Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Selasa, 31 Mac 2009

Diari - Hari yang meletihkan..

Salam semua,

Dah lama tak menulis.. lebih kurang seminggu juga, disebabkan beberapa urusan pejabat yang hmemerlukan tindakan segera.. Rindu betul tak memblog.. mana taknya.. ujung minggu dihabiskan dengan menyiapkan paper projek untuk pengajian sarjana saya di UIAM. Dah minta tangguh 3 kali daripada pensyarah, sebab tak sempat nak siapkan. Sepatutnya, semalam dan hari ini (30 dan 31 Mac 2009) saya perlu menghadiri Kursus Pengurusan Faraid di Institut Latihan Dakwah Selangor, tetapi terpaksa saya batalkan kerana ada perkara yang memerlukan komitmen mendesak daripada saya. Hasrat di hati nak mendalami ilmu Faraid, kerana dalam satu hadis nabi bersabda, " ilmu yang terawal hilang daripada dada manusia adalah ilmu faraid"..sebab itulah bersungguh-sungguh benar saya nak hadiri kursus itu, tapi nak buek camno, tak ada rezeki.. Insyaallah kalau dah ada ilmu, boleh kongsikan dengan masyarakat yang nak tahu mengenai pembahagian harta menurut Islam.

Isnin pagi saya terpaksa 'memanaskan badan' untuk saringan memilih peserta untuk pasukan ping-pong wanita jabatan untuk Karnival Sukan MAIS bersama anak syarikat yang diadakan hujung minggu ini. Alhamdulillah berjaya.. Tapi yang tak bestnya, tak dapat main single, sebab kalah dengan my junior.. sebab dah lama tak main, skill pun dah hilang,..hehehe..Sebelah petangnya, saya habiskan dengan menyiapkan beberapa tugasan pejabat. Selepas waktu pejabat, saya menghadiri sesi latihan untuk team volley ball pulak.. fuhh!! dah lama tak berpeluh-peluh, bila berpeluh2 rasa best pulak.. (walaupun bau asyemm!! hehehe) Malamnya saya ambil sedikit masa (sebelum berehat panjang) untuk menyiapkan projek paper kumpulan saya..
My favorite sport..
Sakit juga tangan menampar!!

Tadi sepanjang hari struggle lagi nak siapkan, tapi tak dapat juga, sebab telefon berdering2 dan ada client. Sebelah petangnya, saya turun latihan volleyball.. habis training ke klinik, sebab tak tahan batuk teruk sangat, dah seminggu.. perut sakit sebab menahan batuk hari-hari.. tapi akibatnya, lepas makan ubat batuk, memanglah rasa nak tidooo.. tengah menaip ni pun dah rasa nak tertidooo..


Koh!Koh! Kahak kahak!! Isk! memang sakitlah tekak ni batuk.. Ya Allah.. Mudah2an cepat lah baik..


Memang lah saya tak suka ubat batuk, especially, bila effectnya kita jadi mengantuk... Dah ngantuk dah ni.. babai!


Khamis, 26 Mac 2009

Diari - Terkenang semasa dulu..

Salam semua,

Semalam saya dijemput sebagai panel untuk Bengkel Pemurnian Peraturan-Peraturan Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor di Pusat Kegiatan Guru yang terletak di bekas bangunan lama Sekolah Agama Menengah Tinggi Hishamuddin, Kg Jawa Kelang. Sebenarnya, Bengkel tersebut telahpun bermula sejak hari Isnin 23 Mac 2009, dan berakhir semalam, tetapi disebabkan kesibukan dengan tugas-tugas pejabat dan menyelesaikan permohonan pengisytiharan peguam syarie, saya hanya berkesempatan menghadiri bengkel tersebut pada hari yang terakhir.

