Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Ahad, 21 November 2010

Diari : Miss Him So Much..

Aku rindu la kat dia.. Rindu sangat! Tetiba hari ni rasa rindu sangat kat dia... Aku doakan dia selamat  dan sentiasa dilindungi Allah... Huwaaa!!! Menyesal tak jumpa dia sebelum dia pergi!! Huwaaa!!! Lama kot dia pergi.. 40 hari...  Isk! Isk!:(

Sebelum pegi, dia pesan soh jaga solat, jangan lupa mengaji dan buat majlis ta'alim. Memang la calon lelaki soleh...

Rindu!!

Aku rindu betul nak jumpa dia.. Sob! Sob!

Kalau aku jumpa dia, aku akan buat benda yang aku tak kan buat dengan lelaki bukan mahram aku yang lain. Aku akan pegang tangan dia, dan....





















































Peluk dia! Pastu aku cium tangan dia dan cium pipi dia..
Dia wangi! Haish!! Rindu bau dia punya parfum..:(


































































Ya Allah! Rindunya kat Abah!

Abah dan Jojo, kucing kesayangannya.

"I Love My Family"
Hunny
Shah Alam

Sabtu, 20 November 2010

Diari : Puteri (Part 2)

Salam semua,

Setelah penat memerah otak berbengkel selama 2 hari, malam tadi kami teringin nak keluar berjalan di Melaka. White Rose pernah mencadangkan supaya aku ke River Cruise. So, aku pun nak try lah.. Lebih kurang jam 10 malam kami sampai di River Cruise, sebab tunggu jejaka-jejaka kacak Bahagian aku bersiap. Pelik jugak. Selalu jejaka siap dulu, ini gugurl siap dulu. 
 
Bayaran masuk RM10. Menarik juga suasana dan pemandangan sepanjang cruising di atas bot, dengan lampu-lampu memenuhi sekeliling kawasan bandaraya Melaka. Tapi part 'bau longkang'nya tu, memang meloyakan, tapi kami terpaksa menahan nafas jer lahh..Dah la sesekali air longkang tu terpercik kat kami.. Perghhh!! Memang bau longkang lah kami.. hehehehe..

Pastu, kami ke Jonker Walk. Sajer jalan-jalan ...  Ini antara gambar-gambar yang sempat aku snap masa kat sana. Layan jerr..:)
 
 Gembira nyerr...:)

 Muka aku agak seyes sebab baru pas kena bayar servis keta... 






 Layannn..:)



 Kg Jawa yang terdapat di kawasan ini.

 Argggghh!! Faveret!!





"Berjalan, Melihat Mentafsir"
Nurhani
Puteri Resort
Melaka

Diari : Puteri (Part 1)

Salam semua,

Korang teruja tak bila tengok benda yang korang suka dan sangat menenangkan hati? Kalau aku, aku mesti sukaaaaa sangat..:P And of course aku akan rasa teruja. Rasa tenang, bahagia, seronok dan...







































tak sabar..:P

Hari tu, time kat PD, benda tu ada depan mata, tapi tak seronok, tak menenangkan.. Penuh, sesak, lemas...

Hari ni, aku jumpa lagi benda tu kat Puteri Resort.. Tapi kali ni, benda tu nampak sangat nyaman, tenang, lapang, damai.. Fuhhhh!! Memang tak sabar..:P

Eh! Tak ada orang? Biar betul???

Seyes tak sabar!! Tak leh tunggu dah!

Shakirah, Mid, Raudah, Zurinah, jom!!!!Ini arahan!!

1,2,3..Terjun!!! (Kecebush! Kecebush!)



Syok weh! Siap boleh pilih kolam yang mana..:P

"Berjalan, Melihat, Mentafsir"
Nurhani
Puteri Resort
Melaka

Khamis, 18 November 2010

Diari : Bertemu Hang Tuah?

 
 Salam semua,

Sempena hari raya korban ni, kakitangan Bahagian kami terpaksa berkorban meninggalkan keluarga tercinta selama 3 hari 2 malam. Insyaallah, esok aku dan kakitangan Bahagian akan ke Melaka untuk Bengkel Semakan SKT 2010 dan Penyediaan SKT 2011. Sunyilah opis kami tak ada.. Tak ada yang buat bising, pasang lagu Maher Zain kuat-kuat, jerit-jerit main UNO lepas ofis hour...huhu.. Printer Bahagian Ekonomi pun lapanglah.. Tak ada yang kacau..:P


 Uh! Chanteknyerr.. Mid, jom gi sini Mid..

Pesanan kami pada teman sepejabat, jangan rindu kami tawww!!!Bluwkkkk!!! Perasan ada orang akan rindu!! Kami nak pi jumpa Hang Tuah. Itupun kalau bertuah!:P

"Salam Eidul Adha 1431H"
Nurhani
Shah Alam

Rabu, 17 November 2010

Diari : Korban Cinta...

Salam semua,

Esok Raya Haji 1431H, atau di kalangan orang Melayu Islam, kita panggil Raya Korban, kerana bermula 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah setiap tahun, kita diharuskan melaksanakan ibadah korban. Ibadah ini sangat-sangat dituntut dalam Islam.  Antara hikmah pensyariatan ibadah korban adalah:-

1) Sebagai salah satu cara mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu Wata'ala, sebagaimana yang sering kita ikrarkan dalam sembahyang : "Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidupku dan matiku adalah untuk berbakti kepada Allah Subhanahu Wata'ala".

2) Ibadah korban juga adalah sebagai melahirkan rasa syukur kepada Allah Subhanahu Wata'ala di atas segala nikmat dan rezeki yang telah diberikan-Nya.

3) Untuk mengekalkan ingatan kita kepada kisah Nabi Ibrahim Alaihissalam yang sanggup menyembelih puteranya Nabi Ismail Alaihissalam sebagai korban, akan tetapi Allah menggantikannya dengan seekor kibasy. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah daripada Zaid bin Arqam, dia berkata: Para sahabat Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bertanya, wahai Rasulullah, apakah yang ada pada korban itu? Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam menjawab dengan sabdanya maksudnya :

"Ia adalah sunnah bapa kamu Ibrahim. Mereka bertanya lagi : Apa yang akan kami perolehi daripadanya wahai Rasulullah? Rasulullah menjawab : Bagi setiap helai rambut ada kebajikannya. Mereka bertanya lagi : Bagaimana pula dengan bulunya wahai Rasulullah? Rasulullah menjawab : Bagi setiap helai bulu ada kebajikannya".

4) Melatih dan membentuk kaum Muslimin supaya sanggup berkorban sebahagian rezeki dan nikmat kurniaan Allah demi kepentingan orang lain.

