeki untuk menikmati kelazatan tomyam campur Abe di hari kedua Ramadhan 1431H/ 2010. Kami turut menempah sayur kailan ikan masin dan ayam masak pedas. Alhamdulillah.. semua makannya memang menepati cita rasa kami dan sangat lazat. Kuantitinya pun saya rasa lebih banyak dari biasa. Harganya masih mengekalkan harga asal. Memang sedap!!! Tak percaya, cubalah sendiri..:) Syukur ada Abe..:)


"Jalan-Jalan Cari Makan"
Nurhani
Shah Alam

Rileks Sekejap - Restoran RM2...


Salam semua,

Baru malam tadi saya postkan entry berkenan harga makanan yang melambung-lambung di bazaar Ramadhan seksyen 3 Shah Alam. Tup tup, hari ni dalam Sinar Harian, muka depan, disiarkan kisah mengenai Restoran Malaysia Negaraku yang menjual makanan dengan harga yang sangat murah, iaitu RM2 untuk nasi putih, 3 jenis lauk dan air minuman sekali.

Boleh view di sini : http://www.sinarharian.com.my/com/content/story8054183.asp

Alhamdulillah... Di waktu orang berlumba-lumba menaikkan harga barang dan makanan disebabkan harga gula yang semakin mahal, masih ada umat Islam yang tidak memikirkan keuntungan dunia yang sementara. Tahniah buat pemilik restoran berkenaan, Datuk Zainal Abidin Awang Kechik yang turut mempunyai 7 restoran bertaraf 7 bintang di luar negara. Walaupun beliau menjual makanan dengan harga yang murah tetapi beliau masih mengekalkan kualiti makanan yang dijual. Semoga Allah membalas setiap kebaikan yang beliau buat dan semoga Allah membukakan hati peniaga-peniaga makanan yang lain untuk mencontohi beliau.

Nora and Shikin, dah tau nak bukak posa kat mana hari ni..:)

"Dunia, Jalan Menuju Akhirat"
Hani

Shah Alam

Rabu, 11 Ogos 2010

Diari - Ikan Bakar, Karipap Sardin, Nasi Goreng dan Pecal...

Salam semua,

Petang tadi, balik aje dari pejabat, aku mengajak Shikin berbuka puasa bersamaku pada hari ini. Nora ada kelas di UiTM. Lepas solat Asar, aku dan Shikin ke bazaar Ramadhan yang berada di bawah rumahku. Awalnya aku malas nak beli apa-apa, tapi bila dah tengok macam-macam benda, akhirnya aku 'terbeli' jugak ikan bakar, nasi goreng dan pecal. Karipap sardin pun aku sambar jugak.

Shikin : Kita suka beli kat tempat yang orang tak beli.
Aku : Kenapa?
Shikin : Kita kesian. Kita niat nak sedekah ajerr.. Macam mak kiterr...
Aku : Kalau macam tu, banyak la kedai kita kena sedekah. Sebab kesiann...

Sebab niat nak bersedekah tu jugak, nasi goreng harga RM3.50 aku beli. Sebab? Stall yang jual nasi goreng tu tak ada sorang pun beli nasi goreng atau mihun goreng dia. Kalau dinilai kuantiti nasi goreng tu, memang tak berbaloi harganya RM3.50. Sikit sangat. Then, sebab niat nak sedekah jugak, aku beli ikan bakar, harga RM3 seekor, beli 3 dapat free 1 pecal harga RM2.50. Ikannya kecik sangat, dua jari tangan jer kot! Paling tak tahan, pecalnya, dah la rasanya tak berapa sedap, tapi kuantitinya sikit sangat.. kalau kat kampung aku, agaknya lima ploh sen jerr...