Apapun, selain daripada sesi semakan dan cadangan pindaan ke atas beberapa peraturan yang dikemukakan oleh pihak urusetia (daripada Bahagian Pendidikan JAIS), perasaan saya menghadiri bengkel kali ini berbeza dengan bengkel semakan lain yang sebelum ini saya hadiri. Ia seolah mengimbau kembali kenangan semasa saya di Tingkatan 2 sehingga 5 (sempat ambil Tingkatan 6 Bawah sekejap sementara tunggu offer dari Universiti) di bangunan tersebut yang dulunya merupakan sebuah sekolah agama yang mashyur di Negeri Selangor. Selepas 13 tahun saya kembali semula ke sekolah ini, sekolah dah berubah, saya pun dah berubah, dengan portfolio yang berbeza dan pemikiran yang berbeza. Dulu sebagai pelajar yang perlu dibimbing dan dididik, sekarang sebagai panel yang memberi bimbingan pula kepada pegawai dan kakitangan Bahagian Pendidikan Islam JAIS, yang sebahagiannya merupakan bekas guru-guru saya dulu semasa di sekolah ini. Pelik juga, tapi itulah aturan hidup yang Allah tentukan, dulunya kita di bawah, perlukan sokongan dan bantuan, sekarang kita pula di atas, dan tak mungkin satu hari nanti kita berada di bawah semula. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui atas setiap sesuatu yang berlaku.

Oleh kerana itulah, Islam amat menitik-beratkan soal perpaduan dan ukhuwah islamiyyah di kalangan umatnya, sehingga terdapat satu hadis Nabi SAW yang menyatakan mafhumnya; "tidak beriman seseorang itu melainkan dia mengasihi saudara seislamnya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri". Justeru, marilah kita hidup secara harmoni dan tolong menolong di kalangan saudara seislam, kerana mungkin sekarang mereka perlu bantuan kita, akan datang kita pula yang meminta bantuan daripada mereka. Hanya Allah yang tahu kita di mana esok, minggu depan, bulan depan, tahun depan dan seterusnya. Tambahkan iman dan amalan, mudah-mudahan selepas kita mati, kita tahu kita di mana.. Wallahua'lam..


Bangunan yang menempatkan bilik perbincangan kami dulunya adalah Blok Asrama A dan B. Sekarang jadi bilik mesyuarat dan bilik-bilik bengkel.

Dulu kat sini ada dorm (bilik asrama), tapi sekarang dah jadi bilik mesyuarat.

Ini kawasan di hadapan bilik mesyuarat. Dulu ada kolah mandi besar kat sini. (Kami mandi berjemaah) (hehehe). Sekali tu, tengah mandi, ada pengawas datang, minta nama dan no bilik, sebab time tu orang lain tengah berdiri dalam perhimpunan, kami dok mandi lagi.. wa kenabeb! Lambat gi sekolah rupanya.. Time kena tangkap tu, Form 4, honeymoon year maaa..

Ni pula dulu Blok Asrama C dan D. Time sekolah dulu, kat tempat ada tong biru tu, rumah warden kami. Namanya Ustazah Rubiah. Banyak kenangan manis kena marah dengan warden (sebab nakal!), harap-harap beliau ampunkanlah dosa dan kesilapan kami kat dia.

Ni dulu tempat saya layan training ping-pong dengan kawan-kawan. Time minggu periksa, tengah study, bila tension dan mengantuk jer, layan la dua tiga round, sampai dua tiga pagi pun ok.. hehehe.. Apapun, kat sini la saya start mengenali sukan ping-pong dan terus minat sampai hari ini... Sekarang jadi tempat makan penceramah..

Dewan makan, tetap juga jadi dewan makan... Yang ni tak berubah.. Maintain.. Cuma dulu kami makan di atas. Kat bawah budak lelaki.

Sajer la tangkap gambar koridor ni. Dulu pernah la pusing dan gayut2 kat tiang2 koridor ni, bila cikgu lambat masuk.. kat kelas (pintu oren) tu, dulu kelas tingkatan 5 saya.

Dulu pernah belajar di bangunan lama ini. sekejap, masa kelas Tingkatan 6 Bawah. Bangunan ni betul2 sebelah kubur. Memang pahala banyak lah sebab hari2 ingat mati.. hehehe.. Sekarang tak tau jadi apa, sebab nampak macam dah uzur dan tak digunakan.

Dulu Sekolah Agama Menengah Tinggi Hishamuddin, sekarang sekolah rendah agama. Dulu kelas masa Tingkatan 2 dan 3 saya di Tingkat 2 bangunan ini. Sebab tu agak slim time tu! Hari-hari exersice.. Haha!

Wajah-wajah generasi baru sekolah agama ini. Mudah-mudahan mereka membesar menjadi Muslimah yang bermanfaat pada agama, bangsa dan negara.

Antara aksi pelajar-pelajar lelaki yang sempat dirakamkan. Semoga kelak kau jadi pejuang agama yang sentiasa berjuang untuk agama Islam, bangsa dan negara...

Suasana di dalam bilik bengkel kami. Cik Nurul, kakitangan Bahagian Pendidikan Islam yang sangat komited menaip semua cadangan pindaan kami. Di tempat beliau duduk, dulunya tempat meja dan kerusi saya di dalam kelas Tingkatan 5. Duduk depan sekali. Betul2 depan meja guru. Selalu kena sound sebab suka tidur dalam kelas. Pernah kena denda berdiri oleh guru subjek Bahasa Arab Tinggi dan Komunikasi sebab tidur dalam kelas. Memang dia marah betul waktu tu. Nasib baik tak ada rotan, kalau tak tentu berbirat2 kami dibuatnya. Kami sekelas minta maaf selepas kelas. Yang ajaib, saya dapat A1 untuk kedua-dua subjek tersebut!! Mungkin saya terlalu insaf lepas peristiwa tu, jadi belajar sungguh2.. heheheh.. (mustahil!) Anyway, terima kasih Ustazah!!

Bahagian belakang bilik bengkel, diletakkan carta organisasi Pusat Kegiatan Guru JAIS.

Sebahagian panel-panel yang dijemput, dua daripada bahagian Undang-Undang MAIS, seorang daripada Kamar Penasihat Undang-Undang Negeri. Bebaju hitam, pegawai dari Bahagian Pendidikan Islam JAIS.

Pegawai-pegawai BPI JAIS yang hadir dalam sesi perbincangan.

Saya dan dua lagi pegawai kanan BPI JAIS. Di sebelah kanan saya, adalah Cikgu Jamaliah, yang juga merupakan guru Bahasa Malaysia saya semasa Tingkatan 3. Jejak kasih..

Bergambar bersama peserta bengkel selepas program selesai.

Rabu, 25 Mac 2009

Idea mencurah - Menunggu..

Saya mendapat artikel ini yang dipanjangkan melalui emel oleh sahabat saya dari Indonesia . Sebab seronok membacanya, saya nak kongsikan dengan pengunjung yang menziarahi blog saya. Saya membuat sedikit pindaan supaya lebih mudah untuk memahaminya.

Menunggu merupakan salah satu aktiviti kita yang hampir-hampir tidak bisa kita hindari, misalnya saja: menunggu bas datang, menunggu giliran membayar saman trafik, menunggu suami dan anak-anak pulang, menunggu hari dapat gaji, menunggu masuk waktu Solat dan berbuka, menunggu doa kita dikabulkan, etc.

Kegiatan menunggu ini, hampir banyak orang tidak suka untuk melakukannya. Hal ini disebabkan sebahagian orang menganggap aktiviti menunggu adalah hal yang membuang-buang waktu dan membosankan. Sebaliknya, dalam kita menunggu, sebenarnya kita dapat menemukan karakter lain kita sebagai manusia, yang kurang sabar, yang tak putus asa (tak mau berhenti menunggu), yang tidak merasa puas (walaupun dah lama menunggu), yang ingin melampaui diri (nak yang lebih daripada keupayaan kita). Orang menyebutnya transendensi (istilah latin, trans: melalui, melewati, melampaui : duduk --> melampaui kedudukan atau keberadaan kita).

Dalam menunggu, kita pun bisa menemukan hasrat terdalam hidup kita: hasrat akan yang lain, perjumpaan dengan yang lain...Kita menunggu sesuatu seperti menunggu seseorang yang sebentar lagi akan membawa kita ke sebuah kenyataan lain daripada kenyatan yang sedang sekarang kita rasakan. Jika anda pernah jatuh cinta pada pandangan pertama pada seseorang, perasaan itu paling kurang menumbuhkan kerinduan mendasar untuk bertemu atau minimal melihatnya lagi.
Ada yang mengatakan bahwa kita hidup dalam generasi microwave. Di hari dan zaman ini, kita mendapatkan hal-hal sekarang lebih cepat dari yang pernah ada, namun itu masih belum cukup baik, tidak cukup cepat untuk pilihan cepat kita. Popcorn masih memerlukan waktu lama untuk meletus.Makanan- makanan dalam kuali memerlukan waktu lama untuk menjadi panas.Kita menikah dan mengharapkan memiliki hal yang sama yang dipunyai pada orang tua kita setelah dua puluh lima tahun perkawinan! Mobil baru, rumah yang bagus, tambahan wang belanja. Hal-hal ini semua memerlukan waktu untuk memperolehnya, namun rasa terburu-buru kita, kita menjadi tidak sabar. Kita ingin sesuatu sekarang, dan kita tidak mau menunggu.

