Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Rabu, 18 Ogos 2010

Diari - Yayasan Waqaf Malaysia

Salam semua,

Hari ini, pada sebelah pagi, saya menyertai lawatan ke Yayasan Waqaf Malaysia yang dianjurkan oleh Unit Waqaf, Bahagian MAL, MAIS. Yayasan Waqaf Nasional (YWN) adalah satu agensi swasta yang ditubuhkan oleh kerajaan persekutuan bertujuan untuk membantu dalam pembangunan harta-harta waqaf di negeri-negeri di seluruh Malaysia, termasuk kutipan waqaf tunai.

Rombongan kami diketuai oleh YBhg Tuan Hj Abdul Halem Hapiz bin Salihin, Timbalan Setiausaha MAIS. Tujuan lawatan kami ke sana adalah untuk mengadakan perbincangan mengenai kutipan waqaf tunai kakitangan kerajaan persekutuan melalui potongan gaji. Ini kerana, pihak YWN telah memperolehi kod potongan gaji dari Jabatan Perakaunan Negara yang memudahkan proses pemotongan gaji kakitangan kerajaan persekutuan dilaksanakan. Turut hadir bersama adalah wakil-wakil daripada Bahagian Baitulmal MAIS dan Bahagian Perancang Ekonomi MAIS.

Perbincangan dimulakan dengan pembentangan pelaksanaan potongan gaji yang dibuat oleh YMN disusuli dengan perkongsian maklumat di pihak MAIS. Purata kutipan waqaf tunai yang diperolehi oleh pihak MAIS dalam tempoh sebulan lebih kurang RM70,000-00. Alhamdulillah, sesi perbincangan di antara kedua pihak berjalan dengan lancar. Usai mesyuarat, persefahaman dan persepakatan dicapai. Pihak YWN bersetuju bekerjasama dengan pihak MAIS demi mempertingkatkan kutipan wakaf tunai dengan menggunakan kod potongan gaji YWN. Kedua pihak turut bersetuju supaya satu MOU dimeterai di antara kedua pihak bagi memastikan usaha murni itu tercapai. Perbincangan ditamatkan dengan pemberian cenderahati kenang-kenangan oleh kedua pihak.

"Alhamdulillah.. Allah mudahkan," kata Ustaz Halem sewaktu kami menuruni tangga keluar dari bangunan YWN.

"Berkat bulan Ramadhan Ustaz. Buat apa pun Allah mudahkan," jawab saya, mengiyakan kata-kata Ustaz Halem.

Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat. Saya memang rasa Allah permudahkan hasrat kami hari ini. Semuanya untuk menambahkan dana waqaf Selangor untuk disalurkan kepada program pembangunan harta waqaf di negeri Selangor, contohnya pembinaan masjid Kelana Jaya (RM8 juta), pembinaan SRA Pulau Indah (RM2 juta), pembelian rumah kedai di Puchong (RM1.2 juta), pembinaan masjid Bukit Jelutong (RM20 juta) dan pembinaan Perpustakaan Waqaf Selangor (RM350 ribu). Semoga sedikit usaha yang kami buat dapat menggalakkan umat Islam di Selangor untuk terus berwaqaf dan menggandakan kutipan waqaf Selangor untuk kemajuan ummah. Allah bersama kita. Amin..:)

Sesi perbincangan.

Ustaz Abdul Halem Hapiz, Timbalan Setiausaha MAIS, ketua delegasi menerima cenderamata dari Encik Amin Arifin, Pengurus Kanan, Jabatan Pembangunan dan Pemasaran, Yayasan Waqaf Nasional.

Bergambar kenangan bersama kakitangan Yayasan Waqaf Malaysia.

Sempat lagi nak posing sebelum bertolak pulang.
Dari kiri : Ali, Zurinah, saya dan Khairie.


"Mengharap Redha Ilahi"



Nurhani


Shah Alam

Tiada ulasan: