Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Khamis, 12 Ogos 2010

Rileks Sekejap - Restoran RM2...


Salam semua,

Baru malam tadi saya postkan entry berkenan harga makanan yang melambung-lambung di bazaar Ramadhan seksyen 3 Shah Alam. Tup tup, hari ni dalam Sinar Harian, muka depan, disiarkan kisah mengenai Restoran Malaysia Negaraku yang menjual makanan dengan harga yang sangat murah, iaitu RM2 untuk nasi putih, 3 jenis lauk dan air minuman sekali.

Boleh view di sini : http://www.sinarharian.com.my/com/content/story8054183.asp

Alhamdulillah... Di waktu orang berlumba-lumba menaikkan harga barang dan makanan disebabkan harga gula yang semakin mahal, masih ada umat Islam yang tidak memikirkan keuntungan dunia yang sementara. Tahniah buat pemilik restoran berkenaan, Datuk Zainal Abidin Awang Kechik yang turut mempunyai 7 restoran bertaraf 7 bintang di luar negara. Walaupun beliau menjual makanan dengan harga yang murah tetapi beliau masih mengekalkan kualiti makanan yang dijual. Semoga Allah membalas setiap kebaikan yang beliau buat dan semoga Allah membukakan hati peniaga-peniaga makanan yang lain untuk mencontohi beliau.

Nora and Shikin, dah tau nak bukak posa kat mana hari ni..:)

"Dunia, Jalan Menuju Akhirat"
Hani

Shah Alam

4 ulasan:

ana berkata...

nak gi kedai tu ke? nanti cete aaa... slmt bebuka.

Unknown berkata...

peniaga itu nampak jalan yang bagus. w/pun menongkah arus kerana harga yang murah, kakchik percaya pelanggannya akan ramai.

Hunny berkata...

Ana,

Tak pergi.. ada orang kata, kedai tu untuk orang susah jerr... hehehehe..

Hunny berkata...

kak chik,

Sibuk2 pun sempat ziarah blog saya yerr.. Semoga ramai yang mengikut jejak langkah Datuk tersebut..:)