Menunggu itu suatu pekerjaan yang mengagumkan, karena itulah bentuk usaha tertinggi yang bisa dilakukan manusia. Sedarkah bahwa seluruh dari kita ini tak lebih adalah kaum penunggu. Kita ini memang sedang menunggu. Kita juga sedang menunggu saat-saat kematian itu datang pada kita. Dan kita tak pernah tau kapan saat itu datang pada kita. Maka di dalam caramu menunggu itulah terletak martabat hidupmu. Berbuat amal kebaikan itu yang mesti kita lakukan dalam menunggu.

Coba kalian perhatikan pemandu teksi menunggu penumpangnya, peniaga-peniaga menunggu pelanggannya. Pedagang-pedagang di pasar tradisional, pekerjaan mereka setiap hari juga menunggu. Tentunya mereka sedang menunggu para pembeli dagangan mereka. Aku pernah amati pedagang sayuran di sebuah pasar, seorang nenek tua yang masih giat bekerja, nenek yang tak pernah merasa lelah menunggu.

Tak ada kegiatan yang paling membosankan selain menunggu. Padahal, hidup adalah kegiatan menunggu. Orang tua menunggu tumbuh kembang anak-anaknya. Rakyat menunggu kebijakan pemerintahnya. Para gadis menunggu jodohnya. Pegawai menunggu akhir bulannya. Semua menunggu.Nikmatilah ! Insya Allah, menunggu menjadi sesuatu yang sangat menyenangkan, yang bisa memacu addrenalin anda bekerja lebih cepat, rasakan nikmatnya dalam sebuah penantian. Tapi menunggulah dan berikan batas waktu untuk sesuatu yang anda tunggu. Yang penting, tunggulah ketibaan hari yang dijanjikan Allah.. Tentunya kita perlu bersedia.. Mehlah sama-sama terus kan menunggu.. Mudah-mudahan dalam kita menunggu, kita mempersiapkan diri kita dengan bekalan untuk saat-saat kematian dan hari kiamat yang ditunggu-tunggu..

Diedit semula oleh:

Nurhani
Shah Alam
Malaysia

Selasa, 24 Mac 2009

Diari - Adab dan Etika

Salam semua,

Hari ini saya sepatutnya berada di Bengkel Pemurniaan Kaedah-kaedah Sekolah Islam Negeri Selangor, tetapi disebabkan perlu ke Mahkamah Tinggi untuk memfailkan permohonan pengisytiharan peguam Syarie Negeri Selangor, saya terpaksa membatalkan hasrat tersebut. Saya memandu sendirian ke bangunan Mahkamah yang terletak lebih kurang dua km dari pejabat saya. Disebabkan hujan lebat, ramai peguam-peguam syarie berebut-rebut meletakkan kereta masing-masing di parking space mahkamah, (yang sememangnya sempit kerana terpaksa berkongsi dengan Mahkamah Tinggi Sivil). Yang lebih teruk apabila para peguam dan orang ramai yang menghadiri mahkamah meletakkan kereta masing-masing ikut suka, menyekat laluan keluar masuk ke parking, mem'block' kereta dengan 'double parking'. Saya yang pada mulanya berhasrat untuk mencari tempat letak kereta, setelah dua kali berpusing-pusing di sekitar kawasan parking tersebut, saya bertukar fikiran dan terus menelefon seorang kakitangan di Bahagian saya untuk menemani saya, supaya beliau boleh menunggu di kereta dan saya menjalankan urusan di Mahkamah Syariah. Saya sempat melihat dua tiga orang pelanggan Mahkamah yang tidak dapat keluar dairipada kawasan letak kereta kerana kereta mereka dihalang oleh kereta lain.

