Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Jumaat, 28 Januari 2011

Renung Sejenak : Muhasabah Diri.


Assalam semua,

Semenjak dua menjak ni, aku rasa, suasana ofis aku kurang ceria. Mungkin sebab banyak gossip-gossip panas yang timbul. Walaupun sekadar gossip yang tak dapat dipastikan kesahihannya, namun ianya tetap meniti dari mulut ke mulut. 

Kalau tak ditamatkan, gossip itu akan berterusan, generasi demi generasi. Persoalannya, bila mau habis?? Yang menjadi mangsa gossip, mungkin semangat bekerjanya  semakin rendah, prestasinya makin menurun. Yang menyebar gossip, makin bersemangat bekerjasama dan berkongsi gossip. (Gossip atau lebih popular dengan istilah mengumpat adalah satu perbuatan yang mengundang dosa. Di dalam Al-Quran, Allah menggambarkan orang yang mengumpat ini seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri. Bayangkan kita makan daging sahabat sepejabat dengan kita. Jijik kan? Itulah gambaran al-Quran mengenai jenayah mengumpat. Dosa mengumpat hanya boleh diampunkan oleh mangsa yang ditohmah. Ini tafsiran aku sendiri.) 

Aku teringat dalam bengkel Pelan Transformasi ofis aku baru-baru ini, kami bercita-cita untuk mewujudkan persekitaran dan budaya kerja yang lebih baik, selesa dan kondusif. Well, menyebarkan gossip dan memfitnah adalah budaya yang LANGSUNG tak baik, diharamkan oleh Syarak, dan mendapat DOSA percuma. 

Then, ada cadangan supaya isu-isu sebegini diselesaikan, sebelum VIRUS tersebut merebak lebih jauh. Dosa tau! Kita kena buat begini, begitu, dengan ini, dengan itu... Macam-macam cadangan dilontarkan untuk menyelesaikan masalah, dengan impian supaya sikap dan kelakuan si pelaku salah, berubah. Kita mau mereka berubah, menjadi lebih baik, dan tidak mengulangi sikap buruk mereka. 

Ini lumrah manusia. Bila satu kejadian tak diingini berlaku, salah-menyalah akan berlaku. Masalah jadi makin besar, kerana tiada pihak mau mengaku kesalahan masing-masing. Then, pertikaian makin hebat. Akhirnya, masing-masing terus berbalah dan tiada penyelesaian. Aku yang betul, engkau yang salah. Aku yang baik, engkau yang jahat, aku benar, engkau tipu, hujah-hujah ini yang kita akan dengar. Masih tidak selesai kerana masing-masing rasa dirinya lebih hebat, rasa dirinya saja yang betul.

Dari pandangan mata aku, jalan penyelesaian yang terbaik adalah dengan meMuhasabah  diri dan memperbaiki diri sendiri. Tanya diri kita, apa silap kita, bukan tanya orang, apa silap orang. Masa untuk masing-masing memuhasabah diri dan menilai semula diri masing-masing.

Jom kawan-kawan, kita sama-sama merenung dan memuhasabah diri masing-masing. Tanyakan pada diri, apa yang sepatutnya aku buat, bukan apa yang sepatutnya orang lain buat. Apa yang sepatutnya aku bantu, bukan apa yang orang lain kena bantu. Let's change our attitude to be a betterman...

"Renung-renungkan"
Nurhani
Shah Alam  

4 ulasan:

Leenoh berkata...

Sedapnya mengumpat macam makan kacang goreng, lepas satu diambilnya satu lagi tetapi balasannya nanti macam pisang sedang digoreng.

Abd Razak berkata...

Barangkali kita kurang menegur ketika kawan-kawan memulakan tabiat mengumpat ini...apatah lagi kita lak join sekali tu yang payah jadinya..

DrSam berkata...

Assalamualaikum Hani,

Bergosip dan bercakap tentang perkara-perkara sia-sia ni memang seronok sebab itu makanan Syaitan. Langkah yang saya cuba amalkan ialah kurangkan berkumpul dan elakkan bergaul dengan rakan-rakan yang saya dapati suka bergossip dan cuba tumpukan kepada tugas kerja (walaupun kekadang terasa macam kera sumbang). Duniawi penuh dengan tipu daya dan muslihat.

Wallahuaklam.

white rose berkata...

sy setuju dgn cara DRSAM...

begitulah yg sy lakukan di tempat bekerja sy...
malah ianya memberikan sy lebih masa untuk bekerja dgn lebih...