5) Memupuk sikap pemeduliaan dan prihatin terhadap masyarakat iaitu dengan mengagihkan sebahagian daging korban itu sebagai makanan atau meluaskan rezeki orang-orang fakir miskin sempena Hari Raya Aidiladha.

6) Menyemai dan menanamkan sifat terpuji dan nilai-nilai murni ke dalam diri dengan meneladani kesabaran Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail Alaihissalam dan sifat keduanya yang mengutamakan ketaatan dan rasa cinta kepada Allah Subhanahu Wata'ala. (Ini aku ambik dari sini, terima kasih lah atas info yang diberi).
 
Aku tak mau cerita panjang pasal ibadah korban, sebab ramai ustaz-ustaz dah cerita.Aku cuma nak tanya,
Korang buat korban tak taun ni? :P Kalau buat, bagusss!! Kalau tak, berdoalah supaya kita dimurahkan rezeki untuk buat ibadah ini tahun depan.

Korang perasan tak, walau kita tak buat ibadah korban, sebenarnya, hari-hari kita berkorban. Kalau yang bekerja, berkorban masa dan tenaga serta akal fikiran untuk bekerja. Yang tak bekerja, berkorban masa untuk cari kerja, sebab kalau tak bekerja, mana nak dapat duit. Silap2 haribulan, dia pulak yang terkorban! Si suami berkorban masa mencari nafkah untuk isteri (atau isteri-isteri) dan anak-anak. Isteri pulak, berkorban masa dan keringat untuk membesarkan anak-anak. Ada jugak isteri yang bekerja demi membantu suami masing-masing. Aku salute isteri macam ni..:) Aku? Hari ni, aku terpaksa korbankan waktu tidur siang sebab tolong mak buat kerja rumah dan jadi bibik Najla...:P Haha..

Aku percaya, ramai jugak di antara kita yang terpaksa korbankan 'perasaan' demi orang yang mereka sayang dan cinta. Berapa ramai ibu-ibu yang sanggup lupakan perasaan mengantuk waktu malam untuk buat susu anak, berapa ramai bapak-bapak yang terpaksa meninggalkan isteri dan keluarga untuk misi-misi 'kerana agama', berapa ramai kakitangan yang sanggup bersengkang mata buat paper work, dan sediakan maklumbalas untuk siri audit yang dibuat di jabatan, semata-mata nak kekalkan kecemerlangan dan reputasi jabatan yang tersayang. Pak Menteri korbankan masa rehat masing-masing untuk jumpa rakyat. Aku? Mengorbankan perasaan dan impian hidup untuk kebahagian orang lain? Ini kira berkorban ke? :P Allah saja yang tau.

Ramai jugak yang sanggup 'mengorbankan' diri untuk orang yang mereka sayang. Tak caya, tengoklah bilangan remaja hamil luar nikah yang semakin meningkat, sehinggakan terpaksa dibina sekolah khas bagi golongan ini. Semua tu, berkorban demi cinta. Terkorban pun kerana cinta. Macam kes Merapi, ramai yang terkorban sebab teringat lembu dan ternakan mereka yang ditinggalkan. Akhirnya, nyawa masing-masing tergadai. Pengorbanan macam ni jangan diikut. Sia-sia aje. Bukan dapat pahala, tapi dapat bala, dapat dosa, dapat cela.

Pada semua, selamat Hari Raya Korban. Selamat menunaikan ibadah korban kepada yang berkorban. Laksanakannya dengan penuh ikhlas demi mendekatkan diri pada Allah.Yang tak buat korban, niatkan untuk buat korban tahun depan. Pasang niat dulu, insyaallah dipermudahkan Allah. Tak salah berkorban demi cinta, asalkan pengorbanan yang dibuat semuanya berasaskan cinta kerana Allah, bukan kerana nafsu semata-mata. Eid Mubarak 1431H. Selamat berkorban demi Allah dan agama.


"Salam Eidul Adha 1431H"
Nurhani
Kg Raja
Kuala Selangor

Selasa, 16 November 2010

Diari : Le Paris

Salam,

Cuti hujung minggu yang singkat pada 13 dan 14 November 2010 aku penuhi dengan menyertai Program Santai D Le Paris di Port Dickson yang dianjurkan oleh Bahagian MAL dan Audit Dalam MAIS. Sesekali bersantai bersama kawan-kawan sepejabat memang seronok. Selain dapat bertemu dalam suasana santai, bukan 'skema' seperti di pejabat, kita dapat lebih mengenali sahabat kita yang sebenar. Siapa ahli keluarga mereka, berapa orang anak, dan sama ada mereka boleh bersukan atau tidak... (Ahaks! Apakah kaitannya? Kena baca sampai habis:P)

Konvoi sebanyak 8 buah kereta memulakan perjalanan tepat jam 11 pagi. Aku memandu bersama Nora dan Shakirah. Alhamdulillah, perjalanan lancar, kecuali ada beberapa buah lori yang memandu secara berbahaya di lebuhraya. Lebih kurang jam 1 tengahari kami sampai ke Hotel Costa Rica Le Paris, PD. Memandangkan kami cuma boleh check in pada jam 2, kami lepak di bawah pokok di tepi pantai sambil menikmati makan tengahari yang kami bawa dari rumah.

Lapang rasa fikiran melihat pantai Port Dickson dan lautan luas saujana mata memandang. Riak ombak di lautan memberikan halwa muzik ketenangan dalam hati ini. Berjalan di persisiran pantai sememangnya mengujakan. Indah, nyaman, tenang, seronok. Itu yang aku rasa. Subhanallah! Indahnya ciptaan Allah. Maha Suci Allah Yang Maha Kuasa mencipta tiap-tiap sesuatu. Terima kasih kerana masih memberi peluang kepada hambaMu ini merasai nikmat kurniaanMu.

Selepas solat Zohor, kami memulakan acara pertama, iaitu sukaneka. Kami dibahagikan kepada 4 pasukan. Aku dalam pasukan Hijau, Nora pasukan Merah, Shakirah pasukan Oren, Kak Nomi pasukan Biru. Mulanya memang happy bersukan, tapi bila cuaca semakin panas, aku rasa tak sabar nak habiskan. Panas weh! Sun burn la aku. Dah la memang sepanjang masa aku ni sun burn. :P

Lepas game, aku dan Shakirah layan mandi laut. Pasangan suami isteri Ali dan Anis join kami. Anis yang tengah mengandung 4 bulan kata,

"Nak mandi, kena mandi sekarang. Nanti dah ada anak tak dapat nak mandi. Kena dok tepi jerr, tengok anak kita mandi."

