Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Khamis, 25 Disember 2008

Diari 12 - My Mum, My Love


Ibu dan kami

Salam semua,


Sempena cuti Krismas, saya balik ke kampung menjenguk keluarga. Saya dan dua adik lelaki saya bertolak pulang dari Shah Alam sekitar jam 11.50 malam. Kami konvoi dua biji kereta, kerana adik lelaki saya bercuti panjang, sedangkan saya perlu bekerja pada esok harinya kerana ada mesyuarat penting yang saya perlu hadiri.


Jalanraya agak lengang kerana mungkin disebabkan cuti sekolah dan waktu sudah lewat malam. Sebelum bertolak pulang, saya sempat meneguk kopi panas untuk menghilangkan mengantuk. Kami tiba di rumah lebih kurang jam 12.30 malam. Emak kami yang sudah pun tidur, bingkas bangun dan menyambut kepulangan kami. Begitulah kasih sayang seorang ibu, walau letih dan mengantuk macam mana sekalipun, jika anak-anaknya pulang, pastinya akan disambut dengan penuh mesra. Emak menasihati saya, supaya jangan membiasakan pulang lewat malam berseorangan, kerana bimbangkan keselamatan saya. Kerana sudah lewat malam, kami tak sempat bersembang panjang, dan masing-masing terus tidur.


Keesokan hari, kami mengadakan majlis sambutan hari jadi anak kakak di rumah. Semasa bersembang dengan emak, dia berkata, ”Kau janganlah keluar malam sorang-sorang. Bahaya. Macam-macam cerita sekarang ni mak dengar. Kalau naik lif tu pastikan ada kawan. Nak keluar malam pun, kenalah berteman.” kata emak lagi. Saya hanya tersenyum dan menganggukkan kepala, antara bersetuju dengan kata-kata emak dan untuk menghilangkan kerunsingan emak. ”Sayangnya emak pada saya,” kata hati saya.


Begitulah dalamnya kasih sayang ibu kita pada kita. Tak putus-putus walaupun kita dah dewasa dan matang. Saya yakin, bukan emak saya sahaja yang bersikap penyayang begitu. Rasulullah saw bersabda dalam satu hadis, apabila sahabat bertanya, siapakah yang patut ditaati selepas Allah dan Rasulnya. Rasulullah berkata kepada sahabat, ”Ibumu, Ibumu, Ibumu, kemudian barulah Rasulullah berkata, ”Ayahmu.”


Justeru, adalah wajib bagi kita mentaati ibu dan bapa seperti mana sabdaan Rasulullah saw, melainkan dalam perkara yang mungkar. Untuk ibutercinta dan ibu-ibu lain, terima kasih, atas segala kasih sayang, pengorbanan, nasihat dan tunjuk ajar. Doakan yang terbaik untuk anak-anakmu. Mudah-mudahan doamu itu menyelamatkan kami dari bala dan bencana. You are my mum, my true love.

Saya, abah, ibu dan adik.

Ibu dan cucunya yang riang dan nakal-nakal.


Cinta kepada Allah,

Cinta Rasul

Cinta Ibu Bapa

Cinta kepada Ummah

Cinta kepada Kecemerlangan

Marilah kita semua

Cintai 5 perkara, Cintailah....

4 ulasan:

Azri berkata...

Salam Kak hani.

Mana gambar suami dan anak anak ?

betullah nasihat ibu tu. Kan nabi dah pesan orang perempuan jangan jalan sorang-sorang...lupe ke ? Lain kali janagn jalan sorang sorang. Suami tak ikut balik ke ?

Nurhani Salwa Binti Jamaluddin berkata...

Gambar suami dan anak-anak? Biarlah rahsia...:)

Azri berkata...

Ustazah, kenapa ber rahsia. Macam takut dengan madu je ?

Nurhani Salwa Binti Jamaluddin berkata...

Azri,

Saya percaya, semua orang, termasuk Azri sendiri pun ada rahsia masing2. Kalau diceritakan, bukan rahsia lagi..:) Kalau ditakdirkan bermadu, kadang kala perlu juga berahsia, bukan sebab takut dengan madu, tapi untuk mengelakkan perkara yang buruk terjadi, atau aib orang terbuka.Bukankah itu amalan yang baik dan dituntut?:)