Apa yang bermain di fikiran saya adalah, walaupun seseorang itu diajar dengan etika dan adab sebagai seorang peguam, tidak semestinya dia seorang yang beradab dan beretika dalam meletak kereta. Walaupun mungkin perkara ini remeh bagi sebahagian orang, its really had an impact on me. Untung pada waktu itu tidak ada kecemasan atau kemalangan yang berlaku. Bagaimana jika ada orang tercedera, atau orang yang keretanya disekat mempunyai kecemasan yang memerlukan beliau segera beredar? Pernah sekali saya mempunyai kes di Mahkamah dan telah meminta pemandu menghantar saya ke Mahkamah. Sebelum itu, saya telah berjanji dengan saksi saya, (seorang yang sangat menepati waktu) untuk mengambil beliau pada jam 10 pagi di rumahnya. Malangnya, kereta jabatan saya disekat oleh seorang yang tidak beretika dan beradab, yang menyebabkan pemandu saya terpaksa berkejar ke Unit Informasi untuk membuat pengumuman. Lebih kurang 20 minit selepas itu, barulah pemandu kereta berkenaan mengalih keretanya. Lebih mendukacitakan (dan menyebabkan hati terbakar) tak ada inisiatif pemandu itu untuk meminta maaf! Lebih teruk lagi, saya dimarahi oleh saksi saya yang terus memadamkan telefon bimbitnya kerana lama menunggu.

Apapun, kalau nak menyalahkan pihak peguam dan pengunjung yang meletakkan kereta masing-masing secara tak senonoh seratus peratus pun tak boleh, kerana saya difahamkan bangunan Mahkamah tersebut dalam proses renovation, dan sebahagian parking spacenya ditutup untuk kerja-kerja pembaikan. Bangunan baru untuk Mahkamah Syariah sedang dalam pembinaan. Berkemungkinan mereka sudah terlewat disebabkan kesesakan lalulintas ( hujan lebat) dan takut kes kena buang sebab lambat, depa pun park ikut suka.. Park at your own risk betul! Tapi saya tetap merasakan adalah tidak wajar untuk parking ikut suka, kerana seingat saya, banyak ruang meletak kereta disediakan oleh pihak yang berwajib, cuma kemungkinan disebabkan jarak yang agak jauh dengan Mahkamah, tidak ramai pengunjung Mahkamah yang meletak kereta mereka di situ.

Moralnya, walaupun mungkin kita merasakan kesilapan kita hanya kecil, kemungkinan ia memberi kesan yang besar pada orang lain. Perkara yang kita pandang kecil berkemungkinan dianggap besar dan sulit pada orang lain. Belajarlah menjadi insan yang lebih beradab dan beretika. Don't be selfish. Do think about other person as well. Berakhlaklah seperti akhlak Islam. Mudah-mudahan apabila kita memudahkan urusan orang lain, Allah akan memudahkan urusan kita. Wallahua'lam..

Khamis, 19 Mac 2009

Diari - Dari Selangor ke Negeri Sembilan..



Salam semua,

Selama dua hari (18 dan 19hb Mac 2009) saya berada di Negeri Sembilan untuk satu projek penyelidikan usahasama di antara pihak MAIS, UITM dan UIAM. (Maaf, tak dapat nak disclose kajian mengenai apa, kerana terikat dengan perjanjian sebagai penyelidik). Di pihak MAIS, seramai 3 orang pegawai Bahagian Undang-Undang MAIS termasuk saya dilantik sebagai Ahli Pasukan Penyelidik yang telah memulakan projek penyelidikan ini sejak 2008 lagi. Lawatan ini diketuai oleh Ketua Kumpulan Penyelidik, Prof Madya Dr Mohamed Azam Bin Mohd Adil, dari Institut Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU) UITM. Sepanjang dua hari, pihak kami telah membuat lawatan dan perbincangan di tiga jabatan penting di Negeri Sembilan iaitu Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan, Jabatan Mufti Negeri Sembilan dan Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri, Negeri Sembilan . Sepanjang dua hari satu malam di sana, banyak maklumat dan info-info yang dikongsi mengenai penguatkuasaan undang-undang Islam dan penyelarasan kerja di antara tiga institusi ini dibincangkan, hasil daripada pertemuan kami dengan ketua-ketua jabatan tersebut. Mudah-mudahan pertemuan dengan jabatan-jabatan ini dapat mengukuhkan jaringan kerja antara insitusi-institusi agama dan memudahkan penyelarasan dan penguatkuasaan undang-undang Islam di kedua-dua negeri. Moga-moga jambatan persaudaraan atas nama Islam ini akan terus terjalin, demi bangsa, agama Islam dan negara.

Mendengar penerangan dan taklimat daripada YAA Ketua hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan.

Saling bertukar-tukar buah tangan dengan YAA Dato' Hussin, Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah, Negeri Sembilan.