Betul jugak kata Anis tu. Aku perasan jugak keadaan ni. Suami-suami mandi dalam kolam,isteri-isteri dok jer kat tepi. Tapi ramai jugak suami yang tengok anak diorang sampai anak diorang puas mandi, baru suami mandi. Bagus lah. Tapi, kalau aku kawin dan ada anak, aku nak mandi jugak. Haha. Tak aci la kita dok tengok ajer kat tepi, ingat best?? Untuk para suami pulak, kena la take turn jaga anak, kalau isteri teringin nak mandi laut atau kolam. Sian pulak kat isteri-isteri solehah ni. Kena jadi guard pulak.

Pastu kami ingat nak terjun ke kolam renang, tapi punyalah ramai orang. So, terpaksalah kami mengalah bagi laluan kat orang-orang lain yang lagi poyo nak mandi kolam. Esok paginya baru kami layan berenang kat kolam. (Berenang ker?:P)

Malamnye, lepas solat, kami buat barbeku kat tepi pantai. Seronok jugak barbeku tepi pantai ni, lagi seronok bila tengah-tengah mengipas, hujan turun..(tak seronok kott!!) Sib bek la kami dok bawah pokok, kira oklah sket, sebab tak terasa lebat sangat. Lagi syok bila ayam, udang dan ikan yang dibakar memang sedap!! Kredit buat Shakirah yang penat 'marinate' mangsa-mangsa kebakaran. Sedap sangat!!

Lebih kurang jam 9.30 malam, acara penyampaian hadiah pulak. Aku terpaksa akur dengan kekalahan pasukan aku kepada pasukan lain. Bukan apa, dah selalu menang, kasi chance orang len menang pulak, kan Nora?:P

Then, acara cabutan bertuah pulak. Semua orang bertuah, sebab sumer orang dapat Al-Quran terjemahan sumbangan LZS. Kredit tu Kak Nomi, hadiah lain korang nak simpan boleh, Quran tu, jangan simpan, BACA ok..:)

Malam tu, aku sempat tengok citer Melayu, Nabil berlakon, tapi rupanya Nabil lebih banyak tengok aku lagi, dari aku tengok dia, last-last aku bangun, amik sembahyang, terus tido sampai Subuh..

Ahadnya, lepas aku dan Shakirah eksesais kat pool, kami siap-siap balik semula ke Shah Alam. Very short vacation trip, tapi tetap seronok. Dah la murah..Kos makan (pagi dan bbq)(RM20), kediaman (RM52), petrol + tol (30 + RM26.20) , sorang lebih kurang RM92 jerr.. Murah kan? Tips nyer senang jerr.. Kena kongsi kereta dan tak makan hotel. Masak sendiri.:)

Ok la. Mak I dah panggil tu soh tolong masak.. Lain kali i buat entry lain. Gambar? Later I upload. Sok nak raya kan? Salam Eidul Adha buat semua. Semoga pengorbanan kita semua hanya untuk Allah dan diiktiraf olehnya. Amin..



"Salam Eidul Adha 1431H"
Nurhani
Kg Raja
Kuala Selangor


Le Paris.

Kolam.

Sabtu, 13 November 2010

Diari : Muallaf - Part 1

Salam semua,

Tadi, seorang muallaf wanita berbangsa Cina bersama 3 orang anaknya hadir ke pejabat untuk bertemu dengan Pegawai Syariah kami, Ustaz Fahimi. Seorang berumur 14 tahun, masih bersekolah, Juana, berumur 8 tahun dan seorang lagi Kasim, 6 tahun. Beliau pernah dua kali bertemu saya. Kali pertama semasa bekas suami wanita tersebut memohon hak jagaan anak mereka di Mahkamah Sivil. Kali kedua semasa membuat follow up kes permohonan hadhanah mereka di Mahkamah Syariah yang diwakili oleh Ustaz Fahimi. Alhamdulillah, Mahkamah memutuskan supaya hak jagaan diberikan kepada ibunya yang Islam, walaupun terdapat bantahan di pihak bekas suaminya yang tidak memeluk Islam.

Juana dan Kasim berjalan-jalan di sekitar pejabat Ustaz Fahimi. Memandangkan ibu mereka sedang berbincang dengan Ustaz Fahimi, dan saya bimbang keletah mereka mengganggu sesi perbincangan, saya mengajak mereka ke bilik saya. Saya menghadiahkan mereka setiap seorang sebuah kotak pensil yang saya isikan dengan pensil, pemadam, pembaris dan pengasah pensil. Saya turut memberikan mereka sebuah buku nota untuk mereka. Kedua-duanya sangat gembira menerima pemberian saya.

"Terima kasih," kata Kasim, yang terlebih dulu membuat pilihan kotak pensil. Warna biru menjadi pilihannya.

"Shey shey," kata Juana pula dalam bahasa Cina yang bermaksud " terima kasih".

"Saya pandai cakap Burma, Cina dan Melayu." kata Kasim, agak pelat, tetapi saya masih boleh memahaminya.

"Oh! Ye ke? Cuba cakap Burma, Auntie mau dengar," kata saya, ingin menduga.

"Oh! Itu ta (tak) tawu," balasnya masih pelat, menyebabkan saya tergelak. Tadi kata tau, bila tanya, tak tau. Itulah kanak-kanak. Keletah mereka sering mencuit hati.

Menggunakan pensil yang saya beri, mereka berdua duduk di kerusi di hadapan saya sambil melakar sesuatu. Melihat mereka seperti teragak-agak, saya melukis sesuatu di atas buku nota yang saya beri, dan mereka meniru lukisan saya. Selesai saja mereka melukis, mereka mengembalikan kepada saya untuk disemak. Saya membubuh "bintang" pada lakaran mereka. Teringat zaman sekolah dulu, cikgu saya memberikan tanda yang sama jika jawapan kita betul semua..:P. Kemudian, saya lakarkan pula huruf-huruf Jawi alif, ba, ta... sampai habis. Juana cepat-cepat meniru sampai selesai. Kasim mungkin belum kenal huruf-huruf tersebut, jadi dia melakar benda lain.

"Ini kaka (kakak), sudah siap," kata Juana.

"Wah! Pandainya!" kata saya, melihat hasil lakaran Juana. Untuk seorang anak muallaf yang baru saja memeluk Islam lebih kurang 4 bulan, jujurnya saya memuji kecerdasannya. Bahkan bila saya tunjukkan hasil lakaran beliau pada ibunya, ibunya seakan tidak percaya.

"Ustazah. Dia ni paling bodoh Ustazah. Mana dia pandai tulis," kata emaknya pada saya.

"Eh. Puan. Betul ini dia yang tulis. Bukan saya, " saya membalas.

"Ya ka? Hayya... " balasnya sambil menguntum senyuman.

