Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Selasa, 10 Mac 2009

Cintai Nabi - Sekitar Majlis Sambutan Maulidurrasul Peringkat Negeri Selangor 1430H/2009M

Salam semua,

Nak kongsikan gambar2 sekitar majlis Sambutan Maulidurrasul Peringkat Negeri Selangor di Stadium Melawati Shah Alam. Kontijen kami tak menang, tapi tak apa. Yang penting semua orang tak henti2 berselawat ke atas junjungan besar Rasulullah SAW dan bernasyid memuji Baginda.

Selepas subuh dah kena ada dalam bas nak ke stadium.. Huhu..

Kontijen muslimah Majlis Agama Islam Selangor. Ready to march! Dont forget the selawat!!

Kontijen TNB berbaris di belakang kontijen kami. Begitu bersemangat melaungkan selawat. Tak habis-habis, sampai masuk stadium pun masih berselawat. Cayalah u alls!!
Suasana di padang Stadium Mini Shah Alam, lokasi perarakan bermula, dipenuhi dengan 93 kontijen dari pelbagai institusi, jabatan kerajaan, badan berkanun dan sekolah-sekolah sekitar Selangor.


Terharu tengok pakcik-pakcik veteran kita yang bersemangat meraikan sambutan Maulidurrasul ini. Terima kasih kepada penganjur yang prihatin dengan menyediakan tempat duduk khas untuk golongan ini.

Kumpulan koir JAIS memimpin nyanyian lagu negeri Selangor semasa keberangkatan masuk dan pulang DYMM Sultan Selangor.

Persembahan Khas - Bacaan Maulid nabi dengan alunan gambus. Best giler!

Kumpulan In-Team, antara kumpulan nasyid yang membuat persembahan pada pagi tadi.

Penonton berdiri berselawat bersama-sama.

Semangat pakcik-pakcik ni melaungkan selawat sambil berdiri.

Dalam majlis yang sama, DYMM Sultan berkenan untuk menyampaikan Anugerah Maulidurrasul 1430H kepada tokoh-tokoh yang terpilih. Tokoh termuda adalah seorang pelajar (lupa plak nama adik ni) yang telah menghafaz keseluruhan al-quran semasa umur beliau 10 tahun. Beliau juga merupakan penerima Anugerah Maulidurrasul Peringkat kebangsaan pada hari ini di Wilayah Persekutuan. Disebabkan beliau menghadiri Majlis Sambutan di Wilayah Persekutuan, Anugerah Saidina Ali di Peringkat Negeri beliau telah diterima oleh bapanya bagi pihak beliau. Syabas kepada adik, mudah-mudahan dapat dicontohi oleh anak-anak muda yang lain. Tokoh-tokoh lain yang menerima anugerah Maulidurrasul termasuklah Ustaz Safwan Fathy, penulis buku dan skrip TV, (Anugerah Imam Ghazali) dan Tan Sri Ambrin Buang (Anugerah Umar Bin Abdul Aziz).

Tahniah kepada penganjur dan urusetia Majlis yang bertungkus-lumus membuat persiapan untuk program ini. Mudah-mudahan, program seumpama ini dapat menambah rasa cinta pada Nabi kita Muhammad SAW.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam.
Entri kali ini amat bergaya sekali.
Sambutan yang begitu meriah itu menunjukkan kecintaan kita terhadap Rasulullah.s.a.w. masih subur dan segar. Kehadiran yang begitu ramai juga tidak dapat dinafikan lagi bahawa mereka itu sebenarnya telah memberi sokongan yang meyakinkan kepada penganjur dan maklumbalas ini sangat bermakna dan bergaya serta berdaya maju.
Diharap ada lagi aktiviti seumpamanya akan dianjurkan untuk kebaikan dan mejana kehidupan bersih, aktiviti seperti Majlis Sah Khatam Tilawah al.Quran secara besar-besaran, dilaksanakan mengikut prosedur asal supaya adat tidak menguasai prosedur tersebut dan seumpamanya.
Apapun sekalung bunga elok diberikan dan diucapkan tahniah kepada penganjur.
Wassalam

DrSam berkata...

Dah lama tak menatap nukilan yang penuh foto-foto menarik di blog ini. Tahniah kerana dapat bersama-sama muslimin dan muslimat lain bersama-sama dihari kebesaran Baginda rasulullah S.A.W.

Di kawasan pejabat saya pun diadakan perarakan (berarak mengelilingi estet) juga walaupun hujan turun dengan renyai-renyai sepanjang pagi. (tak dapat ambil foto sebab hujan)

Hunny berkata...

Yerlah Pak Ngah,

Suasananya lain kalau kita duduk di rumah atau di pejabat, mungkin banyak perkara lain kita nak buat. kalau dalam majlis yang khusus macam sambutan Maulid, memang fokus pada acara yang ditetapkan oleh penganjur. Sepanjang masa dipenuhi dengan selawat dan nasyid mencintai dan mengingati Nabi. Untuk makluman Pak Ngah, semalam juga, Bulan Dakwah Peringkat Negeri Selangor dirasmikan. Sepanjang bulan ini, memang banyak aktiviti keagamaan dianjurkan oleh pihak MAIS dan JAIS, Jabatan Mufti dan LZS, termasuklah ihtifal hafazan, tilawah al-quran , nasyeed, forum, ceramah, dll. Insyaallah, kalau ada masa terluang insyaallah saya tuliskan dalam entri akan datang.

Hunny berkata...

Dr Sam,

Betul. Terasa kemeriahannya, macam kenduri kawin pun ada, sebab ada pasukan yangn bawak kompang dan tamborin, sambil berselawat. Memang meriah..

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) berkata...

salam k.hani..
bestnye..selalu sambut maulud kt sekolahje..huhu