Aku bukan nak mempertikaikan rezeki yang aku dapat hari ni. Alhamdulillah.. Aku bersyukur dapat jugak makan ikan bakar dan karipap sardin di saat-saat saudara seislamku di Pakistan yang sedang bertarung dengan banjir yang tak surut-surut lagi. Tak tau la diorang bukak posa macam mana. Ntah ada makanan ntah tidak. (Moga Allah permudahkan urusan mereka di sana dan memberi mereka ketabahan mengharungi ujian tersebut.) Tapi aku kecewa sangat dengan sikap peniaga-peniaga beragama Islam, yang suka mengambil kesempatan di bulan Ramadhan untuk mengaut untung lebih dengan menaikkan harga makanan. Kalau kualiti makanan yang dijual terbaik, tak mengapa lah. Ini tidak. Sudahlah harganya mahal, rasanya pulak tak seberapa. Sepatutnya di bulan Ramadhan inilah peniaga-peniaga kita berebut-rebut untuk memberikan kualiti makanan terbaik untuk dijual kepada pembeli-pembeli. Sudah tentu keuntungan berlipat ganda diperolehi, keuntungan dunia dan akhirat.

Anyway, masih belum terlewat untuk peniaga-peniaga ini menghayati rahmat yang Allah beri di sepanjang bulan ini. Betapa setiap amalan kita di bulan yang mulia ini digandakan pahalanya. Alangkah baiknya kalau mereka semua berlumba-lumba membuat kebaikan di bulan ini. Marilah kita sama-sama mendoakan supaya peniaga-peniaga kita ini diberikan petunjuk dan hidayah Allah untuk menjadi peniaga yang jujur dan menjaga kualiti makanan dan barang yang dijual.

Karipap sardin..

Psstt..

Time bukak pose, aku cuma mampu makan separuh ajer dari juadah yang aku beli. Selebihnya aku simpan untuk Nora. Karipap sardinnya terlebih garam kot! Agaknya sebab tukang masaknya berpuasa. Itu pun nasib baik tak beli air kaler-kaler. Kalau ada, tak tau nak sumbat mana. Aku lebih suka minum teh aloe vera aku dan air kosong ajer. Itulah.. lain kali dengar cakap mak, beli satu ajer!


"Ku Mengharapkan Ramadhan Kali Ini Penuh Makna"
Nurhani

Shah Alam

Tag - Menjawab Tag dari Ana

Salam semua,

Sementara nak tunggu solat Subuh ni, aku nak menjawab tag daripada rakan blogger, Ana.

Soalan2nya:-

Soalan 1: Adakah anda rasa HOT..?
Jawapan 1: Mestilah! Hot, OMG and Top... hahaha.. boleh kah?:D

Soalan 2: Upload wallpaper PC/laptop yg anda gunekan skrg?
Jawapan 2: Tak ada wallpaper...

Soalan 3: Cerita pasal gambar nih..?
Jawapan 3:No wallpaper maaaa...

Soalan 4: Kali terakhir makan PIZZA..?
Jawapan 4: Bulan lepas dengan my officemate, Puan Nomi, masa habiskan duit kat Jusco Bukit Raja

Soalan 5: Lagu terakhir anda dengar..?
Jawapan 5: lagu Barakallah Maher Zain..:)

Soalan 6: Apa yg anda buat selain selesaikan tag nih..?
Jawapan 6: Minum air kosong banyak-banyak sementara tunggu waktu Imsak..

Soalan 7: Selain nama sendiri anda dipanggil nama ape..?
Jawapan 7: Cik An, anak buah panggil..:)

Soalan 8: Tag lagi 5 orang...
Jawapan 8: ok... 1. Nora 2. Pak Ngah (kehidupan bersih) 3. Aliff (Yang Berkelana) 4. Cik Ya (Kilauan Mellankolia) 5. Samsul (Aku Menulis dari jauh)

Soalan 9: Siapa orang no. 1...?
Jawapan 9: Opismate aka housemate aku.

Soalan 10: Katekan sesuatu pada orang no. 5...?
Jawapan 10: Raya ni balik tak?

Soalan 11: No.3 ade hubungan ape dengan sape...?
Jawapan 11: hubungan dengan anak muridnya...

Soalan 12: Bagaimana pulak dengan no.2...?
Jawapan 12: Sangat budiman dan prihatin serta penuh dengan nasihat..:)

Soalan 13: Kata2 cinta dengan orang no.4...?
Jawapan 13: I love you Cik Ya!!!