Akhirnya, tiba masa berpisah. Si ibu masuk ke bilik saya untuk bersalaman. Sebelum berpisah, beliau bertanya,

"Eh! Kalau kita masuk Islam, kita ada dapat itu, aaa, buku, ituu, aaaa"Asas-asas Agama Islam". Mana mau dapat itu buku ? Saya sudah cari lama, tala jumpa." kata Puan Khadijah.

"Owh. Masa Puan masuk Islam dulu, tak ada dapat ke buku tu?" tanya saya.

"Tak ada. Saya sudah tanya itu Ustazah Baizura, dia kata sudah habis. Saya mau la itu buku. Abang (suami) minta tanya pada Ustaz Fahimi atau ustazah," katanya lagi.

"Yer ker? Tak pe. Insyaallah, nanti kalau saya dapat buku tu, saya kasi kat u," balas saya.

Saya menghantar mereka pulang. Dalam hati, saya bersyukur kerana Allah menghidayahkan mereka untuk memlih Islam sebagai agama mereka. Saya berdoa supaya Allah sentiasa memberi mereka hidayah kepada mereka untuk terus belajar dan memahami Islam. Golongan mualaf ini, mereka diuji mental dan emosi mereka sebelum dan selepas memeluk Islam. Berbanding kita yang sejak lahir memang beragama Islam, banyak rintangan yang golongan ini terpaksa lalui, demi mengenali Islam dan Pencipta mereka. Dibuang keluarga, dan masyarakat, dihina, terpaksa 'berjuang' di mahkamah untuk mendapatkan hak jagaan anak-anak dan sebagainya. Menjadi tanggungjawab kita untuk sama-sama membantu golongan ini, menurut kemampuan kita, kerana kita tak dapat menjangka apa yang mereka lalui, dalam mencari redha Ilahi. Alhamdulillah, bermula tahun 2009, Bahagian Undang-Undang MAIS berpeluang untuk sama-sama membantu golongan ini dengan memberi khidmat guaman percuma kepada mereka, dengan pembiayaan Lembaga Zakat Selangor melalui peruntukan asnaf muallaf. Jom sama-sama menghulurkan bantuan. Sekurang-kurangnya, doakan mereka supaya hidayah Allah sentiasa di hati mereka. Allah bersama kita.:)

"Mencari Redha Ilahi"
Nurhani

Shah Alam

Rabu, 10 November 2010

Diari : Multi Tasking...

Salam,

Huwarggghhh!!! Mengantuknyerr.. Aku baru jer habis baca folder Mesyuarat Jawatankuasa Wakaf yang akan bersidang esok jam 9.30pagi. Folder baru dapat tadi, tengahari. Sebelah pagi aku membuat kerja-kerja rutin menyiapkan tugasan pejabat yang tak pernah surut, menyemak surat-surat dan menjawab panggilan telefon yang tak putus-putus sehinggakan kedua-dua handphone aku kehabisan bateri. Tepat jam 9.30, Puan Maszalina, seorang peguam dari sebuah firma guaman tersohor di Shah Alam sudah berada di pejabat aku untuk berbincang mengenai satu saman pemula yang difailkan terhadap MAIS.

Belum pun mula perbincangan, telefon aku berbunyi. Seorang pegawai penguatkuasa JAIS memaklumkan mengenai mesyuarat bertindak gejala sosial yang diadakan pada pagi ini. Aku meminta maaf kerana aku menyangkakan mesyuarat tersebut pada sebelah petang. Aku memaklumkan tidak dapat hadir kerana ada perbincangan, dan menghantar wakil untuk hadir dalam mesyuarat.

Lebih kurang sejam lebih kami berbincang mengenai kes saman tersebut. Selesai perbincangan, aku mengikut Fahimi, peguam syarie MAIS ke Mahkamah Syariah untuk membaca wakalah dan mengikrar affidavit untuk 7 kes MAIS. Pada waktu rehat, aku dan Pn Nomi ke Mydin untuk membeli barangan untuk program di Port Dickson pada hujung minggu ini sebelum aku bergegas untuk temujanji dengan Tuan Hj Johar, Pengurus Besar KPJ SMC di bangunan KPJ SMC seksyen 20. Agak lama juga kami di KPJ SMC, kerana Tuan Hj Johar mempunyai tetamu lain yang membuat temujanji dengan beliau, so kami terpaksa menunggu.

Balik ke pejabat, aku berusaha menyiapkan kerja-kerja yang tertangguh. Alhamdulillah, sempat jugak siapkan 1 kerja dan emailkan pada boss. Aku solat Maghrib berimamkan Shakirah dan pulang ke rumah dengan Nora.

Kami tak terus pulang, sebaliknya menuju ke TESCO Shah Alam untuk membeli beras. Niat di hati nak beli beras Faiza Herba Poni Taj Mahal yang kurang kolestrol dan kanji, namun kami terpaksa melupakan hasrat tersebut kerana dimaklumkan, Kerajaan India telah mengenakan sekatan terhadap import barangan tersebut sehingga dimaklumkan kelak oleh Kementerian Perdagangan dan Asas Tani, yang sedang berusaha mendapatkan kerjasama Kerajaan India berhubung isu ini. Padanlah aku mencari beras jenis yang sama di Mydin tak ada. Lebih kurang jam 10, baru kami sampai rumah. Aku mandi, solat Isyak dan mentelaah folder mesyuarat. Pas tu, sempat baca paper Metro hari ni. Satu berita menyebabkan aku menjerit,"Gilerr!!" Basuh bayi dalam washing machine?"

Sekarang aku dah mengantuk. Tapi aku masih nak berblog. (Gilerrr!! ) So, apa kesimpulannya? Aku pun tak tau! Eheheh..

Kesimpulannya, hari ni aku rasa, aku berjaya mencapai hasrat MAIS supaya pekerja dan kakitangannya jadi pekerja yang setia dan multi tasking. Aku percaya, ramai kakitangan kat MAIS ni yang setia dan ada skill multi tasking (dah berbelas-belas tahun kerja di MAIS), sebab tu lah bilangan staff di sini masih kurang dibandingkan dengan bilangan staff di institusi Islam lain di Selangor, sedangkan peranan MAIS dah tentu lebih besar dibandingkan dengan intitusi Islam lain, kerana MAIS adalah pihak berkuasa agama yang bertanggungjawab menjaga dan memelihara sosio ekonomi umat Islam di Selangor. Thanks kepada MAIS kerana beri peluang pada aku dan kakitangan lain untuk turut menyumbang tenaga dan idea dalam melaksanakan tanggungjawab MAIS, demi mendapat keredhaan Allah. Alhamdulillah, dah 6 tahun lebih aku kat MAIS. Dari pegawai kontrak ke tetap, semuanya untuk jalankan kerja-kerja agama Islam. Daripada tak ada skill, sampai berskill sklill. Cuma pada aku, sepatutnya, MAIS kenalah jaga staff-staff yang berbakat dan multi tasking kat sini. Kalau staff multi tasking ni bertukar ke tempat lain, aku rasa, rugi besar lah MAIS. Nak kena train balik orang baru :P. Nak faham selok belok MAIS, pun dah ambil masa beberapa lama. Rugi masa, tenaga yang terlatih, dan wang yang telah dibelanjakan untuk beri latihan kepada kakitangan yang multi tasking.