Bergambar kenangan di hadapan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan. Dari kiri, Prof Madya Dr Mohamed Azam bin Mohd Adil, Pesyarah Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU) UITM dan Ketua Projek Penyelidikan, saya, Cik Nurul Shakirah (Research Assistant) dan Encik Suzaini (Academic Staff UITM).

Pada hari kedua kami mengadakan lawatan dan perbincangan di Jabatan Mufti Negeri Sembilan.Berbaju hijau SS Timbalan Mufti Negeri yang mengetuai sesi taklimat, berbaju kuning, Ustaz Mat Zaki (Penolong Mufti), dan dua orang wakil NGO Islam, Ustaz Danial Hakim Boey dan Cikgu Muhamad Adnan. Seronok sungguh berbincang, dari jam 9.30 pagi sampai tak sedar dah 12.30 tengahari..

Destinasi terakhir lawatan kami adalah ke Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan. Terima kasih kepada Dato' Ishak (berbaju batik), Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan yang sudi melayan kehadiran kami walaupun sibuk dengan tugasan pejabat. Banyak info-info yang diberi semasa sesi perkongsian ilmu bersama beliau sepanjang pengalaman beliau sebagai pengamal undang-undang dan State LA di beberapa negeri.

Memberi token cenderamata daripada MAIS dan CITU kepada Dato' Ishak kerana kesudian beliau melayani pihak kami. Terima kasih banyak-banyak Dato'!

Bergambar kenangan bersama Dato' Ishak, Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan dan beberapa pegawai kanan beliau sebelum bertolak pulang.

Adakah ini destinasi terakhir, atau baru permulaan? I guess, this is just the beginning.. After all, we need to submit the research, and we might come back to this state for further research.. I guess..

Alhamdulillah, semuanya selesai dengan selamat. Cuma terkilan sebab tak sempat nak rasa cendol sedap dekat area Rembau, berdekatan tol Senawang, kerana masa tak mengizinkan. Dengar kata, siap boleh refill lagi kalau dah habis.. Menarik tu.. Tapi, lain kali la kott.. Selamat Tinggal Negeri Sembilan.. Pada yang sudi menerima kunjungan kami,terima kasih banyak.. Jemputlah datang ke Selangor pulak..

Isnin, 16 Mac 2009

Cintai Allah - Terima Kasih Allah..

Salam semua,

Tiada apa nak ku coretkan hari ini. Cuma nak meluahkan rasa syukur pada Allah swt yang telah mengurniakan nikmat yang banyak dan tidak ternilai kepadaku. Terima kasih Allah atas semua nikmatMu.. Alhamdulillah... Paling aku bersyukur, kerana masih dapat bernafas, berfikir untuk menghadapi hari esok. Syukurnya aku hidup dalam negara yang aman, syukurnya aku dilahirkan Islam, agama yang Kau redhai.. Syukurnya aku masih punya sekujur tubuh yang lengkap anggotanya untuk ku beribadat. Syukurnya aku dapat merasai limpahan kasih dan sayang keluarga, emak, ayah, abang, kakak, adik.. tidak seperti anak yatim, tidak berbapa, atau piatu, tidak berayah beribu. Syukurnya ada otak untuk ku berfikir menyelesaikan masalah. Syukurnya ada dahi untuk ku sujud di bumi dan menghambakan diri padaMu, syukurnya ku punya suara bisa ku lagukan dengan zikir dan tahmid memujiMu, syukurnya ku punya sahabat-sahabat yang sudi membantu di kala kesusahan, punya keluarga yang berkasih-sayang, punya hati dan perasaan untuk mencintaiMu dan mencintai orang-orang yang mencintaiMu dan KekasihMu..

Mak dan abah.. Ku bersyukur dianugerahkan ibu bapa yang ceria dan penyayang.. Kalian lah yang mengajarku mengenali Tuhanku adalah Allah, Nabiku adalah Muhammad.. Terima kasih mak abah, terima kasih Allah..

Keluarga dan sanak saudaraku.. Moga kita terus kekal berkasih sayang dan mengingatiMu..

Ya Allah, ampunilah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku, keluargaku dan saudara2ku yang Muslimin dan Musliamt, mudah-mudahan kami tergolong dalam golongan hambaMu yang bersyukur... Amin... Alhamdulillah..

Sabtu, 14 Mac 2009

Diari - Hari yang sibuk..

Salam semua,

Maaf lama tak post entry, sebab tersangat-sangatlah bznyer dengan kerja di pejabat. Hari-hari balik lewat dari ofis. Malam dah malas nak berfikir untuk mengarang. Sekadar jengah blog rakan2, tanya khabar, tapi tak sempat tulis artikel. Sampai rindu awek cute Fatahiyah dengan coretan saya. Hehehe..