Soalan 14: Berikan 5 fakta yg anda tahu pasal orang yang anda tag
Jawapan 14: sorang satu fakta la yer...
1. Nowa: Sedang bercinta??? Ahahahhaha..
2. Pak Ngah : Sekejap di Shah Alam, sekejap di Kluang..
3. Aliff: seorang Ustaz Muda
4. Cik Ya: chengeng!!
5. Samsul: anak yatim yang berjiwa besar.. baru belajar menulis..:)

Ok Ana. I dah jawab. Tapi mana awardnya? :D


"Suka-suka"
Hunny
Shah Alam

Selasa, 10 Ogos 2010

Diari - Malam 1 Ramadhan 1431H

Salam semua,

Selepas pengumuman tarikh permulaan puasa pada tahun ini oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, saya dan Nora bergegas ke Masjid Negeri Shah Alam untuk bersama-sama menyambut malam pertama Ramadhan dengan bersolat jemaah di masjid dan bertarawih. Disebabkan kami bertolak agak lewat (lebih kurang jam 8.30 malam), dan ini adalah malam pertama Ramadhan, keadaan jalan menuju ke Masjid Negeri memang luar biasa sesaknya. Orang ramai berpusu-pusu untuk bersolat berjemaah di masjid. Kereta dan motosikal memenuhi persekitaran masjid negeri yang bercahaya dengan kerlipan lampu-lampu. Kami terpaksa parking agak jauh dari biasa.

"Kita parking kat Yayasan Restu la ye kak," cadang Nora setelah mendengar suara Imam Masjid Negeri melalui pembesar suara di sekeliling masjid sudah pun mengangkat takbiratul ula untuk solat Isyak. Kerana bimbang kami tak sempat berjemaah Isyak, saya terus bersetuju.

Disebabkan kami parking agak jauh, kami hanya sampai di ruang solat wanita pada rakaat yang ketiga. Nak ikat kain telekung lagi, nak susun saf lagi, akhirnya kami masbuk pada rakaat yang keempat. Selepas solat isyak, saya memerhatikan persekitaran ruang solat di masjid yang dipenuhi oleh jemaah.

"Alhamdulillah.. kalau tiap-tiap waktu macam ini kan bagus, especially waktu Subuh," getus saya dalam hati.

Teringat saya kata-kata Puan Hasyimah, seorang ahli lembaga pengarah AMAN Palestin sewaktu dijemput memberikan penerangan di MAIS mengenai AMAN PAlestin. Beliau berkata, seorang rabai Yahudi dengan angkuhnya mengatakan, orang Islam TIDAK AKAN MAMPU mengalahkan orang kafir atau Yahudi sekiranya bilangan orang Islam yang solat Subuh tidak seperti bilangan orang Islam yang solat Jumaat. Betapa beraninya rabai tersebut berkata demikian, kerana sangat pasti dengan iman orang Islam sekarang yang tersangatlah nipis bak kulit bawang, dan sangat mudah meninggalkan solat, sedangkan solatlah punca kepada kekuatan umat Islam, kerana di dalam solat ada doa yang diminta oleh setiap umat Islam kepada Allah, iaitu diberi hidayah dan petunjuk. (Boleh rujuk entri saya terdahulu di: http://nurhanisalwa.blogspot.com/2010/06/diari-aman.html. )

Walaupun saya dan Nora duduk di saf yang terakhir, kerana datang lewat, saya tetap bersyukur dan seronok melihat umat Islam berpusu-pusu ke masjid untuk solat berjemaah. Terasa seperti di Masjidil Haram pun ada. Sementelah sahabat saya, Ustaz Mat, baru kembali dari Tanah Suci. Semoga keadaan seperti ini kekal berterusan. Semoga saya akan ketemu selalu dengan keadaan dan suasana seperti ini di Malaysia, bukan hanya semasa Ramadhan atau hari Jumaat, tetapi pada setiap masa.

Bulatan Masjid Negeri yang penuh sesak dengan kenderaan.

Jemaah yang memenuhi segenap ruang solat masjid.

Alhamdulillah..:)

Alhamdulillah..:)

Subhanallah..:) Rumah Allah yang sungguh cantik..:)

"Mencari Lailatul Qadar"
Nurhani
Shah Alam