Kesimpulan lain, u ols fikirlah sendiri.:D Aku dah ngantuk. Mau tido. Selamat malam.:P

"Kejayaan Memerlukan Pengorbanan"
Hunny

Shah Alam

Selasa, 9 November 2010

Renung Sejenak : Love Babies..



Salam semua,

Aku suka tengok muka kanak-kanak, bila time susah hati. Sebab, diorang ni memang chomel dan menenangkan. Macam kat atas tu..:)Dah la babies ni, boleh buat apa saje tanpa malu-malu. Nak kentut depan orang (kita mesti malu kan, Nora?), mak tolong cucikan kencing berak (wah! malu kott orang len nak buat kerja nih), aktiviti mencuci dah la dibuat secara terang-terangan( :D). Then diorang boleh melalak bila-bila masa kat mana-mana pun (kita selalu tunjuk kita macho, tak nak nangesh depan orang), kat shopping kompleks, kat jalan raya, dalam kereta, kat masjid. Bila dapat apa yang diorang nak, diorang cuma senyum dan buat muka tak bersalah.

Itulah kelebihan diorang. Tapi aku tak pernah benci diorang. Sebab? Diorang jujur... Sebab tu, bila anak buah aku panggil aku "Cik An Mok" aku boleh bersabar, sebab diorang memang jujur.. (Hahahahaha!!)

Tapi aku heran, kenapa ada orang nak buang dan bunuh spesis chomel ni? Sepatutnya pemberian Allah ni, disayangi, diberikan haknya, bagi makan, tempat tinggal dan pakaian yang mencukupi, bukan dibuang merata-rata, bagi makanan percuma kat anjing, nyamuk, dsb. Dah la berzina, membunuh pulak! Dua jenayah berat dibuat, macam mana nak jawab kat akhirat nanti. Nauzubillah.. mudah-mudahan Allah ampunkan dosa dan beri hidayah pada mak bapak yang buang anak ni.

Daripada buang anak tu, lebih baik beri pada keluarga angkat yang dah lama idamkan cahaya mata, tapi tak dapat-dapat. Ataupun letak kat baby hatch mana-mana. Sekarang banyak kat Malaysia. Cukup-cukuplah buat satu dosa, bukan makin tambahkan dosa yang sedia ada. Tolong jangan buang anak itu!

Tapi diorang seyes chomel!! Tak caya? Sila scroll..:P


Pakai baju jenama binatang haram pun tetap chomel..:P

Macam ner diorang boleh dump babies? Diorang ni sangat comel kot!

Sampai ker hati korang nak buang bayi comel macam ni?

Yang ini aku paling suka, sebab baju dia ada nama aku.. hahaha..:P

Peace No War!!!

Merenung masa depan, gelap atau terang.Ianya bergantung kepada ibu dan bapa yang membesarkan.

Sayangi anak-anak, beri mereka makan pakaian dan tempat tinggal. Beri mereka pendidikan agama secukupnya supaya ilmu yang diamal menjadi benteng dari mereka melakukan maksiat.

Boleh tak bayangkan kesedihan babies yang ditinggalkan? Mereka terlalu mentah untuk menghadapi dunia ini berseorangan. Mereka perlu kasih sayang dan tunjuk ajar. Mereka perlu makanan dan tempat tinggal. Tanggungjwab ibu dan ayah yang melahirkan.
So please.. Dont dump your babies.

"Sayangi Anak Anda"
Nurhani
Shah Alam

Ahad, 7 November 2010

Diari : Bila Aku Tak Pakai Telekung Sendiri..

Salam semua,

Semalam aku dan Raudah 'berjalan-jalan' ke Serdang. Tak pernah aku berjalan-jalan ke area Serdang sebelum ni. Ini pun sebab dijemput untuk 'makan-makan' kat umah Shikin. Disebabkan pertama kali sampai sini, kami berdua tersesat jalan, walaupun Shakirah dah bagitau 'panduan ringkas' ke sana.

"Nak senang, cari Hospital Serdang, then cari signboard MAEPS, MAEPS, then follow ajer signboard MAEPS tu. Umah dia dekat dengan MAEPS," terang Shakirah dengan penuh ringkas seolah-olah aku selalu sangat ke Hospital Serdang.

Aku rasa, sekali jer kot aku pernah ke sana, semasa menziarahi Allahyarham Tuan Kadhi Daerah Kuala Langat. So, memang aku tak ingat sangat jalan ke sana.Namun, berbekalkan kepada keyakinan bahawa Allah akan permudahkan urusan kita jika kita ikhlas dan falsafah tersendiri aku "kalau sesat pun, aku masih di Malaysia":D, so, aku dan Raudah meneruskan perjalanan ke Serdang. Perjalanan yang sepatutnya memakan masa 30 -40 minit, memakan masa selama sejam setengah, kerana kami tersilap masuk ke exit Putrajaya dan terpaksa 'makan angin' dulu di Putrajaya sebelum masuk ke Kajang dan 'bersiar-siar' pula di lebuhraya menghala ke arah Kajang.

"Ihdinassirotol mustaqim (tunjukkanlah kami jalan yang benar)," kata aku pada Raudah, dengan nada berlawak, namun sesungguhnya aku benar-benar berdoa kami berjumpa jalan yang betul. Alhamdulillah, setelah puas berpusing-pusing selama lebih kurang 30 minit, kami sampai di lebuhraya yang menghubungkan kami dengan Hospital Serdang. Saya terus memandu mengikut panduan yang diberi oleh Shakirah. Alhamdulillah, akhirnya kami berdua sampai di lokasi majlis tersebut.