Pagi tadi, saya terlibat dengan sidang akhbar yang dibuat oleh pihak MAIS untuk menyatakan pendirian MAIS mengenai bantahan menggunakan kalimah Allah oleh orang bukan Islam dalam agama mereka. Kemudian saya terlibat dengan sambungan program pre - audit MS ISO : 2000 di jabatan. Saya sebagai auditor yang layak (perlu menghadiri kursus sebagai auditor dan lulus peperiksaan yang dibuat sebelum layak dilantik sebagai auditor) telah membuat audit susulan ke atas Unit Latihan, Bahagian Pengurusan MAIS dan Bahagian Baitulmal, MAIS. Program pre- audit ini amat penting kepada organisasi yang mendapat Sijil MS ISO untuk memastikan pengurusan organisasi adalah cemerlang dan dalam keadaan bersedia sebelum audit sebenar dibuat oleh pihak Jabatan Audit Negara. Program ini bermula sejak hari rabu dan berakhir hari ini.

Waktu rehat yang panjang saya gunakan untuk membeli hadiah untuk lucky draw sempena Program Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Sukan dan Kebajikan MAIS di sebuah pusat membeli-belah di USJ. Saya dihubungi oleh Setiausaha MAIS untuk mendapatkan salinan warta asal untuk Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) 1988. Kelam-kabut saya meminta daripada pihak Kamar Penasihat Undang-Undang Negeri, kerana saya dimaklumkan pihak istana meminta salinan warta tersebut sebelum jam 5 petang. Alhamdulillah, urusan saya dipermudahkan, hasil bantuan seorang pegawai di Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri dan kakitangan saya, warta tersebut dapat diserahkan kepada Setiausaha MAIS lebih kurang jam 4 petang.

Pada sebelah petangnya, saya mempengerusikan satu mesyuarat untuk mengusir penghuni-penghuni yang menghuni di atas sekeping tanah milik MAIS di PJ. Penghuni-penghuni yang telah diberikan notis untuk keluar daripada hartanah tersebut telah hadir untuk memohon lanjutan tempoh menduduki hartanah tersebut. Bagaimanapun, saya hanya memberikan mereka tempoh selama 1 minggu supaya mereka keluar dari hartanah tersebut.

Pada sebelah malamnya, saya menghadiri Majlis Perasmian Program Menghafaz Al-Quran Negeri Selangor yang dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Selangor. Seronok mendengar bacaan ayat-ayat suci Al-Quran yang diperdengarkan oleh para huffaz. Rasa tenang dan damai. Malam ini, hanya dua orang peserta memperdengarkan bacaan. Program ini akan berlangsung selama tiga hari sehingga Isnin depan.

YAB Menteri Besar memberi ucapan perasmian majlis.

Kumpulan nasyid Hijjaz turut memeriahkan majlis dengan mengalunkan istighfar secara acapella (sedap sangat!!) dan sebuah nasyid mengenai Cinta kepada Nabi.

Auditorium MBSA Shah Alam dipenuhi dengan penonton-penonton yang kebanyakannya pelajar-pelajar daripada maahad tahfiz dan sekolah agama di seluruh Selangor.

Peserta pertama memperdengarkan hafazannya, wakil dari daerah Kuala Langat. Time jamuan, kebetulan saya duduk sebelah ibunya dan adik perempuannya. Kata ibunya, memang adik ni nak sangat jadi hafal al-Quran, bukan sebab mak atau ayahnya minta. Alhamdulillah. Moga2 urusan dunia dan akhirat adik ini dipermudahkan kerana menjaga kalam Allah.

Peserta kedua malam ini. Seronok dan terharu mendengar adik ini mengalunkan ayat-ayat suci al-Quran tanpa melihat al-Quran. Terang hati betul adik2 ni. Calon isteri solehah ni :)

Sambil mendengar bacaan mereka, saya menyemak dan membaca bersama-sama. Sengaja saya bawa bersama tafsir Quran dari rumah untuk menyemak bacaan.


