Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Sabtu, 14 Mac 2009

Diari - Hari yang sibuk..

Salam semua,

Maaf lama tak post entry, sebab tersangat-sangatlah bznyer dengan kerja di pejabat. Hari-hari balik lewat dari ofis. Malam dah malas nak berfikir untuk mengarang. Sekadar jengah blog rakan2, tanya khabar, tapi tak sempat tulis artikel. Sampai rindu awek cute Fatahiyah dengan coretan saya. Hehehe..

Pagi tadi, saya terlibat dengan sidang akhbar yang dibuat oleh pihak MAIS untuk menyatakan pendirian MAIS mengenai bantahan menggunakan kalimah Allah oleh orang bukan Islam dalam agama mereka. Kemudian saya terlibat dengan sambungan program pre - audit MS ISO : 2000 di jabatan. Saya sebagai auditor yang layak (perlu menghadiri kursus sebagai auditor dan lulus peperiksaan yang dibuat sebelum layak dilantik sebagai auditor) telah membuat audit susulan ke atas Unit Latihan, Bahagian Pengurusan MAIS dan Bahagian Baitulmal, MAIS. Program pre- audit ini amat penting kepada organisasi yang mendapat Sijil MS ISO untuk memastikan pengurusan organisasi adalah cemerlang dan dalam keadaan bersedia sebelum audit sebenar dibuat oleh pihak Jabatan Audit Negara. Program ini bermula sejak hari rabu dan berakhir hari ini.

Waktu rehat yang panjang saya gunakan untuk membeli hadiah untuk lucky draw sempena Program Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Sukan dan Kebajikan MAIS di sebuah pusat membeli-belah di USJ. Saya dihubungi oleh Setiausaha MAIS untuk mendapatkan salinan warta asal untuk Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) 1988. Kelam-kabut saya meminta daripada pihak Kamar Penasihat Undang-Undang Negeri, kerana saya dimaklumkan pihak istana meminta salinan warta tersebut sebelum jam 5 petang. Alhamdulillah, urusan saya dipermudahkan, hasil bantuan seorang pegawai di Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri dan kakitangan saya, warta tersebut dapat diserahkan kepada Setiausaha MAIS lebih kurang jam 4 petang.

Pada sebelah petangnya, saya mempengerusikan satu mesyuarat untuk mengusir penghuni-penghuni yang menghuni di atas sekeping tanah milik MAIS di PJ. Penghuni-penghuni yang telah diberikan notis untuk keluar daripada hartanah tersebut telah hadir untuk memohon lanjutan tempoh menduduki hartanah tersebut. Bagaimanapun, saya hanya memberikan mereka tempoh selama 1 minggu supaya mereka keluar dari hartanah tersebut.

Pada sebelah malamnya, saya menghadiri Majlis Perasmian Program Menghafaz Al-Quran Negeri Selangor yang dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Selangor. Seronok mendengar bacaan ayat-ayat suci Al-Quran yang diperdengarkan oleh para huffaz. Rasa tenang dan damai. Malam ini, hanya dua orang peserta memperdengarkan bacaan. Program ini akan berlangsung selama tiga hari sehingga Isnin depan.

YAB Menteri Besar memberi ucapan perasmian majlis.

Kumpulan nasyid Hijjaz turut memeriahkan majlis dengan mengalunkan istighfar secara acapella (sedap sangat!!) dan sebuah nasyid mengenai Cinta kepada Nabi.

Auditorium MBSA Shah Alam dipenuhi dengan penonton-penonton yang kebanyakannya pelajar-pelajar daripada maahad tahfiz dan sekolah agama di seluruh Selangor.

Peserta pertama memperdengarkan hafazannya, wakil dari daerah Kuala Langat. Time jamuan, kebetulan saya duduk sebelah ibunya dan adik perempuannya. Kata ibunya, memang adik ni nak sangat jadi hafal al-Quran, bukan sebab mak atau ayahnya minta. Alhamdulillah. Moga2 urusan dunia dan akhirat adik ini dipermudahkan kerana menjaga kalam Allah.

Peserta kedua malam ini. Seronok dan terharu mendengar adik ini mengalunkan ayat-ayat suci al-Quran tanpa melihat al-Quran. Terang hati betul adik2 ni. Calon isteri solehah ni :)

Sambil mendengar bacaan mereka, saya menyemak dan membaca bersama-sama. Sengaja saya bawa bersama tafsir Quran dari rumah untuk menyemak bacaan.


VVIP sedang menjamu selera selepas majlis selesai. Kelihatan adik Muhamad duduk bersebelahan dengan MB. Berbaju coklat muda, YAD Dato Setia Pengerusi MAIS, berbaju hijau, Dato' Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

Wakil-wakil jabatan yang turut hadir. Dari kiri, Ustaz Khairi Solehan, Penguasa Rumah Perlindungan Wanita (Baitul Ehsan), berbaju hijau, Ustaz Khairi, Timbalan Rektor Kolej Universiti Islam Selangor, Ustaz Ali Mohamad, Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor.


Bergambar bersama seorang sahabat, dan adik Muhamad, yang merupakan Tokoh Maulidurrasul Peringkat Negeri Selangor dan Peringkat Kebangsaan kerana kejayaannya mengharumkan nama negara dalam bidang hafazan di dalam dan luar negara. Seumur 10 tahun, dah hafaz keseluruhan al-Quran. Beliau mengalunkan bacaan Al-Quran semasa pembukaan Majlis malam ini. Saya terlewat hadir, tetapi diberitahu oleh MC bertugas bahawa suara beliau dan taranumnya sangat sedap. Moga-moga adik Muhamad meneruskan usaha dan bakat beliau memperdengarkan bacaan al-Quran ke serata dunia.

Banyak lagi gambar lain, tapi broadband ni buat hal. Lama betul nak upload image. Tensen tunggu. Lain kali la letak gambar banyak2..

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam

Pic Saya takde pun...

muharrikdaie berkata...

Ukhti, terkesima menjelajah blog anti ... teruskan menulis kerana banyak yang boleh kita kongsikan. Cuma nasihat saya jangan dilayani pengikut2 Dr MAZA ...

Kunjungilah blog saya muharrikdaie.webpress.com dan kelab jtc.com dan berlah seberapa banyak komen yang membina agar kita dapat melaksanakan dakwah ini berterusan insyaalah.