Memandangkan waktu Zohor dah masuk, aku mengajak Raudah solat di masjid yang terletak berhampiran dengan lokasi majlis dibuat. Memang menjadi kebiasaan aku untuk membawa kain telekung sendiri kalau ke mana-mana, kerana biasanya telekung 'free' yang ada di masjid atau surau-surau especially yang kat shopping kompleks, memang 'kurang menyelerakan'. Susah nak jumpa yang wangi dan bersih. So, aku prefer bawak telekung sendiri, kecuali aku nak keluar sekejap ajer, dan sempat solat di rumah. Falsafah tersendiri aku, kita pastikan baju kita bersih dan cantik bila bertemu manusia (contohnya bila di pejabat), tetapi bila bertemu Allah, kita guna telekung yang smelly dan tak bersih. Sedangkan sepatutnya, bila bertemu Allah, kita kenalah pakai the best dress (telekung) yang kita ada. Ini falsafah tersendiri aku, sebab tu aku suka sangat beli telekung atau dihadiahkan telekung. Dalam koleksi telekung aku, 3 helai Kak Normi bagi, selai staff Bahagian Undang-Undang bagi, 5 helai kawan-kawan bagi, 3 helai aku beli sendiri. Ini pun rasa nak beli lagi yang macam Nora punya. Hehehe..:)

Tapi, to my surprise, telekung kat masjid ni, memang bersih dan suci. Sangat bersih kott! Sehinggakan aku tak jadi pakai telekung sendiri, sebab memang bersih! Bukan maksudnya telekung aku tak bersih, tapi nak beri pahala pada orang yang mewakafkan telekung tu dan yang bersihkan telekung tu. Alhamdulillah.. Mudah-mudahan Allah beri rahmat kepada pewakaf dan pembersih telekung kat masjid tu. Siap dibubuh nila kott!! Anyway, kredit to Shikin and family:P. Semoga anda sekeluarga beroleh ganjaran dari Allah swt.

Bagi aku, bila kita pakai telekung yang kurang bersih, boleh menyebabkan kurang khusyuk kita dalam solat, sebab menahan bau yang kurang menyenangkan. Solat pun nak cepat habis., sebab tak selesa. Kadang-kadang doa pun tidak, apatah lagi berzikir. Sebab itulah, Islam amat menekankan kebersihan diri dan tempat solat. Kerana itu kita perlu berwudhuk, memakai pakaian yang bersih dan tempat solat kita perlu bersih. Hikmahnya supaya kita lebih khusyuk semasa menunaikan solat.

Untuk makluman semua, keprihatinan terhadap tahap kebersihan telekung di surau-surau di shopping kompleks ini juga turut membawa kepada penganjuran PROTEK 2010 (Projek Telekung oleh HELWA ABIM) yang dimulakan pada 12 Jun 2010 di Kompleks Beli Belah Sogo. Projek ini masih lagi diteruskan oleh penganjur (yang merupakan teman-teman rapat saya), dan saya dimaklumkan, mereka masih memerlukan sukarelawan-sukarelawan untuk mendapatkan pihak-pihak yang sudi waqaf/sedekah/hadiah telekung untuk mengganti telekung-telekung di Surau-Surau pusat-pusat membeli belah lain di Lembah Kelang. Selain itu projek ini juga mencari sukarelawan yang sudi mengambil/membasuh/membayar kos dobi bagi telekung-telekung lama yang akan dikutip daripada surau-surau tersebut.

Terkini, program ini diteruskan di Denai Alam Recreational Centre di mana Helwa ABIM memerlukan sumbangan telekung (PROTEK), sejadah untuk surau, permainan lama (untuk anak2 yatim yg dtg berkunjung) serta buku2 terpakai untuk pembinaan perpustakaan mini di kelab tersebut. Projek ini akan bermula pada 4 Disember 2010. Sesiapa yang berminat untuk menyumbang bolehlah email kepada Huda di alamat email huda@agc.gov.my untuk maklumat lanjut. Email pada saya pun boleh.:)

"Kebersihan, asas keimanan"
Nurhani

Shah Alam

Model muslimah bangga menggayakan telekung masjid yang bersih.

Bersih kan? Bandingkan bahagian muka telekung ini dengan telekung di tempat lain yang selalunya bertahi lalat dan smell smell not good.

Susun atur masjid yang kemas dan bersih.

Bahagian belakang ruang solat wanita di masjid lama ini. Kemas dan bersih..:)

Kredit kepada AJK Masjid ini. Walaupun bangunan lama, namun, kebersihan kawasan luar dan dalam masjid masih dikekalkan.

Pandangan dari luar pagar.

Kubah masjid lama ini membuktikan keuzuran masjid ini, namun masih kekal bersih dan kemas. Konsep kebersihan menurut Islam tak semestinya yang baru, tetapi yang bersih.

Sabtu, 6 November 2010

Diari : Komen terbaik untuk blog ini..

Salam semua,

Aku rasa, aku tak la hari-hari mengupdate blog aku. Ikut tahap 'kerajinan' dan 'kemalasan' aku. Dan jugak masa aku. Tak macam blogger-blogger tegar yang lain, satu hari mesti ada update, at least satu entry. Dah macam KPI blogger, 1 hari, 1 entry... :D. Aku pun pernah berazam macam tu jugak, tapi selalunya langgar KPI sendiri. Haha..

Blogger-blogger termasuk aku akan jadi excited bila membaca komen-komen pengunjung or blogger-blogger lain yang datang menziarah. Betul tak? Aku pasti jawapannya 'ya' melainkan komen yang diterima negatif. Itulah salah satu 'keseronokan' dalam dunia blog. Berkongsi pendapat dan pandangan di dalam dinding-dinding maya, tanpa perlu bersua muka. Komen-komen positif seperti 'nice entry' penulisan yang bermanfaat, biasanya akan membuatkan kita mau menulis lebih banyak lagi. Ada jugak blogger yang dapat bonus, bila ada award diterima..:) Memang senyum la seharian..:P

Tapi, semalam bila ada seorang pengunjung blog aku berterus terang bagitau aku, 'banyak dia dapat ilmu dengan membaca blog aku" seyes, aku terharu. Walaupun dah banyak komen positif yang aku terima berkenaan entry-entry aku dalam blog ini, (kebanyakannya dari staff MAIS), tapi komen yang ini buat aku rasa terharu sangat.

Aku rasa, inilah komen terbaik untuk blog ini sepanjang aku menulis. Walaupun ilmu yang aku ada tak seberapa, namun alhamdulillah, tercapai juga niat asal aku nak menulis, untuk tinggalkan pesanan yang baik pada orang lain. Mudah-mudahan aku dan rakan-rakan blogger yang lain terus diberi bimbingan dan hidayah Allah untuk terus menulis entry yang bermanfaat kepada orang lain. Jadikan blog kita, blog rujukan untuk orang yang mau menambah ilmu. Insyaallah, Allah bersama kita.. :)

"Ilmu Itu Perlu"
Nurhani
Kg Raja

Kuala Selangor

Khamis, 4 November 2010

Renung Sejenak : Teman Setia Sepanjang Hayat



Salam semua,

Hari ini aku bercuti, sebab esok nak raya, nak baling kelapa... Ahahaha...:D. Semalam aku merempit tak hengat dari opis, sebab nak elak balik malam. Tapi Allah punya kuasa, aku sampai umah, malam jugak, lebih kurang jam 8.30. Oleh kerana aku kuar opis pun dah lewat, dalam pukul 6.50pm, then aku singgah solat Maghrib kat masjid Kg Puncak Alam, akhirnya, aku terpaksa jugak merentasi jalan Ijok - Berjuntai Bestari - Kg Raja - Tg Karang yang gelap pekat bersendirian. Walaupun baru jer lepas Maghrib, tapi suasana dah gelap gelita sebab tak ada lampu jalan. Mula-mula aku layan lagu-lagu rock kapak, then aku rasa 'kurang selamat' pulak dengar lagu macam tu, terus aku on CD Maher Zain aku... Huwa huwa... Penakut tahap Gaban kot!! Then, apalagi.. Aku speed la.. Naik keta enjin 2.0 VTEC, aku pun berdesup jerr...