VVIP sedang menjamu selera selepas majlis selesai. Kelihatan adik Muhamad duduk bersebelahan dengan MB. Berbaju coklat muda, YAD Dato Setia Pengerusi MAIS, berbaju hijau, Dato' Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

Wakil-wakil jabatan yang turut hadir. Dari kiri, Ustaz Khairi Solehan, Penguasa Rumah Perlindungan Wanita (Baitul Ehsan), berbaju hijau, Ustaz Khairi, Timbalan Rektor Kolej Universiti Islam Selangor, Ustaz Ali Mohamad, Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor.


Bergambar bersama seorang sahabat, dan adik Muhamad, yang merupakan Tokoh Maulidurrasul Peringkat Negeri Selangor dan Peringkat Kebangsaan kerana kejayaannya mengharumkan nama negara dalam bidang hafazan di dalam dan luar negara. Seumur 10 tahun, dah hafaz keseluruhan al-Quran. Beliau mengalunkan bacaan Al-Quran semasa pembukaan Majlis malam ini. Saya terlewat hadir, tetapi diberitahu oleh MC bertugas bahawa suara beliau dan taranumnya sangat sedap. Moga-moga adik Muhamad meneruskan usaha dan bakat beliau memperdengarkan bacaan al-Quran ke serata dunia.

Banyak lagi gambar lain, tapi broadband ni buat hal. Lama betul nak upload image. Tensen tunggu. Lain kali la letak gambar banyak2..

Selasa, 10 Mac 2009

Cintai Nabi - Sekitar Majlis Sambutan Maulidurrasul Peringkat Negeri Selangor 1430H/2009M

Salam semua,

Nak kongsikan gambar2 sekitar majlis Sambutan Maulidurrasul Peringkat Negeri Selangor di Stadium Melawati Shah Alam. Kontijen kami tak menang, tapi tak apa. Yang penting semua orang tak henti2 berselawat ke atas junjungan besar Rasulullah SAW dan bernasyid memuji Baginda.

Selepas subuh dah kena ada dalam bas nak ke stadium.. Huhu..

Kontijen muslimah Majlis Agama Islam Selangor. Ready to march! Dont forget the selawat!!

Kontijen TNB berbaris di belakang kontijen kami. Begitu bersemangat melaungkan selawat. Tak habis-habis, sampai masuk stadium pun masih berselawat. Cayalah u alls!!
Suasana di padang Stadium Mini Shah Alam, lokasi perarakan bermula, dipenuhi dengan 93 kontijen dari pelbagai institusi, jabatan kerajaan, badan berkanun dan sekolah-sekolah sekitar Selangor.


Terharu tengok pakcik-pakcik veteran kita yang bersemangat meraikan sambutan Maulidurrasul ini. Terima kasih kepada penganjur yang prihatin dengan menyediakan tempat duduk khas untuk golongan ini.

Kumpulan koir JAIS memimpin nyanyian lagu negeri Selangor semasa keberangkatan masuk dan pulang DYMM Sultan Selangor.

Persembahan Khas - Bacaan Maulid nabi dengan alunan gambus. Best giler!

Kumpulan In-Team, antara kumpulan nasyid yang membuat persembahan pada pagi tadi.

Penonton berdiri berselawat bersama-sama.

Semangat pakcik-pakcik ni melaungkan selawat sambil berdiri.

Dalam majlis yang sama, DYMM Sultan berkenan untuk menyampaikan Anugerah Maulidurrasul 1430H kepada tokoh-tokoh yang terpilih. Tokoh termuda adalah seorang pelajar (lupa plak nama adik ni) yang telah menghafaz keseluruhan al-quran semasa umur beliau 10 tahun. Beliau juga merupakan penerima Anugerah Maulidurrasul Peringkat kebangsaan pada hari ini di Wilayah Persekutuan. Disebabkan beliau menghadiri Majlis Sambutan di Wilayah Persekutuan, Anugerah Saidina Ali di Peringkat Negeri beliau telah diterima oleh bapanya bagi pihak beliau. Syabas kepada adik, mudah-mudahan dapat dicontohi oleh anak-anak muda yang lain. Tokoh-tokoh lain yang menerima anugerah Maulidurrasul termasuklah Ustaz Safwan Fathy, penulis buku dan skrip TV, (Anugerah Imam Ghazali) dan Tan Sri Ambrin Buang (Anugerah Umar Bin Abdul Aziz).

Tahniah kepada penganjur dan urusetia Majlis yang bertungkus-lumus membuat persiapan untuk program ini. Mudah-mudahan, program seumpama ini dapat menambah rasa cinta pada Nabi kita Muhammad SAW.