Menjadi satu kebiasaan apabila seseorang artis mendirikan rumahtangga, masyarakat menjangka populariti mereka akan menurun selepas berkahwin. Semalam, Raja SMS Malaysia, Mohd Asmawi Ani, atau nama popularnya MAWI selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya, EKIN, yang juga seorang artis. Berita hari ini menyiarkan rungutan ramai wartawan kita yang dihalang daripada membuat liputan untuk majlis perkahwinan MAWI-EKIN yang dianggap Wedding of the Year 2008.
Dua perkara yang ingin saya kongsikan dengan semua:
1) Cukup menghairankan saya, kenapa masyarakat kita lebih mementingkan isu populariti seseorang artis daripada kewajipan artis itu menjaga batas-batas ugama Islam. Islam menuntut supaya penganutnya yang berkemampuan supaya berkahwin, untuk menjaga nasab dan keturunan dan mengelakkan zina. Di dalam sebuah hadis juga rasulullah s.a.w. bersabda bahawa, “Barangsiapa yang berkahwin, ia telah mendirikan separuh daripada Sunnahku”. Jujurnya, sikap artis seperti MAWI dan EKIN yang melangsungkan perkahwinan, di saat kegemilangan mereka, sepatutnya dicontohi oleh artis-artis lain dan juga orang lain, untuk mengelakkan fitnah, perbuatan sumbang dan gejala sosial di kalangan mereka.
2) Hukum memenuhi undangan perkahwinan adalah wajib apabila dijemput, dan haram apabila tidak dijemput oleh tuan rumah. Menurut satu hadis: "Apabila seseorang darimu dijemput menghadiri jamuan perkahwinan, maka hendaklah ia menghadirinya." - Diriwayatkan oleh al-Bukhari. Mafhum mukhalafahnya, kalau tidak dijemput, haram untuk kita hadir. Berlainan dengan wartawan2 kita, tidak dijemput pun tetap mahu hadir, sudahnya, bila tak dapat buat liputan, mengata pulak keluarga pengantin..
Buat Mawi dan Ekin, Selamat Pengantin Baru. Semoga dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai suami dan isteri dengan baik. Buat syarikat2 media dan akhbar, udah2 la tu.. Cuba renung dan muhasabah diri, moga-moga coretan ini dapat dihayati oleh semua.

2 ulasan:
salam...
saya tak sure tapi adakah anda pasti undangan tak diberikan kepada pihak media?
kekadang kita takda bukti dan kita tak dapat buktikannya, so ia akan menjadikan sesuatu perkara kurang baik untuk dibicarakan...
smile always...
senyum kepada org yang disayangi
Tanpa nama,
maaf lupa nak jawab. dah habis wedding Mawi baru jawab. Yang nyata, ramai wartawan dan media komplen, tak dapat ambil foto2 perkahwinan mereka, walaupun diundang, sebab astro dah beli hak siaran.Dah diundang pun mengata juga.. hahahaha.. what a life!
Catat Ulasan