"Mesti mak risau ni, sebab aku belum sampai." getus hati aku.

Tepat jangkaanku. 2 miskol mak kat hp aku. Aku terus kol mak. Mak bagitau, adik aku, Uda, yang dari Shah Alam pun dah sampai. Aku update lokasi kat mak dan teruskan perjalanan. Kali ini lebih laju, sebab suara mak bagi aku semangat untuk jadi lebih berani. Ahhahaaa.. boleh macam tu?

Masa aku lalu jalan paling gelap dalam dunia (dari Unisel ke arah Tg Karang), adik aku plak kol, tanya dah sampai mana. Dia kata 'hati-hati'. Hehehe.. Cam tau-tau jer aku seram-seram kuku lalu kat situ sensorang..:) Walhal dah berpuluh taun aku lalu jalan yang sama. Dah la kat kampung aku ada orang baru jer meninggal pagi tu... Hiii.. Seram!!

Tapi bila sampai umah, aku rasa semua perasaan seram, takut, cuak, nervous, etc etc tu, hilang serta-merta, bila lihat muka orang-orang yang aku sayang. Mak, Abah, kakak, abang, adik-adik.. Patutlah Allah anugerahkan Khadijah sebagai pelengkap kepada Rasulullah SAW. Untuk menemani dan menenangkan Baginda saat Baginda perlukan teman. Teringat aku saat-saat semasa Nabi bertemu Jibril dan menerima wahyu pertama Baginda. Baginda menggeletar, pucat lesi wajah Baginda dan menggigil tubuh Baginda. Langsung Baginda balik ke rumah, dan Nabi ditenangkan oleh Khadijah. Khadijah juga yang mula-mula beriman dengan Nabi dan menjadi teman untuk Nabi berkongsi kepayahan berdakwah kepada ummah. Walaupun Nabi berkahwin lain selepas kematian Khadijah, namun, Baginda masih tidak dapat melupakan jasa dan pengorbanan Khadijah membantunya di sepanjang 23 tahun tempoh dakwahnya.

Bagi aku, kita juga manusia biasa seperti Nabi. Sentiasa diuji Allah. Kadangkala kita mampu bertahan menghadapi ujian itu bersendirian. Kadangkala kita perlukan sokongan dan bantuan teman-teman dan keluarga. Acapkali kita berazam untuk melakukan sesuatu, dan acapkali juga pendirian kita berubah. Semuanya kerana motivasi diri yang sentiasa pasang surut. Kat ofis pun sama. Setiap hari sebelum pergi kerja, aku berazam nak jadi pekerja yang baik, tapi kat ofis banyak betul ujiannya. Ujian mental dan emosi. Ini budak ofis aku jer yang tau..hehe..:).

Tapi, kita perlu berhati-hati, kerana tak semua teman pembimbing membantu kita untuk jadi manusia lebih baik. Kes-kes lari dari rumah, penzinaan, buang bayi puncanya kerana teman pembimbing yang membimbing ke arah yang lebih buruk. Pengalaman sehari aku di Henry Gurney baru-baru ni, membuktikan bahawa remaja kita terdedah dengan segala macam maksiat dan jenayah disebabkan pengaruh kawan. Sorang pelatih yang duduk sebelah aku disabitkan atas 7 pendakwaan jenayah menyamun. Dia disabitkan melalui identification parade (kawat cam). 7 report polis, 7 orang yang buat report mengecam dan mengesahkan dia adalah orang yang menyamun. Bila aku tanya puncanya, dia bagitau dia ambil dadah sebab terpengaruh dengan kawan. Bila dah ketagih dan tak ada duit nak beli dadah, dia menyamun pulak. Yang sorang lagi pecah masuk sekolah. Sebab ikut kawan. Sorang lagi curi duit dalam mesin slot kat Genting Highlands. Jumlahnya RM22,000-00, tapi dia bukan dapat semua pun. Dia dapat RM2,000 jerr..Pastu kena meringkuk dalam Henry Gurney. Nasib baik tak masuk penjara sebab bawah 21 tahun. RM20,000-00 kawan dia dapat. Sebab percaya kawan, masa depan mereka musnah. Ada jugak yang mengaku, dah merogol 9 orang anak gadis sebelum tertangkap. Nauzubillah..

Menurut soal siasat yang aku buat, mereka lebih banyak menghabiskan masa dengan kawan-kawan 'pembimbing' daripada keluarga yang 'mencegah', itu tak boleh, ini tak boleh. Ada juga keluarga yang jenis 'melantak', maknanya, 'lantaklah ko nak buat apa pun'. Jadi jiwa budak-budak remaja yang nak bebas dan tidak suka disekat ni pun memberontak. Tambah teruk lagi bila tidak diisi dengan ilmu agama dan sandaran iman yang kukuh. Bila bersama kawan-kawan, mereka bebas buat apa saja. Tak ada orang nak ingatkan atau larang. Memang la best! Dunia ini, ana yang punya!!

