Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Selasa, 17 Ogos 2010

Diari - Mesyuarat Penempatan Pegawai Ar-riqab di Hospital

Salam semua,

Saya baru sahaja pulang dari menghadiri Mesyuarat Penempatan Pegawai Ar-Riqab di Hospital yang dipengerusikan oleh Timbalan Setiausaha MAIS. Turut hadir adalah wakil-wakil Pengarah Hospital di seluruh negeri Selangor. Saya diminta turut serta untuk memberi ulasan dan membantu dalam penyediaan Memorandum Persefahaman yang bakal ditandatangani di antara pihak hospital dan MAIS.

Program penempatan pegawai-pegawai MAIS di hospital-hospital seluruh negeri Selangor bermula dengan projek perintis pada tahun 2005, di mana MAIS menghantar seorang pegawai agama (Ustaz Helmi Nuri - S41) di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang atas permintaan Pengarah HTAR pada waktu itu, Dr Yahya Baba. Tujuan penempatan pegawai agama tersebut adalah sebagai satu cara membantu umat Islam yang sakit di hospital dari sudut agama dan spiritual. Antara tugas utama pegawai agama Islam yang dihantar adalah memberi bimbingan dan penjelasan mengenai ibadah yang dilaksanakan semasa sakit, persoalan hukum-hakam agama dan akidah, ceramah dan aktiviti agama Islam kepada kakitangan beragama Islam HTAR, pengurusan jenazah yang tidak dituntut, mengadakan kelas-kelas pengajian agama dan menyediakan dan menyebarkan risalah-risalah mengenai Islam kepada pesakit dan kakitangan HTAR.

Alhamdulillah.. Kesemua wakil Pengarah Hospital yang hadir,(Selayang, Serdang, Klang, Sungai Buluh) rata-rata memberikan komen yang sangat positif di atas penempatan pegawai agama Islam di hospital-hospital. Masing-masing mengharapkan supaya pihak MAIS mengekalkan penempatan pegawai MAIS di hospital kerana memang ada keperluan dan kehendak untuk memberi penjelasan mengenai Islam dan bantuan kepada orang-orang Islam yang sedang menjalani rawatan di Hospital.

Paling saya tak dapat lupakan adalah kata-kata dari wakil Pengarah Hospital Selayang yang sangat menyentuh hati saya,

"Tugas Pegawai Hal Ehwal Islam (HEI) MAIS di hospital-hospital sama penting seperti tugas seorang doktor. Bezanya, doktor merawat fizikal pesakit, tetapi Pegawai HEI MAIS ini merawat spiritual pesakit, iaitu penyakit Iman yang letaknya di hati... Jika rosak IMANnya, maka rosaklah keseluruhan anggota pesakit itu.."

Sungguh! Saya benar-benar terharu dan tersentuh mendengar kata-katanya. Pengiktirafan yang sangat tinggi, untuk pegawai-pegawai Ar-Riqab MAIS, sebuah unit di bawah MAIS yang baru bertatih. Tahniah saya ucapkan kepada pegawai-pegawai HEI Ar-riqab MAIS di hospital yang dapat menjalankan tanggungjawab yang diberikan kepada mereka dengan penuh dedikasi, sehingga mendapat pengiktirafan daripada pengarah-pengarah hospital. Juga kepada kakitangan MAIS yang lain, tingkatkan prestasi dan usaha, kemudian bertawakkal atas usaha kita. Semoga kecemerlangan dan komitmen masing-masing dikekalkan dan dipertingkatkan. Semoga Allah bersama kita..:)

PSU Bahagian Ar-Riqab MAIS, Ustaz Anuar Hamzah tohar, menyampaikan hamper sumbangan MAIS kepada pesakit di HTAR.

Bahagian Pengurusan Ar-Riqab MAIS bersama kakitangan HTAR.


"Mengharap Redha Ilahi"
Nurhani
Shah Alam

2 ulasan:

SHIMA berkata...

insyaallah,semoga usaha murni kita diterima oleh semua pihak..aminn.

teruskan perjuangan..berpegang pd moto mais..huhu

Hunny berkata...

U rite Shima..:) Teruskan perjuangan..:)