So, kalau nak cari kawan, carilah yang boleh bimbing dan sokong kita menjadi lebih baik, lebih tenang, lebih maju, lebih berilmu, dan lebih berani menempuh ujian yang Allah beri. Bukan semakin jauh dari Allah, semakin sesat. Macam mana kalau tak ada orang nak berkawan dengan kita? Allah Maha Pengasih dan Penyayang. Dianugerahkan KalamNya yang mulia, Al-Quran yang mulia, mukjizat Nabi tercinta, untuk menemani kita saat-saat kita takut, sedih, luka, duka, pilu. Ianya teman terbaik dan paling setia menemani kita saat kita perlukan teman. Tak pernah sekalipun dia menolak bila kita memerlukannya, menyentuhnya, mendakapnya, mengucupnya dan cuba memahaminya. Tak pernah dia memaki, menista, memfitnah, bercakap buruk pasal kita, membuat cerita palsu mengenai kita. Sebaliknya dia beri kita satu ketenangan hati dan jiwa saat bibir kita melagukan bait-bait syair cinta yang Allah utuskan untuk kekasihNya Muhammad SAW. Aku menggelarkannya "Teman Setia Sepanjang Hayat" untuk semua orang. Ianya mengingatkan aku kepada Penciptaku, dan Kekasih Penciptaku. Ianya membuat aku menelusuri dan mengimbau sejarah Kekasih Allah Adam, Musa, Isa, Soleh, Lut, Hud, Yusuf, Ayyub a'laihimussalam yang diuji dengan 1001 macam ujian yang maha hebat, lebih hebat dari kita semua. Ianya membuatkan aku bersyukur dengan nikmat yang Allah beri, dan membuat aku merasa kecil dan lemah di hadapan Penciptaku.

Moral of the story, setiap orang perlu ada teman setia untuk merasa lebih yakin diri dan menempuh kehidupan seharian. Tentu kita gembira dan suka kalau dapat meluangkan masa dengan teman setia yang sebegini bukan? Masa bersama teman seperti ini serasa sebentar, walhal dah berjam-jam kita meluangkan masa bersamanya. Lalu, adilkah kita kalau kita tak luangkan masa langsung untuk "Teman Setia Sepanjang Hayat" iaitu Al-Quran? Bukan lama, sekejap aja pun tak mengapa. 5 minit sehari? Mungkin baik untuk permulaan. :) Kata orang tua-tua ," Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain".

Jom spendkan masa bersama teman setia ini sekurang-kurangnya selembar sehari untuk merasa yakin diri dan semakin dekat dengan Allah. Lebih elok dibuat di awal pagi supaya kehidupan kita sentiasa dibimbing oleh Allah. Mudah-mudahan hidup kita diberkati. Amin.

"Al : Quran: Teman Setia Sepanjang Hayat"
Nurhani
Kg Raja
Kuala Selangor

Selasa, 2 November 2010

Diari :Grrr..Grrr..

Salam,

Tadi aku gi joging dengan Shikin, then sampai umah kami wat sit up 30 kali.. Sebab aku tak puas hati, masa aku gi gathering kat Tasik Shah Alam last wik, ada sorang budak pompuan turun berat badan 3.2kg dalam masa seminggu! Aku punyalah kontrol makan (yer ker?? :D) baru turun 8kg. Rahsianya? Pagi dan malam dia minum shake, tengahari makan bihun sup, or apa-apa yang berasaskan sup. Petang eksesais selama 40 minit. Then beliau minum air bergelen-gelen. Perghh!!! Padan la turun cepat!! Aku pun cuba kaedah tersebut. Pagi shake, tengahari makan bakso, malam shake.

Sekarang dah hampir kol 12 malam, tapi aku lom tido lagi.. Tunggu pompuan Jepun aku habis cuci baju aku. Lambat pulak rasanya.. Sok nak balik kampung, so bakul baju wajib kosong..:P. Balik Raya.. Deepa raya, aku pun mau balik jugak!!

"Grrrr.." "Grrr.."

Uiks! Bunyi apa tu?? Takkan Shikin kot? Dia dah tidur.. Nora balik kampung.. Habis?? Seram jugak aku dok sorang-sorang kat depan ni. Dah la ada insiden ngeri berlaku kat aku 3 hari lepas yang membuatkan aku susah nak tidur malam.

"Grrrr.." "Grrrr.."

Makin kuat pulak bunyinyerr.. Seram pulak aku. Aku beranikan diri. Jenguk ke dapur. Tak ada apa-apa. Dalam peti ais? Zero.. Bilik mandi?? Tak ada jugak! Mana momok tu?

"Grrrr.." "Grrrr.."

Ek eleh!! Perut aku rupanya!!!:P

*Moral of the story, jangan tido lewat sangat, nanti lapar. Nasib baik kat umah ni, memang tak ada menda nak dikudap. Kalau tak, selamat!!!

Jangan usik emosi aku Bro!

Aku ingat aku jer lapar, rupanya ada sekampung Imam yang lapar..:P

"Sajer"
Nurhani

Shah Alam

Isnin, 1 November 2010

Kenangan Lalu : Aisyah Sinclair

Salam semua,

Aisyah Sinclair dan aku.

Korang kenal kan minah comel yang berfoto dengan aku tu? Aisyah Sinclair. Adik kepada Asyraff Sinclair yang kawen dengan minah Indon, Bunga Cinta Lestari. Dan of course, anak kepada Mr Sinclair. Gambar ni aku ambik masa dijemput untuk rancangan NTV 7, Venus. Sepatutnya seorang Ustaz daripada JAIS yang dijemput untuk beri penjelasan mengenai isu kes penceraian yang semakin meningkat kat Malaysia. Namun disebabkan Ustaz tu tak fasih berbahasa Inggeris, so, dia pass tanggungjawab tu kat aku, yang cakap English pun versi Jawa.. :P

So 28 April 2008, aku sampai kat stesen TV Tujuh kat Hicom Glenmarie. Time tunggu turn tu, aku dok sekali dengan si Aisyah ni, sebab dia ada program lain. Dia sangat ramah mesra ok? Walaupun aku tak ada la minat sangat dengan dia ni, tapi cara dia bersembang dengan kita, memang aku suspek, sebab memang mesraaaaaaaaa, macam dah kenal lama. Tak sombong.

Sebelum appear on screen, diorang kasik sarapan dulu, and touch up sket. Itulah first time aku appear on TV, and siaran langsung kot!! Aku digandingkan dengan seorang peguam wanita berbangsa India yang sangat berpengalaman mengendalikan kes-kes perceraian di kalangan orang bukan Islam. Nak bandingkan dengan aku yang banyak mengendalikan kes-kes hartanah, so, frankly, aku sangat GABRA kot!! Tapi aku buat-buat confident..ehehehe..:P

Kawan-kawan aku dan sedara-mara aku yang sempat tengok program tu komen "ok". Diorang kata berabuk-abuk aku speaking! Hahahaha.. Diorang sumer tertipu.. Sebenarnya, aku belasah jerr kot! Tapi aku rasa, penerbit program tu, tak berpuas hati sangat dengan aku. Sebab tu dia tak panggil dah... hehehe..

Anyway, pada aku, yang penting pengalaman yang aku dapat. Walaupun aku dah biasa berucap di hadapan ramai orang (paling ramai 500 orang kot masa Konvensyen Pengurusan Masjid Selangor 2008) but still, aku masih gugup di hadapan kamera. :P

"Pengalaman : Tak Ternilai Dengan Wang Ringgit"
Nurhani
Shah Alam